Kita mungkin akan bosan dengan perkara yang sama berulang kali dipesan. Namun, pesanan untuk iklas dalam amal ialah pesanan yang perlu dipesan berulang kali. Kerana, ikhlas itu kadang-kala ia hilang tanpa sedar dalam kita sedang beramal. Ini sungguh merugikan. Ikhlas juga seperti yang kita tahu, punca samada malan diterima atau ditolak. Dalam Al Quran memberi banyak amaran kepada orang yang melakukan amal tidak ikhlas.
Kanak-kanak, mereka ialah golongan sangat perlu dipesan agar ikhlas dalam beramal. Supaya, mereka sudah terlatih, dan semoga kekuatan mereka untuk ikhlas dalam amal dan perkerjaan lebih kuat dan teguh.
Saya teringat sebuah fenomena yang berlaku dihadapan saya. Saya tersentaj dengan fenomena itu, membuatkan saya ingat fenomena itu hingga sekarang. Fenomena itu semua cerita, cerita seorang kanak-kanak, umur lebih kurang dalam lingkungan sekolah rendah. Pada anggaran sayang mungkin darjah tiga ke darjah lima.
Kami sedang mengemop lantai sebuah dewan di tingkat dua. Lantai dewan itu kayu. Setelah beberapa tempoh kami mengemas dan mengelap pantai itu, kami berehat sebentar.
Namun, apa yang menarik, budak ini terus menerus mengelap lantai yang berhabuk tebal itu. Hingga, ada dikalangan abang-abang yang agak berumur memuji budak ini.
"Rajinnya dia buat kerja, rajinlah anak ustaz buat kerja"
Berseloroh seorang pak cik kepada ustaz sabri hanif. Ustaz sabri tersenyum lebar. Sambil duduk berehat diatas sebuat kerusi, ustaz sabri berpesan santai kepada budak itu:
"Along, buat kerja ikhlas ya, kerana Allah, jangan buat kerja sebab mahukan pujian orang"
Budak itu tersenyum-senyum, sambil meneruskan mengelap lantai.
Bagi saya, ini sebuah pendekatan yang menarik. Pesanannya sangat jelas. Saya teringat akan pesanan luqman al hakim dalam Al Quran
"...Wahai anak kesayanganku, jangan syirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar..."
Pesanan-pesanan ini ialah pesanan tauhid dan pesanan yang bagi saya mampu mempersiapkan mental anak-anak untuk menghadapi cabaran-cabaran yang besar dimasa akan datang. Namun, pesanan seperti ini haruslah berterusan, agar mereka tidak lupa.
Entry ini masih didalam sesi kemaskini, sebarang pembaikan, komen, cadangan dan idea amatlah dialu-alukan.