Tuesday 13 August 2013

study kerana Allah!?betulke..?


haritu dalam fb saya share gambar kat bawah ni kepada rakan-rakan fb saya.

tiba-tiba...cikgu zahrul,guru biologi saya di sbpikp komen pada gambar itu...

"Study kerana ALLAH


Agak2 nya la kan, org yg study kerana ALLAH ni tidur tak di dalam kelas? Org yg study kerana ALLAH ni mengelamun ke ketika guru sedang mengajar di hadapan? Org yg study kerana ALLAH adakah akan membiarkan kejahilannya berterusan?


Agak2 la kan org yg study kerana ALLAH ni adakah akan berasa cukup dengan markah biasa-biasa sahaja???"

masyaAllah...sangat2 terpukul,dengan nasihat itu,tersedar...ayuh sahabt2,,,sama2 kita semak,adakah kita benar2 belajar kerana Allah...


saya pun tersedar,kadang kita mengaku kita study kerana Allah,tapi kebanyakan daripada kita hanya mengungkapkannya saja...sungguh!kita tidak menghayati niat kita itu.

contohnya dalam solat la,kita mengaku kita solat kerana Allah,apabila ditanya "untuk siapa kau solat ni?"
kita jawab,"lilahitaala",sampai ada dikalangan kita yang melafazkan niatnya sebelum menunaikan solat.namun hakikatnya... kita tetap lalai dan tidak khusyuk dalam solat...macam tu jugak belajar

apa yang dapat saya simpulkan ialah niat yang baik saja tidak cukup...ia perlu diiringi dengan amal dan mujahadah yang tinggi!itulah hakikat amal...jadi,auh bergerak sahabat!
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
selamat berjaya kepada semua sahabat -sahabat saya yang mengambil spm pada tahun ini,buat elok-elok jugak dalam trial ni...insyaAllah lilahi taala,,,diiringi dengan usaha juga ye...

semoga mendapat straight A+ semuanya...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...