Thursday 30 July 2015

Aku Cemburu

Aku cenburu melihat orang-orang
Yang dirinya sangat dekat dengan kerja dakwah
Kata-katanya, penulisannya, perbuatannya
Semuanya adalah dakwah
Dia sentiasa fikir tentang orang lain
Mengajak orang lain turut serta dalam kebajikan dan amal soleh
Yang dia lakukan mahupun dia tidak lakukan
Dakwahnya penuh hikmah
Meresap dan telah membangkitkan ramai jiwa
Untuk turut serta dengannya dalam kebaikan

Itu membuatkanku cemburu dengannya
Entah, berapa ramai manusia yang dekat kepada Allah kerananya
Entah, berapa ramai manusia yang berubah kejalan Allah melaluinya
Entah, berapa banyak pahala yang dia dapat kerana orang lain melakukan amalan disebabkan olehnya
Sungguh aku cemburu

Aku disini
Ibadahku masih hanya untuk diriku
Beratnya lidah dan mulutku untuk mengatakan kebenaran
Pengecutnya aku kerana takut dipulau kerana mengatakan kebenaran
Sudahlah dosa yang bertimbun
Amal hanya untuk diri sendiri
Insaflah wahai diri
Tidakkah kau fikir, sudah berapa banyak jariah yang dia perolehi?
Sudah berapa tinggi pahalanya andai dia ikhlas?
Sudah berapa mulianya dia disisi Allah kerana melakukan kerja dakwah?

Aku pula masih ketakutan
Masih ragu dengan janji Allah
Iman senipis apakah yang aku miliki?
Istighfarlah, mohon ampun dan bertaubatlah

Wahai diri
Engkau masih ada peluang
Ubah sikapmu
Ubah perangaimu
Ubah 'mindset' mu
Jangan pernah takut berkata benar
Yang benar tetap benar
Jiwamu perlu jiwa dakwah
Kau mengaku jariah itu tidak akan terputus walaupun kau mati, tapi kenapa jiwamu tidak jiwa jariah?

Pengecutnya kau, sudah-sudahlah beramal hanya untuk diri sendiri
Buatlah kerja dakwah kerana dakwah itu sifatnya berkembang, ia lebih menguntungkan

Cemburunya aku dengan dia
Semoga dia ikhlas dalam kerja dakwahnya
Agar dia memperoleh redho Allah dan dijauhkan dari neraka serta memperoleh ganjaran syurgaNya.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Entri ini masih dalam proses kemaskini, kritikan dan komen amat dialu-alukan.

Tuesday 28 July 2015

Tuhanlah pemilih diriku dan dirimu

Tuhanlah pemilik diriku dan dirimu
Jadi wajarlah sekiranya aku sangat ingin taat dengan perintah tuhanku
Wajarlah sekiranya sanggup mengadai harta dan jiwa demi mempertahankan agama tuhanku
Wajarlah sekiranya aku sanggup dipulau keluarga demi memlihara kesucian tauhidku
Wajarlah sekiranya sanggup aku sanggup kehilangan sahabat dan rakan demi memlihara ketulenan agamaku

Wajarlah sekiranya aku lebih mementingkan solat lima waktu berbanding urusanku denganmu
Wajarlah sekiranya aku mementingkan urusan solat farduku berbanding urusan keduniaanku

Wajarlah aku menjaga kehormatanku berbanding aku membuang sifat maluku
Wajarlah aku menjaga maruahku apabila berkomunikasi dengan manusia yang berlain jantina denganku
Wajarlah aku mengawal nafsuku daripada tengelam dalam keindahan wanita

Namun,
Wajarkah sekiranya kita tak kisah dengan larangan tuhan?
Wajarkah kita malas memperdalam ilmu mengenal tuhan?
Wajarkah kita main-main dalam beragama?
Wajarkah kita tidak berusaha mempelajari perintah ilmu yang mampu mendekatkan diri kepada tuhan?
Wajarkah kita menganggap dunia ini seperti tiada batasanya?
Apa saja kita boleh lakukan disini?
Wajarkah?

Wajarkah kita mengikut hawa nafsu dalam bertindak?
Wajarkah kita mengikut telunjuk syaitan disaat kita dibuai dengan indah dunia dan wanita?

Wajarkah, saat ada manusia yang mengingatkan kita jangan mengikut telunjuk syaitan, namun, pada saat itulah kita bangga dalam dalam kebatilan?

Ingatlah diri, dunia ini milik tuhan.
Dialah Allah, tuhan nabi Musa, Mariam dan Nabi Isa.
Dialah Allah, tuhan kepada batu-batu yang disembah kaum-kaum terdahulu, kaum 'ad, kaum samud, penyembah-penyembah patung berhala dari zaman nabi nuh hingga zaman nabi muhammah, dan penganut hindu.

Oleh itu, sembahlah Allah, beribadahlah kepadaNya dengan mengerjakan solat dan mentaati segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah. Fahamilah kandungan Al Quran, belajarlah apa yang terkandung didalamnya. Al Quranlah kitab yang saban hari dibaca oleh manusia namun diantara mereka sangat sedikit yang memahaminya.

Monday 27 July 2015

Jangan hidup dengan sangka-sangka


Kau sangka orang menyanjung kau, hakikatnya, yang menyanjung kau itu hanyalah segelintir. Mungkin 1 dalam 1000. Kalau mereka sanjung pun, sanjungan itu hanyalah beberapa detik. Kerana, mereka ada banyak lagi hal penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia yang harus diselesaikan. Dan kau tidak layak menerima sanjungan. Kerana kau hanya manusia hina. Sanjungan hanya layak untuk Allah. Kau hanya hamba. Kau perlu sedar itu.

Kau sangka, ramai yang mengangkatkan kau. Namun, faktanya,
Ramai yang mula tahu sikap kau
Ramai yang mula pening dengan pemikiran kau
Ramai yang keliru dengan ideologi kau
Ramai yang mula tahu perangi kau
Ramai yang mula lihat aib kau

Kau sangka kedatanganmu disyukuri. Namun, hakikatnya, ia berlaku mungkin 1 dalam 1000,  Malah mungkin kurang dari itu.
Ramai yang tidak endah pun dengan kisah kau
Ramai yang tak kisah dengan misteri kau
Ramai yang buat tak tahu dengan perjalanan hidup pelik kau
Ramai yang buat tak kisah pun dengan cerita aneh kau.
Ramai yang tak ambil peduli dengan jalan cerita hidup kau

Wahai jiwa yang ingin hidup dengan inginkan kemasyhuran, sudahlah menyiksa diri kau dengan kehidupan yang penuh dengan sangka-sangka.
Ia membunuh minda maju kau
Ia merobek wawasan kau
Ia mengakibatkan kau tenggelam dengan dunia khayalan, imaginasi dan angan-angan, yang akhirnya menyekat engkàu dari terus maju.
Ia telah membunuh masa-masa muda kau yang terlalu banyak sekali. Apa yang bakal kau jawab dihadapan tuhan kelak? Ayuh, bertaubatlah, kembali kepada tuhañ dan hidupkan semula masa muda kau yang berbaki.

Berhenti hidup dengam angan-angan dan sangka-sangka
Hiduplah dengan dunia nyata. Bertindak selagi kau mampu, berani selagi kau inginkan pengajaran, melangkah sehingga tuhan bertitah "berhentilah!"

Tiada yang salah didunia ini sehingga kau tahu itu adalah salah. Jangan kau katakan sesuatu itu salah selagi ia hanyalah datang dari sangka-sangka, andaian dan teka-teka. Berlapang dadalah dengan jiwa yang inginkan kebenaran, apabila kesalahan sesuatu perkara terbukti dengan hujjah dalil dan petunjuk tuhan.

Kahwin semasa belajar?

Kahwin semasa belajar bawa masalah

Ada orang kata, kahwin semasa belajar mampu menganggu tumpuan kita. Ia mampu mengundah bencana dalam kehidupan mahasiswa. Orang yang kahwin semasa belajar, tumpuannya akan lebih banyak. Dia akan ada tanggungjawab besar lain yang perlu difikirkan dan dilangsaikan.

Dia perlu fikir tentang isteri, anak kalau ada anak, dan bermacam-macam tanggungjawab lagi perlu dilaksanakan. Jadi, hal ini mampu mengganggu fokus belajarnya. Perlu cari menafkah untuk isteri. Dia perlu tinggal bersama satu bumbung dengan isterinya membuatkan pergerakannya terbatas dan penglibatannya dengan aktiviti-aktiviti mahasiwa sangat sedikit.

Hidupnya tidak seperti mahasiswa lain. Dia tidak lagi bebas beraktiviti dan berpersatuan. Jadi, zaman mahasiwanya tidak dapat dinikmati.

Kahwin semasa belajar menjemput kebaikan

Namun, ada juga orang kata, kahwin masa belajarlah mampu membuatkan kita lebih fokus dalam pelajaran. Katanya  kahwin ini membuka pintu rezeki, meluaskan rezeki. Jadi, pelajar lebih fokus dan bersemangat.

Fikiran akan lebih matang kerana perlu memikirkan banyak benda. Jiwa lebih tenang. Soal nafkah, dan tempat tinggal mungkin masih boleh dibincang dengan walinya. Yang penting sudah mempunyai hubungan yang sah dengan wanita yang dicintai dan si lelaki sedar apa tanggungjawab-tanggungjawabnya terhadap isterinya yang perlu dia laksanakan dan langsaikan. Si lelaki juga melaksanakan semua tanggungjawabnya dan janji-janjinya.

Jadi, apa penyesaiannya?

Jadi, apa penyelesaiannya? Yang mana lebih utama? Sebenarnya, semunya bergantung kepada diri kita. Sebab itu sebahagian ulama mengatakan hukum kahwin itu ada empat, mengikut situasi.

Kahwin itu memang sunnah. Tapi, atas dasar apa kita berkahwin? Perkahwinan merupakan satu perkara yang besar dan akan mempengaruhi banyak bahagian-bahagian kehidupan kita.

Dengan perkahwinan, ada orang yang kehidupannya berubah 100%, 360 darjah. Sebab itu, saya pernah mendengar pesan daripada seorang motivator, ada orang bertanya kepadanya tentang apakah persiapan utama sebelum kita memilih untuk berkahwin atau berumah tangga?

Jawapan beliau ialah 'niat'.

Jadi, saya mula fikir. mungkin, perkahwinan kesannya besar. Jadi, apa niat kita ingin berkahwin sangatlah penting. Ada pepatah ada menyatakan, apabila permulaan sesuatu perkara baik, maka, selalunya penghujungnya dan pertengahannya juga baik. Begitulah sebaliknya.

Namun, Permulaanya yang buruk tetap mampu bertukar menjadi pengakhiran yang baik sekiranya ada tenaga perubahan yang sangat besar dikenakan dalam perjalanan tersebut.

Tuesday 21 July 2015

BIARLAH AKU DAN ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Biarlah aku dan Allah saja tahu

Dalam dunia ini
Ada perkara yang hanya perlu kita dan Allah saja tahu
Lumrah manusia, kalau boleh, dia ingin ada manusia yang tahu dan memahami isi hatinya
Hal ini membuatkan dia rasa lega
Kerana, rasanya dikongsi
Walaupun tidak semua rasa itu dapat dipindahkan kepada orang lain
Namun, ia tetap dipindahkan
Ia tetap dikongsi
Itulah manusia

Namun,
Aku perlu ingat, ada perkara yang tak akan dapat dikongsi
Kerana, manusia itu terbatas sifatnya
Manusia hanya makhluk, ciptaan
Manusia itu sifatnya lemah

Lalu kepada siapa aku ingin beritahu berita ini? Jiwaku memberontak
Ramai manusia tidak memahamiku
Aku ingin mereka faham aku
Mereka perlu faham aku

Wahai jiwa, susahlah hidup jika seperti itu
Kau tahu, kau sedang lupa bahawa kau ada tuhan yang maha tahu
Biarlah hanya kau dan tuhan yang tahu

Kau perlu tahu, perasaan itu sengaja dicipta Tuhan
Kerana Dia ingin melihat, sejauh mana kau tahan dengan ujian tuhan
Sejauh mana kebergantungan kau kepada tuhan
Sejauh mana tetap pendiriannya kau untuk terus meminta kepada tuhan
Sejauh mana, kau sedar,
Diri kau itu hanyalah manusia
Makhluk yang tidak seharusnya rasa kau sentiasa betul
Pemikiranmu ada yang salah, kau perlu aku dan kembali kepada tuhan
Ada waktunya kau perlu ubah pemikiran itu walaupun kau tersiksa

Biarlah kau dan Tuhan saja yang tahu

Kembalilah kepada tuhan
Kau tak akan kuat berseorangan

Kembalilah kepada sunnah junjungan
Kerana denganya, tuhan akan bawa kau kembali kepadaNya

Disaat datang rasa yang pelik-pelik dalam diri kau, itu tanda, kau sedang jauh dengan sunnah dan kefaham rasulullah

Kau sedang jauh dengan Allah.
Dan kau yang menjauh!

Jadi, kau perlu kembali
Biarlah, kau dan tuhan saja yang tahu

Disaat kau diuji bertimpa-timpa, kau perlu tahu
Tuhan sedang memanggil kau kembali
Dekat denganya
Tuhan sedang menyucikan kau dari dosa yang kau lakukan
Tuhan ingin kau rasakan azabnya kau melanggar perintah Allah
Sungguh, ujian tuhan itu menyakitkan
Namun, ia disebabkan dosa-dosa kau juga
Lalainya engkau dari penyakit 'ain
Maha memaksanya tuhan kepada hambanya
Tuhan ingin kau rasakan, teganya engkau menodai kesucian dirimu dengan dosa
Sanggupnya engkau kotorkan jiwamu dengan melanggar perintah Allah

Dalam masa yang sama,
Ujian itu tanda cintanya Allah kepada dirimu
Kasihnya Allah kepada dirimu
Namun, adakah kau tetap sombong dan keras kepala?
Terserah kau
Kau yang memilih
Dekat dengan Allah syurgalah ganjaran kau
Jauh dengan Allah nerakalah tempat paling layak bagi kau

Oleh itu,
Kembalilah kepada tuhan
Jangan terlalu sombong
Biarlah, hanya tuhan dan engkau saja yang tahu

Tidak akan ada manusia yang akan tahu
Cerita penuh perjalanan hidup kau
Hal ini membuatkan semua manusia tidak akan memahami kau
Dan kau perlu terima hakikat itu
Dan tiba masanya untuk kau pula memberi
Kaulah yang perlu faham manusia dahulu
Barulah ketenangan akan mula menyusup kedalam jiwa kau

Hanya tuhan sahaja yang tahu
Biarlah tuhan dan kau sahaja yang tahu
Hakikatnya, hanya Tuhanlah yang paling tahu, maha tahu selok belok hambanya
Sedang hamba itu sendiri masih bodoh dengan dirinya pendirian


Biarlah
Hanya Allah saja yang tahu tahap kegundahanmu
Hanya Allah saja yang tahu tahap kerisauanmu
Hanya Allah yang tahu cara berfikir dan pemikiranmu
Hanya Allah yang tahu sikap dan personaliti sebenar dirimu
Haruslah kau berdamping dengannya agar kau peroleh redhonya
Kau jauh dari nerakaNya
Kau jauh dari murkaNya
Kau dekat dengan syurganya

IPDA, 220715 RABU 957 pagi

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...