Apabila kita jatuh, kita akan sukar bangun semua. Mungkin tak semua orang, tapi sebahagian manusia. Sukar bangun semula. Kerana, jatuh itu sakit. Begitulah juga jatuh cinta. Berat kita untuk 'bangun' semula. Itulah penangan jatuh cinta.
Kalau kita sedang membuat pecutan 100 meter, 200 meter atau 400 meter bersama pesaing-pesaing hebat lain, tiba-tiba kita jatuh ditengah-tengah larian, apa yang kita rasa? Nak tahu? Cubalah sendiri.
Mungkin ada yang rasa biasa. Tapi, sebenarnya, ada sebahagian orang yang merasakan itu suatu kegagalan. Alangkah merana lagi sekiranya perlumbaan itu ialah perlumbaan final. Atau, kita ada hajat untuk lakukan rekod baru. Apabila kita jatuh, sudah tentu kita ketinggalan jarak dan masa yang panjang. Tak mungkin kita dapat mengejar semua pesaing-pesaing kita. Tak akan mampu.
Itulah penangan jatuh. Ianya sangat menyakitkan. Lagi-lagi jatuh cinta. Sakit lagi kalau kita bertepuk sebelah tangan. Sebab itu, pesan seorang pujangga:
Kalau jatuh cinta, pastikan ia menguntungkan. Disaat kita jatuh cinta, suatu energi sedang menguasai diri kita. Ramai orang yang sanggup buat apa saja dengan ernergi ini. Lalu, apa pilihan kita? Membiarkan energi itu menjerumuskan kita kedalam lembah kegagalan, atau memanfaatkan 'energi cinta' itu untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan."
Memang, saat jatuh cinta, manusia lebih cenderung untuk lemah, kerana ramai orang yang jatuh cinta akan mengalami kekecewaan. Ramai yang jatuh cinta menjadi putus asa kerana cintanya ditolak. Ramai yang jatuh cinta sakit dan pedih apabila kita tahu si dia menaruh perasaan kepada orang lain, bukan kepada dia.
Namun, inilah rajau kehidupan. Kita perlu kuat, supaya kita tidak bertindak luar kawalan. Lebih teruk lagi, kita mula lalai dengan Allah. Kita mula menghabiskan masa melayan perasaan. Nauzubillahi min zalik. Bangunlah semula, bangunlah daripada kelalaian terhadap Allah walaupun ia berat dan pedih.