Saturday, 10 November 2012

perjalanan balik kampung

pemandangan luar pagar SBPIKP,

alhamdulillah,perjalanan pulang ke kampung yang mencabar.alhamdulillah,pada 8/11/12 kami pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu(SBPIKP) di benarkan balik ke kampung halaman bersempena cuti akhir tahun,seperti biasa,sekiranya saya balik ke kampung saya akan menaiki bas.namun hari itu,satu ujian yang tak diduga menimpa saya.apabila saya menyeluk saku seluar untuk mengambil duit di dompet saya,ternyata duit saya sudah kehabisan,ada tu ada tapi sangat sikit dan tidak cukup untuk tambang balik.saya tak sangka saya telah menghabiskan duit tanpa saya sedari."aduh macam mana ni?"saya  mengeluh 


SBPIKP semakin menjauh,meninggalkannya buat kali yang
 terakhir untuk tahun 2012

 

Ingat Allah


     lumrah manusia,apabila diri ditimpa ujian barulah dia akan mengingat tuhannya,itulah yang berlaku kepada diri saya,saya terus basahkan lidah dengan tidak berhenti berdoa,"hasbunallah wani'mal wakil fanik'mal maula wanikmannasir",,,itulah doa yang saya rafa'kan sambil berfikir jalan keluar,alhamdulillah,allah memberi ilham kepada saya untuk menumpang sahabat saya ke Alor Setar.namun sahabat saya hanya dapat menghantar saya hingga ke Alor Setar sahaja kerana rumahnya di situ.saya memilih untuk tinggal di Pusat Dakwah berdekatan dengan City Plaza di Alor Setar.

Gambaran Hadapan Pusat Dakwah Islam,Alor Setar Kedah

     saya tinggal di Bukit Mertajam,Pulau Pinang,hanya ada dua cara untuk saya balik kampung,iaitu menaiki bas atau menelefon abi untuk ambil saya di Alor Setar.duit tak cukup nak balik jadi kena suruh abi ambil lah.saya bergegas ke telefon awam tuk meneefon abi.

 

Ujian daripada Allah


     hasil daripada menelefon abi,saya mendapat jawapan yang mengecewakan,abi akan bergerak ke KL pada hari itu jadi dia boleh mengambilku pada hari isnin,jadi,saya hanya mempunyai pilihan terakhir iaitu bermalam di Pusat Dakwah hingga hari isnin.wah,duit tak ada,nak makan apa?...hanya Allah yang maha membantu.

     "Ah,ramai saudara seislamku yang tak makan berbulan-bulan,meraka tak kisah pun?bukan selalu aku macam ni",saya bermonolog.selepas menelefon,saya menunaikan solat asar selepas itu berjalan-jalan di CP untuk mengambil angin dan melihat keadaan umat Muhammad.fuh,macam-macam manusia saya jumpa.ada setengah itu seperti lupa tujuan hidup mereka, terlintas di jantung hatiku.waktu perjalanan pulang,tiba-tiba saya terserempak dengan sahabat lama saya sewaktu saya belajar di Maktab Mahmud Alor Setar iaitu nabil ,dia bertanya tentang keadaan saya,dia turut bersimpati dengan keadaan saya.

     sedar tak sedar,waktu maghrib sudah masuk.saya bergegas balik ke PD tuk menunaikan solat maghrib.selepas menunaikan solat maghrib seperti biasa malam jumaat saya membaca surah al Kahfi sepertimana yang dilakukan oleh rasulullah tiap-tiap kali malam jumaat.tak ada apa yang dapat saya lakukan selain membaca buku,tadabbur Al Quran atau tidur,saya memilih untuk tadabbur al Quran sambil berfikir."isyh,aku rasa, ada jalan lain ni,x kan nak duduk kat sini sampai hari isnin kot?"baru saya sedar,saya menyerah terlalu awal,saya terus menyelongkar beg saya,bagi mencari nombor telefon sahabat-sahabat saya yang tinggal berdekatan tuk meminta bantuan.Alhamdulillah saya menjumpainya.saya terus bergegas ke telefon awam. 

 

Pertolongan daripada Allah


     dalam pejalanan pergi ke telefon awam saya terserempak pula dengan seorang lagi sahabat MMAS iaitu Aiman Aufa."la,awat x telefon ana,ana dok dekat-dekat sini ja,"dia terus menyapa saya,selepas kami bertemu kami sembang rancak la apa lagi,lama tak jumpa,

"cana boleh tau ana ada sini?"

"nabil bagi tau,dia sekarang ada kat rumah sewa darul hijrah,lepak ngan kawan-kawan kita yang lain,besala baru habis SMRAMM,"

"ana mai ni nak amik enta la,dok umah sewa 2 dulu"

"oo,,ya allah terima kasih la noh,"

"nanti Asyraf dan Fathi mai sini,bawak barang2 enta ni,
waktu nabil cita kata enta ada sini,kami agak tekejut la,cana enta bleh lepas mai sini,yg abid buat sedih plak,buat feeling plak"

"oo,,,abid ada skali la?"

kami sembang panjang selepas berjumpa,selepas kedua-dua lagi kawan saya datang,kami bergegas kerumah sewa

 

Di rumah sewa


     sesampai saja saya di rumah sewa,saya disambut ramah oleh semua kawan-kawan lama saya,walapun baru kenal sekejap(saya duduk di MMAS hanya selama 3 bulan) mereka melayan saya macam kenal betul dengan saya,macam dah kawan lama,kami sembang dan melawak sakan malam tu.fuh ,pendek cerita,memang rancak lah

keesokan harinya,saya bercadang untuk balik ke rumah.jadi saya mengambill keputusan tuk meminjam wang kepada sahabat saya Abid.
"erm,,ni duit tambang balik".kata abid

"aku pinjam tau,...aaaiii,,,bila pulak la aku boleh bayar duit ni,kita dah la payah jumpa,"

"kalau jumpa hang bayaq,kau x jumpa,x ya bayaq,,hahahah"

perbualan kami berlarutan.alhamdulillah,dengan duit yang dia bagi tu saya boleh bayar tambang tuk balik,kalau tidak,duduk AS sampai isnin la,

waktu balik tu sekali lagi mereka menolong saya menghantar barang saya yang banyak ke stesen bas."ish depa ni,memang suka tolong orang ka apa".sekali lagi saya bermonolog.

 

Saat-saat perpisahan


      sesampai di stesen bas,kami bersalaman sebelum berpisah,rasa sedih pula nak tinggalkan mereka.alhamdulillah,saya berangkat menaiki bas dengan selamat.allahuakhbar indahnya ukhuwah,terima kasih sahabat-sahabat.

sahabat-sahabat itu,mereka banyak menolong saya sepanjang perjalan saya balik ke kampung sempena cuti hujung tahun.bagi tempat tinggal,bagi makan,bago pinjam duit tambang balik dan macam macam lagi,saya boleh bayang kalau saya tak jumpa mereka,kelaparan lah saya.tidur di kaki lima PD.kelihatan seperti perempat yang tak terurus,hanya tunggu diusir

     itulah sahabat,menolong ketika susah,gembira bersama,susah bersama.terima kasih sahabat-sahabat kerana menjadi sahabat yang baik dalam hidup saya,jasamu akan sentiasa dikenang.jangan lupa kawanmu yang doif disni,kenanglah aku dalam doamu.terima kasih sekali lagi sahabat.

                                            hari jumaat 9/11/12 pagi, sebelum berangkat ke stesen bas


itulah UKHUWAH


itulah ukhuwah.ukhuwah tidak terpisah dek jarak yang jauh,
ukhuwah tidak terpisah dek berlainan tempat belajar,
ukhuwah tidak terpisah dek paras rupa yang berlainan,
ukhuwah tidak terpisah dek tempoh masa lama yang memisah,

apabila berlainan jantung hati mempunyai satu aqidah dan satu tauhid
satu misi dan satu fikrah
satu matlamat dan satu perjuangan yang sama
maka disitulah jantung hati itu akan bersatu,
disitulah terbentuknya ukhuwah,
yang tidak akan terpisah selagi tauhid itu dipegang

kita adalah satu jasad,
kita adalah satu ummah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...