Sunday 29 December 2013

HADIS DOA SEORANG MUSLIM TERHADAP SAHABATNYA

Doa seseorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah doa yang mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut mengatakan, “Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.”.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)

SUBHANALLAH!!!

selamat kembali ke sekolah adik-adik IN-TICS NOVEXCO 1317 sbpikp

Assalamualikum adik2 abang yang abg kasihi sekalian...
macam mana?best cuti?abg harap adik2 mendapat banyak pengalaman baru cuti ni

sedar tak sedar dah nak bukak sekolah dah,

jadi kat sini abg nak pesanlah beberapa perkara,maklumlah,insyaAllah tahun depan dah tak nampak muka Abang...muka orang lain pulak yang akan jaga adik2...

seperti yang adik2 sedia maklum insyaAllah taun depan adik2 akan dipanggil abang,
kerana dapat adik2 form 1

jadi,pesanan Abg,jadilah abng2 dan kakak2 yang tunjukkan akhlak yang baik kepada Adik-adik baru...ajar mereka tentang agama,ajar mereka berakhlak dengan akhlak nabi...tegur mereka sekiranya mereka ada melakukan salah dan silap

dan Abang harap.adik2 semua jaga diri baik2 dan tidak terpengaruh dengan akhlak2 dan contoh2 buruk yg ditiunjukkan oleh Abang2 dan kakak senior,,,tiru apa yang baik yang yang mereka lakukan...jangan tiru apa-apa yang tidak baik yang di tunjukkan oleh orang lain dan jadikan pengajaran

abang nak perangai baik adik2 yang adik2 tunjukkan kepada abang sewaktu abang duduk dengan adik2 dulu berkekekalan sampai bila2,,sampai adik2 tingkatan 5...abang nak adik2 buang segala sikap buruk yang pernah adik2 tunjukkan kepada Abang ...

akhir kata,abg harap adik2 menjadi Abg yang baik,yang tunjukkan contoh yang baik kepada adik2 junior nanti

sekian terima kasih


khas untuk adik adik IN-TICS NOVEXCO 1317 SBPIKP yang abang sayangi kerana Allah jadilah kalian 
hamba-hambaAllah yang berjasa kepada agama,seperti berjasanya para sahabat terdahulu,
ikhlaskan diri dalamberjasa,ingat,sesiapa yang membantu agama Allah,Allah akan meredhoinya 
dan mengurniakan syurga atas pengorbanannya dalam menegakkan Agama Allah,
memastikam seluruh manusia di dunia mengamalkan apa yang Allah redho,insyaAllah,
Allah bersama kalian.



Thursday 19 December 2013

Lafaz Selawat Yang SAHIH.


Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].
 
credit to: Sham Kamikaze

Khairan di hati...

16/12/2013,isnin,Universiti Malaya
antara kenangan di UM,bintang nasyid mukmin kebangsaan 2013

hari itu merupakan hari yang bermakna buat saya.ia merupakan hari terakhir saya bergelar ahli nasyid khairan,secara rasminya la.kan dah keluar sekolah...tapi,satu perkara perlu diingat oleh semua ahli nasyid khairan ialah...satu perkara yang Ustazah Jailah akan cakap kepada semua Ahli nasyid khairan...

"sekiranya kamu menjadi ahli khairan,kamu ialah ahli khairan selama-lamanya"

sangat memdalam sebenarnya kata-kata tu.bagi saya,saya sangat terkesan dengan kata-kata ustazah tu,,walaupun ia hanya di ulang oleh ustazah beberapa kali sepanjang saya menjadi ahli khairan,,,namun kesanya sangat memdalam.

ia memupuk dalam diri saya,untuk istiqamah dalam dakwah...

hari ini,merupakan jasa terakhir saya kepada SBPIKP terutama dalam bidang nasyid...alhamdulillah,tahun ini,kami,ahli khairan memperoleh rezeki untuk mara keperingkat kebangsaan dalam pertandingan bintang nasyid mukmin,,,kalau macam tahun lepas,2012,kami memdapat tempat kedua dalam peringkat negeri,jadi kami tidak mejadi wakil kedah pada tahun lepas.

tahun ini,Allah beri peluang kepada kami untuk ambil pengalaman di pertandingan bintang nasyid mukmin peringkat kebangsaan.sungguh,banyak pengalaman baru yang saya perolehi dripada peluang yang Allah bagi ni,walaupun kami tidak memdapat tempat dalam pertandingan kali ini

saya ingin mengucapkan seinfiiti ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sokong kepada khairan sehingga khairan kini boleh dikatakan memperoleh kejayaan dalam perjalanannya memjayakan misi dan visinya.

saya juga ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Rafae,Ustaz Fitri,kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya..bagi saya,sepanjang saya di dalam khairan,bukan ilmu nasyid sahaja yang ustaz ajar kepada kami,malah,ustaz-ustaz juga turuk mengajar ilmu akhlak,hubungan dengan Allah dan manusia...dan bagaimana memperoleh redho Allah dalam hidup.insyaAllah,saya akan cuba sedaya upaya untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan kepada saya.

kepada ustazah Jailah dan cikgu Zahrul,terima kasih kerana menjaga kami,halalkan makan minum kami,terima kasih kerana sanggup melayan karenah kami yang buas-buas ni,maafkan segala kesalahan kami...

semoga Allah membalas jasa kalian murabbi-murabbiku semua,dengan kebaikan dan syurga,,,terima kasih atas segalanya...

kepada sahabat-sahabat khairan sekalian,kalian ialah sahabat yan terbaik yang pernah saya jumpa,semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke syurga insyaAllah...semoga Allah sentiasa memelihara kita dan sentiasa memletakkan kita sentiasa berada dibawah naungan rahmat,taufiq dan hidayahnya dan menjadikan kita antara orang-orang yang di kasihinya,ornag-orang soleh,dan ahli syurga

kenangan kita bersama tak akan aku lupakan...

kepada semua yang memberi sokongan,terutamanya warga SBPIKP,dan yang yang tak akan saya lupakan sokongan kalian,COSIS:XTROVIA...kalian sahabat terbaik dalam dunia ini yang pernah aku jumpa...

terimalah bingkisan terakhir dari khairan 2013

antara kenangan di UM,bintang nasyid mukmin kebangsaan 2013





 kenangan kenangan-kenangan lain bersama khairan...













Wednesday 18 December 2013

10 sahabat Rasulullah yang dijamin syurga



10 SAHABAT ROSULULLAH YANG DIJAMIN MASUK SURGA

Nabi Muhammad menyatakan dalam hadits,
“Abu Bakar di surga, ‘Umar di surga, ‘Utsman di surga, ‘Ali di surga, Thalhah di surga, Az Zubair di surga, Sa’d di surga, Sa’id di surga, Abdurrahman bin ‘Auf di surga, Abu Ubaidah bin Al Jarrah di surga.” (HR at Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh Albani).

Setiap dari kita pasti ingin masuk surga. Namun, tidaklah mudah untuk meraihnya. Tidak cukup hanya mengaku sebagai muslim, butuh ketaatan dan pengorbanan.

Lihatlah bagaimana sikap itu ditunjukan oleh para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Tidak hanya harta, jiwa dan raga pun rela mereka persembahkan untuk kejayaan islam.

.
Dari sekian banyak sahabat Nabi, ada sepuluh sahabat yang memperoleh jaminan surga.

1● Abu Bakar Ash-Shiddiq

Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu’anhu adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi.
Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ).

Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ).
Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2● ‘Umar bin Khattab

‘Umar bin Khattab Radhiyallahu’anhu adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.

‘Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.

Saat ‘Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukan dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.

3● ‘Ustman bin Affan

‘Ustman bin Affan Radhiyallahu’anhu adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an.

‘Ustman bin Affan masuk islam lewat ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelar Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.

‘Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berkecamuk perang Tabuk, ‘Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. ‘Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4● ‘Ali bin Abi Thalib

‘Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu’anhu dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak.

Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, ‘Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.

‘Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menjabat selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.

5● Thalhah bin bin Abdullah

Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Termasuk satu dari delapan orang yang paling awal masuk Islam.

Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M saat usianya 64 tahun. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal.

6● Zubeir bin Awwam

Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya saat itu baru berumur 15 tahun.

Pembelaannya terhadap islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah absen dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Ia selalu berada di garda depan saat jihad di kumandangkan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan. Ia sangat dicintai Rasulullah.

Saat terjadi perseteruan di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, ia wafat pada tahun 36H atau 656M.

7● Sa’ad bin Abi Waqqas

Sa’ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika ia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan ia ikuti.

Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa’ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa’ad. Ia tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.

Saat periode khalifah Umar bin Khatab, Sa’ad diangkat sebagai gubernur mileter di Iraq yang bertugas mengatur pemerintahan dan sebagai panglima tentara.
Sa’ad wafat pada usia 82 tahun (55H atau 676M). Ia di makamkan di tanah Baqi’. Beliau meninggal di kediamannya di daerah “Aqiq jaraknya 10 mil dari Madinah.

8● Sa’id bin Zaid

Sa’id adalah di antara sahabat yang beruntung. Termasuk orang-orang yang pertama masuk Islam. Dia masuk islam bersama-sama istrinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan ‘Umar bin Khattab. Sa’id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada islam. Ketika memeluk islam usianya belum genap 20 tahun.

Sa’id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ia juga turut bersama kaum muslimin mencabut singgasana Kisra Persia. Sa’id pernah diperintahkan Rasulullah memata-matai aktivitas musuh.
Ia wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi’ Madinah.

9● ‘Abdurrahman bin ‘Auf

‘Abdurrahman bin ‘Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Ia termasuk diantara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah yang didapatkan dengan perniagaan.

Kesuksesannya tidak membuat ia lupa diri, ia selalu menafkahkan hartanya dijalan Allah. Bahkan saat ia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta ia sumbangkan untuk perjuangan Islam.Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Ia wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi’

10● Abu ‘Ubaidah bin Jarrah

Termasuk orang-orang yang pertama masuk Islam. Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu ‘Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu ‘Ubaidah,” begitu kata Rasulullah. Abu ‘Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.

Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan.

Meninggal di kota Urdun karena terkena wabah thha’un /’amwas (kolera). Ia wafat pada tahun 18H atau 639M pada usia 58 tahun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...