Thursday 24 December 2015

Riak selalu datang

Dalam beramal dan berjuang, iblis tidak pernah putus asa untuk membuatkan amalan kita itu tidak diterima Allah. Iblis sudah berjanji, janji itu dirakam oleh Allah di dalam Al-Quran,

(قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ * إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ)
[Surat Al-Hijr 39 - 40]

Al-Ĥijr:39 - Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mempercantikan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Al-Ĥijr:40 - "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (yang dibersihkan dari sebarang syirik)".

Iblis, dia akan menyesatkan seluruh anak adam. Penipuan iblis mampu menyebabkan segala amalan manusia tidak diterima. Hanya hamba Allah yang ikhlas dalam amalnya sahaja akan diterima amalan tersebut oleh Allah. Antara tipu daya iblis untuk memastikan amalan seseorang tidak diterima ialah perasaan riak.

Kerisauan sang utusan

Para salafussoleh sangat risau diri mereka terjebak dengan riak dalam beramal. Sedangkan, mereka ialah manusia yang tinggi darjatnya disisi Allah. Rasulullah menyatakan kebimbangannya terhadap kita dalam hadisnya:

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ،
Mahmud bin Labid radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kalian ialah syirik kecil.

قَالَ : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ؟
Sahabat bertanya: Apakah itu syirik kecil?

قَالَ : الرِّيَاءُ ، إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ يُجَازِي الْعِبَادَ بِأَعْمَالِهِمُ :
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Riak. Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari Dia membalas hamba-hambaNya di atas amalan mereka:

اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا ، فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً أَوْ خَيْرًا "

Pergilah kalian kepada sesiapa yang kalian menunjuk-nunjuk (amalan kalian di dunia). Lihatlah! Adakah kalian akan menemui sebarang balasan atau kebaikan daripada mereka

[Syu’ab al-Iman, Al-Khamis wa Al-Arba’un Min Syu’ab al-Iman, hadis no: 6412, Shaikh al-Albani berkata dalam al-Silsilah al-Sahihah: Isnadnya baik]

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ ,

Selain itu, kita tahu bahawa, fitnah dajjal merupakam fitnah yang sangat besar buat umat Rasulullah, namun, cuba kita amati dan lihat dengan teliti pesanan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ini:

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata:

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui kami, dan ketika itu kami sedang berbincang tentang dajjal.

فَقَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ " ,

Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Mahukah kalian aku beritahu tentang apa yang aku lebih takut menimpa kalian berbanding dajjal?

قَالَ : قُلْنَا : بَلَى , فَقَالَ :

Para sahabat menjawab: Sudah pasti!

" الشِّرْكُ الْخَفِيُّ , أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Syirik yang tersembunyi. Iaitu seseorang mendirikan solat lalu mencantikkan solatnya kerana dia melihat ada orang sedang melihatnya.

[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344. Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]

Riak dalam berbakti

Riak itu, kita melakukan amal dan kebajikan bukan kerana Allah. Perasan riak akan selalu mengganggu jiwa kita apabila kita beramal. Sedang kita berbakti dan berbuat kebajikan kepada ibu dan adik-beradik, timbul rasa terpaksa dan terganggu. Hal ini membuatkan bakti kita tidak berkualiti. Mana tidaknya, ada timbul sekelumit rasa terpaksa dalam jiwa kita.

Lawan perasaan riak ialah ikhlas. Ikhlas dalam berbakti itu perlu dididik dan dilatih. Memang, gangguan-gangguan jiwa seperti ini akan datang kepada kita. Kadang, ada juga yang merasakan apa yang dilakukan hanyalah membuang masa dan sia-sia. Hal Ini semua merupakan bisikan syaitan yang harus dijauhi dan dihilangkan.

Kita harus sentiasa melazimi perkara-perkara berikut ketika sedang beramal:

1. memperbaharui niat kita sambil melakukan kebajikan tersebut

2. beristghfar dan memohon perlindingan Allah.

3. Kita juga dianjurkan untuk mengucapkan

.لا حول ولا قوت إلا بالله

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.

Hal ini kerana, hanya Allah tuhan yang mampu membantu hamba-hambanya daripada segala gangguan dan kesulitan.

Kita juga perlu ingat dan pesan pada diri, berbakti kepada ibu bapa merupakan satu amalan yang besar ganjarannya. Rasulullah pernah menyarankan sahabat untuk terus berbakti kepada ibu bapa sekiranya mereka masih ada.

Jadi, peluang yang masih berbaki, sementara ibu bapa kita masih ada, kita pula sedang bercuti, harus kita gunakan peluang itu untuk berbakti sepenuhnya untuk ibu bapa kita. Itulah antara cara fikir yang harus diterapkan untuk melawan perasaan riak yang selalu menyinggah dalam diri.

Boring dan Bosan

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai remaja sekarang, mereka selalu mengungkapkan 'boring' dan bosan apabila berada dirumah bersama keluarga. Hal ini berlaku kerana, mereka tidak membantu ibu mereka melakukan kerja rumah. Masa mereka banyak dihabis dialam maya, bersembang dalam group whatsapp, 'scolling' wall facebook yang entah bila penamatnya, dan berseronok berlebih-lebihan bersama rakan.

Membaca buku yang bermanfaat pun mereka tidak lagi berminat. Jadi, apabila sudah bosan dengan alam maya, maka, mereka menjadi sangat bosan secara keseluruhan.

Maka, apabila diajak melakukan kebajikan seperti membantu ibu dan keluarga, para remaja merasa ia bukan jiwa mereka. Maka, hal inilah yang menyebabkan perasaan terpaksa dalam beramal itu datang, perasan melakukan kebajikan kerana manusia itu menyinggah, kerana kerja membantu ibu bapa bukanlah satu kerja yang mampu mengaut publisiti. Ia satu kerja yang memerlukan hati yang tulus ingin membantu dan jiwa yang yakin dengan janji Rasul.

Begitu juga dalam kerja agama

Begitu juga dalam melakukan kerja agama. Kadang kala, timbul riya dalam jiwa kita. Timbul perasaan ingin berjuang untuk memperoleh kemasyhuran, Inginkan perhatian daripada manusia. Kita rasa cemburu dengan orang lain yang 'famous' apabila dia bercakap tentang agama dan 'update' status berunsur agama.

Sedangkan, kerja agama bukanlah memerlukan kemasyhuran. Ramai sebenarnya manusia yang tidak dikenali hingga sekarang, namun, jasa mereka terhadap agama Allah sangat besar dan luar biasa. Hinggakan, mungkin mereka sendiri tidak sedar mereka telah berjasa terhadap agama Allah.

Malahan, ada yang namanya tidak disebut pun hingga sekarang, namun, hasil usahanya telah membuatkan ramai manusia yang kembali kepada Allah dan mengimarahkan dunia dengan islam, nama Allah dijadikan sanjungan dan diagung-agungkan.

Lihatlah tukang pasang paip, tukang pasang litar elektrik, cameraman, dan ramai lagi manusia belakang tabir. Mereka ini, sebahagian besarnya tidak dikenali manusia ramai. Namun, jasa mereka sangat luar biasa. Dengan jasa mereka, ramai manusia telah mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah menerima amalan mereka dan menempatkan mereka bersama orang-orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Bahaya riyak

Ambillah perhatian daripada pesanan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam yang satu ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

" قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى :
Allah Tabaraka wa Ta'ala berkata:

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ ،
Aku tidak memerlukan kepada sekutu daripada segala perbuatan syirik.

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي
Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku bersama yang lain.

تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Nescaya Aku tinggalkan dia kepada apa yang dia sekutukan itu.

[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaiq, hadis no: 2985]

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim:

ومعناه أنا غني عن المشاركة وغيرها ،
Maksudnya: Aku tidak perlu kepada apa-apa sekutu dan selainnya.

فمن عمل شيئا لي ولغيري لم أقبله ،
Sesiapa yang melakukan sesuatu amal untuk Ku dan untuk selain Ku, nescaya Aku tidak akan menerima amalnya.

بل أتركه لذلك الغير .
Bahkan aku meninggalkannya kepada apa yang dia sekutukan.

والمراد أن عمل المرائي باطل لا ثواب فيه ، ويأثم به .
Ini bermaksud amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas adalah terbatal. Tiada pahala padanya, bahkan yang ada ialah dosa.

Sungguh, riak itu satu kesalahan yang sangat besar, namun, ia sangat mudah menyinggah dalam jiwa kita. Lebih mengerikan, ia menyinggah tanpa sedar! Oleh sebab itu, kita harus selalu bermunajat kepada Allah dan memohon bantuanNya dalam setiap amal kita.

Tuesday 22 December 2015

Cinta Rasul, Satu Perjuangan dan Mujahadah

cinta Rasul, Satu Perjuangan dan Mujahadah. Cinta rasul tidak cukup dengan berselawat. Ya, benar. Selawat juga tanda cinta Rasul. Dengan selawat yang diucapkan penuh penghayatan akan membolehkan kita memperoleh syafaat nabi, insyaAllah.

Namun, hakikatnya, tanda cinta Rasul yang tertinggi ialah kita berjuang. Bermujahadah. Berjuang demi agama yang dibawa oleh Rasulullah. Berjuang mengamalkan sunnnah rasul. Apabila kita sebut tentang sunnah, ramai yang akan berkempen, kita harus memakai pakaian sunnah, pakaian putih. Memakai serban. Makan makanan sunnah. Memakai rida'.

Itu semua sebenarnya sunnah, tetapi, sunnah sebenarnya mempunyai skop yang lebih luas dan realistik. Mempunyai mempunyai konsep tawakal betul dan mempunyai pegangan iman yang kuat juga merupakan sunnah Rasul. Malah, perkara ini yang menjadi perjuangan utama Rasulullah.

Seorang anak, menghormati dan berbakti bersungguh-sungguh kepada ibu bapanya juga merupakan sunnah yang besar. Kerana, Rasulullah menyuruh kita semua untuk menghormati mereka. Melakukan solat awal waktu juga merupakan sunnah yang luarbiasa. Mengamalkan zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah, meringankan beban dan menunaikan hajat saudara kita yang memerlukan, bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan membaca Al Quran serta melakukan pelbagai amalan sunnah yang lain, itu juga merupakan tanda kita cinta kita kepada Allah. Skopnya sangat besar sebenarnya.

Memang benar. Andai kita cinta rasul, kita akan memuji baginda. Menjulang baginda dengan syair dan kata-kata. Menulis puisi tentang baginda. Ingat baginda sehingga menitis air mata kita. Menangis kita. Bagi kita, inilah bukti tertinggi kecintaan kita kepada Rasulullah. Hati kita menjadi sedih. Hiba. Pilu. Terkenang-kenang baginda hingga mungkin kita 'angau' dan teringat-ingat akan baginda.

Ada yang berkumpul beramai-ramai mengingati baginda. Adakan majlis qasidah untuk memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah.

Tak cukup dengan itu, kita panggil orang yang mengaku dirinya keturunan nabi, para habaib, kita bertemu syeikh-syeikh untuk mengetuai majlis qasidah kita. Para alim u'lama juga kita datangi tempat pengajian mereka untuk berkumpul dan beliau memimpin majlis qasidah tersebut. Sejuk hati kita melihat wajah u'lama. Apatah lagi melihat wajah rasulullah.

Semuanya tak lain tak bukan supaya kita rasa kita dekat dengan Rasulullah. Supaya kita rasa kita sangat hampir dengan baginda. Kita berdamping dengan guru-guru yang kita anggap mereka u'lama. Ulamakan pewaris nabi.

Nak bagi rasa dekat lagi, kita tambahkan lagi apabila menghadiri majlis qasidah dan majlis cinta nabi dengan pakaian serba putih. Jubah. Semua seragam. Hampir seragam. Hati kita rasa tenang. Pakai serban. Letak rida' dibahu. Kenapa? Kerana, kita kata, ini sunnah Rasulullah. Sunnah rasul dalam berpakaian.

Hinggakan, Ustaz Don pernah kata dalam tanyalah ustaz di TV 9 hari khamis 24/12/2015, antara cara ingin memupuk cinta nabi, perlu gantung gambar-gambar peninggalan nabi, gambar masjid nabawi, mahupun capal nabi.

Hakikatnya, cinta Rasul harus lebih daripada itu. Lebih yang bagaimana? Tujuan agama ini diturunkan ialah menjadi petunjuk kepada manusia. Tujuan Rasulullah diutus untuk menjadi contoh teladan yang baik seperti yang terdapat dalam banyak Ayat Al Quran dan hadis.

"Tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Itulah maksud tujuan utama agama diturunkan tuhan. Agama inilah yang diperjuangkan dan dibawa dengan bersusah payah oleh Rasulullah. Yang paling peting. Rasulullah membawa agama ini bukan satu perkara yang mudah. Korban perasaan. Korban jiwa. Pedih hati dicaci. Korban tenaga. Letih. Penat. Rasulullah tetap berjuang. Kerana apa? Kerana, itulah tujuan paling utama baginda diutus menjadi rasul. Oleh itu, kita harus menumpukan lebih perhatian untuk memperjuangkan tujuan utama Rasulullah andai kita cinta nabi.

Malah, antara cabaran yang Rasulullah terima ialah membawa wajah agama yang sebenar kepada manusia. Wajah agama yang Rasulullah harus bawa bukan sekadar menjadikan agama itu satu silibus atau subjek untuk menjadi perbincangan manusia.

Sebagai contoh, tauhid, syariah dan akhlak yang Rasulullah bawa bukan sekadar tauhid yang menjadi perbualan dan perbahasa ilmu dalam majlis-majlis. Bukan hanya menjadi bahan kajian dan diskusi. Tetapi, ia lebih rumit daripada itu.

Aspek-aspek agama tersebut yang dibawa hingga menjadi darah daging para sahabat. Tauhid yang Rasulullah bawa mampu membuatkan mereka akur dengan apa sahaja perintah Allah. Mereka menjadi manusia yang sanggup bekorban harta, nyawa, jiwa, perasaan, maruah, dan keluarga demi tuhan dan agama tuhan.

Inilah perjuangan Rasulullah. Jadi, sebagai tanda cinta kita kepada Rasulullah, kita harus sambung perjuangannya. Namun, perjuangan ini tidak boleh disambung dengan 'duduk saja'. Ia perlukan kesungguhan. Pengorbanan. Kita harus keluar dari zon selesa. Semua itu harus dilakukan dengan cara kita bermujahadah. Kita berperang dengan diri sendiri. Lawan, lawan, lawan. Hingga kita melangkah setapak demi setapak.

Jadi, berjuang itulah tanda kita cinta Rasulullah. Kita berjuang meninggalkan hiburan yang berlebihan diganti dengan amalan Rasulullah seharian. Kita berjuang menghafal zikir-zikir Rasulullah yang sahih yang telah dikumpul oleh para u'lama, kita berjuangan bermujahadah memperbaiki solat kita dan ibadah kita sesuai dengan hadis-hadis sahih.

kita berjuang menghafal firman-firman Allah, kita berjuang menuntut ilmu, kita berjuang dengan berdakwah kepada masyarakat. Kita berjuang dan berusaha dengan penuh ikhlas ingin mengeluarkan remaja dan anak muda daripada hiburan berlebihan, kita bangkit membela apabila u'lama besar dihina. Kita berjuang menyebarkan hadis-hadis sahih dan memerangi hadis-hadis yang direka dialam nyatavdan alam maya. Kita berbakti sehabis baik kepada kedua ibu bapa kita.

Sungguh, inilah perjalanan kita kearah cinta Rasulullah yang paling tinggi.

Sunday 20 December 2015

Kagum kepada seseorang

Seorang lelaki  boleh angaukan secara luarbiasa seorang wanita, walaupun dia belum tahu wanita itu cintakan dia atau tidak. Begitu juga sebaliknya. Hal ini boleh jadi disebabkan oleh 'ain.

Kalau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai 'evil eye'. Pengaruh pandangan. Perkara Penyakit ain ini boleh menyerah siapa sahaja, dari siapa sahaja. Seorang lelaki yang kagum dengan kecantikan wanita, boleh berlaku 'ain. Seorang wanita memandang seorang lelaki juga boleh belaku 'ain.

Sebab itu, kita perlu hati-hati apabila ada orang mengungkapkan kekaguman kepada kita. Ia boleh belaku tanpa sedar. Boleh jadi akan beraku 'ain.

Keluarga awak hebat-hebat

Saya sangat kagum dengan awak

Kau hebatlah

Kenapa keluarga kau hebat-hebat sangat

Geramnya aku tengok kau

Dan pelbagai lagi ungkapan. Kita juga harus berhati-hati apabila mengagumkan melahirkam rasa kagum kepada seseorang. Atau menyimpan rasa kagum. Kerana, kesan 'ain mampu menimpa kita dan mampu juga menimpa orang yang kita kagumi. Kadang kita anggap biasa.

Ain juga boleh datang disebabkan dengki atau kebencian. Tetapi, perkara ini memang kita sedia maklum. Yang kita selalu terlepas pandang ialah 'ain yang disebabkan kekaguman. Saya ada sedikit pengalaman mengenai 'ain. Saya akan kongsikan dientri akan datang.

Sebab itu, andai kita tidak bisa melupakan seseorang, hingga ia sentiasa diingat oleh kita setiap detik dan setiap masa, dalam tandas, dalam bilik, ketika berseorangan dan ketika ibadah, hal ini mungkin disebabkan oleh 'ain. Sebab itu Al Quran menganjurkan dan menyuruh kita untuk menjaga pandangan. Memang, melihat perkara yang indah dan jelita itu mengasyikkan. Tetapi, ia akan mendatangkan kesan kepada kehidupan seharian, mental, malah emosi kita.

Merenung mata ajnabi, ia ialah sesuatu yang indah bagi sebahagia besar kita. Dari padangan, turun ke hati. Kemudian, berputiklah perasaan yang indah dalam hati. Ia mengalir keseluruh tubuh. Perasaan itu bermain-main dalam minda, perasaan dan jiwa. Sangat lama. Walaupun, kita hanya bertentang mata seketika. Namun, kesannya amatlah parah sebenarnya. Ditambah pula, kita tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang amalan yang diajar Rasulullah tentang doa dan zikir untuk mengatasi penyakit 'ain. Yang tahu tapi tak amal pun satu masalah.

Ada sebuah penulisan yang menarik yang ingin saya kongsikan yang harus kita hadam. Kerana, penyakit 'ain ini dinyatakan oleh Rasulullah. Kesanya kepada kehidupan sangat luarbiasa. Hingga mampu melibatkan taqdir. Cuba hadam baik-baik penulisan ini:

https://muslimah.or.id/42-menjaga-anak-dari-bahaya-ain.html

Penulis: Ummu Ziyad
Muroja’ah: Ust. Subhan Khadafi, Lc.

Kenikmatan adalah hal yang didambakan setiap orang. Dan setiap kenikmatan juga dapat sekaligus menjadi ujian bagi seseorang. Salah satu kenikmatan yang dikaruniakan oleh Allah bagi sepasang insan adalah hadirnya sang buah hati dalam kehidupan. Ketika telah lahir, maka fisiknya yang lucu mengundang orang untuk memandang, memanjakan, menyentuhnya. Dan ketika tumbuh beranjak menjadi sosok kanak-kanak, tetap tingkah lakunya banyak mengundang perhatian orang.

Dengan sebab ini, maka perlulah kita ketahui sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam“Setiap yang memiliki kenikmatan pasti ada yang iri (dengki).” (Shahihul Jami’ 223. Lihat majalah Al Furqon). Perlu menjadi perhatian bagi orang tua bahwa dalam syari’at Islam telah dijelaskan adanya bahaya ‘ain (pandangan mata) terutama bagi anak-anak. Pandangan mata yang berbahaya ini dapat muncul dengan sebab kedengkian orang yang memandang atau karena kekaguman.

Bahaya ‘Ain

Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitabTafsir Surat Muawwadzatain berkata, “Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang terkadang bisa mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, hewan, tanaman, dan harta. Dan terkadang pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.” Pengaruh dari bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallamsebagaimana firman-Nya,

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan ‘Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam [68]: 51)

Terdapat pula hadits dari Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

العين حقُُّ ولو كان شيء سابق القدر لسبقته العين

“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)

Subhanallah, lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi ada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain bukan karena rasa dengki namun karena rasa takjub. Sebagaimana dalam hadits,

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahwa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamamh, “Maka terpelantinglah Sahl.” Kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi Amir. Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!” Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengobatan orang yang tertimpa ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut (*). Maka Amir mandi dengan menggunakan satu wadah air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, ujung-ujung kakinya dan bagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sadar dan berlalulah bersama manusia.” (HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cet tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).

(*) Kata mandi yang ada di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik dalam kitab Al MuwatthoWallahu a’lam.

Tanda-Tanda Terkena ‘Ain

Tanda-tanda anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar (bukan karena lapar, sakit atau mengompol), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mau menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau kondisi tubuh sang anak kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.

Sebagaimana dalam hadits dari Amrah dari ‘Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata, “Pada suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu Beliau berkata,

ما لِصبيِّكم هذا يبكي قهلاََ استرقيتم له من العين

“Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang bisa mengobati dia dari penyakit ‘ain?” (HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Begitu pula hadits Jabir radhiallahu’anhubahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Asma’ binti Umais,“Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Berlindung dari Bahaya ‘Ain

Sesungguhnya syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya bagi umatnya, maka Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam tentu telah menjelaskan tentang perkara tersebut dan cara-cara mengantisipasinya. Begitu pula dengan bahaya ‘ain ini.

1. Bagi Seseorang yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain

Berdasarkan hadits Abu Umamah di atas maka hendaknya seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:

مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ

Artinya:

“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”

2. Bagi yang Memungkinkan Terkena ‘Ain

Sesungguhnya ‘ain terjadi karena ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak berlebihan dalam membanggakan anaknya karena dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang sang anak. Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah nampak baik dari kepintaran sang anak, fisiknya yang masya Allah, maka hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang telah diajarkan Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, diantaranya adalah surat muawadzatain (surat Annas dan al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, yaitu:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِِ وَ هَامَّةِِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِِ لامَّةِِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan setan, binatang beracung dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Atau dengan doa,

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).

Kemudian, terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibrilalaihissalam ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat gangguan setan, yaitu:

بِسْمِ اللهِ أرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءِِ يُؤْذِيْكََ مِن شَرِّ كُلِّ نَفْسِِ وَ عَيْنِ حَاسِدِِ اللهُ يَشْفِيكَ

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Dan terdapat do’a-do’a lain yang dapat dibacakan kepada sang anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)

Kesalahan-Kesalahan Dalam Penjagaan dari Bahaya ‘Ain atau Sejenisnya

Memang bayi sangat rentan baik dari bahaya ‘ain ataupun gangguan setan lainnya. Terdapat beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan tersebut karena tidak berdasarkan pada nash syari’at. Diantara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

Menaruh gunting di bawah bantal sang bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini termasuk kesyirikan karena menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya.Mengalungkan anak dengan ajimat, mantra dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan hanya akan melemahkan sang anak dan orang tua karena berlindung pada sesuatu selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Perlulah kita selalu mengingat, bahwa sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh sangat besar dan berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu. Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadits-hadits shahih Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, yaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammadshallallahu ‘alaihi wa sallam. Wallahu a’lam.

Update per tanggal 22 Januari 2012, Penulis mendapatkan faedah baru tentang mendoakan keberkahan agar orang lain tidak terkena ‘ain. Silakan baca selengkapnya di sini.

Maraji’:

Majalah Al Furqon edisi 4 Tahun V/Dzulqo’dah 1426.

Doa-Doa dan Ruqyah dari Al Qur’an dan Sunnah. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani. Media Hidayah. 2004.

Tafsir Surah Muawwadzatain. Imam Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Akbar. 2002.

Tumbuh di Bawah Naungan Ilahi. Syaikh Jamal Abdul Rahman. Media Hidayah. 2002.

***

Artikel www.muslimah.or.id

Jadilah pencegah kemungkaran

Pencegah kemungkaran itu, kadang, mereka dilihat sebagai orang dingin. Pemecah belah masyarakat. Tidak hormat ulama. Larang orang melakukan kebaikan. Tidak meraikan orang lain. Kasar dan keras. Sedangkan, merekalah manusia yang berhati lembut, dalam fikiranya, halus jiwanya, tinggi belas kasihannya. Luar biasa empati dan simpatinya.

Benar, ada yang melakukan cegah mungkar tidak berhikmah. Tetapi, kita juga jangan jadi orang yang cepat menghukum. Harus sentiasa rasional dan bergantung harap kepada Allah. Pencegah kemungkaran juga, mereka dibentuk berdasarkan latar belakang yang mereka terima. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu ikutkan perasaan dan terlalu tenggelam dalam 'zouq'.

Kadang kala, hal-hal seperti ini membuatkan kita hilang rasional. Kerana, kita telah tengelam dengan 'zouq' dan perasaan yang dalam dan maha indah. Kita rasakan, itulah kelembutan dan kebenaran yang hakiki. Sekali sekala, harus juga kita mempunyai elemen literal dalam menilai sesuatu. Harus melibatkan teks dan konteks. Jangan hanya pentingkan perasaan dan latar belakang kita sahaja. Fikirkan juga latar belakang, sudut pandang dan 'rasa' orang lain.

Dan, jangan kita jadi orang yang menyembunyikan kebenaran, dan ego dengan hujjah yang datang. Jadilah kita daripada golongan 'mereka', pencegah kemungkaran walaupun ia pahit. Walaupun, sekitar kita semuanya sedang tenggelam dengan keindahan kemingkaran itu. Jangan kita sembunyikan kebenaran kerana ia satu kezaliman yang besar.

Teringan saya dengan sebuat status Dr MAZA di fb:

Dosa ulama yang menyembunyikan kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan menerangkan semula hakikat yang sebenar.

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ (159) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

(maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Apa yang beliau kongsikan ialah ayat Al Quran dan secebis tentang pandangannya. Kita seharusnya mengambil ibrah atau pengajaran daripada firman TUHAN KITA ini. Ini ialah ancaman Allah kepada kita andai kita menyelewengkan kebenaran dan menyembunyikan kebenaran dari Allah.

Entri ini sedang mengalami penambah baikan. Cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.

Saturday 19 December 2015

Bahasa Arab, dimana kita?

Abang Atif, kalau Abang Atif ada terbaca entri ini, saya mohon izin untuk kongsikan mesej abang di group sebentar tadi... Harap tak ada masalah ya.

Mesej Abang Atif dalam group TG Ini benar-benar menyentak. Tadi, aku and my brother tetapkan 'rule' dalam group whatsapp adik-adik kem Tunas Geliga 3 untuk speaking dalam english kalau nak chat dalam group tu. Yalahkan, kita dah gunakan bahasa sendiri, bahasa melayu bertahun-tahun. Aku rasa, tiba saatnya untuk kita belajar dan mampu belajar bahasa arab dan bahasa inggeris. Banyak kebaikannya. Sama sekali tidak berniat untuk meninggalkan bahasa sendiri. Cuma, ingin memperkayakan ilmu pengetahuan dan keluar daripada zon selesa. Barulah kita akan berilmu dan berkemahiran.

Selepas sahaja aku tetapkan 'rule', alhamdulillah, semuanya ada usaha untuk 'speaking'. Setelah bersembang lama, mereka pun berhenti. Untuk lakukan kerja masing-masing mungkin.

Lega rasanya apabila mereka berhenti bersembang, kalau tidak, petul 'noti' aku. Pernah sehari hinggal mencecah 1.5+++ k conversation!

Apabila group itu sudah sunyi, tiba-tiba, masuk satu mesej. Mesejnya seperti dibawah:

"Rugi x faham bahasa inggeris sbb x fhm org ckp

Lagi rugi x fham bhasa arab sbb x fham tuhan manusia berfirman...

Huhu"

Tersentak beb!

Sama-sama kita usaha dan berubah. Sentak, sentak juga. Tapi kalau tak ada perubahan dalam kehidupan kita, tak guna juga.

Teringat pesan ustaz Zahazan Mohamed dalam perkampungan sunnah siri 2, hari pertama. dalam kuliah subuhnya. Tema perkampungan sunnah kali itu ialah Al Quran sebagai khazanah ilmu. Jadi, hadirin yang hadir memang didedahkan dengan bagaimana Al Quran itu mampu menjadi kesan kepada kehidupan manusia:

"Kita, 'speaking' melebihi orang putih, dirumah pun speaking. Tapi, apabila suruh cakap arab, merangkak-rangkak. Ada yang tak mampu. Malah, ada yang tak faham apabila membacanya"

Sekali lagi tersentak. Kita dah belajar bahasa arab bertahun-tahun. Tapi, kita masih tak mampu cakap arab. Kita baca Al Quran berkali-kali. Tapi, kita tak pernah faham apa mesej yang dibawa Al Quran. Sedangkan, Al Quram itu datang untuk menjadi petunjuk kepada manusia. Mana mungkin Al Quran akan menjadi petunjuk kepada manusia sekiranya ia tidak mampu difahami kita.

Al Quran, harus menjadi sampai ketahap sebuah novel. Bukan saya nak samakan Al Quran dengan novel. Tapi, cara kita tersentuk apabila membaca novel. ramai orang yang mampu menangis apabila membaca novel. Tapi, tak ramai dikalangan kita yang mampu menangis apabila membaca Al Quran disebabkan peringatan-peringatan dan amaran keras dalam Al Quran. Kita mampu mengambil pengajaran daripada sebuah novel. Namun, kita agak sukar untuk menjadikan Al Quran itu mengajaran kepada hidup kita.

Kerana, kita masih tak mampu membacanya sebagai sebuah kitab petunjuk kepada manusia. Kitab yang mampu membezakan haq dan batil. Benar dan salah. Kita yang menjadi inpirasi kepada kita.

Bro Kamruddin berpesan:

"Al Quran dan agamalah yang membuatkan diri saya sangat bermotivasi. Dulu, waktu dizaman kristian, saya hanyalah seorang yang biasa-biasa. Namun, Al Quran mempunyai banyak motivasi di dalamnya."

Inilah manusia yang telah memandang Al Quran sebagai sebuah kitab petunjuk. Buka hanya sebuat kitab yang boleh dibuat taranum. Bukan hanya sebuah kita yang ayatnya digantung dirumah sebagai perhiasan. Kerana, dia membaca Al Quran dengan memahaminya.

Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan abi. Suatu hari, abi cuba mengubat orang yang sedang terkena gangguan jin. Dalam sesi dialog bersama jin. Abi berkata kepada khalayak ramai yang menyaksikan dialog itu.

"Gantungan itu untuk apa?"

Abi bertanya kepada khalayak ramai.

Jari telunjuk abi menunjuk kearah sebuah gantungan frim yang tertulis padanya ayat kursi. Gantungan itu digantung betul-betul berada diatas pintu masuk rumah.

Macam-macam, jawapan mereka.

Antara jawapannya ialah,

"Nak bagi jin tak masuk ustaz."

"Oh, nak bagi jin tak masuk, tapi sekarang saya tengah berdialog dengan jin di dalam rumah ini."

Jawap abi spotan.

"Adakah  gantungan itu mampu menghalang daripada jin masuk kedalam rumah ini? Sedangkan saya tengah berdialog dengan jin sekarang didalam rumah ini"

"Jadi, turunkan gantungan itu."

Bagi saya, ini sebenarnya soal aqidah. Kepada siapa kita begantung sebenarnya. Tak heran, kalau ada masyarakat kita menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal pelindung. Kenapa jadi begini? Kerana, ramai kita yang tidak memandang Al Quran sebagai sebuah mukjizat apabila mesej didalamnya difahami. Malah, ada sebahagian kita menganggap, cukup Al Quran itu akan menjadi hikmat apabila ia dibaca. Mesej tauhid dalam Al Quran harus dihayati, diamalkan dan disebarkan dalam kehidupan manusia. Barulah, Al Quran menjadi mukjizat dan petunjuk.

Banyak kisah-kisah yang abi cerita. Ada ustaz, 3 4 orang keletihan membaca ayat Al Quran kepada seorang yang kerasukan jin 'berpangkat tinggi'. Namun, bacaan Al Quran itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pesakit. Kerana mereka baca sekadar baca. Ia tidak menjadi doa dan tawakal yang tertinggi kepada Allah. Inilah sebenarnya tauhid.

Al Quran mampu mengubah manusia kerana ia menjadi sebuah kitab yang difahami. Datangnya Al Quran kepada kita untuk difahami mesejnya. Barulah Al Quran itu petunjuk kepada manusia. Barulah Al Quran itu mukjizat kepada manusia sehingga hari qiamat.

Belajarlah bahasa arab dengan cara yang paling tepat. Hingga, kita mampu memahaminya dengan cara mendengar percakapan, membaca tulisan tanpa baris, dan menulis secara lancar. Hingga sebati! Hingga, ia difahami seakan-akan kita memahami bahasa asal kita.

Entri ini sedang mengalami penambahbaikan. Komen dan cadangan amatlah dialu-alukan.

Thursday 3 December 2015

Pesanan ikhlas itu, harus selalu

Kita mungkin akan bosan dengan perkara yang sama berulang kali dipesan. Namun, pesanan untuk iklas dalam amal ialah pesanan yang perlu dipesan berulang kali. Kerana, ikhlas itu kadang-kala ia hilang tanpa sedar dalam kita sedang beramal. Ini sungguh merugikan. Ikhlas juga seperti yang kita tahu, punca samada malan diterima atau ditolak. Dalam Al Quran memberi banyak amaran kepada orang yang melakukan amal tidak ikhlas.

Kanak-kanak, mereka ialah golongan sangat perlu dipesan agar ikhlas dalam beramal. Supaya, mereka sudah terlatih, dan semoga kekuatan mereka untuk ikhlas dalam amal dan perkerjaan lebih kuat dan teguh.

Saya teringat sebuah fenomena yang berlaku dihadapan saya. Saya tersentaj dengan fenomena itu, membuatkan saya ingat fenomena itu hingga sekarang. Fenomena itu semua cerita, cerita seorang kanak-kanak, umur lebih kurang dalam lingkungan sekolah rendah. Pada anggaran sayang mungkin darjah tiga ke darjah lima.

Kami sedang mengemop lantai sebuah dewan di tingkat dua. Lantai dewan itu kayu. Setelah beberapa tempoh kami mengemas dan mengelap pantai itu, kami berehat sebentar.

Namun, apa yang menarik, budak ini terus menerus mengelap lantai yang berhabuk tebal itu. Hingga, ada dikalangan abang-abang yang agak berumur memuji budak ini.

"Rajinnya dia buat kerja, rajinlah anak ustaz buat kerja"

Berseloroh seorang pak cik kepada ustaz sabri hanif. Ustaz sabri tersenyum lebar. Sambil duduk berehat diatas sebuat kerusi, ustaz sabri berpesan santai kepada budak itu:

"Along, buat kerja ikhlas ya, kerana Allah, jangan buat kerja sebab mahukan pujian orang"

Budak itu tersenyum-senyum, sambil meneruskan mengelap lantai.

Bagi saya, ini sebuah pendekatan yang menarik. Pesanannya sangat jelas. Saya teringat akan pesanan luqman al hakim dalam Al Quran

"...Wahai anak kesayanganku, jangan syirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar..."

Pesanan-pesanan ini ialah pesanan tauhid dan pesanan yang bagi saya mampu mempersiapkan mental anak-anak untuk menghadapi cabaran-cabaran yang besar dimasa akan datang. Namun, pesanan seperti ini haruslah berterusan, agar mereka tidak lupa.

Entry ini masih didalam sesi kemaskini, sebarang pembaikan, komen, cadangan dan idea amatlah dialu-alukan.

Tuesday 1 December 2015

Perasaan itu datang lagi II

Ibu.
Perasaan itu datang kembali. Apabila aku dapat tahu, akhirnya kimoterapi menjadi pilihan, aku terasa sebak. Terkelu. Perasaan itu kembali lagi.

"Esok umi kimoterapi"

Aku tersentak. Aku terdiam. Sebak. Jiwaku meraung. Tanganku menjadi lemah. Smartfone yang aku pegang yang darinya keluar ungkapan itu, seakan-akan menjadi sangat berat dan licin. Hampir sahaja aku melepaskannya.

Aku tahu, perasaan-perasaan yang melampau tak seharusnya lahir dalam diri seorang mukmin. Tapi, ia berlaku juga. Tanpa kawalan. Aku cuba sedarkan daripada dikawal perasaan sendiri. Aku mohon supaya Allah ampunkan aku.

Ingin saja aku beritahu kepada ibu, "tabahlah". Namun, perkataan itu tidak terpacul. Rasa tidak layak aku mengucapkannya. Lidahku kelu.

Aku cuma mampu berdoa kepada ibu agar kau tabah. Setakat yang aku tahu, semangat untuk lawan itulah yang sebenarnya mampu mengurangkan pembiakan sel kanser tersebut. Ingin sahaja aku beritahu perkara itu kepada ibu. Namun, aku rasa aku tidak layak ibu.

Aku serah urusan ini kepadaMu Ya Allah.

Wahai tuhan yang maha hidup dan yang maha kuat, rahmatMu aku menagih. Kau baikilah urusanku seluruhnya, jangan Kau serahkan urusan kami kepada diri kami walaupun sekelip mata.

Namun, aku masih seperti dulu. Walaupun saban hari, kesulitan menimpa, badanku tetap berat untuk bangun disepertiga malam. Sedangkan, itulah waktu terbaik untuk memohon dan mengadu nasib kepada tuhan, dia tempat mengadu. Dia juga zat yang paling layak untuk mendengar aduan hamba-hambanya.

Dialah tempat selayaknya untuk manusia mengadu. Dia tuhan yang maha memakabulkan doa dan mendengar rintihan dan aduan hambanya. Dia tuhan yang maha menunaikan hajat hambaNya.

................…...................

" Mua, bangun!"

Suasana bilik yang gelap dan sunyi dipecahkan sedikit keheningannya dengan suara besar dengan nada yang rendah. Ia memanggil namaku.

"Ahh, pergilah dulu!"

Aku melawan. Aku betul-betul rasa terganggu. Aku menarik keras semula kain yang diangkat oleh abangku dari tubuhku.

Suasana menjadi sunyi kembali. Namun, kelibat orang yang cuba mengejutkan aku tadi masih duduk dikatil, bahagian kakiku. Dia seperti memikirkan sesuatu. Setelah seperti lama berfikir, wajahnya kembali menoleh kearahku.

"Kekuatan seorang pejuang bukanlah pada tajamnya pedangnya.

Bukanlah pada bijaknya perancangannya

Bukanlah pada canggihnya peralatan perangnya.

Tetapi, kekuatan pejuang itu terletak pada tahajutnya."

Tiba-tiba, puisi yang bernada separa lawak kedengaran, keluar dari mulut orang tadi. Sekali lagi aku tersentak. Kena tepat pada batang hidung.

Aduh, apa yang sedang aku lakukkan ini? Mindaku seakan-akan menjadi celik seketika. Mesej itu ditangkap kejap. Namun, keegoan tetap mengikat diriku untuk bangun dari tidur yang mengasyikkan itu.

...............

Kisah ini kisah rekaan yang ditulis untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Namun, ia juga dicoretkan berdasarkan mengalaman individu tertentu dan menggunakan nama penulis supaya penulisannya terasa lebih dekat.

Tuesday 17 November 2015

Apabila perasan 'kecewa dan sedih' itu datang lagi

Rasa cinta itu, ada turun naiknya. Ada datang dan perginya. Begitu juga perasaan kecewa dan putus cinta. Apabila perasaan itu 'naik', maka, cepat-cepatlah bendung. Bendung? Bagaimana? Adakah perlu menghilangkannya serta merta? Tidak! Mustahil kita dapat lakukan demikian. Maksudnya, pastikan kita dalam keadaan rasional. Pastikan itu! Rasional yang bagaimana? Pastikan kita tidak dikawal oleh perasaan sendiri. Pastikan kita tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Kerana, seperti mana yang kita tahu, perasaan cinta itu mampu membuatkan kita tidak rasional. Sebab itu tidak heranlah kalau ada orang yang sanggup bunuh diri apabila dia putus cinta.
Disaat kita tahu dia mencintai orang lain
Disaat kita tahu orang yang kita cinta mencintai orang lain, maka perasaan kecewa yang tak terhingga akan mula menerpa dan menghantui kita. Badan kita terasa lemah dan longlai. Terasa dunia ini tidak ada makna lagi.
Cukuplah kita mendengar orang lain beritahu, atau pengakuannya sendiri. Walaupun berita itu belum pasti, ia tetap mengundang kecewa. Kita kecewa dan sedih apabila kita tahu orang yang kita cinta, mencintai orang lain. Dia tidak mencintai kita, langsung tidak. Kerana dia mengaku bahawa dia mencintai orang lain.
Apabila perasaan kecewa itu datang, kebanyakkan kita akan menghabiskan masa kita dengan memikirkan nasib kita yang bertepuk sebelah tangan, memikirkan cintanya yang bukan kepada kita tetapi kepada orang lain dan termenung jauh dengan memikirkan nasib diri kerana cinta ditolak secara jelas atau tidak.
Ada juga yang melolong sedirian menyanyikan lagu-lagu putus cinta yang ada dipasaran. Lagu-lagi ini dinyanyikan berulang-ulang kali atau dipasang untuk memujuk hati yang kecewa dan sedih kerana didalam hati si dia ada orang lain dan bukan ada kita, si dia memilih orang lain untuk berada dihatinya dan tidak langsung ada perasaan cinta kepada kita.
Antara lagu yang bagus untuk dinyanyikam ialah lagu Papinka, masih mencintainya. (Harap skip daripada membaca lirik ini sekiranya ia mampu menganggu perasaan anda).
Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku
Namun Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Namun Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Papinka, masih mencintainya.
Tak kurang juga ada yang jadi lemah semangat dan lemah untuk hidup. Perangai jadi pelik. Bersendirian secara tiba-tiba dan terbaring lama. Mulutnya dan fikirannya tak henti-henti salahkan taqdir dan salahkan tuhan, secara sungguh-sungguh atau tidak, secara jelas atau berlapik, secara sengaja atau sebaliknya. Hal ini berlaku kepada sahabat saya. Malah, dia digelar 'ustaz' oleh kawan-kawannya.
Sekiranya ada kekuatan
Sekiranya ada kekuatan, tulislah pengalaman kita itu. Hal ini kerana, mungkin ia akan menjadi persiapan mental dan emosi kepada orang yang akan menghadapi perasaan yang sama. Dan selalunya, disaat kita kecewa, idea penulisan kita lebih menyentuh hati pembaca. Sampai kadang, kita tidak sangka kita yang menulis karya tersebut sekiranya kita membacanya semua dimasa akan datang.
Ada orang kata, cinta dan kecewa ini perasaan yang mampu mengubah kehidupan kita. Perasaan ini akan menghasikan energy atau tenaga luar biasa kepada kita. Jadi, terserah kepada kita, adakah menjadikan cinta dan tenaga positif atau negatif.
Atas kita, adakah kita mampu mengawalnya dan menjadikan energy itu memberi kesan baik atau kesan buruk kepada kita.Kalau kita positif, kita akan menyalurkan perasaan kecewa kita itu dengan cara yang benar. Sehinggalah perasaan itu reda.
Namun, andai kita bertindak dengan cara yang tidak rasional, kita telah menjadikan kecewa dan cinta satu perkara yang buruk dan negatif.
Apabila perasaan itu datang, ia adalah peluang. Peluang keemasan! Adakah kita mampu mengawal peluang itu membawa impak yang baik atau buruk. Kekuatan itu datang hanya kadang-kadang. Yalah, namanya pun peluang keemasan. Seboleh-bolehnya, jangan kita sia-siakan tenaga atau kekuatan itu. Rugi kalau kita sia-siakannya. Ambil peluang untuk menulis pengalaman kita dan apa perasaan kita.
Sudah ada dipasaran yang menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan perasaan kecewa itu. Dan bagi saya, ia amat berguna sedikit sebanyak. Baru kita tahu, ia juga dialami oleh orang lain, dan kisahnya pelbagai dan rumit. Ada yang mampu menceritakan hingga apa perasaannya disaat melihat majlis pernikahan si dia. Bagaimana dia bangkit semula daripada kekecewaan itu sedikit demi sedikit. Bagaimana apabila perasaan itu datang semula.
Semua ini mampu menggambarkan sedikit sebanyak segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Rentetan daripada itu, kita mempunyai sedikit persiapan mental dan emosi untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Perasaan itu reda
Apabila perasaan itu turun, maka, buatlah kerja-kerja harian kita seperti biasa. Bersyukurlah kepada Allah kerana perasaan itu tidak menyebabkan kita terhalang melakukan kerja harian kita.
Dan kita perlu tahu, perasaan itu akan datang semula bila-bila masa. Ia boleh datang apabila kita melihat benda-benda yang mempunyai kenangan terhadap kekecewaan kita itu.
Mungkin juga melalui mulut orang lain. Atau, ia memang datang secara tiba-tiba. Jadi, apabila perasaan itu datang semula, maka, kuatkanlah diri untuk menghadapinya. Terus-menerus berdoa kepada Allah.
Generasi salafussholeh
Kita boleh beranggapan bahawa, generasi salafussholeh tidak terlalu sibuk dengan perasaan kecewa dan cinta yang melibatkan manusia seperti ini. Hal ini kerana, hidup mereka telah menghasilkan pelbagai karya agung yang menjadi rujukan manusia kemudian. Imam Nawawi hingga tidak menikah sehingga keakhir hayatnya disebabkan mungkin terlalu sibuk dengan ilmu.
Masa hidupnya telah digunakan seoptimum mungkim dengan ilmu. Andai kata, perasaan-perasaan ini menyinggah, sudah tentu ia akan memberi kesan dalam kehidupannya.
Namun, yang menariknya, ada juga karya-karya orang alim tentang cinta dan kecewa yang karya tersebut seakan-akan menceritakan tetang pengalamannya. Sebagai contoh, Imam Ibnu Qayyim ada menulis buku tentang cinta yang buku ini sangat bagus dijadikan panduan buat remaja yang mula tumbuh bibit-bibit cinta dalam jantung hatinya. Ada juga kitab-kitab lain yang mencerikan tentang pengalaman hidup dan kisah-kisah cinta yang wajar kita baca.
Jadi, inilah ujian kita. Kita diuji dengan cinta dan kecewa, maka kuatkan diri untuk menempuhi ujian tersebut. Tanam dalam diri untuk mengikuti jejak langkah mereka. Supaya mungkin, perasaan yang pelik-pelik akan kurang menyinggah dalam jiwa kita.
Namun, kita tetap perlu ingat, perasaan itu mampu menyinggah dalam minda kita bila-bila masa.apabila ia menyinggah, sibukkan diri dengan banyakkan berzikir, beristighfar dan mengadu kepada Allah. Banyakkan membaca Al-Quran semoga ia menjadi sumber ketenangan dan kekuatan kepada kita dalam menghadapi perasaan tersebut. Kalau kita tidak kuat untuk membacanya, siapkan satu mp3 dalam smartphone kita untuk kita pasang apabila perasaan itu menyinggah lagi.
Banyakkan bergantung kepada Allah dan mohon perlindungan daripadaNya daripada kejahatan syaitan yang sentiasa menyuburkan perasaan yang tidak baik yang mampu merosakkan manusia. Mohon kekuatan kepada Allah.
Kuatlah apabila perasaan iti datang lagi.

Monday 16 November 2015

Pesanan Imam Syafie kepada yang melazimi mazhabnya

al-Imam al-Syafii pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H):

Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?”

Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Juga al-Imam al-Syafii:
“Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Katanya lagi:
“Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannyakerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin,2/263).

Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin,2/266).

Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatuhadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Dipetik dari: https://mbasic.facebook.com/DrMAZA/photos/a.407105017989.205042.279290772989/10150446941387990/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C3723543369

Monday 19 October 2015

SOLAT SUBUH BERJEMAAH

APA YANG KITA DAPAT DARI SOLAT SUBUH BERJEMAAH?

bagi lelaki-lelaki yang selalu solat subuh berjemaah di masjid, tidakkah kita tertanya-tanya, apa yang kita dapat dengan melakukan demikian?

Disaat orang lain masih sedap tidur, kita memilih untuk paksa bangun dari tempat tidur lalu pergi ke masjid untuk subuh berjemaah. Ini antara kelebihan yang dijanjikan Rasulullah.

1- Bangun solat Subuh pada waktunya.

Jundab bin Abdullah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّه
ِ
Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, maka dia berada di bawah perlindungan Allah.

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, hadis no: 1381]

2- Solat Subuh berjemaah.

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ ، وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَة
ٍ
Sesiapa yang hadir solat ‘Isya’ berjemaah, baginya (pahala) qiamullail selama separuh malam. Sesiapa yang solat ‘Isya’ dan Subuh secara berjemaah, baginya (pahala) qiamullail seluruh malam.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 205, hasan sahih]

3- dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ صَلاَةٌ أثْقَلَ عَلَى المُنَافِقِينَ مِنْ صَلاَةِ الفَجْرِ وَالعِشَاءِ ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْواً

“Tidak ada shalat yang lebih berat bagi orang munafik selain dari shalat Shubuh dan shalat ‘Isya’.

Seandainya mereka tahu keutamaan yang ada pada kedua shalat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walau sambil merangkak.” (HR. Bukhari no. 657).

Oleh itu, ikhlaskan diri apabila pergi ke masjid. Bukan pergi kerana kawan ajak, bukan pergi kerana suka-suka. Namun, melangkahlah dengan penuh penghayatan dan mengharap redho Allah. Ikhlas hanya kerana Allah.

Berazamlah untuk terus konsisten dan istiqamah hingga keakhir hayat walaupun memang ia sesuatu yang berat.

Walaupun sekali sekali kita tersimpang dan 'terkantoi', tetaplah mempunyai azam untuk terus konsisten. Semoga Allah menilainya sebagai amal ibadah. Semoga Allah meredhoi kita.

[KEMPEN SOLAT JEMAAH DI MASJID]

Sunday 27 September 2015

Cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu

Walau kesedihan apa pun yang melanda perasaanmu, walau derita apa pun yang melanda jiwamu, cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu. Capailah buku-buku yang mampu mengangkat tahap akalmu itu, walau pun, tanganmu berat untuk mencapainya, dek tenggelam dengan perasaan sedih, duka, dan sengsara.

Bertahanlah walaupun payah. Kuatlah walaupun kau seringkali tenggelam dalam kesedihan itu, teruskan doa dalam 'pembacaanmu'. Biarkan air matamu mengalir meskipun kau perasaanmu sedang berbelah bagi, antara tenggelam dalam keasyikan 'pembacaan' atau kesedihan yang mendatang. Bertahanlah.

Tersenyumlah selagi kau mampu. Kerana tersenyum itu lebih menguntungkanmu. Biarlah perasaanmu berbicara sedirian. Kawallah selagi kau mampu. Tetap riang walaupun kau kesedihan. Kerana sekarang, itu ialah 'persekitaran'mu. Dalam riang, jangan lupa untuk tidak putus berdoa, agar Allah memberi kesembuhan kepada ibumu. Allah memudahkan segala urusan yang merunsingkan, yang merumitkan, untuk kesembuhan ibumu. Yakinlah, Allah itu tuhan yang maha memberi keajaiban.

 يَا حيُّ يا قيُّوم بِرَحْمَتِك أسْتغيث أَصْلِحْ لي شأني كلَّه ولا تكلني إلى نفسي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Tuhan yang Maha hidup!
Wahai Tuhan yang Maha kuat!

Dengan bantuan-Mu aku memohon bantuan dengan segera, perbaikilah seluruh urusan hamba-Mu ini, dan jangan sekali-kali KAU biarkan aku menguruskan urusanku ini walau pada kadar sekelip mata pun.

Kadang, kau lalai. Kau rasa urusan itu semuanya kau yang urus. Ya, ia berlaku tanpa sedar. Jadi, jangan putus berdoa. Kembalilah kepada Allah, Tuhan yang menguruskan segalanya. Tuhan yang mengerakkan segalanya. Tuhan yang mengatur segalanya. Jangan terlalu sombong dan angkuh kepada Allah.

Sesungguhnya, kau hanya manusia hina, hamba yang mengharapkan redhanya diakhir kehidupan. Kau milik Allah, maka, kembalilah kepada Allah. Terus berdoa dan mengharap, supaya Allah memberikan jalan keluar. Terimalah taqdir Allah, terimalah dengan redha, sambil percaya, Allah itu tuhan yang mampu menunaikan segala hajat hambanya dalam sekelip mata dan tuhan yang maha menurunkan keajaiban dalam kehidupan hamba-hambanya.

- catatan seorang lelaki yang ibunya sedangan menderita sakit, semoga keluarganya dimudahkan urusan untuk kesembuhan ibunya. -

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -
270915, Ahad, 542 petang.
Bilik 21 aras tanah IPDA

Saturday 26 September 2015

Jatuh cinta, 'bangkit'lah semula walaupun 'kepedihan'

Apabila kita jatuh, kita akan sukar bangun semua. Mungkin tak semua orang, tapi sebahagian manusia. Sukar bangun semula. Kerana, jatuh itu sakit. Begitulah juga jatuh cinta. Berat kita untuk 'bangun' semula. Itulah penangan jatuh cinta.

Kalau kita sedang membuat pecutan 100 meter, 200 meter atau 400 meter bersama pesaing-pesaing hebat lain, tiba-tiba kita jatuh ditengah-tengah larian, apa yang kita rasa? Nak tahu? Cubalah sendiri.

Mungkin ada yang rasa biasa. Tapi, sebenarnya, ada sebahagian orang yang merasakan itu suatu kegagalan. Alangkah merana lagi sekiranya perlumbaan itu ialah perlumbaan final. Atau, kita ada hajat untuk lakukan rekod baru. Apabila kita jatuh, sudah tentu kita ketinggalan jarak dan masa yang panjang. Tak mungkin kita dapat mengejar semua pesaing-pesaing kita. Tak akan mampu.

Itulah penangan jatuh. Ianya sangat menyakitkan. Lagi-lagi jatuh cinta. Sakit lagi kalau kita bertepuk sebelah tangan. Sebab itu, pesan seorang pujangga:

Kalau jatuh cinta, pastikan ia menguntungkan. Disaat kita jatuh cinta, suatu energi sedang menguasai diri kita. Ramai orang yang sanggup buat apa saja dengan ernergi ini. Lalu, apa pilihan kita? Membiarkan energi itu menjerumuskan kita kedalam lembah kegagalan, atau memanfaatkan 'energi cinta' itu untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan."

Memang, saat jatuh cinta, manusia lebih cenderung untuk lemah, kerana ramai orang yang jatuh cinta akan mengalami kekecewaan. Ramai yang jatuh cinta menjadi putus asa kerana cintanya ditolak. Ramai yang jatuh cinta sakit dan pedih apabila kita tahu si dia menaruh perasaan kepada orang lain, bukan kepada dia.

Namun, inilah rajau kehidupan. Kita perlu kuat, supaya kita tidak bertindak luar kawalan. Lebih teruk lagi, kita mula lalai dengan Allah. Kita mula menghabiskan masa melayan perasaan. Nauzubillahi min zalik. Bangunlah semula, bangunlah daripada kelalaian terhadap Allah walaupun ia berat dan pedih.

Thursday 24 September 2015

Ibu, aku hina dihadapanmu

Ibu, aku tak tahu apa ungkapan yang paling layak untuk mengambarkan terima kasihku kepadamu. Orang ramai sering katakan, pengorbananmu tidak mampu dibalas kerana kasihmu terhadap anakmu terlalu besar, aku juga ingin mengungkapkan perkara yang sama, malah aku harap lebih berganda-ganda maksudnya. Namun, Aku tahu, memberi ungkapan terima kasih bukanlah cara yang layak untuk membalas jasamu. Aku rasa bersalah sekiranya tidak mengungkapkannya.

Disaat diri ini rasa ingin membalas jasamu dengan membantumu, aku terasa keletihan, kelelahan, mengah. Jahatnya aku. Berdosanya diriku. Cepatnya aku letih, sedangkan ibu, kau terus berkerja, mendidik dari awal subuh hingga lewat malam dengan rasa bahagia tiap-tiap hari. Aku pula, Setiap hari aku terlalai dalam membantumu. Dosa apakah yang aku sedang lakukan ini? Aku harap Allah mengampunkanku.

Ibu, aku rasa berdosa sekali, meninggalkanmu berseorangan. Kalau ikut keinginanku, ingin saja aku sentiasa berada disampingmu, menunaikan hajatmu. Aku berbelah bagi, dalam masa yang sama Ibu inginku berjuang menuntut ilmu. Aku rasa berdosa, apabila kadang-kadang aku terlalai dimedan perjuangan ilmu. Fokusku terganggu. Sedangkan bukan itu yang ibu mahukan dariku. Aku harap ibu maafkanku. Dan ibu mendoakan aku terus istiqamah dan ikhlas dijalan perjuangan menuntut ilmu. Walaupun apa saja penderitaan yang perlu aku dan ibu sedang pikul.
Aku harap ibu jangan terlalu risau denganku. Cukuplah dengan janji Allah, doa ibu kepada anaknya itu tidak akan ditolak. Seperti yang ibu harapkan juga, aku akan terus berdoa untuk kesembuhan dan kesejahteraan ibu dan untuk Allah bimbing diriku.

Ibu, aku rasa berdosa apabila aku tidak menunaikan apa yang ibu kehendaki. Kadang, aku bergembira disini, sedangkan ibu sedang berjuang sendirian melawan penderitaan. Apa yang ibu mahukan ialah aku fokus dan tidak lalai dalam menuntut ilmu. Aku rasa berdosa ibu, aku harap ibu maafkan aku. Banyak kali aku lakukan perkara yang sama, lalai daripada fokus dalam jalan ilmu. Namun, ibu terus mahu aku dijalan ini, walaupun aku tahu, khidmatku diperlukan ibu. Aku tahu, apabila ditanya, ibu mungkin menjawab,

"umi bahagia lihat anak umi bahagia, walaupun umi tidak bersama...",

" ibu mana yang tak mahu lihat anaknya gembira, tapi pastikan ia bukan melalaikan..."

Namun, aku tetap rasa berdosa. Maafkan aku ibu. Aku harap Allah mengganjarkan dan membalas segala penderitaanmu itu dengan ganjaran dan kenikmatan yang sangat besar diakhirat kelak, yang mampu melupakan serta merta penderitaanmu didunia. Semoga Allah menyucikanmu dari segala dosamu dan memasukkan ibu kedalam syurga firdausNya seandainya ibu tetap sabar dan ikhlas menempuh penderitaan yang diberikan Allah. Aku, deritamu buksn derita biasa

"Sesiapa yang tidak merasa, tidak akan faham"

Aku sedih dan rasa berdosa. Disaat ibu hanya boleh makan makanan tertentu sahaja, kami anak-anakmu menikmati pelbagai makanan yang unik 'rasa'nya. Dosa apakah yang sedang kami lakukan ini? Maafkan kami ibu.

Ibu, Aku sedang melatih, memujuk diri untuk redha diatas segala ketentuan Allah yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Segala ketentuan Allah itu yang terbaik walaupun aku rasa sangat menderita untuk menanggung dan menghadapinya. Malah, engkau lebih berjuta lipat kali ganda. Sungguh, ramai lagi manusia yang diuji jauh lebih dasyat dan jauh lebih derita, cuma aku yang mengada-ngada. Semoga ibu dan aku kuat ,istiqamah dan ikhlas.

Jangan risau tentangku wahai umi. Tempuhlah kehidupan umi dengan tabah, sabar, syukur, ikhlas. Doakanku umi. Anak ini memerlukan doa ibunya. Aku juga akan terus mendoakan umi dan terus menerus mendoakan diri sendiri. Maafkanku ibu, walaupun aku tahu, jawapanmu

" umi maafkan..."

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Monday 7 September 2015

Lelaki dan cinta

Lelaki, kadang kita perlu menganggap, orang yang kita jatuh cinta tidak pernah ada rasa cinta kepada kita. Agar, kita tidak akan kecewa, apabila cinta kita ditolak oleh wanita yang kita jatuh cinta. Lelaki apabila dia kecewa kerana ditolak cinta wanita, tak dapat nak digambarkan keadaannya. Lelaki kuat fizikalnya, tetapi tidak tabah seperti wanita.

Aku dengar banyak kisah, lelaki yang kecewa apabila cinta ditolak, cinta tidak diterima oleh perempuan yang dia jatuh cinta. Kisah benar. Ada yang terporok dibelakang peti ais. Ada yang jadi seperti kanak-kanak. Namun, pada asalnya, terkenal dengan karisma, berkepimpinan dan hebat. Ada yang asalnya alim tetapi menjadi futur. Ada yang meraung sendirian. Dah macam serigala.

Dasyatnya kesan wanita kepada lelaki.

Lelaki, apabila dia cemburu kepada orang yang dia jatuh cinta, cemburunya sangat dalam. Sehinggakan, perkara yang tidak sepatutnya cemburu, dia cemburu... Kadang kala, cemburunya mengundang bahaya. Aku kurang tahu, bagaimana pula dengan wanita. Mungkin sama? Atau bagaimana?

Namun, itulah lelaki. Dia kuat fizikal, Namun, Dia tidak setabah wanita, mental dan emosinya.

pesan Setia Furqon,

" merasa kagum, suka lalu memendam perasaan cinta pada seseorang mungkin bukan masalah.

Yang jadi masalah jika lalu kau tak bisa mengikhlaskan dia yang ternyata menikah dengan yang lain.

Lalu kau merasa sakit hati dan sulit untuk bangkit."

Pesanya lagi,

"Tidak semua yang kita sukai mampu dimiliki.
Tidak semua yang kita cintai bisa dinikahi.
Tidak semua yang kita harapakan terrealisaskan.

Tuhan tidak menjanjikan langit selalu cerah. 
tapi percayalah hujan pasti reda, badai pasti berlalu.

Tuhan tidak menjanjikan hidup yang jauh dari masalah dan derita.
Namun kita bisa memilih untuk tetap bahagia."

Tabahlah wahai lelaki... Tabahlah juga wahai wanita.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Sunday 6 September 2015

Belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

Dikatakan, Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca, perlu disemak semula statusnya. Ungkapan tersebut ialah:

"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di ats prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik".

COPYPASTE... whatsapp akhi izdi.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Saturday 5 September 2015

Manusia, semak semula, apa yang sedang kau perjuangkan

Manusia, semak semula apa yang kita perjuangkan. Perpatah inggeris ada berkata, " practice make perfect". Namun, ramai tertinggal perkara yang lebih penting, "be careful what you are practising". Berjuang perkara yang mulia. Namum, salah dalam memperjuangkan sesuatu mengakibatkan perjuangan kita ialah satu kerugian.

Sebab itu, islam mengajar kita untuk sentiasa bermunajat kepada Allah, agar, kita berada dilandasan yang benar. Sebagaimana Allah telah mengajar nabi doa dalam surah Al Isra : 80. Banyak lagi ayat-ayat lain yang mampu membuatkan hati kita lunak dan berlapang dada dalam menerima kritikan dan bersabar menerima celaan dan cacian.

Rasulullah, apabila Allah memberinya tugasan yang maha berat, iaitu menyampaikan dakwah, Allah berikan arahan susulan.

" wahai orang yang berselimut, bangun malam walaupun sedikit..."

Bangun malam, bukan bangun malam biasa.

"...tambahkan padanya bacaan Al Quran yang tartil (penghayatan dan keikhlasan)..."

Namun, untuk apa bangun malam dan sebagainya?

"...sesungguhnya, akan kami campakkan kepada kau kata-kata yang berat (mesej dakwah)..."

Itulah panduan Allah kepada Rasulullah untuk menjadikan, matlamat, misi dan visi perjuangannya jelas dan benar. Tidak terpesong.

Namun, amat menhairankan. Apabila kita, perjuangan kita tidak disusuli dengan munajat kepada Allah disepertiga malam dan berlapang dada. Yakinnya kita, prinsip yang kita perjuangkan adalah yang paling benar. Sehingga hampir menutu semua pintu-pintu hujjah orang lain tanpa kita sedar.

Lebih teruk lagi, Apabila Allah bangunkan kita disepertiga malam, kita mencampak jauh-jauh seruan itu. Jahatnya jiwa kita.

Risaukah kita prinsip yang kita perjuangkan ialah prinsip yang salah dan menyalahi teks-teks agama dan sunnah nabi? Sedarkah kita, ramainya orang munafiq di zaman Rasulullah, sedangkan Rasulullah hidup bersama mereka? Bagaimanakah kita, Rasulullah tidak bersama dengan kita?

Sebab itu, apa saja pemikiran yang kita perjuangkan, apa sahaja prinsip yang kita perjuangkan, perlu disusuli dengan munajat kepada Allah. Berbisik denganNya. Berlapang dada dengan hujjah dan kritikan orang lain. Memang, ia kadangkala memedihkan. Tapi, hal inilah yang membuatkan kita membuka sudut pandang kita dan membuatkan kita dapat melihat prinsip yang kita perjuangkan dari sudut dan dimensi yang berbeza. Ia membuka luas medan penglihatan kita.

Ia juga perlu dengan penyucian jiwa dan munajad kepada Allah.

Sunday 23 August 2015

Dakwah nabi, dimana kita sekarang?

Dakwah nabi, bermula dengan secara smbunyi. Dakwah itu dilakukan kepada saudara dan kawan-kawan terdekat, yang sudah kelihatan berpotensi menerima mesej yang ingin disampaikan.

Tak kira, apa darjatnya. Bahkan, banyak daripada mereka ialah hamba, orang miskin, golongan-golongan yang rendah darjatnya dalam masyarakat. Memang, ada yang kaya, seperti Siti Khadijah. Ada yang berpengaruh dan hartawan seperti Abu Bakar. Namun, mesejnya ialah, dakwah itu tetap berjalan bagi siapa yang hatinya lunak.

Masalah kita, kita selalu memilih-milih dalam berdakwah. Nak pilih orang yang hensem. Nak pilih orang yang kaya, orang yang berpengaruh. Ya, benar. Dakwah itu memerlukan orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi, ingatlah. Nabi pernah ditegur oleh Allah dalam surah A'basa. Kerana baginda mengendahkan orang buta, yang dahagakan mesej dari baginda.

Bergeraklah dalam jalan dakwah. Mula dengan kecil-kecilan. Ikhlaskan diri. Sabar. Istiqamah. Berani. Sebarkan mesej dakwah. Terima kritikan. Ambil pujian sebagai semangat, bukan perkara untuk dibangga-banggakan. Hakikatnya, kita tidak layak terima pujian, walaupun pujian mampu membuatkan kita semangat. Kita harus sampai tahap, hati kita menjadi tenang apabila menerima kritikan.

Ya, sekarang, terimalah pujian sebagai pembangkit semangat dalam berdakwah. Semua pujian kembali kepada Allah. Berdoalah semoga dakwah kita diterima sebagai amal soleh.

Bersambung...

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Friday 7 August 2015

PENYESALAN SEORANG TUA

AKU CEMBURU DENGAN MEREKA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah. Aku cemburu. Aku rasa ingin kembali ke zaman itu. Bukan kerana aku tidak terima taqdir. Tetapi kerana, aku sangat pasti aku telah mensia-siakan masa mudaku. Namun, sekarang aku masih muda. Namun, tidak semuda dulu.

Umurku telah mencecah kepala dua. Apalah yang aku telah lakukan sewaktu masa mudaku hingga jati diriku tidak teguh sekarang ini. Ilmuku sangat cetek. Bukanlah aku bercita-cita ingin berbangga-bangga dengan ilmu yang banyak. Namun, ilmulah yang mampu mengangkat kedudukan kita disisi Allah.

Apabila aku lihat pemuda, aku jadi menyesal dan bermuhasabah. Menyesal kerana masa mudaku telah banyak disia-siakan. Muhasabah kerana aku harap aku tidak sia-siakan masa mudaku yang berbaki ini. Aku teringat, diwaktu aku setahun jagung, aku pernah berkata kepada diriku.

"Tunggu besarlah baru boleh hafal quran, faham ilmu yang berat-berat. Sekarang ni tak payah lagi."

Namun apabila aku besar, ramai orang dewan berpesan kepadaku

"Waktu muda, hafalah Al Quran, hafalah hadis. Banyakkan membaca. Walaupun kalian tidak faham kandungan apa yang kalian hafal dan baca. Kalian akan memahaminya apabila kalian sudah besar. Itupun kalau kalian istiqamah masih belajar dan terus menuntut ilmu"

Aku sangat menyesal. Wahai pemuda, masa muda bukan masa bersenang-senang. Masa mudalah masa bersusah payah memerah otak dan menghafal. Supaya masa tua kita tidak akan kebosanan. Kita tidak akan menjadi orang tua yang jumud. Kita akan menjadi orang tua yang berilmu dan mampu berhujah. Bukan cakap ikut perasaan dan emosi.

ADA SESUATU YANG TAK KENA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku tak tahu apakah ia. Tapi ada yang tak kena. Banyak persoalan yang timbul dalam diriku. Aku rasa, banyak pelajar sekolah menengah yang tidak mendapat pendedahan dunia luar. Sebahagian mereka diatur cara berfikir dengan aturan yang salah.

Ramai mereka yang tidak didedahkan dengan realiti dunia luar. Akibatnya, ada sebahagian mereka yang mengalami krisis identiti apabila menjejak kaki ke alam universiti atau alam selepas persekolahan.

Ramai orang kata

" lepas alam sekolah, bersiap sedialah, kamu akan menghadapi kejutan budaya. Kamu akan menghadapi cabaran yang sebenar..."

Banyak pertanyaan yang bermain-main dimindaku. Mungkinkah kejutan budaya ini dihilangkan agar semua remaja menjadi remaja yang sentiasa siap sedia dalam mengahadapi cabaran alam selepas persekolahan? Apakah langkah yang harus dimaksudkan? Bukankah hal ini membuktikan masih ada kelompongan kita dalam mencorak cara berfikir remaja? Mampukah perubahan ini dilakukan?

Aku mula berfikir tentang bagaimana cara remaja zaman rasulullah di didik. Rasulullah ada berpesan

"Sebaik-baik kurun ialah kurunku, kemudian kurun selepas itu, kemudia selepas itu..."

Rasulullah diutus untuk dicontohi. Ya, kita tak akan mampu untuk mencontohi segala yang Rasulullah lakukan. Namun, kita boleh mencontohi sebahagian cara hidup dizaman Rasulullah agar kehidupan kita akan berganjak lebih baik daripada sekarang.

Setakat pemerhatianku, apa yang berlaku sekarang ialah, kita sangka mereka ikut Rasulullah, sedangkan kita sedang mengikuti orang lain. Oleh kerana itulah,  kehidupan kita tidak berganjak maju. Kita sering laungkan kehidupan Zaman Rasulullah ialah kehidupan yang sangat hebat. Kerana mereka mendapat didikan langsung dari Rasulullah dan wahyu dari Allah. Jadi, tahap kemajuan kehidupan ini tidak akan berganjak selagi didikan Rasulullah tidak kita contohi.

- Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar -

Thursday 30 July 2015

Aku Cemburu

Aku cenburu melihat orang-orang
Yang dirinya sangat dekat dengan kerja dakwah
Kata-katanya, penulisannya, perbuatannya
Semuanya adalah dakwah
Dia sentiasa fikir tentang orang lain
Mengajak orang lain turut serta dalam kebajikan dan amal soleh
Yang dia lakukan mahupun dia tidak lakukan
Dakwahnya penuh hikmah
Meresap dan telah membangkitkan ramai jiwa
Untuk turut serta dengannya dalam kebaikan

Itu membuatkanku cemburu dengannya
Entah, berapa ramai manusia yang dekat kepada Allah kerananya
Entah, berapa ramai manusia yang berubah kejalan Allah melaluinya
Entah, berapa banyak pahala yang dia dapat kerana orang lain melakukan amalan disebabkan olehnya
Sungguh aku cemburu

Aku disini
Ibadahku masih hanya untuk diriku
Beratnya lidah dan mulutku untuk mengatakan kebenaran
Pengecutnya aku kerana takut dipulau kerana mengatakan kebenaran
Sudahlah dosa yang bertimbun
Amal hanya untuk diri sendiri
Insaflah wahai diri
Tidakkah kau fikir, sudah berapa banyak jariah yang dia perolehi?
Sudah berapa tinggi pahalanya andai dia ikhlas?
Sudah berapa mulianya dia disisi Allah kerana melakukan kerja dakwah?

Aku pula masih ketakutan
Masih ragu dengan janji Allah
Iman senipis apakah yang aku miliki?
Istighfarlah, mohon ampun dan bertaubatlah

Wahai diri
Engkau masih ada peluang
Ubah sikapmu
Ubah perangaimu
Ubah 'mindset' mu
Jangan pernah takut berkata benar
Yang benar tetap benar
Jiwamu perlu jiwa dakwah
Kau mengaku jariah itu tidak akan terputus walaupun kau mati, tapi kenapa jiwamu tidak jiwa jariah?

Pengecutnya kau, sudah-sudahlah beramal hanya untuk diri sendiri
Buatlah kerja dakwah kerana dakwah itu sifatnya berkembang, ia lebih menguntungkan

Cemburunya aku dengan dia
Semoga dia ikhlas dalam kerja dakwahnya
Agar dia memperoleh redho Allah dan dijauhkan dari neraka serta memperoleh ganjaran syurgaNya.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Entri ini masih dalam proses kemaskini, kritikan dan komen amat dialu-alukan.

Tuesday 28 July 2015

Tuhanlah pemilih diriku dan dirimu

Tuhanlah pemilik diriku dan dirimu
Jadi wajarlah sekiranya aku sangat ingin taat dengan perintah tuhanku
Wajarlah sekiranya sanggup mengadai harta dan jiwa demi mempertahankan agama tuhanku
Wajarlah sekiranya aku sanggup dipulau keluarga demi memlihara kesucian tauhidku
Wajarlah sekiranya sanggup aku sanggup kehilangan sahabat dan rakan demi memlihara ketulenan agamaku

Wajarlah sekiranya aku lebih mementingkan solat lima waktu berbanding urusanku denganmu
Wajarlah sekiranya aku mementingkan urusan solat farduku berbanding urusan keduniaanku

Wajarlah aku menjaga kehormatanku berbanding aku membuang sifat maluku
Wajarlah aku menjaga maruahku apabila berkomunikasi dengan manusia yang berlain jantina denganku
Wajarlah aku mengawal nafsuku daripada tengelam dalam keindahan wanita

Namun,
Wajarkah sekiranya kita tak kisah dengan larangan tuhan?
Wajarkah kita malas memperdalam ilmu mengenal tuhan?
Wajarkah kita main-main dalam beragama?
Wajarkah kita tidak berusaha mempelajari perintah ilmu yang mampu mendekatkan diri kepada tuhan?
Wajarkah kita menganggap dunia ini seperti tiada batasanya?
Apa saja kita boleh lakukan disini?
Wajarkah?

Wajarkah kita mengikut hawa nafsu dalam bertindak?
Wajarkah kita mengikut telunjuk syaitan disaat kita dibuai dengan indah dunia dan wanita?

Wajarkah, saat ada manusia yang mengingatkan kita jangan mengikut telunjuk syaitan, namun, pada saat itulah kita bangga dalam dalam kebatilan?

Ingatlah diri, dunia ini milik tuhan.
Dialah Allah, tuhan nabi Musa, Mariam dan Nabi Isa.
Dialah Allah, tuhan kepada batu-batu yang disembah kaum-kaum terdahulu, kaum 'ad, kaum samud, penyembah-penyembah patung berhala dari zaman nabi nuh hingga zaman nabi muhammah, dan penganut hindu.

Oleh itu, sembahlah Allah, beribadahlah kepadaNya dengan mengerjakan solat dan mentaati segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah. Fahamilah kandungan Al Quran, belajarlah apa yang terkandung didalamnya. Al Quranlah kitab yang saban hari dibaca oleh manusia namun diantara mereka sangat sedikit yang memahaminya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...