Tuesday 28 May 2013

Tanggungjawab siapa?

Cuti-cuti ni saya ambil peluang untuk tolong kakak saya mengajar budak-budak kampung baca Al-Quran,bila lagi nak buat kerja amal,kat sekolah sibuk study,,,dah la SPM tahun ni...lama dah tak bergaul dengan budak-budak,teringat kita waktu kecik-kecik dulu,,,

kalau budak tu nakal dan buas,kita akan jadi muhasabah balik,"macam ni rupanya rasa dipermainkan oleh budak-budak"...takpa,budak-budak Allah jadikan sifat dia buas macam tu sebab nak jadikan ujian untuk orang dewasa...dan sebagai medan untuk mengasah kesabaran...kan Allah bersama dengan orang yang sabar?

dan sabar merupakan satu sikap yang mulia...lalu,,,kat mana kita nak asah sabar?haa,,,melalui didik budak-budakla antara jalan nak asah sabar,jadi lepas ni,cuba dampingi budak-budak...kita akan dapat pengalaman yang berharga.

namun ada perkara yang menyedihkan saya.melalui kanak-kanak tersebut,saya dapat tahu bebarapa perkara.kanak-kanak sekarang terdedah dengan pelbagai hiburan yang yang melalaikan.mudahnya mulut mereka mengalunkan lagu-lagu dangdut,kpop dan lagu-lagu lain seperti najwa latif,amy search dan sebagainya.

bagi saya,sepatutnya,kanak-kanak sebaya mereka tidak tahu tentang lagu-lagu itu.lidah mereka sepatutnya dibiasakan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan yang lebih berfaedah,yang melambangkan peribadi seorang kanak-kanak muslim,bukan lagu-lagu yang lalai dan sia-sia.

Lalu,siapa yang bertanggungjawab terhadap semua ini?bagi saya,apa bila gejala dan budaya hidonisme menular dalam diri kanak-kanak dn budaya tersebut telah menjadi sebati dalam kehodupam harian mereka,hal ini adalah satu perkara yang sangat-sangat berbahaya.

mereka ialah permata-permata yang akan mewarisi pemerintahan negara,merekalah yang akan memacu ketamadunan bangsa dan negara,jadi,sekiranya kemurnia dan kesucian mereka dinodai,ideologi mereka telah dijajah sejak usia muda lagi,bagaimana keadaan mereka dimasa akan datang?

Jadi siapa yang harus dipertanggungjawabkan?siapa yang harus bertindak?apa yang harus kita lakukan?saya serahkan persoalan ini kepada kalian.

Hassan Al Banna pernah berkata:

"Kewajiban lebih banyak daripada waktu yang kita ada,"

teruskan mengembara mencari ilmu,pengalaman dan pengetahuan.dan jangan lupa sertakan semua itu dengan Amal,supaya tidak sia-sia ilmu itu.

#akuinginkembaralagi

Saturday 25 May 2013

Wahai Muslimah...


apa yang Allah aturkan untuk kita banyak kebaikan yang kita sedar atau pun tidak



secoret puisi

Muslimah,
semakin labuh tudungmu semakin terpelihara dirimu
semakin longgar pakaianmu semakin berharga dirimu
semakin kau takut untuk mendedap aurat,semakin tinggi ihsanmu
semakin kuat jati dirimu menjaga maruahmu semakin kebal perisaimu untuk dinodai

Muslimah,
ingatlah,dirimu begitu berharga
dari rahimmu lahir insan yang bisa menggegar dunia
lemah lembutmu menjadi senjata ampuh untuk mendidik anak berakhlak mulia

duhai muslimah peliharahlah dirimu,jangan kau sekali-kali tergoda dengan pujukan lelaki yang bisa menghilangkan harga dirimu,jangan biarkan harga dirimu dicabuli dengan cinta yang sementara.berapa ramai gadis dara yang telah rosak akibat tidak mengendahkan nasihat seperti ini.

perjalanan balik kampung

Alhamdulillah setelah lama bermusafir pulang dari sekolah,akhirnya Allah mengizinkan saya untuk sampai ke rumah.itulah ajaibnya tawakal.kami pelajar SBPIKP pulang pada hari khamis 23/05/2013.tetapi saya baru sampai di rumah pada hari sabtu 25/05/13.hal ini disebabkan oleh saya tumpang di rumah sahabat saya Afiffitri untuk menghadiri akad nikah sepupunya di Penaga,Pulau Pinang.selepas kenduri akad nikah selesai,saya memilih unk menaiki bas dari Kepala Batas ke rumah saya.dan seperti biasa juga,sepanjang perjalanan saya pulang ke rumah menaiki bas pelbagai ragam manusia yang saya temui.

buat analisis

kali ini saya mengambil peluang untuk membuat analisis,maklumlah,cita-cita nak jadi saintis.antara analisi yang saya lakukan ialah terhadap remaja islam muslimah,berapa ramai yang muslimah yang memakai pakaian mengikut syariat islam.

setelah lama berjalan,saya menjadi sedih kerana daripada analisis yang saya buat,saya dapat bahawa:

muslimah yang memakai tudung labuh hanya sedikit,boleh dikatankan 1 dalam 5000!!!
ramai muslimah yang pakai pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh,bukan ketat saja,terselak-selak...dan boleh dikatakan 1 dalam 1000 yang memakai pakain longgar,lengan panjang,kain yang longgar,kain tudung dan baju yang tebal,dan memakai stoking...

dan sepanjang perjalanan saya,seingat saya,hanya tiga empat orang saja muslimah yang memakai sempurna seperti bertudung labuh,pakai stoking dan pakalian longgar

jadi,saya dapat simpulkan disini bahawa,muslimah Malaysia ramai yang jahil ilmu agama islam.bagi saya,perkara ini berlaku akibat remaja sekarang terdedah kepada budaya hidonisme dan mereka lebih suka majlis-majlis kearah itu berbanding dengan majlis ilmu,mereka lebih suka konsert k-pop,memuja-muja artis korea,dan artis barat.ibu bapa juga kurang memberi didikan islam dan tauhid kepada Allah.

analogi mudah!renung renungkan :)


baru bab aurat!

itu baru bab aurat,tak masuk analisis saya dalam bab berdating,berdua-duaan lelaki dan perempuan.yang menyedihkan lagi apabila seorang gadis merelakan diri untuk menaiki motor lelaki lain dan duduk rapat-rapat dan memeluk lelaki itu!!!dan mereka berpakaian sekolah,tak tahu kenapa,sedangkan hari ini hari sabtu...ia berlaku didepan mata saya.

saya bukan nak buka aib sesiapa,saya nak kita semua sedar,rakyat Malaysia yang beragama islam dalam bahaya!kebanyakan daripada kita dalam kejahilan,kebanyakkan daripada kita dilalaikan dengan hiburan,lagu-lagu inggeris Justin Bieber,Tylor Swift,dan k-pop yang melampau dan melalaikan,malah menjauhkan manusia dari ingat Allah!artis-artis korea lelaki dan perempuan dijadikan idaman hati...diletakkan dalam profil picture di facebook...

umat islam  melayu di Malaysia dalam bahaya.kita yang sedar perlu melakukan kerja dakwah agar berkurangnya maksiat di bumi Malaysia ini...

Ya Allah lindungilah kami dari kesesatan....

antara kesalahan dalam menutup aurat

jadi disini saya ingin menyenaraikan kesalahan muslimah dalam berpakaian:

-mengikut trend dan berlebih-lebih dalam berfesyen sehingga melanggar syarak
-berlebih-lebih dalam berhias
-memakai wangian sehingga dapat dibau oleh lelaki bukan mahram
-tidak memakai stoking
-memakai pakaian yang ketat
-memakai baju lengan pendek
-kain tudung yang nipis dan boleh nampak bentuk rambut apabila terkena cahaya
-kain baju yang nipis
-tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat di tempat terbuka dan dihadapan lelaki bukan mahram



semakin tertutup muslimah itu,semakin tinggi nilainya,macam gula-gula la :)


dan saya rasa banyak lagi,yang paling penting ialah,muslimah kena ingat,aurat wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
dan jangan lupa firman Allah dalam surah Al Ahzab 33:59:


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

dan Allah berfirman lagi dalam surah An Nur 24:31:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


jadi saya harap kita dapat membuat sedikit perubahan terhadap diri kita dan menyedari bahawa kehidupan dunia merupakan sebuah medan ujian untuk menentukan samada kita hidup di neraka atau di syurga

waAllahu a'lam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...