Saturday, 19 December 2015

Bahasa Arab, dimana kita?

Abang Atif, kalau Abang Atif ada terbaca entri ini, saya mohon izin untuk kongsikan mesej abang di group sebentar tadi... Harap tak ada masalah ya.

Mesej Abang Atif dalam group TG Ini benar-benar menyentak. Tadi, aku and my brother tetapkan 'rule' dalam group whatsapp adik-adik kem Tunas Geliga 3 untuk speaking dalam english kalau nak chat dalam group tu. Yalahkan, kita dah gunakan bahasa sendiri, bahasa melayu bertahun-tahun. Aku rasa, tiba saatnya untuk kita belajar dan mampu belajar bahasa arab dan bahasa inggeris. Banyak kebaikannya. Sama sekali tidak berniat untuk meninggalkan bahasa sendiri. Cuma, ingin memperkayakan ilmu pengetahuan dan keluar daripada zon selesa. Barulah kita akan berilmu dan berkemahiran.

Selepas sahaja aku tetapkan 'rule', alhamdulillah, semuanya ada usaha untuk 'speaking'. Setelah bersembang lama, mereka pun berhenti. Untuk lakukan kerja masing-masing mungkin.

Lega rasanya apabila mereka berhenti bersembang, kalau tidak, petul 'noti' aku. Pernah sehari hinggal mencecah 1.5+++ k conversation!

Apabila group itu sudah sunyi, tiba-tiba, masuk satu mesej. Mesejnya seperti dibawah:

"Rugi x faham bahasa inggeris sbb x fhm org ckp

Lagi rugi x fham bhasa arab sbb x fham tuhan manusia berfirman...

Huhu"

Tersentak beb!

Sama-sama kita usaha dan berubah. Sentak, sentak juga. Tapi kalau tak ada perubahan dalam kehidupan kita, tak guna juga.

Teringat pesan ustaz Zahazan Mohamed dalam perkampungan sunnah siri 2, hari pertama. dalam kuliah subuhnya. Tema perkampungan sunnah kali itu ialah Al Quran sebagai khazanah ilmu. Jadi, hadirin yang hadir memang didedahkan dengan bagaimana Al Quran itu mampu menjadi kesan kepada kehidupan manusia:

"Kita, 'speaking' melebihi orang putih, dirumah pun speaking. Tapi, apabila suruh cakap arab, merangkak-rangkak. Ada yang tak mampu. Malah, ada yang tak faham apabila membacanya"

Sekali lagi tersentak. Kita dah belajar bahasa arab bertahun-tahun. Tapi, kita masih tak mampu cakap arab. Kita baca Al Quran berkali-kali. Tapi, kita tak pernah faham apa mesej yang dibawa Al Quran. Sedangkan, Al Quram itu datang untuk menjadi petunjuk kepada manusia. Mana mungkin Al Quran akan menjadi petunjuk kepada manusia sekiranya ia tidak mampu difahami kita.

Al Quran, harus menjadi sampai ketahap sebuah novel. Bukan saya nak samakan Al Quran dengan novel. Tapi, cara kita tersentuk apabila membaca novel. ramai orang yang mampu menangis apabila membaca novel. Tapi, tak ramai dikalangan kita yang mampu menangis apabila membaca Al Quran disebabkan peringatan-peringatan dan amaran keras dalam Al Quran. Kita mampu mengambil pengajaran daripada sebuah novel. Namun, kita agak sukar untuk menjadikan Al Quran itu mengajaran kepada hidup kita.

Kerana, kita masih tak mampu membacanya sebagai sebuah kitab petunjuk kepada manusia. Kitab yang mampu membezakan haq dan batil. Benar dan salah. Kita yang menjadi inpirasi kepada kita.

Bro Kamruddin berpesan:

"Al Quran dan agamalah yang membuatkan diri saya sangat bermotivasi. Dulu, waktu dizaman kristian, saya hanyalah seorang yang biasa-biasa. Namun, Al Quran mempunyai banyak motivasi di dalamnya."

Inilah manusia yang telah memandang Al Quran sebagai sebuah kitab petunjuk. Buka hanya sebuat kitab yang boleh dibuat taranum. Bukan hanya sebuah kita yang ayatnya digantung dirumah sebagai perhiasan. Kerana, dia membaca Al Quran dengan memahaminya.

Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan abi. Suatu hari, abi cuba mengubat orang yang sedang terkena gangguan jin. Dalam sesi dialog bersama jin. Abi berkata kepada khalayak ramai yang menyaksikan dialog itu.

"Gantungan itu untuk apa?"

Abi bertanya kepada khalayak ramai.

Jari telunjuk abi menunjuk kearah sebuah gantungan frim yang tertulis padanya ayat kursi. Gantungan itu digantung betul-betul berada diatas pintu masuk rumah.

Macam-macam, jawapan mereka.

Antara jawapannya ialah,

"Nak bagi jin tak masuk ustaz."

"Oh, nak bagi jin tak masuk, tapi sekarang saya tengah berdialog dengan jin di dalam rumah ini."

Jawap abi spotan.

"Adakah  gantungan itu mampu menghalang daripada jin masuk kedalam rumah ini? Sedangkan saya tengah berdialog dengan jin sekarang didalam rumah ini"

"Jadi, turunkan gantungan itu."

Bagi saya, ini sebenarnya soal aqidah. Kepada siapa kita begantung sebenarnya. Tak heran, kalau ada masyarakat kita menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal pelindung. Kenapa jadi begini? Kerana, ramai kita yang tidak memandang Al Quran sebagai sebuah mukjizat apabila mesej didalamnya difahami. Malah, ada sebahagian kita menganggap, cukup Al Quran itu akan menjadi hikmat apabila ia dibaca. Mesej tauhid dalam Al Quran harus dihayati, diamalkan dan disebarkan dalam kehidupan manusia. Barulah, Al Quran menjadi mukjizat dan petunjuk.

Banyak kisah-kisah yang abi cerita. Ada ustaz, 3 4 orang keletihan membaca ayat Al Quran kepada seorang yang kerasukan jin 'berpangkat tinggi'. Namun, bacaan Al Quran itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pesakit. Kerana mereka baca sekadar baca. Ia tidak menjadi doa dan tawakal yang tertinggi kepada Allah. Inilah sebenarnya tauhid.

Al Quran mampu mengubah manusia kerana ia menjadi sebuah kitab yang difahami. Datangnya Al Quran kepada kita untuk difahami mesejnya. Barulah Al Quran itu petunjuk kepada manusia. Barulah Al Quran itu mukjizat kepada manusia sehingga hari qiamat.

Belajarlah bahasa arab dengan cara yang paling tepat. Hingga, kita mampu memahaminya dengan cara mendengar percakapan, membaca tulisan tanpa baris, dan menulis secara lancar. Hingga sebati! Hingga, ia difahami seakan-akan kita memahami bahasa asal kita.

Entri ini sedang mengalami penambahbaikan. Komen dan cadangan amatlah dialu-alukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...