Kriiiing!!!!.loceng
sekolah berbunyi,menandakan waktu rehat bagi pelajar Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Kubang Pasu telah bermula,seperti biasa,sebilangan besar pelajar
memilih untuk keluar daripada kelas dan menuju ke kantin untuk makan pagi.namun
sebenarnya,bagi pelajar SBP Integrasi kubang Pasu,kami telah disediakan oleh
pihak sekolah makan pagi pada waktu rehat tersebut di Dewan Makan,namun,entah
kenapa,boleh dikatakan hampir separuh daripada pelajar sekolah memilih untuk
makan di kantin dan beli makanan di koperasi,ada yang beralasan mengatakan
mereka sudah jemu dengan hidangan atau menu yang yang disediakan oleh pihak di
DM yang berulang-ulang menunya.Namun,hakikatnya,menu yang mereka beli juga
bagiku turut berulang-ulang.ah,biarkan mereka!itu pilihan mereka,yang
penting,makanan yang pihak DM hidang di DM itu dibayar oleh orang tuaku,ada
bahagian aku disana.aku turut bergegas ke DM untuk makan pagi.
Selepas
selesai makan di DM,segelintir daripada para pelajar akan bergerak ke surau
untuk menunaikan solat sunat duha,terutamanya pelajar SPM,maklumlah tahu itu
merupakan tahun peperiksaan penting,pakat-pakat solat duhalah,moga-moga murah
rezeki untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan
berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi.hmm,itulah
manusia,apabila ada hajat baru ingat Allah lebih.apabila dalam nikmat,ingat
Allahnya kurang.teringat aku dengan satu kata-kata yang berbunyi
“kadang-kadang,ada
ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya memang bukan untuk diselesaikan oleh
hamba tersebut dan tidak ada jalan keluar,kerana Allah ingin hambanya terus
meminta,memohon,merayu dan ingat padaNya,sehinggalah Allah keluarkan hamba itu
dari kesulitan tersebut”
Kita
manusia,makhluk yang sering lupa dan lalai kepada Allah,sering lalai apabila
diberi nikmat.sedikit daripada manusia yang selalu bersyukur kepada Allah atas
nikmat yang diberikan.Dan sedikit diantara kita yang menggunakan nikmatNya
sebaiknya,dan melakukan ketaatan kepadanya.malah,lebih teruk lagi,apabila kita beroleh
nikmat,kita gunakan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.kita memiliki
lidah,kita gunakan untuk mencela orang lain,kita memiliki kesihatan,kita
gunakan untuk derhaka kepada ibu bapa kita.ibu kita menyuruh kita
membantunya,kita kata “jap ibu,ada kerja ni”
Kita ada
nikmat kesihatan, kita sakiti hati adik kita,kita ganggu dia.kita ada nikmat
kesihatan,kita habiskan dengan melepak,berfb berjam-jam,berwhatssup,bersembang
perkara yang tidak berfaedah,mengumpat tetang orang lain,memburuk-burukkan
orang,berbohong,bersembang luca,dan pelbagai lagi perkara yang tidak berfaedah
yang lain yang mampu mendatangkan dosa dan kita anggap ringan.waktu
sakit,demam,barulah tercungap-cungap,mohon ampun kepada Allah,barulah kalut nak solat awal
waktu.jijiknya perangai kebanyakan manusia.
Allah itu
sukakan hambaNya yang ingat kepadaNya sewaktu hamba itu sakit,namun
sungguh,Allah lebih sayang dan cinta hambaNya yang ingat padaNya sewaktu hamba
itu sihat
Allah
sayang akan hambaNya yang ingat kepadaNya pada waktu hamba itu miskin,namun
Allah lebih cinta,kasih serta sayang kepada hambaNya yang ingat kepadanya pada
waktu hamba itu kaya.