Sunday 29 December 2013

HADIS DOA SEORANG MUSLIM TERHADAP SAHABATNYA

Doa seseorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah doa yang mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut mengatakan, “Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.”.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)

SUBHANALLAH!!!

selamat kembali ke sekolah adik-adik IN-TICS NOVEXCO 1317 sbpikp

Assalamualikum adik2 abang yang abg kasihi sekalian...
macam mana?best cuti?abg harap adik2 mendapat banyak pengalaman baru cuti ni

sedar tak sedar dah nak bukak sekolah dah,

jadi kat sini abg nak pesanlah beberapa perkara,maklumlah,insyaAllah tahun depan dah tak nampak muka Abang...muka orang lain pulak yang akan jaga adik2...

seperti yang adik2 sedia maklum insyaAllah taun depan adik2 akan dipanggil abang,
kerana dapat adik2 form 1

jadi,pesanan Abg,jadilah abng2 dan kakak2 yang tunjukkan akhlak yang baik kepada Adik-adik baru...ajar mereka tentang agama,ajar mereka berakhlak dengan akhlak nabi...tegur mereka sekiranya mereka ada melakukan salah dan silap

dan Abang harap.adik2 semua jaga diri baik2 dan tidak terpengaruh dengan akhlak2 dan contoh2 buruk yg ditiunjukkan oleh Abang2 dan kakak senior,,,tiru apa yang baik yang yang mereka lakukan...jangan tiru apa-apa yang tidak baik yang di tunjukkan oleh orang lain dan jadikan pengajaran

abang nak perangai baik adik2 yang adik2 tunjukkan kepada abang sewaktu abang duduk dengan adik2 dulu berkekekalan sampai bila2,,sampai adik2 tingkatan 5...abang nak adik2 buang segala sikap buruk yang pernah adik2 tunjukkan kepada Abang ...

akhir kata,abg harap adik2 menjadi Abg yang baik,yang tunjukkan contoh yang baik kepada adik2 junior nanti

sekian terima kasih


khas untuk adik adik IN-TICS NOVEXCO 1317 SBPIKP yang abang sayangi kerana Allah jadilah kalian 
hamba-hambaAllah yang berjasa kepada agama,seperti berjasanya para sahabat terdahulu,
ikhlaskan diri dalamberjasa,ingat,sesiapa yang membantu agama Allah,Allah akan meredhoinya 
dan mengurniakan syurga atas pengorbanannya dalam menegakkan Agama Allah,
memastikam seluruh manusia di dunia mengamalkan apa yang Allah redho,insyaAllah,
Allah bersama kalian.



Thursday 19 December 2013

Lafaz Selawat Yang SAHIH.


Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].
 
credit to: Sham Kamikaze

Khairan di hati...

16/12/2013,isnin,Universiti Malaya
antara kenangan di UM,bintang nasyid mukmin kebangsaan 2013

hari itu merupakan hari yang bermakna buat saya.ia merupakan hari terakhir saya bergelar ahli nasyid khairan,secara rasminya la.kan dah keluar sekolah...tapi,satu perkara perlu diingat oleh semua ahli nasyid khairan ialah...satu perkara yang Ustazah Jailah akan cakap kepada semua Ahli nasyid khairan...

"sekiranya kamu menjadi ahli khairan,kamu ialah ahli khairan selama-lamanya"

sangat memdalam sebenarnya kata-kata tu.bagi saya,saya sangat terkesan dengan kata-kata ustazah tu,,walaupun ia hanya di ulang oleh ustazah beberapa kali sepanjang saya menjadi ahli khairan,,,namun kesanya sangat memdalam.

ia memupuk dalam diri saya,untuk istiqamah dalam dakwah...

hari ini,merupakan jasa terakhir saya kepada SBPIKP terutama dalam bidang nasyid...alhamdulillah,tahun ini,kami,ahli khairan memperoleh rezeki untuk mara keperingkat kebangsaan dalam pertandingan bintang nasyid mukmin,,,kalau macam tahun lepas,2012,kami memdapat tempat kedua dalam peringkat negeri,jadi kami tidak mejadi wakil kedah pada tahun lepas.

tahun ini,Allah beri peluang kepada kami untuk ambil pengalaman di pertandingan bintang nasyid mukmin peringkat kebangsaan.sungguh,banyak pengalaman baru yang saya perolehi dripada peluang yang Allah bagi ni,walaupun kami tidak memdapat tempat dalam pertandingan kali ini

saya ingin mengucapkan seinfiiti ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sokong kepada khairan sehingga khairan kini boleh dikatakan memperoleh kejayaan dalam perjalanannya memjayakan misi dan visinya.

saya juga ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Rafae,Ustaz Fitri,kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya..bagi saya,sepanjang saya di dalam khairan,bukan ilmu nasyid sahaja yang ustaz ajar kepada kami,malah,ustaz-ustaz juga turuk mengajar ilmu akhlak,hubungan dengan Allah dan manusia...dan bagaimana memperoleh redho Allah dalam hidup.insyaAllah,saya akan cuba sedaya upaya untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan kepada saya.

kepada ustazah Jailah dan cikgu Zahrul,terima kasih kerana menjaga kami,halalkan makan minum kami,terima kasih kerana sanggup melayan karenah kami yang buas-buas ni,maafkan segala kesalahan kami...

semoga Allah membalas jasa kalian murabbi-murabbiku semua,dengan kebaikan dan syurga,,,terima kasih atas segalanya...

kepada sahabat-sahabat khairan sekalian,kalian ialah sahabat yan terbaik yang pernah saya jumpa,semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke syurga insyaAllah...semoga Allah sentiasa memelihara kita dan sentiasa memletakkan kita sentiasa berada dibawah naungan rahmat,taufiq dan hidayahnya dan menjadikan kita antara orang-orang yang di kasihinya,ornag-orang soleh,dan ahli syurga

kenangan kita bersama tak akan aku lupakan...

kepada semua yang memberi sokongan,terutamanya warga SBPIKP,dan yang yang tak akan saya lupakan sokongan kalian,COSIS:XTROVIA...kalian sahabat terbaik dalam dunia ini yang pernah aku jumpa...

terimalah bingkisan terakhir dari khairan 2013

antara kenangan di UM,bintang nasyid mukmin kebangsaan 2013





 kenangan kenangan-kenangan lain bersama khairan...













Wednesday 18 December 2013

10 sahabat Rasulullah yang dijamin syurga



10 SAHABAT ROSULULLAH YANG DIJAMIN MASUK SURGA

Nabi Muhammad menyatakan dalam hadits,
“Abu Bakar di surga, ‘Umar di surga, ‘Utsman di surga, ‘Ali di surga, Thalhah di surga, Az Zubair di surga, Sa’d di surga, Sa’id di surga, Abdurrahman bin ‘Auf di surga, Abu Ubaidah bin Al Jarrah di surga.” (HR at Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh Albani).

Setiap dari kita pasti ingin masuk surga. Namun, tidaklah mudah untuk meraihnya. Tidak cukup hanya mengaku sebagai muslim, butuh ketaatan dan pengorbanan.

Lihatlah bagaimana sikap itu ditunjukan oleh para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Tidak hanya harta, jiwa dan raga pun rela mereka persembahkan untuk kejayaan islam.

.
Dari sekian banyak sahabat Nabi, ada sepuluh sahabat yang memperoleh jaminan surga.

1● Abu Bakar Ash-Shiddiq

Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu’anhu adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi.
Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ).

Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ).
Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2● ‘Umar bin Khattab

‘Umar bin Khattab Radhiyallahu’anhu adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.

‘Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.

Saat ‘Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukan dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.

3● ‘Ustman bin Affan

‘Ustman bin Affan Radhiyallahu’anhu adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an.

‘Ustman bin Affan masuk islam lewat ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelar Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.

‘Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berkecamuk perang Tabuk, ‘Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. ‘Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4● ‘Ali bin Abi Thalib

‘Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu’anhu dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak.

Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, ‘Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.

‘Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menjabat selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.

5● Thalhah bin bin Abdullah

Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Termasuk satu dari delapan orang yang paling awal masuk Islam.

Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M saat usianya 64 tahun. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal.

6● Zubeir bin Awwam

Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya saat itu baru berumur 15 tahun.

Pembelaannya terhadap islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah absen dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Ia selalu berada di garda depan saat jihad di kumandangkan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan. Ia sangat dicintai Rasulullah.

Saat terjadi perseteruan di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, ia wafat pada tahun 36H atau 656M.

7● Sa’ad bin Abi Waqqas

Sa’ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika ia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan ia ikuti.

Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa’ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa’ad. Ia tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.

Saat periode khalifah Umar bin Khatab, Sa’ad diangkat sebagai gubernur mileter di Iraq yang bertugas mengatur pemerintahan dan sebagai panglima tentara.
Sa’ad wafat pada usia 82 tahun (55H atau 676M). Ia di makamkan di tanah Baqi’. Beliau meninggal di kediamannya di daerah “Aqiq jaraknya 10 mil dari Madinah.

8● Sa’id bin Zaid

Sa’id adalah di antara sahabat yang beruntung. Termasuk orang-orang yang pertama masuk Islam. Dia masuk islam bersama-sama istrinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan ‘Umar bin Khattab. Sa’id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada islam. Ketika memeluk islam usianya belum genap 20 tahun.

Sa’id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ia juga turut bersama kaum muslimin mencabut singgasana Kisra Persia. Sa’id pernah diperintahkan Rasulullah memata-matai aktivitas musuh.
Ia wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi’ Madinah.

9● ‘Abdurrahman bin ‘Auf

‘Abdurrahman bin ‘Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Ia termasuk diantara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah yang didapatkan dengan perniagaan.

Kesuksesannya tidak membuat ia lupa diri, ia selalu menafkahkan hartanya dijalan Allah. Bahkan saat ia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta ia sumbangkan untuk perjuangan Islam.Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Ia wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi’

10● Abu ‘Ubaidah bin Jarrah

Termasuk orang-orang yang pertama masuk Islam. Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu ‘Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu ‘Ubaidah,” begitu kata Rasulullah. Abu ‘Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.

Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan.

Meninggal di kota Urdun karena terkena wabah thha’un /’amwas (kolera). Ia wafat pada tahun 18H atau 639M pada usia 58 tahun.





Sunday 15 September 2013

adakah tujuan hidupku masih 'yang itu'?

jadikan akhirat sebagai tujuan hidup kita walau dalam apa perkara yang kita lakukan.dalam belajar dalam,dalam bekerja,dalam berkhidmat dan pendek kata dalam setiap yang kita lakukan dimuka bumi ini,

kadang kita lupa,kehidupan dunia ini hanya medan ujuan untuk menentukan nasib kehidupan sebenar kita yang kekal abadi
kadang saya sedih melihat akhlak remaja,mereka seperti lupa tentang kehidupan akhirat,tidak bertapis langsung tingkah laku kita,aib sendiri dibuka,terutamanya wanita.wanita sepatunya perlu dihiasi dengan budi pekerti yang luhur,sopan santun...ini tidak,,,

BUAT WANITA

wanita,
komen-komen  dan status kalian di facebook menggambarkan akhlak kalian,walaupun sebenarnya akhlak kalian bukan lah seperti yang ditunjukkan di alam realiti,
jagalah adab dan akhlak kalian,
kalian merupakan fitnah terbesar bagi lelaki seperti sabda nabi

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

BUAT LELAKI

ingatlah,kalian perlu matang,kerana kalian mempunyai tanggung jawab yang banyak,hadis diatas juga merupakan peringat kepada lelaki agar sentiasa berwaspada dengar wanita,

buat pengetahuan wanita,kalian ialah makhluk Allah yang paling banyak daya tarikannya bagi lelaki.
kadang ada setengah lelaki,cukup mendengar suara wanita dia boleh terangsang,malah ada wanita yang cukup lelaki melihat tapak tangannya yang putih melepak membuatkan lelaki tidak boleh duduk diam,ketahuilah wahai wanita.

bahkan,peredaran zaman membuatkan lelaki semakin berat ujiannya,di alam maya terutamanya,dimana-mana,ramai gambar-gambar wanita yang terdedah auratnya,kemajuan dalam bidang pemakaian wanita membuka ruang untuk wanita menonjolkan diri dengan mendedahkan susuk tubuh mereka yang menjadi ujian yang berat buat lelaki,

UNTUK SEMUA

jadi wahai sahabat-sahabatku,lelaki dan wanita,jaga diri kalian dengan mengikuti kehendak agama,kehendak Allah dan rasulullah.kenanglah pengorbanan rasulullah dalam memperjuangkan maruah kalian khususnya wanita,kalau bukan disebabkan pengobanan rasulullah,nasib kalian tidak seperti sekarang wahai wanita,wahai lelaki,dunia islam ketandusan pemimpin yang berjiwa agama dan amanah serta sifat kepimpinan yang tinggi...sekarang kita lihat khususnya di Malaysia,lelakinya ramai di pusat serenti!ramai yang terlibat dengan gejala dadah,lelaki zaman sekarang ramai tidak boleh dipercayai

dalam islam lelaki muslim merupakan pemelihara terhadap wanita muslimat,namun,ramai lelaki muslim yang jahil zaman sekarang yang malah menjadi perosak kepada wanita-wanita muslimah diluar sana.mereka mejadi penyebab hilangnya maruah wanita...

ayuh sahabat..bangkitlah,jauhkan budaya hidonisme daripada kehidupan kita yang boleh menyebabkan jauhnya kita terhadap agama dan kurangnya iman kita terhadap Allah disebabkan kelalaina yang dilahirkan dari pada budaya tersebut...

ayuh sahabat,bertindak segera!

hadis tentang solat sunnat sebelum subuh

Orang #Terkaya Di Dunia

Ngintip siapa orang-orang terkaya di dunia itu. Berapa kekayaannya? Semoga memotivasi kita.

Berikut orangnya, diurutkan dari bawah.

10. Mukesh Ambani, net worth $2.70 billion.

9. Eike Batista, net worth $30.0 billion.

8. Amancio Ortega, net worth $31.0 billion.

7. Laksmi Mittal, net worth $31.1 billion.

6. Lawrence Ellison, net worth $39.5 billion.

5. Bernard Arnault, net worth $41.0 billion.

4. Warren Buffett, net worth $50.0 billion.

3. Bill Gates, net worth $56.0 billion

2. Carlos Slim Helu, net worth $74.0 billion.

Nah.. Ini orang terkaya No.1 :

1. Orang yang mengerjakan sholat sunnah sebelum subuh.

"Dua rakaat sebelum subuh itu LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEISINYA." (hadits Muslim, 725)

Nah.. amalkanlah dan dawamkan.. meski dalam keadaan safar

Dinukil Oleh : Ustadz Kholid Syamhudi, Lc

bercinta itu tidak salah,yang salah hubungan yang terlarang

jika terlihat gejalanya lelaki dan wanita jatuh cinta maka berilah solusinya

diantara ciri-ciri lelaki dan wanita jatuh cinta

berkata Pujangga 'Arab :...

اذا احب الرجل اصبحت له عشر عيون، واذا احبت المراة اصبح لها الف لسان

Jika seorang lelaki jatuh cinta jadilah wanita itu baginya sepuluh mata, dan jika seorang wanita jatuh cinta jadilah lelaki itu baginya sepuluh lisan.

Maksudnya :

lelaki itu apabila jatuh cinta ia akan selalu ingin melihat wanita yang ia cintai, 
adapun wanita itu apabila jatuh cinta maka ia akan selalu menyebut-nyebut nama lelaki yang ia cintai. 

Rasulullah bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

copypaste,,semoga bermanfaat

hadis tentang nikmat orang yang menjawab azan

Lengkapnya Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam bersabda sebagai berikut:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ فَقَالَ أَحَدُكُمْ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ثُمَّ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مِنْ قَلْبِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ (مسلم)
“Apabila muadzin mengucapkan, ‘Allahu Akbar Allahu Akbar, ’ lalu salah seorang dari kalian menjawab, ‘Allahu Akbar Allahu Akbar, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ’Asyhadu An La Ilaha Illallah, ’ dia menjawab, ’Asyhadu An La Ilaha Illallah, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ’Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah, ’ dia menjawab, ’Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ’Hayya Ala ash-Sholah, ’ dia menjawab, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ’Hayya Ala al-Falah, ’ dia menjawab, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ‘Allahu Akbar Allahu Akbar, ’ dia menjawab, ‘Allahu Akbar Allahu Akbar, ’ kemudian muadzin mengucapkan, ’ La Ilaha Illallah, ’ dia menjawab, ’ La Ilaha Illallah, ’ (dan semua itu) dari hatinya; niscaya dia masuk surga.” (HR Muslim 2/328)

baginda juga bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ (مسلم)
“Apabila kalian mendengar muadzin, maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian bershalawatlah kepadaku, karena barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali niscaya Allah bershalawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian memohonlah al-wasilah (kedudukan tinggi) kepada Allah untukku karena itu adalah kedudukan di surga yang tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap aku adalah hamba tersebut, barangsiapa memohon al-wasilah untukku niscaya dia (berhak) mendapatkan syafaat.” (HR Muslim 2/327)

 Adapun kalimat doa yang dibaca sesudah adzan adalah sebagai berikut:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ
آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ (البخاري)
“Barangsiapa ketika mendengar adzan mengucapkan, ’Ya Allah Rabb panggilan yang sempurna (adzan) dan sholat wajib yang didirikan, berikanlah wasilah (derajat yang tinggi di surga) dan fadhilah (kedudukan yang mulia) kepada Nabi Muhammad, dan bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati maqam yang terpuji yang Engkau janjikan kepadanya’; niscaya dia berhak meraih syafa’atku pada hari Kiamat.” (HR Bukhary 2/481)

Friday 13 September 2013

witir sebelum tidur

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُوْمَ آخِرَ اللَّيْلِ، فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ، وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُوْمَ آخِرَهُ فَلْيُوْتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ، فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُوْدَةٌ، وَذَلِكَ أَفْضَلُ.

'Barangsiapa yang takut tidak bangun pada akhir malam, maka hendaklah dia melakukan solat Witir pada awal malam. 

Dan barangsiapa yang yakin untuk bangun pada akhir malam, maka hendaklah dia melakukan solat Witir pada akhir malam, ini kerana solat di akhir malam itu disaksikan (oleh para Malaikat), dan hal itu adalah lebih utama.'" [HR. Muslim]

doa penyucian jiwa


اللهم آت نفسي تقواها ، وزكها أنت خير من زكاها ، أنت وليها ومولاها


"Ya Allah, anugerahkanlah kepada jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwaku (dengan ketakwaan itu), Engkau-lah Sebaik-baik Yang Mensucikannya, (dan) Engkau-lah Yang Menjaga serta Melindunginya" 

(Sahih Muslim no. 2722)

Duhai diri...

Duhai diri
kadang kau lupa kau adalah hamba
kau tidak boleh melakukan sesuka hatimu
di atas muka bumi ini
kerana
kau hanyalah hamba
kau perlu melakukan apa yang 'Tuan' kau mahu
bukan sesuka hatimu!

namun diri
kau selalu alpa
kau mempertuankan nafsumu
kau biarkan fitrah itu bertukar finah
kerana kau lemah
kerana kurangnya imanmu terhadap TUANmu
kerana kau lebih mengikut bisikan syaitan
musuhmu dan musuh TUANmu
kau menjauhi araha TUANmu dan kau lakukan tegahan TUANmu

duhai diri
kadang-kadang kau lupa
hidup ini ada peraturannya
hidup ini ada disiplinnya
hidup ini perlu dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan
dan yang telah diatur
sekiranya kau melanggar aturan tersebut kau akan mendapat balasan
kau akan dibalas atas segala yang engkau kerjakan

duhai diri
kau sedar tentang hakikat itu
namun kau tetap berada ditapuk lama
kerana kau lebih rela
dirimu berada dalam kejahilan terhadap agama
ayuhlah wahai diri
dekatkan dirimu dengan ilmu agama
kerana ia akan mendatangkan ketenangan dalam dirimu
kau akan merasakan agama dan kehidupan ini sebenarnya
sesuatu yang mudah dan fitrah
sekiranya kau masih merasa kehiduan ini satu kesulitan
dan agama ini satu bebanan
walaupun engkau telah melibatkan dirimu dalam ilmu agama
ketahuilah,
kau silap dalam mempelajari agama
atau kau sendiri yang telah menghalang dirimu dari memahami
dan mendekatkan diri kau kepada tuhan da agamaNya

cetusan minda...insyaAllah satu muhasabah

ya Allah!matikan kami dalam beriman kepadamu!

Tuesday 13 August 2013

study kerana Allah!?betulke..?


haritu dalam fb saya share gambar kat bawah ni kepada rakan-rakan fb saya.

tiba-tiba...cikgu zahrul,guru biologi saya di sbpikp komen pada gambar itu...

"Study kerana ALLAH


Agak2 nya la kan, org yg study kerana ALLAH ni tidur tak di dalam kelas? Org yg study kerana ALLAH ni mengelamun ke ketika guru sedang mengajar di hadapan? Org yg study kerana ALLAH adakah akan membiarkan kejahilannya berterusan?


Agak2 la kan org yg study kerana ALLAH ni adakah akan berasa cukup dengan markah biasa-biasa sahaja???"

masyaAllah...sangat2 terpukul,dengan nasihat itu,tersedar...ayuh sahabt2,,,sama2 kita semak,adakah kita benar2 belajar kerana Allah...


saya pun tersedar,kadang kita mengaku kita study kerana Allah,tapi kebanyakan daripada kita hanya mengungkapkannya saja...sungguh!kita tidak menghayati niat kita itu.

contohnya dalam solat la,kita mengaku kita solat kerana Allah,apabila ditanya "untuk siapa kau solat ni?"
kita jawab,"lilahitaala",sampai ada dikalangan kita yang melafazkan niatnya sebelum menunaikan solat.namun hakikatnya... kita tetap lalai dan tidak khusyuk dalam solat...macam tu jugak belajar

apa yang dapat saya simpulkan ialah niat yang baik saja tidak cukup...ia perlu diiringi dengan amal dan mujahadah yang tinggi!itulah hakikat amal...jadi,auh bergerak sahabat!
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
selamat berjaya kepada semua sahabat -sahabat saya yang mengambil spm pada tahun ini,buat elok-elok jugak dalam trial ni...insyaAllah lilahi taala,,,diiringi dengan usaha juga ye...

semoga mendapat straight A+ semuanya...






Tuesday 28 May 2013

Tanggungjawab siapa?

Cuti-cuti ni saya ambil peluang untuk tolong kakak saya mengajar budak-budak kampung baca Al-Quran,bila lagi nak buat kerja amal,kat sekolah sibuk study,,,dah la SPM tahun ni...lama dah tak bergaul dengan budak-budak,teringat kita waktu kecik-kecik dulu,,,

kalau budak tu nakal dan buas,kita akan jadi muhasabah balik,"macam ni rupanya rasa dipermainkan oleh budak-budak"...takpa,budak-budak Allah jadikan sifat dia buas macam tu sebab nak jadikan ujian untuk orang dewasa...dan sebagai medan untuk mengasah kesabaran...kan Allah bersama dengan orang yang sabar?

dan sabar merupakan satu sikap yang mulia...lalu,,,kat mana kita nak asah sabar?haa,,,melalui didik budak-budakla antara jalan nak asah sabar,jadi lepas ni,cuba dampingi budak-budak...kita akan dapat pengalaman yang berharga.

namun ada perkara yang menyedihkan saya.melalui kanak-kanak tersebut,saya dapat tahu bebarapa perkara.kanak-kanak sekarang terdedah dengan pelbagai hiburan yang yang melalaikan.mudahnya mulut mereka mengalunkan lagu-lagu dangdut,kpop dan lagu-lagu lain seperti najwa latif,amy search dan sebagainya.

bagi saya,sepatutnya,kanak-kanak sebaya mereka tidak tahu tentang lagu-lagu itu.lidah mereka sepatutnya dibiasakan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan yang lebih berfaedah,yang melambangkan peribadi seorang kanak-kanak muslim,bukan lagu-lagu yang lalai dan sia-sia.

Lalu,siapa yang bertanggungjawab terhadap semua ini?bagi saya,apa bila gejala dan budaya hidonisme menular dalam diri kanak-kanak dn budaya tersebut telah menjadi sebati dalam kehodupam harian mereka,hal ini adalah satu perkara yang sangat-sangat berbahaya.

mereka ialah permata-permata yang akan mewarisi pemerintahan negara,merekalah yang akan memacu ketamadunan bangsa dan negara,jadi,sekiranya kemurnia dan kesucian mereka dinodai,ideologi mereka telah dijajah sejak usia muda lagi,bagaimana keadaan mereka dimasa akan datang?

Jadi siapa yang harus dipertanggungjawabkan?siapa yang harus bertindak?apa yang harus kita lakukan?saya serahkan persoalan ini kepada kalian.

Hassan Al Banna pernah berkata:

"Kewajiban lebih banyak daripada waktu yang kita ada,"

teruskan mengembara mencari ilmu,pengalaman dan pengetahuan.dan jangan lupa sertakan semua itu dengan Amal,supaya tidak sia-sia ilmu itu.

#akuinginkembaralagi

Saturday 25 May 2013

Wahai Muslimah...


apa yang Allah aturkan untuk kita banyak kebaikan yang kita sedar atau pun tidak



secoret puisi

Muslimah,
semakin labuh tudungmu semakin terpelihara dirimu
semakin longgar pakaianmu semakin berharga dirimu
semakin kau takut untuk mendedap aurat,semakin tinggi ihsanmu
semakin kuat jati dirimu menjaga maruahmu semakin kebal perisaimu untuk dinodai

Muslimah,
ingatlah,dirimu begitu berharga
dari rahimmu lahir insan yang bisa menggegar dunia
lemah lembutmu menjadi senjata ampuh untuk mendidik anak berakhlak mulia

duhai muslimah peliharahlah dirimu,jangan kau sekali-kali tergoda dengan pujukan lelaki yang bisa menghilangkan harga dirimu,jangan biarkan harga dirimu dicabuli dengan cinta yang sementara.berapa ramai gadis dara yang telah rosak akibat tidak mengendahkan nasihat seperti ini.

perjalanan balik kampung

Alhamdulillah setelah lama bermusafir pulang dari sekolah,akhirnya Allah mengizinkan saya untuk sampai ke rumah.itulah ajaibnya tawakal.kami pelajar SBPIKP pulang pada hari khamis 23/05/2013.tetapi saya baru sampai di rumah pada hari sabtu 25/05/13.hal ini disebabkan oleh saya tumpang di rumah sahabat saya Afiffitri untuk menghadiri akad nikah sepupunya di Penaga,Pulau Pinang.selepas kenduri akad nikah selesai,saya memilih unk menaiki bas dari Kepala Batas ke rumah saya.dan seperti biasa juga,sepanjang perjalanan saya pulang ke rumah menaiki bas pelbagai ragam manusia yang saya temui.

buat analisis

kali ini saya mengambil peluang untuk membuat analisis,maklumlah,cita-cita nak jadi saintis.antara analisi yang saya lakukan ialah terhadap remaja islam muslimah,berapa ramai yang muslimah yang memakai pakaian mengikut syariat islam.

setelah lama berjalan,saya menjadi sedih kerana daripada analisis yang saya buat,saya dapat bahawa:

muslimah yang memakai tudung labuh hanya sedikit,boleh dikatankan 1 dalam 5000!!!
ramai muslimah yang pakai pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh,bukan ketat saja,terselak-selak...dan boleh dikatakan 1 dalam 1000 yang memakai pakain longgar,lengan panjang,kain yang longgar,kain tudung dan baju yang tebal,dan memakai stoking...

dan sepanjang perjalanan saya,seingat saya,hanya tiga empat orang saja muslimah yang memakai sempurna seperti bertudung labuh,pakai stoking dan pakalian longgar

jadi,saya dapat simpulkan disini bahawa,muslimah Malaysia ramai yang jahil ilmu agama islam.bagi saya,perkara ini berlaku akibat remaja sekarang terdedah kepada budaya hidonisme dan mereka lebih suka majlis-majlis kearah itu berbanding dengan majlis ilmu,mereka lebih suka konsert k-pop,memuja-muja artis korea,dan artis barat.ibu bapa juga kurang memberi didikan islam dan tauhid kepada Allah.

analogi mudah!renung renungkan :)


baru bab aurat!

itu baru bab aurat,tak masuk analisis saya dalam bab berdating,berdua-duaan lelaki dan perempuan.yang menyedihkan lagi apabila seorang gadis merelakan diri untuk menaiki motor lelaki lain dan duduk rapat-rapat dan memeluk lelaki itu!!!dan mereka berpakaian sekolah,tak tahu kenapa,sedangkan hari ini hari sabtu...ia berlaku didepan mata saya.

saya bukan nak buka aib sesiapa,saya nak kita semua sedar,rakyat Malaysia yang beragama islam dalam bahaya!kebanyakan daripada kita dalam kejahilan,kebanyakkan daripada kita dilalaikan dengan hiburan,lagu-lagu inggeris Justin Bieber,Tylor Swift,dan k-pop yang melampau dan melalaikan,malah menjauhkan manusia dari ingat Allah!artis-artis korea lelaki dan perempuan dijadikan idaman hati...diletakkan dalam profil picture di facebook...

umat islam  melayu di Malaysia dalam bahaya.kita yang sedar perlu melakukan kerja dakwah agar berkurangnya maksiat di bumi Malaysia ini...

Ya Allah lindungilah kami dari kesesatan....

antara kesalahan dalam menutup aurat

jadi disini saya ingin menyenaraikan kesalahan muslimah dalam berpakaian:

-mengikut trend dan berlebih-lebih dalam berfesyen sehingga melanggar syarak
-berlebih-lebih dalam berhias
-memakai wangian sehingga dapat dibau oleh lelaki bukan mahram
-tidak memakai stoking
-memakai pakaian yang ketat
-memakai baju lengan pendek
-kain tudung yang nipis dan boleh nampak bentuk rambut apabila terkena cahaya
-kain baju yang nipis
-tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat di tempat terbuka dan dihadapan lelaki bukan mahram



semakin tertutup muslimah itu,semakin tinggi nilainya,macam gula-gula la :)


dan saya rasa banyak lagi,yang paling penting ialah,muslimah kena ingat,aurat wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
dan jangan lupa firman Allah dalam surah Al Ahzab 33:59:


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

dan Allah berfirman lagi dalam surah An Nur 24:31:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


jadi saya harap kita dapat membuat sedikit perubahan terhadap diri kita dan menyedari bahawa kehidupan dunia merupakan sebuah medan ujian untuk menentukan samada kita hidup di neraka atau di syurga

waAllahu a'lam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...