Saturday 4 April 2015

Proaktif dalam Mendidik

Kalau dulu, belasan tahun dulu, internet dianggap sebagai medan untuk mengeratkan hubungan sesame manusia yang berjauhan. Banyak kes-kes ‘jejak kasih’yang berlaku disiarkan di dada-dada akhbar tentang pertemuan semula dua sahabat atau saudara yang telah berpisan hampir puluhan tahun selepas beberapa tahun daripada tarikh facebook dilancarkan. Hal ini turut berlaku kepada saya. Beberapa orang kawan tadika saya dan kawan sekolah rendah saya telah menegur saya di facebook. Itulah media sosial dan internet. Ia mampu menghubungkan yang jauh menjadi dekat.
Namun, situasi telah berubah sekarang. Ramai berbicara pula tentang keburukan laman sosial. Sehinggakan, pelbagai penyakit baru yang mula diperkatakan yang disebabkan oleh fenomena ini. Saya amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan pada jumaat minggu ini. Banyak isi-isi penting yang saya peroleh. Kalau dulu, ibu ayah harus memastikan anak mereka tidak keluar lumah tanpa izin disebabkan, dengan keluar rumah, anak-anak mampu bertemu dengan rakan-rakan mereka tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan anak-anak mampu terlibat dengan gejala negatif dan rakan-rakan semengnya mampu mempengaruhi sikap dan pemikiran anak-anak.

Namun sekarang, ibu bapa perlu sedar. Media sosial dan dasar langit terbuka telah membolehkan anak-anak menjelajah kedunia luar tanpa keluar rumah. Jadi, ini bermaksud, ibju bapa juga perlu mengawal pergerakan anak-anak dimedia sosial dan alam maya. Cara mengawalnya terserah kepada ibu bapa kerana ibu bapa lebih tahu apakah cara yang paling sesuai untuk anak-anak.

Jadi, apa yang ingin saya cuba sampaikan ialah, cabaran mendidik anak dan diri sendiri pada masa kini perlu diberi perhatian penting. Kalau sekarang, kebanyakan ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam akedemik, mereka juga harus mula sedar, anak mereka juga perlu mempunyai akhlak yang baik kerana hal ini melibatkan emosi dan sikologi manusia. Manusia mampu berjaya dengan akedemik walaupun tidak mempunyai akhlak yang baik. Ketahuilah, itu menunjukkan manusia itu terlalu sombong seakan-akan dia tahun segalanya. Mungkin juga dia kurang pengetahuan tentang sejarah terdahulu, bagaimana peranan akhlak manusia terhadap pembangunan dunia dan ketamadunan sesebuah empayar. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...