Tuesday, 27 November 2012

Dunia ipt

Alhamdulillah,saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk bermusafir.buat pengetahuan sahabt-sahabat,saya ni seorang yang suka bermusafir.

sebenarnya bermusafir bagi saya,merupakan peluang untuk menimba pengalaman.dengan bermusafir juga,saya dapat melihat orang ramai,memahami kondisi manusia.melihat mereka dari segi sikap mereka yang pelbagai.memahami manusia yang mempunyai sikap yang bermacam ragam.

kalau duduk di rumah,kita hanya dapat melihat sikap adik beradik saja.terasa dunia ni kecil saja.tapi,kalau bermusafir,barulah kita faham,manusia bermacam ragam,pelbagai dan pelbagai.timbul dalam diri perasan rendah diri dan mengaku akan kebesaran Allah.maha suci Allah yang maha mencipta hambanya dengan pelbagai rupa dan pelbagai sikap dan pemikiran.


dengan bermusafir juga,saya dapat melihat dunia luar dan keadaan ummat akhir zaman,ummat nabi muhammad.masyaAllah,baru kita sedar,baru kita tahu,ummat sedang nazak!termasuklah dri ini kerana rasa diri tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh para rasul dan penolong-penolong agama
Allah,dakwah.ramai umat manusia sedang tenggelam oleh lalai dunia.minda manusia dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif dan budaya-budaya kotor.

perkara ini dapat di nilai melalui pemakaian,hiburan-hiburan yang melampau,yang telah mendominasi radio-radio tempatan.Ya Allah selamatkan ummat nabi Muhammad!


saya sebentar tadi,saya baru balik bermusafir dari sebuah kem.kem saadah ulfa yang diadakan di universiti utara malaysia,banyak perkara baru yang saya perolehi.saya dapat pengalaman hidup di universiti.

MasyaAllah,banyak ibrah atau pengajaran yang saya perolehi sepanjang perjalanan kembara saya ini.

hidup di universiti

pertama macam saya kata tadi,saya dapat pengalama hidup di universiti.universiti ni pelajarnya satu tempat yang tak macam sekolah,pelajarnya sangat ramai.kita juga tidak terlalu terikat dengan peraturan seperti disekolah.

namun apa yang saya nak ketengahkan ialah,rakyat malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah akal dan fikiran,boleh dikatakan ramai rakyat malaysia yang berpendidikan tinggi ramai yang masuk ke 
IP
T,tetapi ramai yang menpunyai masalah hati.hati mereka banyak yang kosong.sebagai contoh,ramai saja pelajar universiti yang mempunyai keputusan akademik yang bagus dalam peperiksaan,tetapi,akhlaknya tidak ada ciri-ciri akhlak muslim,cara pergaulannya banyak yang tidak menepati cara bergaul yang sunnah.

ramai saja yang asalnya disekolah merupakan pelajar cemerlang,namun,apabila masuk ke ipt,terlibat dengan hubungan terlarang,membuatkan prestasi akedemiknya jatuh.dan lebih teruk lagi apabila sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.gejala seperti ini sebenarnya sering berlaku cuma kita yang tidak tahu.ini sesuatu perkara yang menyedihkan dan harus diberi perhatian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...