Tuesday 17 November 2015

Apabila perasan 'kecewa dan sedih' itu datang lagi

Rasa cinta itu, ada turun naiknya. Ada datang dan perginya. Begitu juga perasaan kecewa dan putus cinta. Apabila perasaan itu 'naik', maka, cepat-cepatlah bendung. Bendung? Bagaimana? Adakah perlu menghilangkannya serta merta? Tidak! Mustahil kita dapat lakukan demikian. Maksudnya, pastikan kita dalam keadaan rasional. Pastikan itu! Rasional yang bagaimana? Pastikan kita tidak dikawal oleh perasaan sendiri. Pastikan kita tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Kerana, seperti mana yang kita tahu, perasaan cinta itu mampu membuatkan kita tidak rasional. Sebab itu tidak heranlah kalau ada orang yang sanggup bunuh diri apabila dia putus cinta.
Disaat kita tahu dia mencintai orang lain
Disaat kita tahu orang yang kita cinta mencintai orang lain, maka perasaan kecewa yang tak terhingga akan mula menerpa dan menghantui kita. Badan kita terasa lemah dan longlai. Terasa dunia ini tidak ada makna lagi.
Cukuplah kita mendengar orang lain beritahu, atau pengakuannya sendiri. Walaupun berita itu belum pasti, ia tetap mengundang kecewa. Kita kecewa dan sedih apabila kita tahu orang yang kita cinta, mencintai orang lain. Dia tidak mencintai kita, langsung tidak. Kerana dia mengaku bahawa dia mencintai orang lain.
Apabila perasaan kecewa itu datang, kebanyakkan kita akan menghabiskan masa kita dengan memikirkan nasib kita yang bertepuk sebelah tangan, memikirkan cintanya yang bukan kepada kita tetapi kepada orang lain dan termenung jauh dengan memikirkan nasib diri kerana cinta ditolak secara jelas atau tidak.
Ada juga yang melolong sedirian menyanyikan lagu-lagu putus cinta yang ada dipasaran. Lagu-lagi ini dinyanyikan berulang-ulang kali atau dipasang untuk memujuk hati yang kecewa dan sedih kerana didalam hati si dia ada orang lain dan bukan ada kita, si dia memilih orang lain untuk berada dihatinya dan tidak langsung ada perasaan cinta kepada kita.
Antara lagu yang bagus untuk dinyanyikam ialah lagu Papinka, masih mencintainya. (Harap skip daripada membaca lirik ini sekiranya ia mampu menganggu perasaan anda).
Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku
Namun Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Namun Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Papinka, masih mencintainya.
Tak kurang juga ada yang jadi lemah semangat dan lemah untuk hidup. Perangai jadi pelik. Bersendirian secara tiba-tiba dan terbaring lama. Mulutnya dan fikirannya tak henti-henti salahkan taqdir dan salahkan tuhan, secara sungguh-sungguh atau tidak, secara jelas atau berlapik, secara sengaja atau sebaliknya. Hal ini berlaku kepada sahabat saya. Malah, dia digelar 'ustaz' oleh kawan-kawannya.
Sekiranya ada kekuatan
Sekiranya ada kekuatan, tulislah pengalaman kita itu. Hal ini kerana, mungkin ia akan menjadi persiapan mental dan emosi kepada orang yang akan menghadapi perasaan yang sama. Dan selalunya, disaat kita kecewa, idea penulisan kita lebih menyentuh hati pembaca. Sampai kadang, kita tidak sangka kita yang menulis karya tersebut sekiranya kita membacanya semua dimasa akan datang.
Ada orang kata, cinta dan kecewa ini perasaan yang mampu mengubah kehidupan kita. Perasaan ini akan menghasikan energy atau tenaga luar biasa kepada kita. Jadi, terserah kepada kita, adakah menjadikan cinta dan tenaga positif atau negatif.
Atas kita, adakah kita mampu mengawalnya dan menjadikan energy itu memberi kesan baik atau kesan buruk kepada kita.Kalau kita positif, kita akan menyalurkan perasaan kecewa kita itu dengan cara yang benar. Sehinggalah perasaan itu reda.
Namun, andai kita bertindak dengan cara yang tidak rasional, kita telah menjadikan kecewa dan cinta satu perkara yang buruk dan negatif.
Apabila perasaan itu datang, ia adalah peluang. Peluang keemasan! Adakah kita mampu mengawal peluang itu membawa impak yang baik atau buruk. Kekuatan itu datang hanya kadang-kadang. Yalah, namanya pun peluang keemasan. Seboleh-bolehnya, jangan kita sia-siakan tenaga atau kekuatan itu. Rugi kalau kita sia-siakannya. Ambil peluang untuk menulis pengalaman kita dan apa perasaan kita.
Sudah ada dipasaran yang menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan perasaan kecewa itu. Dan bagi saya, ia amat berguna sedikit sebanyak. Baru kita tahu, ia juga dialami oleh orang lain, dan kisahnya pelbagai dan rumit. Ada yang mampu menceritakan hingga apa perasaannya disaat melihat majlis pernikahan si dia. Bagaimana dia bangkit semula daripada kekecewaan itu sedikit demi sedikit. Bagaimana apabila perasaan itu datang semula.
Semua ini mampu menggambarkan sedikit sebanyak segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Rentetan daripada itu, kita mempunyai sedikit persiapan mental dan emosi untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Perasaan itu reda
Apabila perasaan itu turun, maka, buatlah kerja-kerja harian kita seperti biasa. Bersyukurlah kepada Allah kerana perasaan itu tidak menyebabkan kita terhalang melakukan kerja harian kita.
Dan kita perlu tahu, perasaan itu akan datang semula bila-bila masa. Ia boleh datang apabila kita melihat benda-benda yang mempunyai kenangan terhadap kekecewaan kita itu.
Mungkin juga melalui mulut orang lain. Atau, ia memang datang secara tiba-tiba. Jadi, apabila perasaan itu datang semula, maka, kuatkanlah diri untuk menghadapinya. Terus-menerus berdoa kepada Allah.
Generasi salafussholeh
Kita boleh beranggapan bahawa, generasi salafussholeh tidak terlalu sibuk dengan perasaan kecewa dan cinta yang melibatkan manusia seperti ini. Hal ini kerana, hidup mereka telah menghasilkan pelbagai karya agung yang menjadi rujukan manusia kemudian. Imam Nawawi hingga tidak menikah sehingga keakhir hayatnya disebabkan mungkin terlalu sibuk dengan ilmu.
Masa hidupnya telah digunakan seoptimum mungkim dengan ilmu. Andai kata, perasaan-perasaan ini menyinggah, sudah tentu ia akan memberi kesan dalam kehidupannya.
Namun, yang menariknya, ada juga karya-karya orang alim tentang cinta dan kecewa yang karya tersebut seakan-akan menceritakan tetang pengalamannya. Sebagai contoh, Imam Ibnu Qayyim ada menulis buku tentang cinta yang buku ini sangat bagus dijadikan panduan buat remaja yang mula tumbuh bibit-bibit cinta dalam jantung hatinya. Ada juga kitab-kitab lain yang mencerikan tentang pengalaman hidup dan kisah-kisah cinta yang wajar kita baca.
Jadi, inilah ujian kita. Kita diuji dengan cinta dan kecewa, maka kuatkan diri untuk menempuhi ujian tersebut. Tanam dalam diri untuk mengikuti jejak langkah mereka. Supaya mungkin, perasaan yang pelik-pelik akan kurang menyinggah dalam jiwa kita.
Namun, kita tetap perlu ingat, perasaan itu mampu menyinggah dalam minda kita bila-bila masa.apabila ia menyinggah, sibukkan diri dengan banyakkan berzikir, beristighfar dan mengadu kepada Allah. Banyakkan membaca Al-Quran semoga ia menjadi sumber ketenangan dan kekuatan kepada kita dalam menghadapi perasaan tersebut. Kalau kita tidak kuat untuk membacanya, siapkan satu mp3 dalam smartphone kita untuk kita pasang apabila perasaan itu menyinggah lagi.
Banyakkan bergantung kepada Allah dan mohon perlindungan daripadaNya daripada kejahatan syaitan yang sentiasa menyuburkan perasaan yang tidak baik yang mampu merosakkan manusia. Mohon kekuatan kepada Allah.
Kuatlah apabila perasaan iti datang lagi.

Monday 16 November 2015

Pesanan Imam Syafie kepada yang melazimi mazhabnya

al-Imam al-Syafii pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H):

Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?”

Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Juga al-Imam al-Syafii:
“Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Katanya lagi:
“Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannyakerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin,2/263).

Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin,2/266).

Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatuhadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Dipetik dari: https://mbasic.facebook.com/DrMAZA/photos/a.407105017989.205042.279290772989/10150446941387990/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C3723543369

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...