Sunday 1 January 2017

WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

*WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH*

*Slot Penawar Hati: Edisi 7*

Mungkin sebagian kita belum mengetahui bahawa waktu antara azan dan iqomah adalah waktu utama terkabulnya do’a. Sehingga disebabkan ketidaktahuan ini, ramai yang disibukkan dengan hal lain yang tidak berfaedah walaupun azan baru sahaja dilaungkan. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan bahawa waktu tersebut adalah antara waktu terkabulnya do’a (waktu ijabah).

Oleh kerana itu, sudah sepatutnya setiap orang memberi perhatian kepada waktu tersebut dan memanfaatkannya untuk banyak bermunajat dan memohon pada Allah yang Maha Mendengar setiap do’a.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الدُّعَاءَ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ فَادْعُوا

“Sesungguhnya do’a yang tidak tertolak adalah do’a antara adzan dan iqomah, maka berdo’alah (kala itu).” 

(HR. Ahmad 3/155. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Waktu antara azan dan iqomah adalah waktu yang barokah (penuh kebaikan) yang sudah sepatutnya seorang muslim menyibukkan diri untuk banyak berdo’a saat itu.

Kita lihat contoh dari ulama besar Saudi Arabia (pernah menjawat sebagai ahli Fatwa di Kerajaan Saudi Arabia), Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah yang benar-benar menjaga amalan yang satu ini. 

Diceritakan oleh murid beliau, Sa’ad Ad Daud bahwasanya: 

 Syaikh _rahimahullah_ setelah melakukan solat sunnah dua raka’at (antara azan dan iqomah), Syaikh Sa’ad ingin mengajukan suatu pertanyaan pada beliau rahimahullah. Syaikh Ibnu Baz rahimahullah lantas menjawab,

_“Wahai Sa’ad, ingatlah bahwa do’a antara adzan dan iqomah adalah do’a yang tidak tertolak.”_

Lihatlah beliau rahimahullah lebih ingin memanfaatkan waktu tersebut daripada melakukan hal lainnya kerana menjawab pertanyaan dari Sa’ad boleh saja ditunda selesai solat. 

Lihat pula bagaimana semangat beliau _rahimahullah_ dalam mengamalkan hadits di atas.

Syaikhuna, Syaikh Sholeh Al Fauzan hafizhohullah mengatakan,

 _“Kebanyakan manusia malah meninggalkan do’a antara adzan dan iqomah. Mereka menyibukkan diri dengan tilawah Al Qur’an. Tidak ragu lagi bahawa membaca Al Qur’an adalah amalan yang mulia. Akan tetapi tilawah Al Qur’an boleh dilakukan di waktu lain. Menyibukkan diri dengan berdo’a dan berdzikir, itu lebih afdhol (lebih utama). Kerana do’a yang dituntunkan pada waktu tertentu tentu lebih utama dari do’a yang dipanjatkan di tempat lain.”_

Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni _hafizhohullah_ mengatakan,

_“Namun dituntunkan jika boleh menggabungkan antara berdo’a dan membaca Al Qur’an kala itu. Alhamdulillah jika keduanya boleh dilakukan sekaligus.”_

Setelah kita mengetahui hal ini, manfaatkanlah waktu tersebut untuk memanjatkan do’a. Moga Allah memperkenankan setiap do’a-do’a kita.

Beri tumpuan pada waktu itu untuk berdoa sebanyaknya dan doa setulusnya.


*Tazkiyatunnafs edisi 7*
*1 Januari 2017*
*Unit Tarbiyah GBIQ*

DOSA, ADAKAH KITA ANGGAP BIASA?

*DOSA, ADAKAH KITA ANGGAP IA BIASA?*

*Slot Penawar Hati: Edisi 6*

Seringkali, setiap hari, kita remaja akan terjerumus kedalam dosa. Hal ini berlaku apabila kekuatan iman kita berada di tahap yang rendah. Kita akan kalah dengan bisikan syaitan dan gelora nafsu. 

Sehinggakan kadang kala, kita merasakan sesuatu dosa kecil itu ialah perkara biasa. Sedangkan, ingatkah kita akan hadis dan pesan Rasulullah: 

_“Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya seakan-akan ia duduk di sebuah gunung dan khawatir gunung tersebut akan menimpanya. Sedangkan seorang yang fajir (yang gemar maksiat), ia akan melihat dosanya seperti seekor lalat yang lewat begitu saja di hadapan batang hidungnya.”_

 (Al Bukhari dalam kitab Shahihnya no. 6308)

Oleh itu, adakah kita tidak kisah dikelaskan sebagai orang yang fajir atau fasiq? Ingatkah kita akan peringatan Allah dalam Al Quran:

_"...Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka;_

_tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka:_

_"Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu"._

(Surah As Sajdah: 20)

Ingatlah, kita ini fasiq kalau kita menganggap sesuatu dosa kecil itu perkara biasa dan benda ringan. 

Kita juga fasiq sekiranya, ada dosa yang kita telah anggap ia bukan dosa kerana kita telah selalu melakukannya. 

Kita telah mendustakan azab, sekiranya kita tahu itu dosa namun, kita tetap melakukannya kerana kita kalah dengan nafsu yang bergelora.

Jadi, apa langkah kita? Bertaubatlah dan banyakkan istghfar. Ia perlu dilakukan dengan lebih kerap. Supaya, iman kita akan meningkat dan kita menjadi kurang keinginan untuk melakukan dosa.

Tingkatkan amalan sunnah, pergiatkan majlis ilmu dan berdamping dengan orang yang mampu mendekatkan kita kepada Allah.

Hal ini kerana, kita harus bertindak dan berharap agar, pengakhir hayat kita ialah pengakhiran yang soleh dan bukan pengakhiran yang buruk dan dosa.

*Tazkiyatunnafs edisi 6*
*3 Disember 2016*
*Unit Tarbiyah GBIQ*

GELORA NAFSU SYAHWAT DAN BISIKAN SYAITAN YANG MENEWASKAN KITA

*GELORA NAFSU SYAHWAT DAN BISIKAN SYAITAN YANG MENEWASKAN KITA*

*Slot Penawar Hati: Edisi 5*

_...maka (pada hari pembalasan, berkata syaitan), janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri._ 

_Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku._

_Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya"._

_Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang sangat pedih._

(Surah Ibrahim: 22)

Ayat ini benar-benar membuatkan kita tersentak, kerana tanpa kita sedar, telah sekian lama dan beberapa kali kita tewas dengan godaan syaitan. Sedangkan diakhirat kelak, kitalah yang akan disiksa oleh segala dosa sekiranya kita tidak bertaubat.

Saban hari, syaitan menghasut kita dan hasutan syaitan itu sangatlah halus, sehingga mampu membuatkan kita melihat perkara baik itu sebagai buruk dan perkara buruk itu baik.

Maka, ramailah manusia akan terjerumus dalam dosa dengan gelora nafsu yang telah diapi-apikan oleh bisikan syaitan yang terlalu halus.

Oleh itu, kita harus sedar bahawa, hidup kita ini ialah sebuah perjuangan. Perjuang melawan godaan syaitan dan gelora nafsu kearah maksiat yang kadang kita tidak sedar, ia sedang menguasai dan menodai diri kita.

Setiap hari kita harus lancarkan perang, perang dengan musuh kita yang kadang kita lupa bahawa mereka ialah musuh. Perperangan ini penentu samada kita ternoda atau mereka yang ternoda...

_“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.”_

(QS. Fathir: 6)

Kita juga harus terus tanpa tangguh bertaubat andai kita sekali terjerumus kedalam dosa. Hal ini kerana, hanya taubat dan pengampunan dari Allah yang mampu menghapuskan dosa yang baru saja kita lakukan. Hanya taubatlah yang mampu menghindari kita daripada seksaan azab Allah yang sangat pedih di Akhirat kelak.

Hanya taubat yang diterima Allah mampu mensucikan dosa yang telah menodai kesucian diri kita.

*Tazkiyatunnafs edisi 5*
*21 November 2016*
*Unit Tarbiyah GBIQ*

Sumber : https://rumaysho.com/11549-agar-tidak-diganggu-setan-1.html

APA BILA KEKECEWAAN MELANDA

*PERTAMA, JADIKAN ALLAH TEMPAT MENGADU*

*Slot Penawar Hati: Edisi 4*

Manusia, remaja, sering dilanda kecewa, sedih, terguris dan terluka. Seringkali manusia akan kecewa dengan cinta, kecewa dengan kegagalan, putus asa dengan kehidupan yang rencam dan terguris dengan sikap manusia.

Lalu, manusia selalu memilih untuk meluahkan perasaan kepada rakannya kerana hal itu mampu mendatangkan kepuasan dalam diri.

Sebahagian orang meluahkan perasaan dan rasa hatinya kepada keluarga dan adik beradik kerana, dengan meluahkan perasaan, ia mendatangkan kepuasan.

Ada juga yang memilih media sosial seperti twitter, wechat, facebook dan instagram sebagai tempat meluahkan perasaan.

Perasaan sedih, kecewa, terguris dan terluka yang dirasai akan dikongsi. Hal ini embuatkan kita tahu ada orang yang memahami perasaan kita, ada orang yang mengetahui isi hati kita.

Kita tahu kita tidak menanggungnya sendirian. Kita tahu, ada orang yang bersimpati dengan kecemburuan, kesedihan, dan kedukaan yang kita alami.

Namun, dalam meluahkan perasaan, kita perlu ingat bahawa perkara pertama yang harus kita lakukan ialah kita mengadu segala masalah kita kepada Allah.


Lihatlah Nabi Ya’qub ‘alaihissalam ketika menghadapi kesedihan berupa kehilangan putranya, Yusuf, sehingga anak-anaknya yang lain menyangka bahawa baginda akan bertambah sakit dan sedih. Maka dengarlah jawaban Nabi Ya’qub yang perlu diteladani setiap muslim,

,قَالَ إِنَّمَا أَشْكُوْ بثّيْ وَ حُزْنِيْ إِلَى اللهِ


“Dia (Ya’qub) menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.”

(QS Yusuf: 86)

Benarlah. Jika seseorang menampakkan dan mengadukan kesedihan serta kesulitan kepada manusia, maka hal itu tidak meringankan kesedihan tersebut.

Namun apabila seseorang mengadukan kesedihan itu kepada Allah, itulah yang akan bermanfaat baginya.

Bagaimana tidak? Sedangkan Allah Ta’ala telah menjanjikan hal itu dalam sejumlah firman-Nya. Jika kita berkehendak, bacalah dan renungkanlah beberapa firman Allah ini

,وَ إِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيْبٌ أُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ“

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.”

[QS Al Baqarah: 186]

Dengan mengadu kesusahan kepada Allah, maka akan dihantar olehNya orang yang mampu menjadi pendengar yang baik dan mampu meringankan beban kita.

Mengadu masalah dan perasaan kepada orang yang kita percaya itu tidak masalah, kerana bagi kita ia mendatangkan kelegaan.

 Namun, mengadulah dahulu kepada Allah kerana Dialah tuhan yang maha menggerakkan hati manusia. Dialah tuhan yang maha berkuasa atas segalanya.

Dialah tuhan yang maha sempurna yang mampu menghilangkan segala beban kita dengan kehendakNya. Dialah tuhan yang mengatur segala pergerakan alam dan Dialah tuhan yang mencampakkan kesedihan dan kedukaan dalam hati kita.

Maka, pertama, jadikan Allah sebagai tempat mengadu segala kesusahan, kesedihan dan kedukaan kita. Itulah tanda iman kita kepada Allah, tuhan yang sentiasa memelihara makhluknya.

*Tazkiyatunnafs edisi 4*
*13 Oktober 2016*
*Unit Tarbiyah GBIQ*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...