Saturday 2 July 2016

Sandar Kepada nabi


Nasihat ini, atas dasar cinta dan sayang kepada Allah, dan kasih dan mahabbah kepada Rasulullah. Amma ba'.

Jenayah yang besar dalam agama ialah apabila kita dengan mudah menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah. contohnya, kenyataan dibawah ini:


Malam pertama Ramadhan dinamakan oleh baginda Rasulullah ﷺ “Malam Allah memandang hamba-Nya”. Maka sesiapa yang dipandang oleh Allah ﷻ, maka tiadalah dia akan celaka. Dan perkara ini berulang setiap kali datang Ramadhan. Dan oleh itu perlu bersedia sebelum datang malam pertama bulan Ramadhan. Bagaimana nak bersedia untuk mendapatkan pandangan Allah ﷻ dengan zahir dan batin. Secara zahir adalah dengan mandi dan pakai pakaian yang baik. Secara batin ialah dengan hati yang bersih, tanpa rasa marah, atau penyakit hati yang lain. Kita akan menyambut Ramadhan dengan pakaian yang baik, dan hati yang bersih demi mendapatkan pandangan Allah ﷻ. -Habib Kadzim As Saqqaf


Apabila kita menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah, ini bermakna, Rasulullah yang mengungkapkan dan melakukan perkara tersebut. Oleh itu, ungkapan tersebu dikira sebagai hadis nabi.

Tak kiralah siapa pun yang mengungkapkannya, hatta para habaib, setiap apa yang disandarkan kepada Rasul perlu ada sahabat yang meriwayatkannya dan dinilai oleh ulama hadis. Saya mohon jasa baik

sesiapa yang membaca entri ini, datangkan siapa sahabat yang meriwayatkan hadis ini, dan ulama hadis hadis mana yang menilai hadis ini? adakah muslim, atau bukhari? atau nasai? atas senbagainya.

sekiranya tiada, maka, hadis ini ialah hadis palsu, maka, orang yang menyebarkannya telah lah berdusta atas nama nabi. Andai tidak sengaja, kita dimaafkan. Andai sengaja, hanya Allah yang menilainya. saya berlepas diri daripada indakan menyebarkan hadis palsu.

saya ingin pesan kepada semua, perlu berhati-hati dengan apa yang disandarkan kepada nabi. Jangan asa habib saja, kita sebarkan. saya bukan ingin mmpertikai habib atau para ulama, tetapi, kalau kita sembarangan menyandarkan sesuatu kepada nabi, itu merupakan satu jenayah dalam agama. mungkin juga bukan salah habib, tetatpi, salah orang yang berdusta atas nama habib.

Apa yang penting, jangan asal ungkapa para sufi saja, kita ingin sebar, asal ungkapan para habib saja, kita sebar, nak sebar tidak ada masalah, tapi pastikan ia benar daripada ulama itu, kalau tntang nabi, pastikan ia benar dari nabi. kadang, imam Ghazali tidak pernah kata apa yang diungkapkan ramai orang. Habib Kadzim As Segaf tidakkan pun menyandarkan kepada nabi seperti yang demikian.

jangan sembarang sebar apa saya yang kelihatan baik. pastikan kesahihannya. apatah lagi, perkara yang disandarkan kepada nabi, kenapa? bacalah sendiri muqaddimah sahih bukhari dan muslim. saya sayang kalian, saya cinta kalian kerana Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...