Saturday 21 July 2012

bulan Ramadhon bulan tarbiyyah





Bismillah…
Alhamdulillah,hari ini hari pertama aku berada dibulan ramadhon tahun 1433 hijrah bersamaan tahun masihi 2012,seperti orang islam yang lain,aku berasa sangat bersyukur kerana allah memberi peluang kepadaku untuk berada dibulan yang mulia ini buat kesekian kalinya.allah masih memanjangkan umurku.selain itu,merasakan nikmatnya melakukan qiam ramadhon,mendengar tazkirah tentang bulan ramadhon.masih segar diingatanku tazkirah ramadhon yang disampaikan malam tadi,selepas selesai menunaikan solat tarawih.tazkirah tersebut menceritakan ibadah puasa merupakan ibadah yang memerlukan pengorbanan,ibadah yang melibatkan semua panca indera kita.

kemudian ustaz tersebut mengaitkan proses tarbiyyah yang terbentuk dalam bulan ramadhon dengan persiapan kita untuk menepuh fitnah akhir zaman,dan fitnah dajjal.ketaqwaan yang tinggi sahajalah perisai yang paling ampuh untuk menangkis fitnah- fitnah akhir zaman,dan bulan ramadhon merupakan bulan yang boleh dijadikan medan untuk membentuk perisai tersebut.

Ya,itulah bulan ramadhon,bulan tarbiyyah,bulan rahmat,bulan yang di dalamnya dipenuhi kebaikan,aku ada terjumpa satu kata-kata yang berbunyi  “bulan ramadhon umpama bulan yang dihujani dengan pahala dan ganjaran,terpulang kepada kita untuk mecedok pahala tersebut atau membiarkan saja ia mengalir”.ya,bulan ramadhon ialah bulan peluang,peluang untuk mendapatkan kasih sayang allah,peluang untuk memperoleh keampunan,peluang untuk ditunaikan segala hajat,,,dan yang paling penting bulan yang memberi peluang kepada kita untuk mendidik diri menjadi hamba yang bertaqwa.

Jadi saya mengajak semua muslimin muslimat marilah kita jadikan bulan ramadhon ini sebagai medan untuk menjadikan diri kita hamba yang bertaqwa yang melakukan apa yang diperitahkan allah dan meninggalkan segala tegahannya,manfaatkan kelebihan yang dikurniakan allah kepada kita,jadilah hamba yang bersyukur,jadikan bulan ramadhon sebagai bulan untuk mendidik nafsu dan bulan untuk meningkatkan iman kita.semoga kita termasuk dalam golongan yang memasuki syurga melalui pintu ar- rayyan,amin
Waallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...