Sunday 27 September 2015

Cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu

Walau kesedihan apa pun yang melanda perasaanmu, walau derita apa pun yang melanda jiwamu, cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu. Capailah buku-buku yang mampu mengangkat tahap akalmu itu, walau pun, tanganmu berat untuk mencapainya, dek tenggelam dengan perasaan sedih, duka, dan sengsara.

Bertahanlah walaupun payah. Kuatlah walaupun kau seringkali tenggelam dalam kesedihan itu, teruskan doa dalam 'pembacaanmu'. Biarkan air matamu mengalir meskipun kau perasaanmu sedang berbelah bagi, antara tenggelam dalam keasyikan 'pembacaan' atau kesedihan yang mendatang. Bertahanlah.

Tersenyumlah selagi kau mampu. Kerana tersenyum itu lebih menguntungkanmu. Biarlah perasaanmu berbicara sedirian. Kawallah selagi kau mampu. Tetap riang walaupun kau kesedihan. Kerana sekarang, itu ialah 'persekitaran'mu. Dalam riang, jangan lupa untuk tidak putus berdoa, agar Allah memberi kesembuhan kepada ibumu. Allah memudahkan segala urusan yang merunsingkan, yang merumitkan, untuk kesembuhan ibumu. Yakinlah, Allah itu tuhan yang maha memberi keajaiban.

 يَا حيُّ يا قيُّوم بِرَحْمَتِك أسْتغيث أَصْلِحْ لي شأني كلَّه ولا تكلني إلى نفسي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Tuhan yang Maha hidup!
Wahai Tuhan yang Maha kuat!

Dengan bantuan-Mu aku memohon bantuan dengan segera, perbaikilah seluruh urusan hamba-Mu ini, dan jangan sekali-kali KAU biarkan aku menguruskan urusanku ini walau pada kadar sekelip mata pun.

Kadang, kau lalai. Kau rasa urusan itu semuanya kau yang urus. Ya, ia berlaku tanpa sedar. Jadi, jangan putus berdoa. Kembalilah kepada Allah, Tuhan yang menguruskan segalanya. Tuhan yang mengerakkan segalanya. Tuhan yang mengatur segalanya. Jangan terlalu sombong dan angkuh kepada Allah.

Sesungguhnya, kau hanya manusia hina, hamba yang mengharapkan redhanya diakhir kehidupan. Kau milik Allah, maka, kembalilah kepada Allah. Terus berdoa dan mengharap, supaya Allah memberikan jalan keluar. Terimalah taqdir Allah, terimalah dengan redha, sambil percaya, Allah itu tuhan yang mampu menunaikan segala hajat hambanya dalam sekelip mata dan tuhan yang maha menurunkan keajaiban dalam kehidupan hamba-hambanya.

- catatan seorang lelaki yang ibunya sedangan menderita sakit, semoga keluarganya dimudahkan urusan untuk kesembuhan ibunya. -

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -
270915, Ahad, 542 petang.
Bilik 21 aras tanah IPDA

Saturday 26 September 2015

Jatuh cinta, 'bangkit'lah semula walaupun 'kepedihan'

Apabila kita jatuh, kita akan sukar bangun semua. Mungkin tak semua orang, tapi sebahagian manusia. Sukar bangun semula. Kerana, jatuh itu sakit. Begitulah juga jatuh cinta. Berat kita untuk 'bangun' semula. Itulah penangan jatuh cinta.

Kalau kita sedang membuat pecutan 100 meter, 200 meter atau 400 meter bersama pesaing-pesaing hebat lain, tiba-tiba kita jatuh ditengah-tengah larian, apa yang kita rasa? Nak tahu? Cubalah sendiri.

Mungkin ada yang rasa biasa. Tapi, sebenarnya, ada sebahagian orang yang merasakan itu suatu kegagalan. Alangkah merana lagi sekiranya perlumbaan itu ialah perlumbaan final. Atau, kita ada hajat untuk lakukan rekod baru. Apabila kita jatuh, sudah tentu kita ketinggalan jarak dan masa yang panjang. Tak mungkin kita dapat mengejar semua pesaing-pesaing kita. Tak akan mampu.

Itulah penangan jatuh. Ianya sangat menyakitkan. Lagi-lagi jatuh cinta. Sakit lagi kalau kita bertepuk sebelah tangan. Sebab itu, pesan seorang pujangga:

Kalau jatuh cinta, pastikan ia menguntungkan. Disaat kita jatuh cinta, suatu energi sedang menguasai diri kita. Ramai orang yang sanggup buat apa saja dengan ernergi ini. Lalu, apa pilihan kita? Membiarkan energi itu menjerumuskan kita kedalam lembah kegagalan, atau memanfaatkan 'energi cinta' itu untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan."

Memang, saat jatuh cinta, manusia lebih cenderung untuk lemah, kerana ramai orang yang jatuh cinta akan mengalami kekecewaan. Ramai yang jatuh cinta menjadi putus asa kerana cintanya ditolak. Ramai yang jatuh cinta sakit dan pedih apabila kita tahu si dia menaruh perasaan kepada orang lain, bukan kepada dia.

Namun, inilah rajau kehidupan. Kita perlu kuat, supaya kita tidak bertindak luar kawalan. Lebih teruk lagi, kita mula lalai dengan Allah. Kita mula menghabiskan masa melayan perasaan. Nauzubillahi min zalik. Bangunlah semula, bangunlah daripada kelalaian terhadap Allah walaupun ia berat dan pedih.

Thursday 24 September 2015

Ibu, aku hina dihadapanmu

Ibu, aku tak tahu apa ungkapan yang paling layak untuk mengambarkan terima kasihku kepadamu. Orang ramai sering katakan, pengorbananmu tidak mampu dibalas kerana kasihmu terhadap anakmu terlalu besar, aku juga ingin mengungkapkan perkara yang sama, malah aku harap lebih berganda-ganda maksudnya. Namun, Aku tahu, memberi ungkapan terima kasih bukanlah cara yang layak untuk membalas jasamu. Aku rasa bersalah sekiranya tidak mengungkapkannya.

Disaat diri ini rasa ingin membalas jasamu dengan membantumu, aku terasa keletihan, kelelahan, mengah. Jahatnya aku. Berdosanya diriku. Cepatnya aku letih, sedangkan ibu, kau terus berkerja, mendidik dari awal subuh hingga lewat malam dengan rasa bahagia tiap-tiap hari. Aku pula, Setiap hari aku terlalai dalam membantumu. Dosa apakah yang aku sedang lakukan ini? Aku harap Allah mengampunkanku.

Ibu, aku rasa berdosa sekali, meninggalkanmu berseorangan. Kalau ikut keinginanku, ingin saja aku sentiasa berada disampingmu, menunaikan hajatmu. Aku berbelah bagi, dalam masa yang sama Ibu inginku berjuang menuntut ilmu. Aku rasa berdosa, apabila kadang-kadang aku terlalai dimedan perjuangan ilmu. Fokusku terganggu. Sedangkan bukan itu yang ibu mahukan dariku. Aku harap ibu maafkanku. Dan ibu mendoakan aku terus istiqamah dan ikhlas dijalan perjuangan menuntut ilmu. Walaupun apa saja penderitaan yang perlu aku dan ibu sedang pikul.
Aku harap ibu jangan terlalu risau denganku. Cukuplah dengan janji Allah, doa ibu kepada anaknya itu tidak akan ditolak. Seperti yang ibu harapkan juga, aku akan terus berdoa untuk kesembuhan dan kesejahteraan ibu dan untuk Allah bimbing diriku.

Ibu, aku rasa berdosa apabila aku tidak menunaikan apa yang ibu kehendaki. Kadang, aku bergembira disini, sedangkan ibu sedang berjuang sendirian melawan penderitaan. Apa yang ibu mahukan ialah aku fokus dan tidak lalai dalam menuntut ilmu. Aku rasa berdosa ibu, aku harap ibu maafkan aku. Banyak kali aku lakukan perkara yang sama, lalai daripada fokus dalam jalan ilmu. Namun, ibu terus mahu aku dijalan ini, walaupun aku tahu, khidmatku diperlukan ibu. Aku tahu, apabila ditanya, ibu mungkin menjawab,

"umi bahagia lihat anak umi bahagia, walaupun umi tidak bersama...",

" ibu mana yang tak mahu lihat anaknya gembira, tapi pastikan ia bukan melalaikan..."

Namun, aku tetap rasa berdosa. Maafkan aku ibu. Aku harap Allah mengganjarkan dan membalas segala penderitaanmu itu dengan ganjaran dan kenikmatan yang sangat besar diakhirat kelak, yang mampu melupakan serta merta penderitaanmu didunia. Semoga Allah menyucikanmu dari segala dosamu dan memasukkan ibu kedalam syurga firdausNya seandainya ibu tetap sabar dan ikhlas menempuh penderitaan yang diberikan Allah. Aku, deritamu buksn derita biasa

"Sesiapa yang tidak merasa, tidak akan faham"

Aku sedih dan rasa berdosa. Disaat ibu hanya boleh makan makanan tertentu sahaja, kami anak-anakmu menikmati pelbagai makanan yang unik 'rasa'nya. Dosa apakah yang sedang kami lakukan ini? Maafkan kami ibu.

Ibu, Aku sedang melatih, memujuk diri untuk redha diatas segala ketentuan Allah yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Segala ketentuan Allah itu yang terbaik walaupun aku rasa sangat menderita untuk menanggung dan menghadapinya. Malah, engkau lebih berjuta lipat kali ganda. Sungguh, ramai lagi manusia yang diuji jauh lebih dasyat dan jauh lebih derita, cuma aku yang mengada-ngada. Semoga ibu dan aku kuat ,istiqamah dan ikhlas.

Jangan risau tentangku wahai umi. Tempuhlah kehidupan umi dengan tabah, sabar, syukur, ikhlas. Doakanku umi. Anak ini memerlukan doa ibunya. Aku juga akan terus mendoakan umi dan terus menerus mendoakan diri sendiri. Maafkanku ibu, walaupun aku tahu, jawapanmu

" umi maafkan..."

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Monday 7 September 2015

Lelaki dan cinta

Lelaki, kadang kita perlu menganggap, orang yang kita jatuh cinta tidak pernah ada rasa cinta kepada kita. Agar, kita tidak akan kecewa, apabila cinta kita ditolak oleh wanita yang kita jatuh cinta. Lelaki apabila dia kecewa kerana ditolak cinta wanita, tak dapat nak digambarkan keadaannya. Lelaki kuat fizikalnya, tetapi tidak tabah seperti wanita.

Aku dengar banyak kisah, lelaki yang kecewa apabila cinta ditolak, cinta tidak diterima oleh perempuan yang dia jatuh cinta. Kisah benar. Ada yang terporok dibelakang peti ais. Ada yang jadi seperti kanak-kanak. Namun, pada asalnya, terkenal dengan karisma, berkepimpinan dan hebat. Ada yang asalnya alim tetapi menjadi futur. Ada yang meraung sendirian. Dah macam serigala.

Dasyatnya kesan wanita kepada lelaki.

Lelaki, apabila dia cemburu kepada orang yang dia jatuh cinta, cemburunya sangat dalam. Sehinggakan, perkara yang tidak sepatutnya cemburu, dia cemburu... Kadang kala, cemburunya mengundang bahaya. Aku kurang tahu, bagaimana pula dengan wanita. Mungkin sama? Atau bagaimana?

Namun, itulah lelaki. Dia kuat fizikal, Namun, Dia tidak setabah wanita, mental dan emosinya.

pesan Setia Furqon,

" merasa kagum, suka lalu memendam perasaan cinta pada seseorang mungkin bukan masalah.

Yang jadi masalah jika lalu kau tak bisa mengikhlaskan dia yang ternyata menikah dengan yang lain.

Lalu kau merasa sakit hati dan sulit untuk bangkit."

Pesanya lagi,

"Tidak semua yang kita sukai mampu dimiliki.
Tidak semua yang kita cintai bisa dinikahi.
Tidak semua yang kita harapakan terrealisaskan.

Tuhan tidak menjanjikan langit selalu cerah. 
tapi percayalah hujan pasti reda, badai pasti berlalu.

Tuhan tidak menjanjikan hidup yang jauh dari masalah dan derita.
Namun kita bisa memilih untuk tetap bahagia."

Tabahlah wahai lelaki... Tabahlah juga wahai wanita.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Sunday 6 September 2015

Belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

Dikatakan, Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca, perlu disemak semula statusnya. Ungkapan tersebut ialah:

"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di ats prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik".

COPYPASTE... whatsapp akhi izdi.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Saturday 5 September 2015

Manusia, semak semula, apa yang sedang kau perjuangkan

Manusia, semak semula apa yang kita perjuangkan. Perpatah inggeris ada berkata, " practice make perfect". Namun, ramai tertinggal perkara yang lebih penting, "be careful what you are practising". Berjuang perkara yang mulia. Namum, salah dalam memperjuangkan sesuatu mengakibatkan perjuangan kita ialah satu kerugian.

Sebab itu, islam mengajar kita untuk sentiasa bermunajat kepada Allah, agar, kita berada dilandasan yang benar. Sebagaimana Allah telah mengajar nabi doa dalam surah Al Isra : 80. Banyak lagi ayat-ayat lain yang mampu membuatkan hati kita lunak dan berlapang dada dalam menerima kritikan dan bersabar menerima celaan dan cacian.

Rasulullah, apabila Allah memberinya tugasan yang maha berat, iaitu menyampaikan dakwah, Allah berikan arahan susulan.

" wahai orang yang berselimut, bangun malam walaupun sedikit..."

Bangun malam, bukan bangun malam biasa.

"...tambahkan padanya bacaan Al Quran yang tartil (penghayatan dan keikhlasan)..."

Namun, untuk apa bangun malam dan sebagainya?

"...sesungguhnya, akan kami campakkan kepada kau kata-kata yang berat (mesej dakwah)..."

Itulah panduan Allah kepada Rasulullah untuk menjadikan, matlamat, misi dan visi perjuangannya jelas dan benar. Tidak terpesong.

Namun, amat menhairankan. Apabila kita, perjuangan kita tidak disusuli dengan munajat kepada Allah disepertiga malam dan berlapang dada. Yakinnya kita, prinsip yang kita perjuangkan adalah yang paling benar. Sehingga hampir menutu semua pintu-pintu hujjah orang lain tanpa kita sedar.

Lebih teruk lagi, Apabila Allah bangunkan kita disepertiga malam, kita mencampak jauh-jauh seruan itu. Jahatnya jiwa kita.

Risaukah kita prinsip yang kita perjuangkan ialah prinsip yang salah dan menyalahi teks-teks agama dan sunnah nabi? Sedarkah kita, ramainya orang munafiq di zaman Rasulullah, sedangkan Rasulullah hidup bersama mereka? Bagaimanakah kita, Rasulullah tidak bersama dengan kita?

Sebab itu, apa saja pemikiran yang kita perjuangkan, apa sahaja prinsip yang kita perjuangkan, perlu disusuli dengan munajat kepada Allah. Berbisik denganNya. Berlapang dada dengan hujjah dan kritikan orang lain. Memang, ia kadangkala memedihkan. Tapi, hal inilah yang membuatkan kita membuka sudut pandang kita dan membuatkan kita dapat melihat prinsip yang kita perjuangkan dari sudut dan dimensi yang berbeza. Ia membuka luas medan penglihatan kita.

Ia juga perlu dengan penyucian jiwa dan munajad kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...