Tuesday 27 November 2012

Siapakah ashabul ukhdud?inilah kisahnya

siapakah ashabul ukhdud?
Ashabul Ukhdud. Kisah seorang budak lelaki melawan raja, akhirnya mati syahid kerana mempertahankan keimanan.
Pernahkah anda membaca surah al-Buruj. Dalamnya terkandung kisah Ashabul Ukhdud. Mari kita baca kisahnya.

عَنْ صُهَيْبٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ ، قَالَ لِلْمَلِكِ : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ ، فَابْعَثْ إِلَيَّ غُلَامًا أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ،

Daripada Suhaib bahawa Rasulullah S
AW bersabda:
“Pada zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang budak lelaki untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.”

فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلَامًا يُعَلِّمُهُ ، فَكَانَ فِي طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلَامَهُ ، فَأَعْجَبَهُ ،

Lalu diberikan kepadanya seorang budak lelaki untuk dia mengajar ilmu sihir kepadanya. Dalam perjalanan budak lelaki itu ke tempat ahli sihir, budak lelaki itu bertemu seorang rahib Lalu dia pun duduk untuk mendengar kata-kata rahib tersebut. Budak lelaki itu merasa takjub dengan rahib itu.

فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بِالرَّاهِبِ ، وَقَعَدَ إِلَيْهِ ، فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ ،

Apabila budak lelaki itu mahu pergi ke tempat ahli sihir, dia akan melalui tempat rahib tersebut, dan dia akan duduk di situ. Tatkala budak lelaki itu sampai sahaja ke tempat ahli sihir, ahli sihir akan memukulnya (kerana dia sering terlewat tiba) . Budak lelaki itu pun mengadukan hal tersebut kepada rahib itu.

فَقَالَ : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ ،

Rahib itu menjawab: Apabila engkau takut kepada ahli sihir, katalah kepadanya: Keluarga aku yang menyebabkan aku terlewat, dan apabila engkau takut kepada keluarga engkau, maka katalah: Ahli sihir menyebabkan aku terlewat.

فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ ، فَقَالَ : الْيَوْمَ أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمْ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ ، فَأَخَذَ حَجَرًا ،

Keadaan itu berterusan, hinggalah suatu hari dia bertembung dengan seekor haiwan yang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak lelaki itu berkata: Pada hari ini, aku akan ketahui, siapakah yang lebih utama, ahli sihir atau rahib. Budak lelaki itu pun mengambil seketul batu.

فَقَالَ : اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ ، فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِيَ النَّاسُ ، فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا ، وَمَضَى النَّاسُ ،

Budak lelaki itu menyebut: Ya Allah! Seandainya urusan rahib itu lebih Engkau cintai daripada urusan ahli sihir, bunuhlah haiwan ini supaya orang ramai dapat lalu di sini. Dia terus melontar batu itu, dan berjaya membunuh haiwan tersebut. Maka manusia pun dapat melalui jalan itu.

فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ ، فَقَالَ لَهُ الرَّاهِبُ : أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّي قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى ، وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ ابْتُلِيتَ فَلَا تَدُلَّ عَلَيَّ ،

Budak lelaki itu pergi menemui rahib dan menceritakan hal yang terjadi. Rahib itu berkata kepada budak lelaki tersebut: Wahai anakku, engkau pada hari telah menjadi lebih utama daripada aku. Aku melihat urusan mu telah tiba.

Sesungguhnya engkau akan diuji. Jika engkau diuji, jangan sesekali engkau memberitahu orang lain tentang diri ku.

وَكَانَ الْغُلَامُ يُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَيُدَاوِي النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الْأَدْوَاءِ ، فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ قَدْ عَمِيَ ، فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ ،

Budak lelaki itu mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan penyakit buta dan sopak serta berkebolehan merawat manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Seorang pembesar diraja yang buta mendengar berita tentang budak lelaki ini.

Dia pun pergi menemui budak lelaki tersebut dan memberinya pelbagai hadiah yang banyak.

فَقَالَ : مَا هَاهُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ شَفَيْتَنِي ، فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَإِنْ أَنْتَ آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ ،

Pembesar itu berkata: Semua yang ada di sini adalah milik mu seandainya engkau berjaya menyembuhkan aku. Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa pun. Sesunguhnnya yang menyembuhkan adalah Allah. Jika engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mu.

فَآمَنَ بِاللَّهِ فَشَفَاهُ اللَّهُ ، فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ ؟ ، قَالَ : رَبِّي ، قَالَ : وَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي ؟ ، قَالَ : رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ ،

Pembesar itu pun beriman kepada Allah, lalu Allah menyembuhkannya. Dia kembali kepada raja, dan duduk di samping raja seperti biasa. Raja bertanya kepada pembesar itu: Siapa yang mengembalikan penglihatan mu? Pembesar itu menjawab: Tuhan ku! Raja bertanya lagi: Adakah engkau memiliki Tuhan selain aku? Pembesar itu menjawab: Tuhan aku dan Tuhan mu adalah Allah!

فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الْغُلَامِ ، فَجِيءَ بِالْغُلَامِ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : أَيْ بُنَيَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ ،

Raja terus menghukum dan menyeksanya sehinggalah dia memberitahu raja tentang budak lelaki tersebut. Raja itu pun pergi menemui budak lelaki itu dan berkata: Wahai anakku, sesungguhnya sihir mu sudah sampai ke tahap mampu menyembuhkan penyakit buta dan sopak, dan pelbagai lagi yang telah engkau buktikan.

فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ ، فَجِيءَ بِالرَّاهِبِ ،

Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan sesiapa, yang menyembuhkan adalah Allah. Dia pun ditangkap dan diseksa sehinggalah dia memberitahu tentang rahib tersebut. Lalu raja pun pergi menemui rahib itu.

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ ، فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِيءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ ،

Dikatakan kepada rahib itu: Pulanglah daripada agama mu sekarang (kembali kepada kepercayaan nenek moyang). Rahib itu enggan, maka raja meminta dibawakan sebuah gergaji. Gergaji itu diletakkan di tengah-tengah kepala rahib, lalu kepala rahib digergaji sehingga terbelah dua. Kemudian raja itu mendatangi pembesarnya,

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بِالْغُلَامِ ،

Dikatakan kepada pembesar diraja itu: Kembalilah kepada agama mu. Dia enggan, lalu raja meletakkan gergaji di atas kepalanya, lalu menggergajinya sehingga dia terbelah dua. Kemudian raja itu pergi kepada budak lelaki tersebut pula,

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا ، فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَإِذَا بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَاطْرَحُوهُ ،

Dikatakan kepada budak lelaki itu: Kembali lah kepada agama mu. Budak lelaki itu enggan, lalu dia diserahkan kepada tentera-tentera diraja yang lain. Raja berkata: Pergilah kalian, dan bawa budak lelaki ini ke sebuah bukit. Dakilah bukit itu dan bawa dia bersama-sama. Apabila kalian telah tiba di puncaknya, seandainya dia kembali kepada agama asal (maka jangan apa-apakan dia, tetapi jika dia enggan),maka campakkanlah dia ke bawah.

فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَرَجَفَ بِهِمُ الْجَبَلُ ، فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،

Pengikut-pengikut raja itu pun membawanya mendaki bukit tersebut. Budak lelaki itu berkata: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki. Lalu gunung itu pun bergegar, dan semua pengikut raja jatuh ke bawah. Budak lelaki itu pun datang dengan berjalan kaki menemui raja.

فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ ، فَاحْمِلُوهُ فِي قُرْقُورٍ ، فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ ، وَإِلَّا فَاقْذِفُوهُ ،

Raja berkata kepada nya: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Budak lelaki itu menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu raja menyerahkan budak lelaki itu kepada pengikutnya. Raja itu berkata: Pergilah! Bawalah dia menaiki sampan sehingga sampai ke tengah lautan. Seandainya dia kembali kepada agamanya (maka jangan diapa-apakan dia), jika tidak, campakkan sahaja dia ke laut.

فَذَهَبُوا بِهِ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفِينَةُ ، فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،

Mereka pun pergi bersamanya. Budak lelaki itu pun berdoa: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa cara yang engkau mahu. Lalu sampan mereka pun terbalik, dan pengikut-pengikut raja itu kesemuanya lemas tenggelam di dalam lautan. Budak lelaki itu berjalan pulang menemui raja.

فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَقَالَ لِلْمَلِكِ : إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ ، قَالَ : وَمَا هُوَ ؟ ،

Raja bertanya kepada budak lelaki itu: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Jawab budak lelaki itu: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Dia berkata lagi kepada raja tersebut: Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehinggalah engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja pun bertanya: Apa yang perlu aku lakukan?

قَالَ : تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ ، وَتَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ، ثُمَّ ضَعِ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قُلْ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ، ثُمَّ ارْمِنِي ، فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتَنِي ،

Budak lelaki itu berkata: Orang ramai hendaklah dikumpulkan di suatu tempat. Engkau hendaklah menyalib aku pada sebatang pokok. Seterusnya engkau ambillah anak panah ku daripada bekasnya, dan engkau letakkan anak panah itu pada busurnya, seterusnya engkau menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, seterusnya engkau terus memanah aku. Seandainya engkau melakukan sedemikian rupa, engkau akan berjaya membunuh aku.

فَجَمَعَ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ، ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبْدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قَالَ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ثُمَّ رَمَاهُ ، فَوَقَعَ السَّهْمُ فِي صُدْغِهِ ، فَوَضَعَ يَدَهُ فِي صُدْغِهِ فِي مَوْضِعِ السَّهْمِ ، فَمَاتَ

Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu tempat, dan menyalib budak lelaki itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil anak panah budak lelaki itu daripada bekasnya, kemudian meletakkannya pada busurnya, kemudian menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, kemudian dia terus melepaskan panahannya, lalu anak panah itu pun mengenai bahagian antara mata dan telinga budak lelaki tersebut. Budak lelaki itu meletakkan tangannya pada bahagian yang terkena panahan tersebut, lalu dia pun meninggal dunia.

، فَقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، فَأُتِيَ الْمَلِكُ ، فَقِيلَ لَهُ : أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ ، قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ ،

Orang ramai pun berkata: Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Raja pun didatangi dan dikatakan kepadanya: Tidak tuanku melihat apa yang tuanku takuti selama ini? Demi Allah, sesungguhnya ia telah menimpa tuanku. Manusia telah beriman!

فَأَمَرَ بِالْأُخْدُودِ فِي أَفْوَاهِ السِّكَكِ ، فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ النِّيرَانَ ، وَقَالَ : مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ ، فَأَحْمُوهُ فِيهَا أَوْ قِيلَ لَهُ اقْتَحِمْ ، فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا ، فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا ، فَقَالَ لَهَا الْغُلَامُ : يَا أُمَّهْ اصْبِرِي ، فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ " .

Lalu raja itu menyuruh untuk digali parit dan dinyalakan api. Lalu dia bertitah: Sesiapa yang tidak kembali kepada agamanya, terjunlah ke dalam api tersebut. Mereka semua melakukannya hinggalah sampai kepada seorang wanita yang sedang bersama-sama anak kecilnya. Wanita itu enggan untuk terjun ke dalam api, lalu tiba-tiba bayinya berkata: Wahai ibu ku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.

[Sahih Muslim : 5332]
 https://www.facebook.com/AlKahfiServices/posts/518884621469102

Dunia ipt

Alhamdulillah,saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk bermusafir.buat pengetahuan sahabt-sahabat,saya ni seorang yang suka bermusafir.

sebenarnya bermusafir bagi saya,merupakan peluang untuk menimba pengalaman.dengan bermusafir juga,saya dapat melihat orang ramai,memahami kondisi manusia.melihat mereka dari segi sikap mereka yang pelbagai.memahami manusia yang mempunyai sikap yang bermacam ragam.

kalau duduk di rumah,kita hanya dapat melihat sikap adik beradik saja.terasa dunia ni kecil saja.tapi,kalau bermusafir,barulah kita faham,manusia bermacam ragam,pelbagai dan pelbagai.timbul dalam diri perasan rendah diri dan mengaku akan kebesaran Allah.maha suci Allah yang maha mencipta hambanya dengan pelbagai rupa dan pelbagai sikap dan pemikiran.


dengan bermusafir juga,saya dapat melihat dunia luar dan keadaan ummat akhir zaman,ummat nabi muhammad.masyaAllah,baru kita sedar,baru kita tahu,ummat sedang nazak!termasuklah dri ini kerana rasa diri tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh para rasul dan penolong-penolong agama
Allah,dakwah.ramai umat manusia sedang tenggelam oleh lalai dunia.minda manusia dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif dan budaya-budaya kotor.

perkara ini dapat di nilai melalui pemakaian,hiburan-hiburan yang melampau,yang telah mendominasi radio-radio tempatan.Ya Allah selamatkan ummat nabi Muhammad!


saya sebentar tadi,saya baru balik bermusafir dari sebuah kem.kem saadah ulfa yang diadakan di universiti utara malaysia,banyak perkara baru yang saya perolehi.saya dapat pengalaman hidup di universiti.

MasyaAllah,banyak ibrah atau pengajaran yang saya perolehi sepanjang perjalanan kembara saya ini.

hidup di universiti

pertama macam saya kata tadi,saya dapat pengalama hidup di universiti.universiti ni pelajarnya satu tempat yang tak macam sekolah,pelajarnya sangat ramai.kita juga tidak terlalu terikat dengan peraturan seperti disekolah.

namun apa yang saya nak ketengahkan ialah,rakyat malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah akal dan fikiran,boleh dikatakan ramai rakyat malaysia yang berpendidikan tinggi ramai yang masuk ke 
IP
T,tetapi ramai yang menpunyai masalah hati.hati mereka banyak yang kosong.sebagai contoh,ramai saja pelajar universiti yang mempunyai keputusan akademik yang bagus dalam peperiksaan,tetapi,akhlaknya tidak ada ciri-ciri akhlak muslim,cara pergaulannya banyak yang tidak menepati cara bergaul yang sunnah.

ramai saja yang asalnya disekolah merupakan pelajar cemerlang,namun,apabila masuk ke ipt,terlibat dengan hubungan terlarang,membuatkan prestasi akedemiknya jatuh.dan lebih teruk lagi apabila sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.gejala seperti ini sebenarnya sering berlaku cuma kita yang tidak tahu.ini sesuatu perkara yang menyedihkan dan harus diberi perhatian.

Wednesday 21 November 2012

wasilah diterimanya amalku...

Ya Allah!
redhoilah perjalanan ini,
redhoilah setiap langkah dan tempoh perjalananku,
jangan kau biarkanku tersasar,
dibawa arus lalainya dunia,
dibawa arus fitnah dunia yang menduga,
ikhlaskan diriku dalam setiap gerakku,
kerana itulah syarat di terimanya amalku,

ya Allah!
kadang aku lupa tentang itu,
tentang keikhlasan wasilah diterimanya amalku,
tentang ibadahku yang selalu aku asingkan dengan hidupku,
aku tersasar jauh dari hakikat itu,
Aku ingin kembali kepada redhoMu,
maka,Kau redhoilah aku,
Redhoilah perjalananku.

Duhai diri!
ingatlah,syarat amalan itu diterima ialah perlu hanya keranaNya,
hanya keranaNya!
kerana apa?
kerana kita adalah HAMBA!
hambaNya.

Duhai diri
ingatlah!
syarat diterima sesuatu amalan ialah berpandukan Al Quran dan Sunnah,
kerana apa?
kerana itulah AGAMA,
agama datang dari kedua-dua sumber itu,
jadi berpeganglah kepada kedua-duanya,
supaya kau tidak tersasar,
dari hidayah kepada kesesatan,
supaya kau tidak SESAT!

Jadi,wahai diri,
DIULANGI,
pastikan setiap gerak gerimu berlandaskan kedua-dua sumber itu,
setiap gerak gerimu hanya keranaNya
kerana amalan yang meninggi setinggi gunung pun,
amalan seluas lautan pun,
amalan selebar langit pun,
SIA-SIA!
 dan tidak akan akan diterima olehNya,
jika tidak menepati syarat yang tersedia.




bersiap-siap dan bergegas ke kem saadah ulfa,di sintok,
ya Allah!redhoilah perjalanan ini,
doakan saya sahabat2 sekalian.

Monday 19 November 2012

Antara Konsep Hidup


Mana Milik Kita-Rabbani

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani







Lirik Lagu Semua Allah Punya – Iwan Syahman
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

kedua-dua lagu diatas sengaja saya lampirkan dan saya kongsikan kepada kalian.sebenarnya saya sangat terkesan dengan kedua-dua lagu ini.ia bermaddah tentang antara konsep kehidupan yag mana semua perkara yang berada di atas muka bumi ini bukan milik kita.setiap benda!setiap perkara!bakat,kemewahan,kesihatan,kecantikan paras rupa,anggota badan,segala-galanya,ya,segala-galanya,bukan milik kita.tapi milik Allah.
ya!kadang kadang kita lupa,kita melakukan sewanang-wanangnya di muka bumi ini,kita lupa bumi ini bukan milik kita,sebab itu kita melakukan apa sahaja sesuka hati.

kita sombong dengan kelebihan yang Allah beri kepada kita,"akulah yang paling hebat",
kita riak dalam melakukan ibadah,kita bakhil dalam bersededekah kerana kita kata kemewahan dan duit yang kita ada adalah milik kita dan perlu digunakan untuk membeli keperluan dan kepentingan diri sendiri.

namun hakikatnya,dunia dan segala yang ada di muka bumi ini bukan milik kita,kita hanya hamba!hamba!jadi kalau hamba kenalah buat cara hamba.
hamba ialah orang yang mengikut kehendak tuhannya.apa jadi kalau tak ikut??
teringat cerita-cerita sahabat nabi seperti Bilal Bin Rabbah,yang mereka adalah hamba sahaya sebelum memeluk islam.kisahnya yang masyhur dikalangan kita.kisah dimana Bilal Bin Rabbah di seksa akibat tidak mengaku berhala sebagai tuhannya.kenapa dia perlu diseksa kerana mengaku ALLAH sebagai tuhan?itu hak dia?

sebenarnya,dia tidak ada hak keatas dirinya kerana dia adalah hamba,dirinya ialah hak tuannya.

itulah hamba.semua perkara ditentukan tuannya.sampai pegang aqidah sekalipun.apabila tidak seperti yang tuan inginkan,terus diseksa.tanpa rasa belas.

namun,ALLAH adalah tuan dan tuhan yang maha penyabar,maha pemurah.dia memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat dan melepaskan diri dari seksaan yang sepatutnya dilaksanakan keatas kesalahan dan dosa yang dilakukan.

jadi,saya menyeru kepada diri saya serta rakan-rakan.marihlah kita menjadi hamba yang taat(taqwa).saya ingatkan sekali lagi,kehidupan ini bukan milik kita.setiap particle dan atom di dunia ini,segala kelebihan dan bakat,masa dan ruangan semuanya milik ALLAH.kita hanya peminjam yang ditugaskan untuk mengimarahkannya dengan cara yang dikehendaki ALLAH iaitu berpandukan al quran dan assunnah.jangan sombong,jangan riak,jangan suma'ah dan jangan,jangan,jangan buat apa yang di tegah olehNya.kerana kita hanyalah hamba,dan kita ALLAH punya.

SALAM MUJAHADAH.
selamat menghayati lirik dan lagu 'mendidik jiwa' di atas. 

Monday 12 November 2012

Sunnah Puasa Di Bulan Muharam



copypaste from:http://rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2832-amalan-puasa-asyura.html

edited by:muawiyah

Alhamdulillah
, saat ini kita telah berada di bulan Muharram. Mungkin masih banyak yang belum tahu amalan apa saja yang dianjurkan di bulan ini, terutama mengenai amalan puasa. Insya Allah kita akan membahasnya pada tulisan kali ini. Semoga bermanfaat.


Dianjurkan Banyak Berpuasa di Bulan Muharram
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam.”[1]
An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahwa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]
Lalu mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan malah bulan Muharram? Ada dua jawaban yang dikemukakan oleh An Nawawi.
Pertama: Mungkin saja Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup beliau.
Kedua: Boleh jadi pula beliau memiliki udzur ketika berada di bulan Muharram (seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak puasa pada bulan Muharram.[3]
Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Dzulqo’dah, Dzulhijah, Muharram, Rajab -pen) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah).”[4]
Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharram) yaitu ‘Umar, Aisyah dan Abu Tholhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram.[6] Bulan haram adalah bulan Dzulqo’dah, Dzulhijah, Muharram dan Rajab.

Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah Puasa ‘Asyura
Dari hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ yaitu pada tanggal 10 Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Abu Qotadah Al Anshoriy berkata,
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Beliau menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Beliau juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Beliau menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[8]
An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]

Menambahkan Puasa 9 Muharram
Sebagaimana dijelaskan di atas (pada hadits Ibnu Abbas) bahwa di akhir umurnya, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun beliau sudah terlebih dahulu meninggal sehingga beliau belum sempat melakukan puasa pada hari itu.
Lalu bagaimana hukum menambahkan puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut kami sarikan penjelasan An Nawawi rahimahullah.
Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahwa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh sekaligus; karena Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.
Apa hikmah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam menambah puasa pada hari kesembilan? An Nawawi rahimahullah melanjutkan penjelasannya.
Sebagian ulama mengatakan bahwa sebab Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bepuasa pada hari kesepuluh sekaligus kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahwa hal ini untuk kehati-hatian, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahwa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam.[19]
Ibnu Rojab mengatakan, ”Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja.”[20]
Intinya, kita lebih baik berpuasa dua hari sekaligus yaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram. Karena dalam melakukan puasa ‘Asyura ada dua tingkatan yaitu:
  1. Tingkatan yang lebih sempurna adalah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sekaligus.
  2. Tingkatan di bawahnya adalah berpuasa pada 10 Muharram saja.[21]

Puasa 9, 10, dan 11 Muharram
Sebagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya berpuasa pada hari ke-9, 10, dan 11 Muharram. Inilah yang dianggap sebagai tingkatan lain dalam melakukan puasa Asy Syura[22]. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbasradhiyallahu ’anhuma. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً
Puasalah pada hari ’Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ’Adiy, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawiy dan Al Hamidiy, namun sanadnya dho’if (lemah). Di dalam sanad tersebut terdapat Ibnu Abi Laila -yang nama aslinya Muhammad bin Abdur Rahman-, hafalannya dinilai jelek. Juga terdapat Daud bin ’Ali. Dia tidak dikatakan tsiqoh kecuali oleh Ibnu Hibban. Beliau berkata, ”Daud kadang yukhti’ (keliru).” Adz Dzahabiy mengatakan bahwa hadits ini tidak bisa dijadikan hujjah (dalil).
Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan oleh Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ’Atho’ dari Ibnu Abbas. Beliau radhiyallahu ’anhuma berkata,
خَالِفُوْا اليَهُوْدَ وَصُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ
Selisilah Yahudi. Puasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.” Sanad hadits ini adalah shohih, namun diriwayatkan secara mauquf (hanya dinilai sebagai perkataan sahabat). [23]
Catatan: Jika ragu dalam penentuan awal Muharram, maka boleh ditambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.
Imam Ahmad -rahimahullah- mengatakan, ”Jika ragu mengenai penentuan awal  Muharram, maka boleh berpuasa pada tiga hari (hari 9, 10, dan 11 Muharram, pen) untuk kehati-hatian.[24]

Sebagai Motivasi
Semoga kita terdorong untuk melakukan puasa Asyura. Cukup ayat ini sebagai renungan. Allah Ta’ala berfirman,
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ
“(Kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu".” (QS. Al Haqqah: 24)
Mujahid dan selainnya mengatakan, ”Ayat ini turun pada orang yang berpuasa. Barangsiapa meninggalkan makan, minum, dan syahwatnya karena Allah, maka Allah akan memberi ganti dengan makanan dan minuman yang lebih baik, serta akan mendapat ganti dengan pasangan di akhirat yang kekal (tidak mati).”[25] Inilah balasan untuk orang yang gemar berpuasa.

Semoga Allah memudahkan kita untuk melakukan amalan puasa ini. Hanya Allah yang memberi taufik.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Diselesaikan di Panggang-Gunung Kidul, pada hari mubarrok (Jum’at), 1 Muharram 1431 H
diedit oleh:Muawiyah


[1] HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah.
[2] Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim Ibnu Al Hajjaj, An Nawawi, 8/55, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.
[3] Idem.
[4] Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 67, Al Maktab Al Islami, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[5] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 66.
[6] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 71.
[7] Inilah yang dimaksud dengan ‘Asyura yaitu tanggal 10 Muharram. Yang memiliki pendapat berbeda adalah Ibnu ‘Abbas yang menganggap ‘Asyura adalah tanggal 9 Muharrram. Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 99.
[8] HR. Muslim no. 1162.
[9] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[10] Diolah dari penjelasan Ibnu Rajab Al Hambali dalam Latho-if Al Ma’arif, hal. 92-98.
[11] HR. Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125
[12] HR. Muslim no. 1130
[13] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/11.
[14] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 94.
[15] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[16] HR. Muslim no. 1126.
[17] Latho-if Al Ma’arif, hal. 96.
[18] HR. Muslim no. 1134.
[19] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/12-13.
[20] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 99.
[21] Lihat Tajridul Ittiba’, Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili, hal. 128, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[22] Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad.
[23] Dinukil dari catatan kaki dalam kitab Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 2/60, terbitan Darul Fikr yang ditahqiq oleh Syaikh Abdul Qodir Arfan.
[24] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 99.
[25] Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 72.

Saturday 10 November 2012

perjalanan balik kampung

pemandangan luar pagar SBPIKP,

alhamdulillah,perjalanan pulang ke kampung yang mencabar.alhamdulillah,pada 8/11/12 kami pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu(SBPIKP) di benarkan balik ke kampung halaman bersempena cuti akhir tahun,seperti biasa,sekiranya saya balik ke kampung saya akan menaiki bas.namun hari itu,satu ujian yang tak diduga menimpa saya.apabila saya menyeluk saku seluar untuk mengambil duit di dompet saya,ternyata duit saya sudah kehabisan,ada tu ada tapi sangat sikit dan tidak cukup untuk tambang balik.saya tak sangka saya telah menghabiskan duit tanpa saya sedari."aduh macam mana ni?"saya  mengeluh 


SBPIKP semakin menjauh,meninggalkannya buat kali yang
 terakhir untuk tahun 2012

 

Ingat Allah


     lumrah manusia,apabila diri ditimpa ujian barulah dia akan mengingat tuhannya,itulah yang berlaku kepada diri saya,saya terus basahkan lidah dengan tidak berhenti berdoa,"hasbunallah wani'mal wakil fanik'mal maula wanikmannasir",,,itulah doa yang saya rafa'kan sambil berfikir jalan keluar,alhamdulillah,allah memberi ilham kepada saya untuk menumpang sahabat saya ke Alor Setar.namun sahabat saya hanya dapat menghantar saya hingga ke Alor Setar sahaja kerana rumahnya di situ.saya memilih untuk tinggal di Pusat Dakwah berdekatan dengan City Plaza di Alor Setar.

Gambaran Hadapan Pusat Dakwah Islam,Alor Setar Kedah

     saya tinggal di Bukit Mertajam,Pulau Pinang,hanya ada dua cara untuk saya balik kampung,iaitu menaiki bas atau menelefon abi untuk ambil saya di Alor Setar.duit tak cukup nak balik jadi kena suruh abi ambil lah.saya bergegas ke telefon awam tuk meneefon abi.

 

Ujian daripada Allah


     hasil daripada menelefon abi,saya mendapat jawapan yang mengecewakan,abi akan bergerak ke KL pada hari itu jadi dia boleh mengambilku pada hari isnin,jadi,saya hanya mempunyai pilihan terakhir iaitu bermalam di Pusat Dakwah hingga hari isnin.wah,duit tak ada,nak makan apa?...hanya Allah yang maha membantu.

     "Ah,ramai saudara seislamku yang tak makan berbulan-bulan,meraka tak kisah pun?bukan selalu aku macam ni",saya bermonolog.selepas menelefon,saya menunaikan solat asar selepas itu berjalan-jalan di CP untuk mengambil angin dan melihat keadaan umat Muhammad.fuh,macam-macam manusia saya jumpa.ada setengah itu seperti lupa tujuan hidup mereka, terlintas di jantung hatiku.waktu perjalanan pulang,tiba-tiba saya terserempak dengan sahabat lama saya sewaktu saya belajar di Maktab Mahmud Alor Setar iaitu nabil ,dia bertanya tentang keadaan saya,dia turut bersimpati dengan keadaan saya.

     sedar tak sedar,waktu maghrib sudah masuk.saya bergegas balik ke PD tuk menunaikan solat maghrib.selepas menunaikan solat maghrib seperti biasa malam jumaat saya membaca surah al Kahfi sepertimana yang dilakukan oleh rasulullah tiap-tiap kali malam jumaat.tak ada apa yang dapat saya lakukan selain membaca buku,tadabbur Al Quran atau tidur,saya memilih untuk tadabbur al Quran sambil berfikir."isyh,aku rasa, ada jalan lain ni,x kan nak duduk kat sini sampai hari isnin kot?"baru saya sedar,saya menyerah terlalu awal,saya terus menyelongkar beg saya,bagi mencari nombor telefon sahabat-sahabat saya yang tinggal berdekatan tuk meminta bantuan.Alhamdulillah saya menjumpainya.saya terus bergegas ke telefon awam. 

 

Pertolongan daripada Allah


     dalam pejalanan pergi ke telefon awam saya terserempak pula dengan seorang lagi sahabat MMAS iaitu Aiman Aufa."la,awat x telefon ana,ana dok dekat-dekat sini ja,"dia terus menyapa saya,selepas kami bertemu kami sembang rancak la apa lagi,lama tak jumpa,

"cana boleh tau ana ada sini?"

"nabil bagi tau,dia sekarang ada kat rumah sewa darul hijrah,lepak ngan kawan-kawan kita yang lain,besala baru habis SMRAMM,"

"ana mai ni nak amik enta la,dok umah sewa 2 dulu"

"oo,,ya allah terima kasih la noh,"

"nanti Asyraf dan Fathi mai sini,bawak barang2 enta ni,
waktu nabil cita kata enta ada sini,kami agak tekejut la,cana enta bleh lepas mai sini,yg abid buat sedih plak,buat feeling plak"

"oo,,,abid ada skali la?"

kami sembang panjang selepas berjumpa,selepas kedua-dua lagi kawan saya datang,kami bergegas kerumah sewa

 

Di rumah sewa


     sesampai saja saya di rumah sewa,saya disambut ramah oleh semua kawan-kawan lama saya,walapun baru kenal sekejap(saya duduk di MMAS hanya selama 3 bulan) mereka melayan saya macam kenal betul dengan saya,macam dah kawan lama,kami sembang dan melawak sakan malam tu.fuh ,pendek cerita,memang rancak lah

keesokan harinya,saya bercadang untuk balik ke rumah.jadi saya mengambill keputusan tuk meminjam wang kepada sahabat saya Abid.
"erm,,ni duit tambang balik".kata abid

"aku pinjam tau,...aaaiii,,,bila pulak la aku boleh bayar duit ni,kita dah la payah jumpa,"

"kalau jumpa hang bayaq,kau x jumpa,x ya bayaq,,hahahah"

perbualan kami berlarutan.alhamdulillah,dengan duit yang dia bagi tu saya boleh bayar tambang tuk balik,kalau tidak,duduk AS sampai isnin la,

waktu balik tu sekali lagi mereka menolong saya menghantar barang saya yang banyak ke stesen bas."ish depa ni,memang suka tolong orang ka apa".sekali lagi saya bermonolog.

 

Saat-saat perpisahan


      sesampai di stesen bas,kami bersalaman sebelum berpisah,rasa sedih pula nak tinggalkan mereka.alhamdulillah,saya berangkat menaiki bas dengan selamat.allahuakhbar indahnya ukhuwah,terima kasih sahabat-sahabat.

sahabat-sahabat itu,mereka banyak menolong saya sepanjang perjalan saya balik ke kampung sempena cuti hujung tahun.bagi tempat tinggal,bagi makan,bago pinjam duit tambang balik dan macam macam lagi,saya boleh bayang kalau saya tak jumpa mereka,kelaparan lah saya.tidur di kaki lima PD.kelihatan seperti perempat yang tak terurus,hanya tunggu diusir

     itulah sahabat,menolong ketika susah,gembira bersama,susah bersama.terima kasih sahabat-sahabat kerana menjadi sahabat yang baik dalam hidup saya,jasamu akan sentiasa dikenang.jangan lupa kawanmu yang doif disni,kenanglah aku dalam doamu.terima kasih sekali lagi sahabat.

                                            hari jumaat 9/11/12 pagi, sebelum berangkat ke stesen bas


itulah UKHUWAH


itulah ukhuwah.ukhuwah tidak terpisah dek jarak yang jauh,
ukhuwah tidak terpisah dek berlainan tempat belajar,
ukhuwah tidak terpisah dek paras rupa yang berlainan,
ukhuwah tidak terpisah dek tempoh masa lama yang memisah,

apabila berlainan jantung hati mempunyai satu aqidah dan satu tauhid
satu misi dan satu fikrah
satu matlamat dan satu perjuangan yang sama
maka disitulah jantung hati itu akan bersatu,
disitulah terbentuknya ukhuwah,
yang tidak akan terpisah selagi tauhid itu dipegang

kita adalah satu jasad,
kita adalah satu ummah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...