Saturday 13 December 2014

PLKN: beginilah tenatnya ummat...






sedar tak sedar, sudah genap satu tahun daripada tarikh aku tercalon sebagai pelatih PLKN, di laman sosial, ramai dah yang mula update tentang PLKN. tahun ini pelatih PLKN kumpulan 1 masuk ke kem awal. bulan 12 mereka sudah mula masuk kem dan mula latihan. aku dulu bula jsatu baru masuk kem. aku mohon maaf kepada semua adik-adik pelatih PLKN kumpulan 1 tahun ini kerana lambat 'share' tentang pengalaman aku di PLKN tahun lepas. rasa serba salah pun ada. tak apa, aku rasa masih belum terlambat untuk aku 'share' pengalaman aku hari ini.

entry kali ini sebenarnya bukanlah aku nak share sangat tentang kehidupan di PLKN. bagi aku, kalau aku nak share semua pengalamanku sepanjang aku berada di PLKN, aku boleh jadikan ia sebagai satu trevelog atau novel. aku cuma nak share lebih kurang macam panduan kehidupan di PLKN. buat pengetahuan semua, kehidupan di PLKN banyak ranjau dan tribulasinya.




jadi, persiapan rohani dan mental yang kuat perlu dipasak dalam diri supaya kita tetap menjadi diri kita yang asal sebelum dan selepas keluar daripada PLKN, yang beruba cuma ilmu, ilmu menjadi semakin bertambah. orang yang tak ada ilmu jati diri yang kuat dalam dirinya akan terpengaruh dengan suasana di PLKN.

buat pengetahuan semua, PLKN beri banyak pengalaman baru kepada aku. macam-macam perkara aku jumpa di sini. di sinilah aku jumpa pesara-pesara tentera yang sangat cekap dan berpengalaman dalam ilmu kehidupan, di sinilah aku mula memahami dunia ketenteraan dengan lebih mendalam, disinilah aku jumpa dengan tentera-tentera yang berpengalaman, di sinilah aku bertemu dengang orang-orang yang berjasa kepada negara tanpa nama mereka dikenang, namun jasa mereka memberi kesan.



namun, disini jugalah aku baru mula menyedari tentang kehidupan kebanyakan remaja Malaysia. kalau dahulu, aku cuma membaca dan mendengar berita-berita yang terpampang di media massa tentang gejala-gejala negatif yang dilakukan oleh remaja, kini aku berjumpa dan bergaul sediri dengan mereka. di sinilah aku bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia, pelbagai latar belakang dan bermacam-macam ragam. ada diantara mereka yang pernah mengambil dadah, kaki langgan perempaun, kaki keluar malam, peminum arak, kaki lepak tegar, mat rempit tegar, playboy tegar, dan bermacam ragam lagi. ini baru lelaki, tbagaimana pula dengan perempuan? aku ceritakan semua ini sebab aku nak sedarkan golongan intelek diluar sana, inilah remaja kita. ramai lagi manusia diluar sana masih tidak tahu banyak benda dan banyak perkara, mereka mudah terpengaruh dengan media. ada yang tidak ada jati diri dan mudah terpengaruh. ada juga yang hidup sekadar hidup.



kawan-kawan dipersekitaran kita akan mempengaruhi kita. di PLKN, semua pelatih harus tinggal di kem selama lebih kurang tiga bulan. jadi, bagi aku persekitaran yang sebegini boleh dikatakan persekitaran yang negatif dan tidak bagus untuk membentuk akhlak. aku telah lihat segalanya. berapa ramai yang dahulunya sebelum masuk PLKN seorang yang pendiam, hanya seorang budak kampung biasa, jarang bersosial, jarang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, tidak keluar malam, namun apabila keluar PLKN terjebak dengan perzinaan dan hubungan yang terlarang antara lelaki dan perempuan. sangat bahaya! tiga bula bukan satu tempoh yang sekejap! ada pakar motivasi menyatakan:

"cukuplah 40 hari untuk membuatkan seseorang itu terpegaruh dengan persekitarannya dan merasa selesa"

jadi, aku nasihatkan kepada pelatih PLKN diluar sana, walaupun nasihat aku ini melanggar peaturan kebanyakan kem PLKN, tetapi, demi memjaga akhlak, aku nasihatkan supaya 'simpan' hand phone untuk membolehkan anda berhubung dengan ibu bapa anda dan sahabat anda untuk memperoleh nasihat disaat diri terasa lemah dan hanyut.

 bagi yang minat membaca, bawalah buku-buku yang mampu menguatkan kembali jato diri kalian disaat diri terasa ingin dihanyutkan oleh 'biah' yang kurang bagus itu.

 pastikan catat semua apa yang anda lakukan sepanjang anda berada di alam PLKN, supaya anda mampu muhasabah diri anda.

 tulis kata-kata yang mampu menguatakan semangat anda untu terus memperolejh sebanyak mungkin pengalaman di PLKN dan tidak terpengaruh denga budaya negatif di PLKN.

 banyakkan menulis dan masa untuk diri sendiri berbanding bersosial dengan oramg lain atau mendekati kawan-kawan yang mempunyai akhlak yang tidak bagus.

 dampingi dan dekati kawan-kwan yang mempunya tahap intelek yang tinggi dan mentaliti kelas satu, aku yakin anda mampu menilainya. dampingi 'cikgu', ramahlah dengan mereka kerana mereka mempunyai banyak ilmu dan pengalaman.

 berdamping dengan orang dewasa membuatkan kita memjadi matang. malah, berdampinglah dengan pesara-pesara tetera atau jurulatih fizikal anda kerana pengalaman mereka luar  biasa luasnya.

 kalau diikutkan hati, banyak perkara lagi yang ingin aku share di sini, namun, cukup ini sahaja untuk kali ini, insyaAllah aku akan sambung lagi menulis pesanan-pesanan yang berguna untuk anda sepanjang anda berada di PLKN. jangan lupa komen dan follow blog ini.

bersambung...


Tuesday 9 December 2014

RISAULAH AMALAN TIDAK DITERIMA

risaunya amalan tidak diterma
siapa sangka, ada manusia yng berjihad dijalan Allah, namun dihumban, diheret kakinya keatas mukanya kebawah, lalu dilempar kedlam neraka kerana niatnya yang tidak ikhlas.
siapa sangka orang yang menuntut ilmu meskipun ilmu agama, menjadi celaka kerana niatnya yang tidak ikhlas
begitu juga dermawan, yang selalu mendermakan hartanya, celaka dan rugi kerana niatnya bukan kerana Allah.

ayuh sama-sama kita renung kata-kata kekasih buah hati tercinta kita, Rasulullah. kata-kata ini seharusnya menyedarkan dan menggerunkan kita lalu mampu menjadikan kita lebih berwaspada dalam beramal dan berhati-hati daripada tipu daya iblis dan syaitan untuk memesongkan niat kita dalam beramal.mafhumnya:


Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


soal niat ikhlas atau tidak ikhlas adalah soalan aqidah dan tauhid
ia bukan perkara main-main
membuat amal bukan kerana Allah ibarat kita menanam sayuran diladang encik A, namun kita meminta upah kepada encik B, tidakkah kelihatan sangat celaka?

risaulah amalan kita tidak diterima,
atas dasar apa kita memunaikan solat lima waktu sehari semalam? atas dasar apa kita berhijab dan menuntup aurat? adakah kita melakukan suruhan Allah dan syariat islam setelah sains dan kajian membuktikan bahawa ajaran islam ini membawa kesihatan dan keselamatan kepada manusia, meraih publisiti atau kita menunaikan semua itu kerana berimannya kita kepada Allah? takutnya kita akan kemurkaan Allah? kemaruknya kita akan kasih sayang Allah?

niat ialah soal aqidah, ia bukan perkara main-main. silap niat kita dalam beramal, ibarat silap kita meletakkan alamat ketika menghantar surat atau kita tersilap menekan nombor telefon ketika hantar mesej, whatssapp, wechat atau facebook messeger. ia merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang manusia atau makhluk yang bergelar manusia...

posted from Bloggeroid

Sunday 7 December 2014

KESUSAHAN DALAM HIDUP PENGHAPUS DOSA MANUSIA

seringkali manusia ditimpa kesulitan dalam hidupnya. tak sikit diantara manusia yang menyalahkan tuhan. manusia mengatakan tuhan tidak adil kerana disaat dia diuji dengan ujian dan kesusahan yang sangat berat, dia melihat manusia-manusia lain hidup bahagia. dia melihat kawan-kawannya hidup tanpa kesusahan. dia rasa tuhan sangat tidak adil terhadapnya.

apabila manusia kurang menyemak, memahami , dan mempelajari 'surat cinta' daripada tuhan, manusia akan menjadi jauh daripada tuhan, manusia telah terpedaya dengan hasutan syaitan dan nafsu. sebab itu, apabila manusia diuji, sebahagian besar daripada manusia sentiasa menyalahkan tuhan dan berputus asa untuk hidup. dia merasa kehidupan ini sangat tawar dan pahit untuk ditelan dan dijalani. dia menjadi tertekan dan terbeban dengan sikapnya sendiri, sedangkan ada manusia yang malah bahagia saat diuji.

inilah untungnya mempelajari agama, mengenal sifat-sifat dan nama-nama Allah yang maha sempurna. saat diuji dengan ujian yang berat, manusia yang kenal Allah tahu bahawa Allah itu maha adil, Allah itu maha pemurah, dia tahu apa yang ditaqdirkan keatasnya oleh tuhannya adalah atas dasar sifat maha mengetahui yang ada pada tuhan.

bersambung...

posted from Bloggeroid

Saturday 29 November 2014

benarkah kawan mampu mempengaruhi akhlak dan sikap seseorang?







sedih memikirkan keadaan ummah masa kini.
bagiku sekarang, sangat susah untuk mencari 'biah solehah' atau suasana yang penuh ketaatan kepada Allah, khususnya pelajar-pelajar sekolah, berdasarkan pengalamanku, ramai remaja-remaja yang pada asalnya mendapat didikan yang bagus dari ibu bapa ketika berada dirumah sewaktu dialam sekolah rendah, namun, disebabkan orang yang tidak mentaati perintah Allah lebih ramai dan dominan di sekolahnya ketika dia memasuki alam sekolah menengah, dia terpengaruh dengan kawan-kawannya.

terutamanya apabila remaja tersebut tinggal di asrama, sekolah berasrama penuh lebih dasyat. bukan apa, bayangkan seorang remaja yang dulunya mendapat didikan sepenuhnya daripada ibu bapanya dengan didikan yang baik, mindanya tidak terdedah langsung dengan gejala-gejala negatif yang diamalkan kebanyakan remaja, tiba-tiba, dia melihat gejala-gejala tersebut dihadapan matanya, hal ini akan membawa kepada kejutan budaya yang menyebabkan pelbagai perkara boleh belaku kepada remaja ini. dua kemungkinan besar yang mampu berlaku.

1. remaja ini akan mengalami kemurungan atau bertindak agresif seperti cepat menghukum.

2. remaja ini akan terikut-ikut dengan rakan-rakannya yang seringin mempengaruhinya.

kuasai ilmu mendidik anak

oleh itu, pendidikan anak yang tepat perlu dikuasai oleh ibu bapa supaya situasi-situasi di atas tidak berlaku.
kebanyakan ulama terdahulu yang mencipta nama dan jasaya masih mengalir sehingga sekrang disebabkan mereka mendapat pendidikan secara terus daripada ibu bapa mereka.namun, tak dinafikan, ada juga ulama yang berguru dengan orang asing dan bukan ibu bapanya, namun, guru yang mereka pelajari ilmunya itu guru yang benar-benar faqih dan A'lim.hal ini menunjukkan betapa pentingnya suasana yang baik dalam melahirkan seorang anak yang tinggi cita-cita dan besar jiwanya.

situasi masa kini


aku merupakan pelajar asrama yang tegar, sewaktu aku dialam sekolah rendah, aku belum lagi tinggal diasrama, darjah satu hingga darjah enam. aku mula memasuki asrama sewaktu aku tingkatan satu dan aku memasuki asrama penuh sewaktu aku tingkatan empat hingga tingkatan lima. boleh dikatankan 5 daripada 11 tahun alam persekolahanku aku dihabiskan di 'dunia asrama'.

jadi, berdasarkan pengalaman aku, aku dapat rasakan bahawa betapa besarnya pengaruh kawan dalam membentuk sikapku sekarang. aku rasa, begitu juga orang lain. malahan, kalau pelajar asrama penuh yang waris atau ibu bapanya jarang melawatnya dan pengetua sekolah tersebut kurang dan jarang membenarkan pelajarnya 'balik kampung',dan pengetua sekolah tersebut hanya membenarkan pelajar balik kampung sebulan sekali atau dua bulan sekali, pelajar yang menghadapi situasi ini, sikap dan akhlaknya lebih cenderung untuk terpengaruh oleh rakan-rakannya di asrama. remaja kurang berhubung dengan keluarga hingga membuatkan remaja tersebut lebi selesa dengan kawan-kawannya. apabila anak remaja sampai ketahap ini. keadaan akan menjadi lebih parah.

bersambung...

Wednesday 26 November 2014

'berdakwah' di laman sosial?

satu pesanan daripada ibuku yang aku tidak boleh lupa ialah:

"orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang banyak mengamalakn ilmunya."

kadang-kadang, ada setengah orang yang hebat dalam dakwahnya. kalau kita lihat sekarang, di era globalisasi ini, zaman media sosial ini, ramai yang kelihatan sangat baik di media sosial. status-statusnya di facebook sangat menyentuh hati orang yang membacanya, namun belum tentu orang tersebut hebat dalam amalnya. ramai remaja-remaja yang menghabiskan berjam-jam di media sosial, menyebarkan ceramah-ceramah agama, menulis status-status 'islamik', mengarang artikel-artikel 'islamik' berjam-jam di blog-blog atas alasanj dakwah sehingga terlupa untuk menjaga akhlaknya dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya, sedangkan mereka inilah golongan yang lebih utama untuk disantuni dan didakwahi.

ramai yang sibuk 'berdakwah' di alam maya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya. ibunya dibiarkan memasak dan melakukan kerja rumah berseorangnya sedang dia sibuk 'berdakwah' di media sosial. alangkah jijiknya sikap begini.

sebab itulah apa sahaja ilmu yang kita ketahui perlu diamalkan dan orang yang terdekat untuk kita mengamalkan ilmu kita ialah ibu bapa kita, keluarga kita, adik-adik kita.mereka jugalah orang yang paling utama untuk ditunaikan hak.kadang kita tidak sedar, kita mampu menghabiskan berjam-jam di internet,3 4 jam, tapi kita tidak boleh tahan walaupun satu jam membantu ibu kita memasak didapur, mengemas rumah dan membantu adik-beradik kita.

apakah maksud hadis wanita ramai di neraka?

kebelakangan ini, banyak manusia yang sewenang-wenangnya mentafsir hadis dan ayat Al Quran mengikur akal dan sesedap nafsu mereka. sebenarnya, golongan yang paling berhak dan paling tepat tafsiran terhadap Al Quran dan Hadis telah ditetapkan sendiri oleh Rasulullah dalam sebuah hadis. mereka ialah para sababat baginda.oleh itu,setiap dalil agama perlulah merujuk kepada tafsiran para sahabat, bukan tafsiran akal kita atau guru kita sendiri. diakhir zaman ini, manusia perlu lebih berilmu dalam menilai sesuatu dalil agama kerana fitnah-fitnah terhadap agama sangan berluasa.penyebaran hadis palsu di laman sosial, wechat, whassapp, facebook dan sebagainya sangat berleluasa dan sukar dibendung.

hadis yang menyatakan wanita ramai di neraka.

ada sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas dalil agama. sebagai contoh, hadis yang mengatakan wanita ramai di nereka. aku suka untuk memetik tulisan ustaz Hasrizal menjawab kenyataan Farouk A Peru tentang isu ini di dalam blognya:

Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis. Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri? Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman seperti dalam hadis Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.

3. Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik gelaran Quranism daripada anda.

- See more at: http://saifulislam.com/2014/03/quranist-antara-isu-fakta-dan-isu-metode/#sthash.ece6Crqf.dpuf

boleh juga lihat ulasan dalam video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=wx-0jEZp8Gs


kesimpulanya, kita harus berwaspada dengan banyak fitnah-fitnah yang berleluasa di akhir zaman ini, kita harus menilai setiap perbezaan mendapat yang berlaku dengan akal yang rasional.. kita juga harus mula kritis dan sentiasa berfikir serta tidak telan terus atau telan bulat-bulat SETIAP apa yang kita baca walaupun siapa sahaja penulisnya. sikap ta'asub, dan berat sebelah perlu dibuang supaya kita mampu untuk membuat penilaian dan tidak menelan bulat-bulat apa yang kita baca.

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal" adalah batil?

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal dan lelaki 9 akal 1 nafsu" amat popular dikalangan masyarakat islam Malaysia. ungkapan ini sebenarnya tidak ada asalnya. jangan sesekali kita mengatakan ungkapan ini ialah hadis nabi kerana telah dikaji tiada sanad yang sahih. ungkapan ini juga tiada asalnya. adalah lebih baik keatas kita jika kita berhenti menyebarkan perkara yang masih ragu-ragu seperti ini. amat mengecewakan apabila ungkapan ini sehingga ketahap menjadi hujjah kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dalam ceramah-ceramah agama. ayuh bersama-sama memurnikan semula agama.

boleh rujuk perbahasan tentang ungkapan ini di blog Dr Abu Anas Madani.

http://www.abuanasmadani.com/wanita-1-akal-9-nafsu/

Sunday 23 November 2014

gadis-gadis muslim mungkin akan mula tersedar selepas membaca artikel ini



kadang-kadang kita lupa bahawa musuh kita adalah syaitan, maka, mulai sekrang, berwaspadalah terhadap kejahatannya.


























Apakah tujuan wanita memakai hijab?kadang-kadang ada sesetengah wanita terlupa tentang apa sebenarnya tujuan mereka memakai hijab.berdasarkan pengalamanku baru-baru ini,ada segelintir wanita yang telah tersilap konsep tentang tujuannya memakai hijab.apabila wanita tersalah konsep dalam tujuannya memakai hijab , hal ini mampu membawa imej buruk keada islam.aku akan terangkan tentang kenyataanku di atas.


eksperimen remaja barat


Baru-baru ini, ada segolongan remaja barat yang membuat sedikit eksperimen tentang wanita yang memakai hijab dan tidak memakai hijab. Mereka dapati , wanita yang memakai hijab kurang diganggu berbanding wanita yang memakai baju ketat, seluar jeans ketat dan tidak berhijab.video tentang eksperimen ini tidak silap aku telah menjadi viral di facebook.aku cuba membaca komen-komen yang tertulis dibawa video itu. Aku terkesan dengan satu komen yang maksudnya lebih kurang begini:


“Video ini membawa mesej yang baik tetapi telah membawa konsep yang salah tentang islam. Wanita islam memakai hijab bukan tujuannya untuk tidak diganggu,kelihatan cantik,atau lebih perbagai fesyennya,tetapi wanita islam memakai hijab kerana ia adalah suruhan Allah kepada hamba-hambanya…”


Aku tersentap dan mula berfikir,aku rasa,disebabkan inilah ramai gadis-gadis diluar sana memakai hijab dengan cara yang salah dan sangat-sangat bertentangan.


1.ada yang memakai tudung tapi tudungnya nipis hingga menampakkan rambut, dan lehernya, yang berada di dalam tudung.

2.Ada yang memakai tudung tetapi tidak menutup dada, dan sangat singkat.

3.Ada yang memakai tudung tapi pakaiannya sangat ketat sehingga seakan-akan bertelanjang!

4.Ada yang memakai tudung tetapi tabarruj.


Dan banyak lagi jenis-jenis pemakaian tudung yang sangat salah dan tidak pernah diajar oleh islam.



orang yang sedar dirinya hanyalah hamba kepada tuhan, akan berusaha semampu mungkin untuk melakukan semua perintah tuhan





























Sekiranya ramai wanita dan gadis diluar sana yang memakai hijab dengan cara yang salah, maka apa kata orang yang bukan islam? hijab yang salah selalunya membuatkan seseorang itu kelihatan selekeh. Hal ini mampu membawa gambaran yang salah terhadap ajaran islam dan mampu menjauhkan orang yang bukan islam daripada agama yang benar lagi suci ini.

Oleh itu, kita harus sedar, tujuan wanita memakai hijab ialah kerana suruhan Allah. Bukan kerana ikut-ikutan, orang lain pakai, kita pun pakai, bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bukan kerana mendapat perhatian orang lain dan lelaki, disamping kita tidak menafiakan bahawa ada kebaikan-kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia yang menuruti perintah Allah.

Allah Ta’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(QS. Al Ahzab: 59)



Para wanita dan gadis-gadis islam harus menyemak semua, adakah cara pemakaian hijab mereka bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki, supaya kita tidak membawa imej yang salah tentang islam kepada orang-orang bukan islam. Sekiranya kita tidak mampu membawa orang-orang yang belum islam untuk mendekati islam, jangan pula kita menjadi penghalang mereka untuk memahami islam.
Waallahu a’lam.



Monday 13 October 2014

Duhai Remaja

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada memyatakan

Tidak akan berganjak kaki anak adam di hari qiamat sehingga dia ditanya tentang empat soalan dan antara salah satunya ialah tentang masa mudanyanya,kemana dia menggunakannya

Kenyataan rasulullah ini seharusnya menyentap dan menggetarkan setiap jiwa manusia yang mendengarnya.pernahkan kita bertanya kepada diri kita,tentang masa muda kita kemana kita gunakannya.bagaimana kita menghabiskannya?adakah kita menghabiskannya dengan berseronok,bersuka ria,berjimba-jimba?sebuk memmuaskan nafsu?melajyan kehendak nafsu?

Adakah kita bersetuju dengan kenyataan “waktu muda hanya sekali,soo,kita enjoy”?atau bagaimana?
Alangkah ruginya manusia yang mensia-siakan waktu mudanyanya.aku terkesan dengan berita baru-baru ini yang menceritakan tentang seorang anak muda yang sudah menghafal 29 juz Al Quran yang usianya baru 5 tahun.baru-baru ini juga ada berita tentang seorang remaja yang menguasai 20 bahasa yang usianya sekarang baru 20-an.aku tepegun dan tersentap.

aku bertanya kepada diriku,apa yang aku lakukan sewaktu umurku seperti mereka?apa yang aku ingin jawab kepada Allah disaat Allah bertanya kepadaku,kemana masa mudamu dihabiskan.
Sudah tentu saat itu aku terdiam

Bersambung…. 

Wednesday 8 October 2014

bermulanya sebuah pengalaman baru 1

Kriiiing!!!!.loceng sekolah berbunyi,menandakan waktu rehat bagi pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu telah bermula,seperti biasa,sebilangan besar pelajar memilih untuk keluar daripada kelas dan menuju ke kantin untuk makan pagi.namun sebenarnya,bagi pelajar SBP Integrasi kubang Pasu,kami telah disediakan oleh pihak sekolah makan pagi pada waktu rehat tersebut di Dewan Makan,namun,entah kenapa,boleh dikatakan hampir separuh daripada pelajar sekolah memilih untuk makan di kantin dan beli makanan di koperasi,ada yang beralasan mengatakan mereka sudah jemu dengan hidangan atau menu yang yang disediakan oleh pihak di DM yang berulang-ulang menunya.Namun,hakikatnya,menu yang mereka beli juga bagiku turut berulang-ulang.ah,biarkan mereka!itu pilihan mereka,yang penting,makanan yang pihak DM hidang di DM itu dibayar oleh orang tuaku,ada bahagian aku disana.aku turut bergegas ke DM untuk makan pagi.

Selepas selesai makan di DM,segelintir daripada para pelajar akan bergerak ke surau untuk menunaikan solat sunat duha,terutamanya pelajar SPM,maklumlah tahu itu merupakan tahun peperiksaan penting,pakat-pakat solat duhalah,moga-moga murah rezeki untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi.hmm,itulah manusia,apabila ada hajat baru ingat Allah lebih.apabila dalam nikmat,ingat Allahnya kurang.teringat aku dengan satu kata-kata yang berbunyi
“kadang-kadang,ada ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya memang bukan untuk diselesaikan oleh hamba tersebut dan tidak ada jalan keluar,kerana Allah ingin hambanya terus meminta,memohon,merayu dan ingat padaNya,sehinggalah Allah keluarkan hamba itu dari kesulitan tersebut”

Kita manusia,makhluk yang sering lupa dan lalai kepada Allah,sering lalai apabila diberi nikmat.sedikit daripada manusia yang selalu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.Dan sedikit diantara kita yang menggunakan nikmatNya sebaiknya,dan melakukan ketaatan kepadanya.malah,lebih teruk lagi,apabila kita beroleh nikmat,kita gunakan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.kita memiliki lidah,kita gunakan untuk mencela orang lain,kita memiliki kesihatan,kita gunakan untuk derhaka kepada ibu bapa kita.ibu kita menyuruh kita membantunya,kita kata “jap ibu,ada kerja ni”
Kita ada nikmat kesihatan, kita sakiti hati adik kita,kita ganggu dia.kita ada nikmat kesihatan,kita habiskan dengan melepak,berfb berjam-jam,berwhatssup,bersembang perkara yang tidak berfaedah,mengumpat tetang orang lain,memburuk-burukkan orang,berbohong,bersembang luca,dan pelbagai lagi perkara yang tidak berfaedah yang lain yang mampu mendatangkan dosa dan kita anggap ringan.waktu sakit,demam,barulah tercungap-cungap,mohon ampun kepada  Allah,barulah kalut nak solat awal waktu.jijiknya perangai kebanyakan manusia.

Allah itu sukakan hambaNya yang ingat kepadaNya sewaktu hamba itu sakit,namun sungguh,Allah lebih sayang dan cinta hambaNya yang ingat padaNya sewaktu hamba itu sihat

Allah sayang akan hambaNya yang ingat kepadaNya pada waktu hamba itu miskin,namun Allah lebih cinta,kasih serta sayang kepada hambaNya yang ingat kepadanya pada waktu hamba itu kaya.

  


Sunday 31 August 2014

PENUNTUT ILMU BERPOTENSI MASUK NERAKA?

Penuntut ilmu berpotensi masuk neraka?

siapa sangka,orang yang menuntut ilmu juga berpotensi masuk ke neraka.meskipun seseorang itu menuntut ilmu agama,ilmu hadis,ilmu tauhid.contohyang mudah,kita boleh lihat,betapa ramai golongan orentalis barat yang mendalami ilmu islam,namun,seperti mana yang diisyaratkan oleh Allah,mereka berpotensi masuk kenerakan disebabkan mereka tidak mempunyai iman kepada Allah.selain itu,niat mereka mendalami ilmu islam untuk mencari kelemahan-kelemahan dan hukum-hukum Allah.sebenarnya,dalam sebuah hadis,rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut-penuntut ilmu yang menuntut dengan niat yang buruk.

bahkan sebenarnya,ramai diantara kita yang menuntut ilmu,tetapi mempunyai niat untuk jadi popular,menuntut ilmu untuk tapi niat untuk berdebat dengan orang lain,menuntut ilmu supaya manusia mengatakan dia seorang yang pandai,menuntut ilmu tetapi untuk melayan gurunya.jadi,golongan ini berpotensi tidak mendapat redho disisi Allah.

Jadi untuk apa menuntut ilmu? 

jadi,kita harus niatkan dalam diri kita,tujuan kita menuntut ilmu untuk memperoleh dan mencari kebenaran kebenaran,tak kita dalam bidang apa kita ceburi.Allah tak pernah zalim,sesiapa yang mencari kebenaran,dia akan temui kebenaran.lihatlah berapa ramai manusia yang dulunya mereka tidak beriman kepada Allah,namun sekarang mereka memperoleh iman kerana jauh disudut hati mereka mereka tercari-cari kebenaran

namun kita lihat,berapa ramai manusia yang dulunya mengaku dirinya beriman kepada Allah.mereka bersama dengan komuniti yang disekelilingnya beriman kepada Allah,mereka membesar hasil didikan ibu bapa yang beriman kepada Allah,namun,disebabkan mereka meletakan keegoan sebagai dasar mereka mencari ilmu,mereka meletakkan kepentingan dunia sebagai teras perjalanan menuntut ilmu,akhirnya,dipengakhir hayatnya mereka menjadi manusia yang tidak beriman kepada Allah

Orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya,tetapi

"orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya,tetapi orang yang hebat ialah orang yang banyak mengamalkan ilmunya"

sebagai contoh,seorang ustaz,dia mempunyai banyak ilmu agamanya,setiap hari,ada saja jemputan ceramah.ceramahnya juga luar biasa,dipenuhi dengan hujjah-hujjah dan dalil Al Quran,malah,cermahnya juga  membuatkan orang yang mendengarnya sentiasa tersentuh dan insaf.namun hakikatnya,ustaz tersebut,akhlaknya terhadap keluarganya sangat buruk.akhlaknya terhadap anak-anaknya sangat buruk.jadi,adakah kita boleh katakan ustaz ini ustaz yang hebat?tidak sama sekali!

apa yang terpenting dalam ilmu itu ialah amalnya.dengan amal juga sebenarnya boleh menjadi teladan atau ejen penyebaran ilmu.bukan hanya dengan menyampaikan dengan mulut.

bak kata pepatah inggeris

"action is louder that word"

Wednesday 30 July 2014

cinta rasulullah?apa buktinya?

kalau benar kita cintakan rasulullah,kita akan berusaha dengan kudrat yang kita ada untuk memastika apa yang rasulullah sampaikan turut sampai dan diamalkan oleh umat manusia.malangnya,ada sebahagian manusia yang mengaku cinta akan rasulullah,namun apabila kita kongsikan kepadanya hadis-hadis nabi,golongan ini akan merasakan ini satu benda yang membosankan,perkara yang berat dan kaku untuk diamalkan.tidak kurang juga ada yang menganggap perkara tersebut tidak sesuai dengan zaman sekarang.

kalau benar kita cinta rasulullah,pastikan apa yang rasulullah bawa kita cuba sedaya upaya kita untuk mengamalakannya.amat mengecewakan,ada sebahagian manusia,apabila ditanya apa yang rasulullah bawa,dia masih tidak jelas.

rasululah itu datang kepada kita untuk mengajarkan kita tentang tauhid yang benar,cara penghambaan diri yang benar,cara ibadah yang benar.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Brgsiapa yg di antara kedua kaki dan janggutnya bertawakkal atau berserah diri utk (melaksana sunnah) ku, aku akan berdoa, bertawakkal memohonkan syurga utknya".
(HR Bukhari).

eid fitri 2014

Kebanyakan masjid di malaysia ini sesak apabila solat sunnat aidil fitri di tunaikan.Seperti mana yang kita tahu Rasulullah menunaikan solat sunnat aidil fitri di lapangan luas,jadi tidak ada masalah sesak atau tidak cukup ruang,jadi,mungkin boleh dikatakan antara hikmah rasulullah menunaikan solat eid di lapangan ialah untuk mengelakkan kesesakan kerana solat eid juga di sertai oleh kaum wanita,malah,rasulullah menyuruh wanita-wanita yang tidak mempunyai tudung untuk meminjam tudunglalu turut serta dalam perhimpunan solat eid.malah.rasulullah juga menyuruh wanita-wanita haid juga turut serta.seperti yang dinyatakan dalam riwayat.

Malaysia perlu mula mengamalkan sunnah ini,supaya kemeriahan aidil fitri lebih bertambah-tambah dan syiar islam akan teserlah,waktu hari rayalah masanya umat islam menzahirkan keagungan islam.sangat susah nak jumpa di Malaysia solat sunnat aid dilapangan,kalau negara lain banyak dah

"Aidil fitri ini tidak bermakna bagi manusia yang tidah menghayati ramadhon sebagai bulan yang dipeluhi dengan ganjaran-ganjaran yang luar biasa",

antara petikan khutbah raya tahun ini yang terkesan dalam hati.

Khutbah raya yang luar biasa sebentar tadi,tanpa teks dan dapat dirasakan,ianya datang dari hati,sayang tak dak rakaman.

Sunday 1 June 2014

PENGALAMANKU

Banyak pengalaman yang aku nak kongsi sebenarnya,tapi aku tak tahu nak mula di mana.tambah-tambah,segala apa yang aku lalui sepanjang pasca spmku.dibawah ini merupakan peristiwa-peristiwa penting yang bagi aku perlu dikongsi kepada semua:

PLKN selama tiga bulan

Diskusi halatuju lepasan SPM

HiMega

Wacana Jejak Tarbiyyah Hamka dan input yang aku perolehi daripadanya

Karnival Ilmu Remaja Annida

#IlmFest

Aku rasa ada lagi yang tertinggal,tapi setakat sekarang ini sahaja yang aku ingat.
Semoga Allah beri kekuatan,untuk terus memberi dan berkongsi.

selain aktiviti pasca SPM,aku juga berhajat untuk berkongsi perjalanan hidup persekolahan sekolah menengahku,namun agak mengecewakan kerana dua tahu hidupku disibukkan dengan peperiksaan besar.aku harap Allah menganggap segala usaha yang dilakukan sepanjang tahu peperiksaanku merupakan amalan yang diredhoi Allah dan menjadi nilai tambah untuk aku memperoleh syurga Allah.

manusia yang sentiasa ingat akan alam akhirat dan kematian sudah tentu dia akan mempersiapkan dirinya.kematian merupakn permulaan kehidupan,bukan penghabisan.aku teringat akan hadis Rasulullah:

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

jadi,manusia akan sedaya upaya untuk memastikan dia mempunyai antara salah satu ciri yang disebut di atas oleh rasul supaya ada pahala yang tetap mengalir meskipun dia sudah meninggalkan alam dunia.



Friday 30 May 2014

Pasca SPM 2013

ukhwah itu indah,indah lagi apabila terjalin kerana Allah

gambar ni waktu latihan 
Bintang nasyid mukimin kebangsaan 2013,haaa,tarik jangan tak tarikh,tinggi lagi,,,terasa keindahan ukhwah,semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat naungan 
Allah di akhirat kelak yang disebut dalam hadis:

"dua lelaki yang berkasih sayang(bersahabat) kerana Allah,"

"bertemu dan berpisah keana Allah"

pastikan setiap persahabatan yang kita jalin adalah kerana Allah,agar persahabatan kita beroleh ganjaran daripada Allah dan tidak menjadi sia-sia,

"kalau bersahabat sekadar bersahabat,orang kafir dan orang bukan islam pun bersahabat,kalau berkawan sekadar,monyet di hutan pun berkawan"

('iqtibas' daripada kata-kata #PorfDrHamka yang direka sendiri olehku) 

yang membuatkan sesebuah persahabatan yang kita jalin dinilai pahala disisi Allah ialah kita niatkan kerana 
Allah persahabatan tersebut,ya memang,soalan niat ni memang sangat penting dan seringkali juga kita terlalai,terlupa...sebab itu tidak heranlah kalau Imam Nawawi meletakkan bab niat sebagai bab pertama dalam kitabnya Riyadhussholilin

dalam Al Quran Allah berfirman:

"sahabat-sahabat di hari kiamat akan bermusuh sesama sendiri kecuali yng bertaqwa"

semoga kita semua tergolong dalm golongan yang diredhoi Allah

tok guru sedang memerhati anak muridnya melakukan 'susunan'

latiahn demi latihan dilakukan supaya memperoleh yang terbaik,
bak kata pepatah inggeris:

"practice make perfect"

lihat saja bagaimana kita dapat membaca surah Al-Fatihah dengan betul sekarang,kita mungkin tidak pernah ada niat untuk menghafalnya,namun kita sudah mula membacanya sewaktu umur kita satu angka lagi,waktu itu memang bacaan kita sangat teruk!baca macam budak-budak,sebab kita budak-budak.jadi,setelah ditegur dan diperbetulkan dan kita mengulangnya setiap kali kita solat fardhu,membuatkan kita telah menghafalnya sekarang.

begitulah dalam apa jua perkara pun.kalau kita nakkan kesempurnaan,kita haruslah melakukan latihan demi latihan,tanpa jemu,tanpa segan,berani mencuba dan tidak takut untuk salah,dan menerima segala teguran orang lain.barulah kita akan mencapai kesempurnaan.

setelah latihan terakhir,'relax'kan badan dan minda,ustaz Fitri belanja

Alhamdulillah,kami sudah di KL
gambar ni pulak sewaktu selepas solat subuh dekat RnR,waktu ni dah sampai KL dah,pertandingan nasyid BNM  tu berlangsung dekat UM,saya sudah lupa nama auditoriumnya


ni gambar lepas persembahan,Sokongan padu dari warga 
Cosis:Xtrovia,datang jauh dari kedah,terima kasih sahabat-sahabat,sangat terharu,semoga 
Allah membalas jasa kalian...



lepas pertandingan aku ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama geng Cosis:Xtrovia,jalan-jalan ronda KL,aku tak ikut waktu ni,hanya duduk di tempat bermalam,selepas pertandingan,semua warga COSIS bermalam di rumah Pak Cik Zamrie,Ayah idraki.Alang-alang ada di Ibu Kota,bercutilah dulu,ronda-ronda di KL,jauh permandangan,luas pengalaman.

melihat suasan ibu kota,tak tahu kenapa,aku terkenang firman Allah yang mafhumnya::

Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? (QS al-A’raf: 97)

Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? (QS al-A’raf: 98)

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (QS al-A’raf : 99)

semoga Allah lindungi semua orang mukmin di malaysia dari terkena Azab Allah.

malam terakhir dirumah Pak Cik Zamrie
malam terakhir,Pak Cik Zamrie menempah pizza Dominos untuk kami semua,malangnya,ada yang terlambat,,balik dari berjalan-jalan di Ibu Kota.Rusa baru pernah masuk kampung barangkali.apa yang istimewanya bagi diriku ialah,seingat aku,inilah kali pertama aku makan pizza Dominos.terima kasih Pak Cik Zamrie.semoga Allah membalas Pak Cik dengan kebaikan yang melimpah ruah.sungguh,memberi
makan orang lain besar ganjaranya dan ia merupakan akhlak yang sangat dituntut oleh Rasul.   


kenduri di rumah hanif salleh

pasca SPMku disambung dengan aktiviti makan kenduri di rumah Hanif Salleh,asalnya aku ingat kenduri tersebut walimah kepada perkahwinan Hanif Salleh kerana ada ura-ura yang mengatakan begitu.baru sahaja aku ingin berbangga kerana ada sahabat sekelasku sudah berkahwin.rupa-rupa abangnya yang berkahwin.






Thursday 29 May 2014

Pengalaman harus di kongsi

Pengalaman harus dikongsi,ruginya kalau kita ada pengalaman tapi kita tak kongsi pengalaman yang yang kita dapat dan input serta ibrah yang kita perolehi daripada pengalaman tersebut.

Aku ni,sebenarnya banyak saja pengalaman yang aku nak share kepada semua,terutamanya pengalaman pasca SPM 2013 dan 2014 sehinggalah kesaat ini,aku tengah cuba untuk bahagikan masa untuk sentiasa update blog ni,dalam usaha.semoga Allah permudahkan.

Monday 26 May 2014

AKU BERJAYA ATAU GAGAL?

Alhamdulillah,sewaktu saya menulis entri ini,ramai kawan-kawan saya yang sudah masuk ke IPTA dan MATRIK KPM untuk sambung pengajian lepasan SPM.Ada juga yang masuk IPTS seperti UniKL,UTP dan sebagainya…ada juga yang sambung STPM,pendek kata,hampir semua yang sudah sambung pengajian untuk lepasan SPM.

tuluskan niat sambung belajar hanya kerana Allah,supaya perjalanan letih dan lelah kita dalam menuntut ilmu tidak sia-sia,serta memperoleh redho Allah





Tak kurang hebatnya ada yang mendapat tawaran biasiswa,MARA,JPA dan sebagainya,dan yang dapat sambung pengajian ke luar Negara,tahniah saya ucapkan kepada kalian,bersyukurlah diatas apa saja menimpa kita dan yang kita terima meskipun apa yang kita terima adalah ujian,Allah itu tuhan yang maha mengatur,Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat saya,terutamanya COSISIAN,kalian telah banyak mengajar diri ini tentang nilai-nilai kehidupan dan membuatkan diri ingin lebih berfikir tentang kehidupan,banyak pengalaman dan kenangan yang saya dapat daripada kalian,sangat banyak.banyak kenangan yang tercipta diantara kita terutamanya dizaman persekolahan dahulu,ada yang sempat direkod ada yang tidak…

semoga segala yang telah kita usahakan tidak sia-sia dan dinilai sebagai pahala di sisi Allah


dan semua yang mengenali diri ini,saya harap masih tidak lupa kepada saya,walaupun kita sudah lama berpisah.sungguh,hubungan yang tercipta lillahi taa’la,kerana Allah itu,akan berkekalan hingga ke hari perhitungan malah menjadi nilai tambah kepada diri kita untuk memperoleh naungan Allah di hari kiamat kelak,dan sudah tentu meraih redho dan syurgaNya.apa-apa pun,semoga Allah menerima segala amal baik kita dimasa lampau dan menghapuskan segala dosa-dosa kita yang telah lalu,yang sedang dilakukan,dan yang akan dilakukan,,,sungguh,Allah maha kaya,jangan pernah ragu kepadanya…
semoga segala yang baik dan buruk yang telah kita lakukan menjadi pengajaran dalam kehidupan kita dalam mengejar syurga dan redho Allah..Amin.

sedikit peringatan buat diri dan yang sudi

saya harap apa yang cuba saya sampaikan ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada pembaca walaupun saya rasa entri kali ini agak formal,walaupun sebenarnya saya bukan minat entri formal-formal ni…saya harap perkongsian saya sampai ke hati anda dan boleh dijadikan pengajaran.. ^__^
kadang-kadang kita terlupa apa erti kejayaan,sedangkan dalam Al Quran ada menyatakan siapakan sebenarnya orang yang Berjaya?say lupa ayatnya,tapi Allah ada senaraikan ciri-ciri orang yang Berjaya yang mewarisi syurga firdaus,dalam surah Al Mukminun,bermula ayat satu…

Al Quran juga,ada memberitahu kepada kita siapa orang yang gagal,yang sebenar-benar gagal.inilah uniknya Al Quran,kalau kitab lain saya tak pasti ada atau tidak,tapi yang pastinya,dalam Al Quran memang ada memberitahu,siapakah orang yang gagal dan siapakan orang yang Berjaya.

Kadang-kadang kita terlalai dengan kejayaan yang sementara.contohnya,lihatlah orang kafir,mereka rasa Berjaya apabila mereka dapat mengumpul harta berbilion-bilion,mereka rasa mereka sangat Berjaya apabila mereka dapat memiliki rumah yang besar dan mewah.mereka rasa Berjaya apabila mereka dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,mereka rasa mereka Berjaya apabila mereka memperoleh penemuan baru dalam kajian yang mereka jalankan,mereka rasa Berjaya apabila mereka menerima anugerah noble.

kejayaan bermula daripada diri sendiri
ya,benar,tidak dinafikan sama sekali,semua itu merupakan kejayaan…namun kita perlu sedar,apakah kejayaan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia…

dan begitu juga kegagalan,ada sebahagian manusia yang sanggup bunuh diri apabila mereka menerima kegagalan,ada manusia yang bunuh diri apabila kekasihnya tidak lagi cinta kepadanya dan curang,ada manusia yang jadi gila apabila perniagaannya muflis,dan pelbagai lagi situasi…manusia-manusia seperti ini sebenarnya terlupa tentang kegagalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang sekiranya mereka mengetahui tentang hakikat ini,merekan akan merasakan kegagalan yang menimpa mereka itu bukanlah kegagalan yang nyata dan patut disesali…

jadi apakah kegagalan dan kejayaan yang paling besar dalam kehidup makhluk yang bergelar manusia?...saya tahu,kalian tahu jawapannya…jadi saya harap,kita dapat meluruskan niat kita lillahi taa’la dalam apa jua yang kita lakuan,lillahi taa’la,semuanya kerana Allah dan rasulNya…selamat berjuang rakan-rakan…


BERSAMBUNG…

Thursday 22 May 2014

Zalimkah manusia?

sekadar gambar hiasan
"manusia ni antara makhluk yang zalim!"

"kenapa pulak pak long,apa maksud pak long?"

"ya la,,,,macam ni lah,kau rasa kau zalim tak?"

"erk,manusia mana yang tak terlepas dari melakukan kesalahan,kadang saya pernah berlaku zalim,dan sebagai manusia yang bertuhankan Allah,yang mengaku dirinya adalah hamba Allah,saya bertaubat dari segala dosa dan kezaliman yang pernah saya lakukan,"

"kan betul apa pak long kata,manusia ni makluk yang zalim,awak mengaku sediri awak pernah berlaku zalim,haha,pak long pun mengaku,pak long pernah melakukan kezaliman,tapi,macam awak katalah,manusia akan dimuliakan oleh Allah apabila dia bertaubat kepada Allah,"

pagi itu pagi yang hening,amat nyaman,angin dan udara pagi bertiup sepoi-sepoi,suasana kampung lah katakan.pohon-pohon hijau merimbun,kicauan burung kedengaran disana-sini,bagai sedang riang mencari rezeki,dan bertasbih kepada tuhan,dan sudah tentu,dapat dirasakan mereka sedang tenggelam dalam pengharapan dan tawakal kepada Allah dalam mencari rezeki,seperti yang pernah dinyatakan didalam hadis,burung-burung bertawakal kepada Allah apabila burung-burung tersebut keluar mencari rezeki

cahaya mentari mula menyinar,namun,jasadnya masih tidak kelihatan.namun,cahayanya saja sudah cukup untuk menerangi alam.inilah suasana yang mengiringi perbualan kami yang sedang asyik bersembang untuk memenuhi rutin pagi cuti hujung minggu kami,sambil bersila dibawah pondok usang yang di sebelahnya,telah tumbuh kukuh sebuah pokok limau bali yang telah meneduhkan pondok tersebut.

"dan satu perkara lagi,,,apa yang pak long nak kongsi,kamu cuba tengok makhluk-makhluk Allah selain manusia dan jin,seperti tumbuh-tumbuhan,pokok-pokok,laut,binatang,,,pak long khususkan lah,,,pak long suka tengok pokok-pokok yang bermacam-macam kat dunia ni,,,"

"semuanya nama pokok,tapi,ada pokok rambutan,pokok durian,pokok manggis,kalau kat kampung kita ni lah!,,.tapi kalau kat satu dunia,sudah tentu macam-macam jenis pokok lagi,berjuta-juta,malah berbilion-bilion"

berbicara pak long dengan nada tuanya kepadaku.

aku hanya mendiamkan diri,aku dapat merasa,huraian pak long masih belum sampai kepada mesej yang cuba beliau ingin sampaikan,ia baru gambaran permulaan,supaya mesej yang ingin beliau kongsikan akan jelas gambarannya,dan akan terkesan kepada hati yang memerima mesej itu.

aku terus mendengar...

"tapi apa yang menarik,makhluk-makhluk Allah ni,contohnya pokok,sangat patuh kepada perintah Allah,contohnya,,,kalau kamu tengok pokok rambutan,,,kalau pokok tu keluarkan buah,,,kamu rasa buah tu buah apa?"
buah rambutan yang kelihatan ranum

Pak Long mula menghidupkan interaksi antara aku dengannya dengan menyoal.

"erkk,,buah...erk,,erm,,eh"

aku jadi terkelu hendak menjawabnya,soalan yang diajukan itu macam pelik,tapi aku tahu itu adalah soalan,aku cuba mengimbas kembali apa yang ditanya oleh Pak Long sebentar tadi.

"buah tu buah apa???erk,,buah rambutan la Pak Long,,,"

Aku menjawab spontan...

BERSAMBUNG...





Friday 31 January 2014

kehidupan diteruskan


























Alhamdulillah,kami warga plkn Rimba Taqwa,Sik diberi peluang untuk pulang ke rumah sempena cuti tahun baru cina,semua orang gembira apabila dapat cuti dan dapat pulang ke kampung bertemu dengan umi dan abi.tak kira pelajar sekolah,pelajar asrama,pekerja pejabat,suri rumah,guru,tambah-tambah pelatih plkn macam kami ni,yang sepanjang sesi latihan dilayan ala-ala tentera,roll call sampai enam kali sehari,kena tepat masa,kalau tak tepat masa dikenakan tindakan tatatertib,kena kawad tengah panas,hentak kaki 20 1,2 berasap berapi,buat kerja semua ikut masa yang telah ditetapkan,dan bermacam-macam lagi.saya adalah salah seorang manusia yang seronok apabila dapat tahu kami boleh balik cuti.

teringat lagi waktu pagi 27/1,seperti biasa,semua pelatih PLKN akan masuk kedalam kelas MPK,modul pembinaan karekter,saya masih teringat cikgu Bell,salah seorang cikgu yang mengajar kelas saya,menegur sebagian pelatih yang kurang bersemangat dalam kelas dan tumpuan pelatih-pelatih kurang jika dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya.

"Ai,dah teringat rumah ka?"

sapa cikgu Bell kepada semua pelatih.

"ya la cikgu,kami nak balik cikgu,kami tak mau dok PLKN"

lebih kurang macam tulah reaksi kebanyakan pelatih di dalam kelas saya,saya hanya memilih untuk berdiam diri dan memerhati.bagi saya,saya ada rancangan tersendiri balik cuti tahun baru cina ni.kebetulan,dalam kelas pada hari tersebut,kami belajar tentang matlamat yang terbahagi kepada 'matlamat impian' dan 'matlamat jangka masa pendek'.saya cerita sedikit tentang 'matlamat jangka masa pendek.'matlamat jangka masa pendek' merupakan matlamat yang ingin kita lakukan dalam masa terdekat,contoh yang cikgu Bell bagi ialah,apa yang para pelatih mahu lakukan sewaktu cuti tahun baru cina ni.kami dikehendaki menulis matlamat itu di dalam 'buku kerja' masing-masing yang telah diberikan.saya tulis matlamat saya...

saya memang berazam,balik cuti ni,saya nak menulis di blog tentang semua pengalaman yang saya alami sepanjang lebih kurang 25 hari saya hidup di Kem PLKN Rimba Taqwa,Sik.saya ingin kongsi semua pengalaman saya di PLKN kepada semua rakan-rakan saya yang tak sertai PLKN.saya ingin orang lain mendapat gambaran kehidupan di PLKN dari sudut pandang saya.saya sangat bersemangat dan bertekad.namun,kita merancang,Allah merancang,akan tetapi,Allah sebaik-baik perancang.

saya tidak dapat laksanakan matlamat saya tersebut.saya mengalami demam teruk sewaktu di rumah,demam tu bermula sejak saya di kem PLKN lagi,seingat saya pada 27/1 itu lah saya mula rasa badan saya panas dan saya memdapat MC dalam kem pada 28/1.tak tahu lah teruk atau tak,saya rasa macam teruk,saya ni pun memang jenis mengada sikit,apa-apa pun,sakit demam itu telah membuatkan saya tak mampu mengadap laptop untuk melaksanakan 'matlamat jangka pendek' saya yang telah saya tulis,disebabkan sakit kepala dan suhu badan yang tinggi.

namun,saya bersyukur kepada Allah kerana hari ni,demam saya sudah berkurang dan hanya ini yang saya boleh kongsikan.saya harap ada pengajaran yang boleh diambil melalui entri kali ini.insyaAllah,saya akan cuba kongsikan juga pengalaman-pengalaman saya berada di PLKN dimasa akan datang mungkin selepas balik dari PLKN,atau lebih tepat lagi apabila tamat latihan nanti.doakan!

Friday 3 January 2014

menjadi ahli syurga itu mudah tapi,jangan ambil mudah...

ada perkara kat dunia ni memang mudah,tapi jangan memudah-mudahkan dan ambil mudah

sikap ambil mudah menyebabkan sesuatu yang mudah itu terlepas dan menjadi rosak...

jadi,jadilah insan yang sentiasa berwaspada dan sentiasa waras dalam mengapai cita-cita...jangan ambil mudah!...

contoh,,masuk syurga itu mudah,tapi kita ambil mudah sehingga lalai dengan dunia dan banyak larangan Allah yang kita buat,sikit amalan yang kita lakukan...

kita tidak mendalami ilmu aqidah yang menjamin kita untuk menjadi penghuni syurga Allah insyaAllah,jadi ,jangan ambil mudah,peliharalah aqidah dan iman,sentiasa minta kepada Allah untuk menjadi ahli syurga,kerana hanya Allah yang berhak menentukan siapa hambanya memperoleh syurga dan siapa hambanya yang tidak memperoleh syurga,

mohon la kepada Allah,rayu dah kepada Allah,kejarlah redho Allah,berdoa kepada Allah supaya dijauhkan kita daripada azab neraka


ps:entri ini belum siap diedit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...