Saturday 29 November 2014

benarkah kawan mampu mempengaruhi akhlak dan sikap seseorang?







sedih memikirkan keadaan ummah masa kini.
bagiku sekarang, sangat susah untuk mencari 'biah solehah' atau suasana yang penuh ketaatan kepada Allah, khususnya pelajar-pelajar sekolah, berdasarkan pengalamanku, ramai remaja-remaja yang pada asalnya mendapat didikan yang bagus dari ibu bapa ketika berada dirumah sewaktu dialam sekolah rendah, namun, disebabkan orang yang tidak mentaati perintah Allah lebih ramai dan dominan di sekolahnya ketika dia memasuki alam sekolah menengah, dia terpengaruh dengan kawan-kawannya.

terutamanya apabila remaja tersebut tinggal di asrama, sekolah berasrama penuh lebih dasyat. bukan apa, bayangkan seorang remaja yang dulunya mendapat didikan sepenuhnya daripada ibu bapanya dengan didikan yang baik, mindanya tidak terdedah langsung dengan gejala-gejala negatif yang diamalkan kebanyakan remaja, tiba-tiba, dia melihat gejala-gejala tersebut dihadapan matanya, hal ini akan membawa kepada kejutan budaya yang menyebabkan pelbagai perkara boleh belaku kepada remaja ini. dua kemungkinan besar yang mampu berlaku.

1. remaja ini akan mengalami kemurungan atau bertindak agresif seperti cepat menghukum.

2. remaja ini akan terikut-ikut dengan rakan-rakannya yang seringin mempengaruhinya.

kuasai ilmu mendidik anak

oleh itu, pendidikan anak yang tepat perlu dikuasai oleh ibu bapa supaya situasi-situasi di atas tidak berlaku.
kebanyakan ulama terdahulu yang mencipta nama dan jasaya masih mengalir sehingga sekrang disebabkan mereka mendapat pendidikan secara terus daripada ibu bapa mereka.namun, tak dinafikan, ada juga ulama yang berguru dengan orang asing dan bukan ibu bapanya, namun, guru yang mereka pelajari ilmunya itu guru yang benar-benar faqih dan A'lim.hal ini menunjukkan betapa pentingnya suasana yang baik dalam melahirkan seorang anak yang tinggi cita-cita dan besar jiwanya.

situasi masa kini


aku merupakan pelajar asrama yang tegar, sewaktu aku dialam sekolah rendah, aku belum lagi tinggal diasrama, darjah satu hingga darjah enam. aku mula memasuki asrama sewaktu aku tingkatan satu dan aku memasuki asrama penuh sewaktu aku tingkatan empat hingga tingkatan lima. boleh dikatankan 5 daripada 11 tahun alam persekolahanku aku dihabiskan di 'dunia asrama'.

jadi, berdasarkan pengalaman aku, aku dapat rasakan bahawa betapa besarnya pengaruh kawan dalam membentuk sikapku sekarang. aku rasa, begitu juga orang lain. malahan, kalau pelajar asrama penuh yang waris atau ibu bapanya jarang melawatnya dan pengetua sekolah tersebut kurang dan jarang membenarkan pelajarnya 'balik kampung',dan pengetua sekolah tersebut hanya membenarkan pelajar balik kampung sebulan sekali atau dua bulan sekali, pelajar yang menghadapi situasi ini, sikap dan akhlaknya lebih cenderung untuk terpengaruh oleh rakan-rakannya di asrama. remaja kurang berhubung dengan keluarga hingga membuatkan remaja tersebut lebi selesa dengan kawan-kawannya. apabila anak remaja sampai ketahap ini. keadaan akan menjadi lebih parah.

bersambung...

Wednesday 26 November 2014

'berdakwah' di laman sosial?

satu pesanan daripada ibuku yang aku tidak boleh lupa ialah:

"orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang banyak mengamalakn ilmunya."

kadang-kadang, ada setengah orang yang hebat dalam dakwahnya. kalau kita lihat sekarang, di era globalisasi ini, zaman media sosial ini, ramai yang kelihatan sangat baik di media sosial. status-statusnya di facebook sangat menyentuh hati orang yang membacanya, namun belum tentu orang tersebut hebat dalam amalnya. ramai remaja-remaja yang menghabiskan berjam-jam di media sosial, menyebarkan ceramah-ceramah agama, menulis status-status 'islamik', mengarang artikel-artikel 'islamik' berjam-jam di blog-blog atas alasanj dakwah sehingga terlupa untuk menjaga akhlaknya dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya, sedangkan mereka inilah golongan yang lebih utama untuk disantuni dan didakwahi.

ramai yang sibuk 'berdakwah' di alam maya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya. ibunya dibiarkan memasak dan melakukan kerja rumah berseorangnya sedang dia sibuk 'berdakwah' di media sosial. alangkah jijiknya sikap begini.

sebab itulah apa sahaja ilmu yang kita ketahui perlu diamalkan dan orang yang terdekat untuk kita mengamalkan ilmu kita ialah ibu bapa kita, keluarga kita, adik-adik kita.mereka jugalah orang yang paling utama untuk ditunaikan hak.kadang kita tidak sedar, kita mampu menghabiskan berjam-jam di internet,3 4 jam, tapi kita tidak boleh tahan walaupun satu jam membantu ibu kita memasak didapur, mengemas rumah dan membantu adik-beradik kita.

apakah maksud hadis wanita ramai di neraka?

kebelakangan ini, banyak manusia yang sewenang-wenangnya mentafsir hadis dan ayat Al Quran mengikur akal dan sesedap nafsu mereka. sebenarnya, golongan yang paling berhak dan paling tepat tafsiran terhadap Al Quran dan Hadis telah ditetapkan sendiri oleh Rasulullah dalam sebuah hadis. mereka ialah para sababat baginda.oleh itu,setiap dalil agama perlulah merujuk kepada tafsiran para sahabat, bukan tafsiran akal kita atau guru kita sendiri. diakhir zaman ini, manusia perlu lebih berilmu dalam menilai sesuatu dalil agama kerana fitnah-fitnah terhadap agama sangan berluasa.penyebaran hadis palsu di laman sosial, wechat, whassapp, facebook dan sebagainya sangat berleluasa dan sukar dibendung.

hadis yang menyatakan wanita ramai di neraka.

ada sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas dalil agama. sebagai contoh, hadis yang mengatakan wanita ramai di nereka. aku suka untuk memetik tulisan ustaz Hasrizal menjawab kenyataan Farouk A Peru tentang isu ini di dalam blognya:

Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis. Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri? Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman seperti dalam hadis Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.

3. Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik gelaran Quranism daripada anda.

- See more at: http://saifulislam.com/2014/03/quranist-antara-isu-fakta-dan-isu-metode/#sthash.ece6Crqf.dpuf

boleh juga lihat ulasan dalam video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=wx-0jEZp8Gs


kesimpulanya, kita harus berwaspada dengan banyak fitnah-fitnah yang berleluasa di akhir zaman ini, kita harus menilai setiap perbezaan mendapat yang berlaku dengan akal yang rasional.. kita juga harus mula kritis dan sentiasa berfikir serta tidak telan terus atau telan bulat-bulat SETIAP apa yang kita baca walaupun siapa sahaja penulisnya. sikap ta'asub, dan berat sebelah perlu dibuang supaya kita mampu untuk membuat penilaian dan tidak menelan bulat-bulat apa yang kita baca.

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal" adalah batil?

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal dan lelaki 9 akal 1 nafsu" amat popular dikalangan masyarakat islam Malaysia. ungkapan ini sebenarnya tidak ada asalnya. jangan sesekali kita mengatakan ungkapan ini ialah hadis nabi kerana telah dikaji tiada sanad yang sahih. ungkapan ini juga tiada asalnya. adalah lebih baik keatas kita jika kita berhenti menyebarkan perkara yang masih ragu-ragu seperti ini. amat mengecewakan apabila ungkapan ini sehingga ketahap menjadi hujjah kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dalam ceramah-ceramah agama. ayuh bersama-sama memurnikan semula agama.

boleh rujuk perbahasan tentang ungkapan ini di blog Dr Abu Anas Madani.

http://www.abuanasmadani.com/wanita-1-akal-9-nafsu/

Sunday 23 November 2014

gadis-gadis muslim mungkin akan mula tersedar selepas membaca artikel ini



kadang-kadang kita lupa bahawa musuh kita adalah syaitan, maka, mulai sekrang, berwaspadalah terhadap kejahatannya.


























Apakah tujuan wanita memakai hijab?kadang-kadang ada sesetengah wanita terlupa tentang apa sebenarnya tujuan mereka memakai hijab.berdasarkan pengalamanku baru-baru ini,ada segelintir wanita yang telah tersilap konsep tentang tujuannya memakai hijab.apabila wanita tersalah konsep dalam tujuannya memakai hijab , hal ini mampu membawa imej buruk keada islam.aku akan terangkan tentang kenyataanku di atas.


eksperimen remaja barat


Baru-baru ini, ada segolongan remaja barat yang membuat sedikit eksperimen tentang wanita yang memakai hijab dan tidak memakai hijab. Mereka dapati , wanita yang memakai hijab kurang diganggu berbanding wanita yang memakai baju ketat, seluar jeans ketat dan tidak berhijab.video tentang eksperimen ini tidak silap aku telah menjadi viral di facebook.aku cuba membaca komen-komen yang tertulis dibawa video itu. Aku terkesan dengan satu komen yang maksudnya lebih kurang begini:


“Video ini membawa mesej yang baik tetapi telah membawa konsep yang salah tentang islam. Wanita islam memakai hijab bukan tujuannya untuk tidak diganggu,kelihatan cantik,atau lebih perbagai fesyennya,tetapi wanita islam memakai hijab kerana ia adalah suruhan Allah kepada hamba-hambanya…”


Aku tersentap dan mula berfikir,aku rasa,disebabkan inilah ramai gadis-gadis diluar sana memakai hijab dengan cara yang salah dan sangat-sangat bertentangan.


1.ada yang memakai tudung tapi tudungnya nipis hingga menampakkan rambut, dan lehernya, yang berada di dalam tudung.

2.Ada yang memakai tudung tetapi tidak menutup dada, dan sangat singkat.

3.Ada yang memakai tudung tapi pakaiannya sangat ketat sehingga seakan-akan bertelanjang!

4.Ada yang memakai tudung tetapi tabarruj.


Dan banyak lagi jenis-jenis pemakaian tudung yang sangat salah dan tidak pernah diajar oleh islam.



orang yang sedar dirinya hanyalah hamba kepada tuhan, akan berusaha semampu mungkin untuk melakukan semua perintah tuhan





























Sekiranya ramai wanita dan gadis diluar sana yang memakai hijab dengan cara yang salah, maka apa kata orang yang bukan islam? hijab yang salah selalunya membuatkan seseorang itu kelihatan selekeh. Hal ini mampu membawa gambaran yang salah terhadap ajaran islam dan mampu menjauhkan orang yang bukan islam daripada agama yang benar lagi suci ini.

Oleh itu, kita harus sedar, tujuan wanita memakai hijab ialah kerana suruhan Allah. Bukan kerana ikut-ikutan, orang lain pakai, kita pun pakai, bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bukan kerana mendapat perhatian orang lain dan lelaki, disamping kita tidak menafiakan bahawa ada kebaikan-kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia yang menuruti perintah Allah.

Allah Ta’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(QS. Al Ahzab: 59)



Para wanita dan gadis-gadis islam harus menyemak semua, adakah cara pemakaian hijab mereka bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki, supaya kita tidak membawa imej yang salah tentang islam kepada orang-orang bukan islam. Sekiranya kita tidak mampu membawa orang-orang yang belum islam untuk mendekati islam, jangan pula kita menjadi penghalang mereka untuk memahami islam.
Waallahu a’lam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...