Monday 25 April 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG GAGAL I

CIRI-CIRI ORANG YANG GAGAL I

Banyak ciri-ciri orqng gagal telah melanda kita. Ia telah menjadi darah daging kita. Sebab itu, kita perlu tahu apa itu ciri-ciri orang gagal. Mungkin apabila saya senaraikan ini, maka, sedarlah kita, ciri-ciri tersebut telah menjadi tabiat buruk kita, sebab itu kita susah untuk berjaya.

Selain itu, kita perlu tahu, gagal dalam hidup bukanlah hanya bermaksud kita tidak mempunyai pencapaian dalam hidup. Kadang, orang yang mempunyai pencapaian dalam hidup pun gagal mengurus kehidupannya. Oleh itu, hakikat berjaya dalam hidup seorang manusia apabila kita mampu mengurus kehidupan kita dengan baik, kemas, tersusun dan teratur.

Oleh itu, kita perlu tahu bahawa, antara ciri orang gagal ialah malas, banyak tidur, tidak teratur jadual harian, tidak ada pendirian, mudah terpengaruh, ego, pengecut, lambat melakukan keputusan, lambat dalam melakukan kerja, teragak-agak dalam bertindak, tidak mempunyai pendirian, takut dalam bersuara.

Sebagai contoh, saya ingin bawakan sedikit pengalaman saya. Saya pernah mencipta kejayaan, walaupun kejayaan itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan kejayaan orang lain. Saya pernah mencipta sejarah disekolah saya. Disaat Maktab Mahmud Kulim (MMKL) telah terputus dari memperoleh calon yang mendapat 9A dalam PMR, maka, tidak ada lagi pelajar yang berkekuatan untuk memperolehinya. Kali terakhir pelajar MMKL memperoleh 9A dalam PMR ialah tahun 2007. Selepas itu, tidak ada lagi pelajar yang memperolehinya. Namun, pada tahun 2011, MMKL dikejutkan dengan 2 orang pelajar yang memperolehi PMR 9A ia itu, saya, Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar Nina Purnama Alam dan seorang lagi Muhammad Syihan Hamzah. Inilah dua pelajar yang telah mencipta rekod MMKL. walaupun, kejayaan ini tidak ditulis didalam mana-mana buku sejarag atau diari, namun, ia tetap menjadi sejarah dalam hidup saya. Walaupun ia hanyalah sebuah kejayaan yang tidak ada apa-apa bagi kebanyakan orang.

Kejayaan ini menjadi bukti kepada banyak perkara. Ia mengajar banyak benda dalam hidup saya, mahupun hidup kita semua. Antaranya, saya baru sedar, bahawa, orang yang berjaya dahulu belum tentu dia akan berjaya sekarang. Contohnya, saya bukanlah pelajar cemerlang UPSR. Saya hanya memperoleh 3A 2B dalam UPSR. Saya bukan budak pandai. Saya masih ingat kesedihan yang saya alami apabila ada kawan-kawan memperoleh 5A dan 4A 1B, sedang, saya hanyalah memperoleh 3A 2B. Sedih itu masih dirasa sampai sekarang. Pedih rasanya, namun, saya masih memperoleh kejayaan-kejayaan tertentu dalam kehidupan saya disekolah rendah yang saya boleh banggakan dan dijadikan contoh oleh orang lain.

Kejayaan itu, bukanlah sesuatu perkara untuk dibangga-banggakan, namun, kejayaan itu merupakan satu notivasi untuk orang lain supaya menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Andai anda memiliki kejayaan, kongsilah kepada orang lain, jangan risau untuk merasa bahawa, karya kita tidak akan dibaca oleh orang. Kejayaan itu satu perkara yang positif. kita memilik dua pilihan, sama kita diamkan apa sahaja pencapaian kita dan kejayaan kita dan merasa ia hanyalah satu perkara remeh, atau, kita sebarkan segala pencapaian kita walaupun ia sesuatu yang remeh dan tidak mendapat sambutan ramai orang. Kita yang pilih yang mana lebih bermanfaat.

Bersambung...

Entri ini masih banyak kelemahan dan tidak mempunyai struktur yang baik, ambillah yang mana yang baik dalam kehidupan kita dan mohonlah keampunan Allah atas segala kesilapan, mohon cadangan dan penambahbaikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...