Thursday 19 February 2015

Hakikat Syurga dan Neraka, Kemana Kita Pergi?

kurangnya majlis ilmu yang mengingatkan kita tentang Azabnya neraka membuatkan kita lupa tentang tempat pembalasan tersebut.

Tak Kisah Masuk sekejap di Neraka?

ada sebahagian kita selalu kata "kita ini orang muslim, maksiat banyak manapun, akan masuk syurga juga, tak apalah, masuk neraka sekejap, nanti masuk syurga juga", sungguh, kita sebenarnya telah ditipu oleh syaitan, atau mungkin kita kurang pendedahan tentang berapa dasyatnya syaitan. ada orang kata, diakhirat kelak, kita hanya ada dua pilihan sahaja. bagiku, kita sebenarnya tidak ada dua pilihan. kita hanya ada satu pilihan, iaitu memilih syurga sebagai tempat kita hidup. kerana, neraka itu luar biasa azabnya. ia mampu melupakan kita terhadap kenikmatan dunia yang kita rasai bertahun-tahun lamanya,

sebuah hadis rasul yang harus kita renungi: dari Anas bin Malik, dia berkata;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Pada hari kiamat nanti akan didatangkan penduduk neraka yang ketika di dunia adalah orang yang paling merasakan kesenangan di sana.

Kemudian dia dicelupkan di dalam neraka sekali celupan, lantas ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan sebelum ini?’.

Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku!’.

 Dan didatangkan pula seorang penduduk surga yang ketika di dunia merupakan orang yang paling merasakan kesusahan di sana kemudian dia dicelupkan ke dalam surga satu kali celupan. Lalu ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan sebelum ini?

Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sebelum ini?’.

Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku, aku belum pernah merasakan kesusahan barang sedikit pun. Dan aku juga tidak pernah melihat kesulitan sama sekali.’.”

(HR. Muslim dalam Kitab Shifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Naar)

Azab dan Ngerinya Neraka


kalau didunia, kita geli melihat nanah, meskipun nanah itu nanah kita sendiri, kerana ia sangat busuk dan menjijikkan. namun di neraka kelak, nanah seperti itu, malah lebih busuk daripada itu yang bakal diminum oleh ahli neraka! nauzubillahi min zalik.

kalau kita terasa panas dengan api yang menjulang membakar daun-daun dan ranting-ranting kering halaman rumah kita, kita tak akan sama sekali memasukkan tangan kita kedalam api itu kerana orang tidak waras pun tidak melakukan demikian, maka, api neraka itu jauh lebih panas berganda-ganda. nauzubillahi min zalik. oleh itu, kita tiada pilihan sebenarnya. kita kena memilih syurga, tiada pilihan lain. neraka itu sangat menakutkan. sangat mengerikan. sangat menjijikkan. masuk kedalam neraka merupakan satu kegagalan dalam kehidupan seorang manusia sebenarnya.

oleh itu, apa yang harus kita lakukan? bagaimana kita ingin masuk ke syurga? adakah kita jamin akan masuk kesyurga selepas kita mati kelak? mengapa kita seperti sudah yakin bahawa kita tidak akan masuk ke neraka? adakah kita akan membiarkan orang yang kita sayang menjadi penghuni neraka? persoalan-persoalan itu perlu mula ditanya kepada diri kita seandainya kita belum bertanya.

Harus Mula Sedar

kita harus sedar satu perkara, kehidupan didunia ini bukanlah kehidupan kita yang boleh buat menurut apa yang kita suka. setiap apa yang kita lakukan ada batasnya. dan batas-batas tersebut telah diberikan oleh tuhan, pencipta kita. ia telah diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. ia perlu dipelajari. kerana ia akan menjamin kehidupan kita yang mendamaikan, didunia, mahupun dalam kehidupan selepas mati.

banyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah atas segala maksiat, keaiban, dan kesalahan yang telah kita lakukan. orang yang mulia disisi Allah ialah orang yang apabila dia melalukan dosa, dia memohon keampunan kepada Allah, walaupun dia tidak sengaja berulangkali melakukan dosa yang sama.

wallahu alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...