Tuesday 4 October 2016

ZIKRULLAH PENGHINDAR KELALAIAN


*SLOT PENAWAR HATI: EDISI 3*

*_Zikirullah Penghidar kelalaian_*

Zikir, adalah makanan rohani. kalau fizikal kita perlu kuat dengan makanan ruji dan lauk, maka, rohani yang bermaya datang dari zikir kepada Allah.

Kalau kita lemah apabila tidak ambil sarapan, maka, rohani kita akan lemah sekiranya jarang berzikir kepada Allah. Akibatnya, kita mudah terjerumus dalam dosa dek tergoda dengan hasutan syaitan dan kehendak nafsu.

Justeru, lidah muslim itu harus sentiasa basah dalam berzikir kepada Allah. Apabila lapang menjengah, maka, ringankan lidah untuk berzikir dan beristghfar.

Dari ‘Abdullah bin Busr, dia berkata bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ada seorang Arab Badui berkata,

_“Siapa orang yang paling baik, wahai Muhammad?”_ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

_“Yang panjang umurnya dan baik amalnya."_

Yang lain bertanya pula,

_“Wahai Rasulullah, syari’at Islam begitu banyak, memberatkan kami dan sulit kami menjalankan semuanya.”_

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammemberikan saran,

_“Hendaklah lisanmu selalu basah dengan berdzikir pada Allah.”_

(HR. Ahmad 4: 188. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Dengan berzikir, kita akan
meraih apa yang Allah sebut dalam ayat,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

_“Maka ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.”_

(QS. Al Baqarah: 152).

Oleh itu, cara ingin Allah ingat kepada kita, kita perlu ingat Allah.

Selain itu, dengan berzikir, hati akan semakin hidup. Ibnul Qayyim pernah mendengar gurunya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,

الذكر للقلب مثل الماء للسمك فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء ؟

_“Dzikir pada hati seperti air yang diperlukan ikan. Lihatlah apa yang terjadi jika ikan tersebut lepas dari air?”_

dzikir itu dapat menyamai seseorang yang memerdekakan budak, menafkahkan harta, dan menunggang kuda di jalan Allah, serta juga dapat menyamai seseorang yang berperang dengan pedang di jalan Allah.

Sebagaimana terdapat dalam hadits,

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ . فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ

_“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku, wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syain qodiir dalam sehari sebanyak 100 kali, maka itu seperti memerdekakan 10 budak.”_

HR. Bukhari no. 3293 dan Muslim no. 2691

Dalam hadits ini digabungkan antara dzikir dan syukur.

Begitu pula Allah Ta’ala menggabungkan antara keduanya dalam firman Allah Ta’ala,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

_“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”_

(QS. Al Baqarah: 152).

Hal ini menunjukkan bahwa penggabungan dzikir dan syukur merupakan jalan untuk meraih bahagia dan keberuntungan.

Selain itu, orang yang bersyukur ialah orang yang selalu berzikir kepada Allah dalam perbuatan dan tingkah lakunya.

*Tazkiyatunnafs edisi 3*
*3 Oktober 2016*
*Unit Tarbiyah GBIQ*

BERSIHKANLAH JIWA

*BERSIHKAN JIWAMU!*

( *_Dunia semakin meruncing, kita harus bagaimana?_* )

Semakin hari, dunia semakin mencabar. semakin penuh dengan fitnah.

Syarikat-syarikat gergasi yang memperkudakan nafsu dalam matlamat mereka terus menggerakkan jentera-jenteranya. Mereka menawarkan  manusia dan remaja tawaran  yang menyuburkan budaya hedonisme dan kelalaian.

Remaja semakin gemar terdedah dengan budaya hiburan.

Sedangkan, sudah lupakah kita bahawa umur ini ada matlamatnya? Ada keseriusan yang perlu difokuskan?

Pesan seorang guru kepada muridnya:

_"Dunia kini, banyak perkara yang membawa kepada lalai mengingati Allah berbanding ingat kepada Allah."_

Maka, adakah kita telah menangkis kelalaian itu atau kita yang telah mengikut arus? Sungguh, dunia kini banyak perkara yang tidak berfaedah menjadi pilihan hati manusia.

Hingga akibatnya, produktiviti umur manusia semakin berkurang dan masa terbuang.

Umur menjadi tidak berkualiti dan hanya tinggal kuantiti.

Berapa ramai remaja yang mampu meninggalkan perkara yang tidak berfaedah sebagai rutin kehidupannya?

Sedarkah kita, Rasul pernah berpesan:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dia berkata: “Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya’.”

[Hadits hasan. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu]

Lalu, adakah kita masih katakan satu perkara wajar untuk bergurau senda tanpa tujuan dan hanya untuk memuaskan keinginan sedangkan masa terus berjalan dan mencantas.

Sungguh, rugi manusia yang masih menjadikan _'perkara yang tidak bermanfaat'_ sebagai rutin kehidupan.

Antara jalan penyelesaian yang perlu dilalui ialah mujaahadah. Mujahadah daripada melayan keinginan nafsu.

Yang tidak bermujahadah, mereka akan tewas dan rugi.

Yang bermujahadah namun keperitan yang ditanggung dalam perjalanannya, percayalah pada firman tuhan:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“ Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhoan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.

Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

(QS. al-‘Ankabut [29] : 69)
.
.

*Tazkiyatunnafs edisi 2,*
*17 Sept 2016,*
*Unit Tarbiyah GBIQ.*

AL QURAN DAN HIBURAN

SLOT PENAWAR HATI

Edisi 1: (Al-Quran dan Hiburan)

Sebahagian kita telah tenggelam dan larut dalam hiburan serta budaya hidonisme. Kerana itulah kita menjadi bosan dengan al Quran.

Sedangkan, Al Quran merupakan risalah cinta daripada Allah kepada umat manusia.
Cukuplah membacanya menjadi mukjizat kepada kehidupan manusia.

Cukuplah membacanya merupakan pahala dan membacanya mendatangkan ketenangan.

Cukuplah membaca al-Quran menyedarkan kita tentang lalainya hiburan. Bahkan ia akan membuat minda kita keras dan tidak santun.

Sungguh, akhlak para alim terhadap al quran perlu dicontohi dan dijadikan prinsip kepada manusia.

Kata Abu Ubaid R.A:

"Janganlah seseorang hamba bertanya kepada dirinya kecuali tentang Al Quran. Apabila mereka mencintai al-Quran, bererti mereka mencintai Allah dan Rasulnya.

Kata ibnu Taymiyyah R.A pula:

"Aku menyesal kerana telah banyak menghabiskan masaku pada perkara selain daripada memahami Al-Quran."

Demikian,
Inilah akhlak dan prinsip para alim terhadap Al Quran.

Sebaliknya yang berlaku kepada umat masa kita daripada kebanyakkan kita. Hinggalah kini, Al Quran menjadi perkara yang ditinggalkan.

Remaja boleh menghabiskan masa berhibur, menyanyi, melakukan latihan persembahan, berjam-jam, menonton movie, menonton tayangan  Korea seharian suntuk namun, tidak untuk Al Quran.

Sungguh, Al Quran benar-benar semakin ditinggalkan. Gementar hati kita ketika mendengar firman Allah:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Lalu, tugas kita sebenarnya untuk membudayakan kembali Al Quran, dalam kehidupan yang ianya memerlukan mujahadah dan pengorbanan yang luar biasa.

*Tazkiyatunnafs Edisi 1,*
*9 Sept 2016,*
*Unit Tarbiyah GBIQ.*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...