Sunday 23 August 2015

Dakwah nabi, dimana kita sekarang?

Dakwah nabi, bermula dengan secara smbunyi. Dakwah itu dilakukan kepada saudara dan kawan-kawan terdekat, yang sudah kelihatan berpotensi menerima mesej yang ingin disampaikan.

Tak kira, apa darjatnya. Bahkan, banyak daripada mereka ialah hamba, orang miskin, golongan-golongan yang rendah darjatnya dalam masyarakat. Memang, ada yang kaya, seperti Siti Khadijah. Ada yang berpengaruh dan hartawan seperti Abu Bakar. Namun, mesejnya ialah, dakwah itu tetap berjalan bagi siapa yang hatinya lunak.

Masalah kita, kita selalu memilih-milih dalam berdakwah. Nak pilih orang yang hensem. Nak pilih orang yang kaya, orang yang berpengaruh. Ya, benar. Dakwah itu memerlukan orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi, ingatlah. Nabi pernah ditegur oleh Allah dalam surah A'basa. Kerana baginda mengendahkan orang buta, yang dahagakan mesej dari baginda.

Bergeraklah dalam jalan dakwah. Mula dengan kecil-kecilan. Ikhlaskan diri. Sabar. Istiqamah. Berani. Sebarkan mesej dakwah. Terima kritikan. Ambil pujian sebagai semangat, bukan perkara untuk dibangga-banggakan. Hakikatnya, kita tidak layak terima pujian, walaupun pujian mampu membuatkan kita semangat. Kita harus sampai tahap, hati kita menjadi tenang apabila menerima kritikan.

Ya, sekarang, terimalah pujian sebagai pembangkit semangat dalam berdakwah. Semua pujian kembali kepada Allah. Berdoalah semoga dakwah kita diterima sebagai amal soleh.

Bersambung...

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Friday 7 August 2015

PENYESALAN SEORANG TUA

AKU CEMBURU DENGAN MEREKA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah. Aku cemburu. Aku rasa ingin kembali ke zaman itu. Bukan kerana aku tidak terima taqdir. Tetapi kerana, aku sangat pasti aku telah mensia-siakan masa mudaku. Namun, sekarang aku masih muda. Namun, tidak semuda dulu.

Umurku telah mencecah kepala dua. Apalah yang aku telah lakukan sewaktu masa mudaku hingga jati diriku tidak teguh sekarang ini. Ilmuku sangat cetek. Bukanlah aku bercita-cita ingin berbangga-bangga dengan ilmu yang banyak. Namun, ilmulah yang mampu mengangkat kedudukan kita disisi Allah.

Apabila aku lihat pemuda, aku jadi menyesal dan bermuhasabah. Menyesal kerana masa mudaku telah banyak disia-siakan. Muhasabah kerana aku harap aku tidak sia-siakan masa mudaku yang berbaki ini. Aku teringat, diwaktu aku setahun jagung, aku pernah berkata kepada diriku.

"Tunggu besarlah baru boleh hafal quran, faham ilmu yang berat-berat. Sekarang ni tak payah lagi."

Namun apabila aku besar, ramai orang dewan berpesan kepadaku

"Waktu muda, hafalah Al Quran, hafalah hadis. Banyakkan membaca. Walaupun kalian tidak faham kandungan apa yang kalian hafal dan baca. Kalian akan memahaminya apabila kalian sudah besar. Itupun kalau kalian istiqamah masih belajar dan terus menuntut ilmu"

Aku sangat menyesal. Wahai pemuda, masa muda bukan masa bersenang-senang. Masa mudalah masa bersusah payah memerah otak dan menghafal. Supaya masa tua kita tidak akan kebosanan. Kita tidak akan menjadi orang tua yang jumud. Kita akan menjadi orang tua yang berilmu dan mampu berhujah. Bukan cakap ikut perasaan dan emosi.

ADA SESUATU YANG TAK KENA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku tak tahu apakah ia. Tapi ada yang tak kena. Banyak persoalan yang timbul dalam diriku. Aku rasa, banyak pelajar sekolah menengah yang tidak mendapat pendedahan dunia luar. Sebahagian mereka diatur cara berfikir dengan aturan yang salah.

Ramai mereka yang tidak didedahkan dengan realiti dunia luar. Akibatnya, ada sebahagian mereka yang mengalami krisis identiti apabila menjejak kaki ke alam universiti atau alam selepas persekolahan.

Ramai orang kata

" lepas alam sekolah, bersiap sedialah, kamu akan menghadapi kejutan budaya. Kamu akan menghadapi cabaran yang sebenar..."

Banyak pertanyaan yang bermain-main dimindaku. Mungkinkah kejutan budaya ini dihilangkan agar semua remaja menjadi remaja yang sentiasa siap sedia dalam mengahadapi cabaran alam selepas persekolahan? Apakah langkah yang harus dimaksudkan? Bukankah hal ini membuktikan masih ada kelompongan kita dalam mencorak cara berfikir remaja? Mampukah perubahan ini dilakukan?

Aku mula berfikir tentang bagaimana cara remaja zaman rasulullah di didik. Rasulullah ada berpesan

"Sebaik-baik kurun ialah kurunku, kemudian kurun selepas itu, kemudia selepas itu..."

Rasulullah diutus untuk dicontohi. Ya, kita tak akan mampu untuk mencontohi segala yang Rasulullah lakukan. Namun, kita boleh mencontohi sebahagian cara hidup dizaman Rasulullah agar kehidupan kita akan berganjak lebih baik daripada sekarang.

Setakat pemerhatianku, apa yang berlaku sekarang ialah, kita sangka mereka ikut Rasulullah, sedangkan kita sedang mengikuti orang lain. Oleh kerana itulah,  kehidupan kita tidak berganjak maju. Kita sering laungkan kehidupan Zaman Rasulullah ialah kehidupan yang sangat hebat. Kerana mereka mendapat didikan langsung dari Rasulullah dan wahyu dari Allah. Jadi, tahap kemajuan kehidupan ini tidak akan berganjak selagi didikan Rasulullah tidak kita contohi.

- Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...