Sunday 1 January 2017

WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

*WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH*

*Slot Penawar Hati: Edisi 7*

Mungkin sebagian kita belum mengetahui bahawa waktu antara azan dan iqomah adalah waktu utama terkabulnya do’a. Sehingga disebabkan ketidaktahuan ini, ramai yang disibukkan dengan hal lain yang tidak berfaedah walaupun azan baru sahaja dilaungkan. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan bahawa waktu tersebut adalah antara waktu terkabulnya do’a (waktu ijabah).

Oleh kerana itu, sudah sepatutnya setiap orang memberi perhatian kepada waktu tersebut dan memanfaatkannya untuk banyak bermunajat dan memohon pada Allah yang Maha Mendengar setiap do’a.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الدُّعَاءَ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ فَادْعُوا

“Sesungguhnya do’a yang tidak tertolak adalah do’a antara adzan dan iqomah, maka berdo’alah (kala itu).” 

(HR. Ahmad 3/155. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Waktu antara azan dan iqomah adalah waktu yang barokah (penuh kebaikan) yang sudah sepatutnya seorang muslim menyibukkan diri untuk banyak berdo’a saat itu.

Kita lihat contoh dari ulama besar Saudi Arabia (pernah menjawat sebagai ahli Fatwa di Kerajaan Saudi Arabia), Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah yang benar-benar menjaga amalan yang satu ini. 

Diceritakan oleh murid beliau, Sa’ad Ad Daud bahwasanya: 

 Syaikh _rahimahullah_ setelah melakukan solat sunnah dua raka’at (antara azan dan iqomah), Syaikh Sa’ad ingin mengajukan suatu pertanyaan pada beliau rahimahullah. Syaikh Ibnu Baz rahimahullah lantas menjawab,

_“Wahai Sa’ad, ingatlah bahwa do’a antara adzan dan iqomah adalah do’a yang tidak tertolak.”_

Lihatlah beliau rahimahullah lebih ingin memanfaatkan waktu tersebut daripada melakukan hal lainnya kerana menjawab pertanyaan dari Sa’ad boleh saja ditunda selesai solat. 

Lihat pula bagaimana semangat beliau _rahimahullah_ dalam mengamalkan hadits di atas.

Syaikhuna, Syaikh Sholeh Al Fauzan hafizhohullah mengatakan,

 _“Kebanyakan manusia malah meninggalkan do’a antara adzan dan iqomah. Mereka menyibukkan diri dengan tilawah Al Qur’an. Tidak ragu lagi bahawa membaca Al Qur’an adalah amalan yang mulia. Akan tetapi tilawah Al Qur’an boleh dilakukan di waktu lain. Menyibukkan diri dengan berdo’a dan berdzikir, itu lebih afdhol (lebih utama). Kerana do’a yang dituntunkan pada waktu tertentu tentu lebih utama dari do’a yang dipanjatkan di tempat lain.”_

Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni _hafizhohullah_ mengatakan,

_“Namun dituntunkan jika boleh menggabungkan antara berdo’a dan membaca Al Qur’an kala itu. Alhamdulillah jika keduanya boleh dilakukan sekaligus.”_

Setelah kita mengetahui hal ini, manfaatkanlah waktu tersebut untuk memanjatkan do’a. Moga Allah memperkenankan setiap do’a-do’a kita.

Beri tumpuan pada waktu itu untuk berdoa sebanyaknya dan doa setulusnya.


*Tazkiyatunnafs edisi 7*
*1 Januari 2017*
*Unit Tarbiyah GBIQ*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...