Wednesday, 21 November 2012

wasilah diterimanya amalku...

Ya Allah!
redhoilah perjalanan ini,
redhoilah setiap langkah dan tempoh perjalananku,
jangan kau biarkanku tersasar,
dibawa arus lalainya dunia,
dibawa arus fitnah dunia yang menduga,
ikhlaskan diriku dalam setiap gerakku,
kerana itulah syarat di terimanya amalku,

ya Allah!
kadang aku lupa tentang itu,
tentang keikhlasan wasilah diterimanya amalku,
tentang ibadahku yang selalu aku asingkan dengan hidupku,
aku tersasar jauh dari hakikat itu,
Aku ingin kembali kepada redhoMu,
maka,Kau redhoilah aku,
Redhoilah perjalananku.

Duhai diri!
ingatlah,syarat amalan itu diterima ialah perlu hanya keranaNya,
hanya keranaNya!
kerana apa?
kerana kita adalah HAMBA!
hambaNya.

Duhai diri
ingatlah!
syarat diterima sesuatu amalan ialah berpandukan Al Quran dan Sunnah,
kerana apa?
kerana itulah AGAMA,
agama datang dari kedua-dua sumber itu,
jadi berpeganglah kepada kedua-duanya,
supaya kau tidak tersasar,
dari hidayah kepada kesesatan,
supaya kau tidak SESAT!

Jadi,wahai diri,
DIULANGI,
pastikan setiap gerak gerimu berlandaskan kedua-dua sumber itu,
setiap gerak gerimu hanya keranaNya
kerana amalan yang meninggi setinggi gunung pun,
amalan seluas lautan pun,
amalan selebar langit pun,
SIA-SIA!
 dan tidak akan akan diterima olehNya,
jika tidak menepati syarat yang tersedia.




bersiap-siap dan bergegas ke kem saadah ulfa,di sintok,
ya Allah!redhoilah perjalanan ini,
doakan saya sahabat2 sekalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...