Tuesday 4 October 2016

BERSIHKANLAH JIWA

*BERSIHKAN JIWAMU!*

( *_Dunia semakin meruncing, kita harus bagaimana?_* )

Semakin hari, dunia semakin mencabar. semakin penuh dengan fitnah.

Syarikat-syarikat gergasi yang memperkudakan nafsu dalam matlamat mereka terus menggerakkan jentera-jenteranya. Mereka menawarkan  manusia dan remaja tawaran  yang menyuburkan budaya hedonisme dan kelalaian.

Remaja semakin gemar terdedah dengan budaya hiburan.

Sedangkan, sudah lupakah kita bahawa umur ini ada matlamatnya? Ada keseriusan yang perlu difokuskan?

Pesan seorang guru kepada muridnya:

_"Dunia kini, banyak perkara yang membawa kepada lalai mengingati Allah berbanding ingat kepada Allah."_

Maka, adakah kita telah menangkis kelalaian itu atau kita yang telah mengikut arus? Sungguh, dunia kini banyak perkara yang tidak berfaedah menjadi pilihan hati manusia.

Hingga akibatnya, produktiviti umur manusia semakin berkurang dan masa terbuang.

Umur menjadi tidak berkualiti dan hanya tinggal kuantiti.

Berapa ramai remaja yang mampu meninggalkan perkara yang tidak berfaedah sebagai rutin kehidupannya?

Sedarkah kita, Rasul pernah berpesan:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dia berkata: “Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya’.”

[Hadits hasan. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu]

Lalu, adakah kita masih katakan satu perkara wajar untuk bergurau senda tanpa tujuan dan hanya untuk memuaskan keinginan sedangkan masa terus berjalan dan mencantas.

Sungguh, rugi manusia yang masih menjadikan _'perkara yang tidak bermanfaat'_ sebagai rutin kehidupan.

Antara jalan penyelesaian yang perlu dilalui ialah mujaahadah. Mujahadah daripada melayan keinginan nafsu.

Yang tidak bermujahadah, mereka akan tewas dan rugi.

Yang bermujahadah namun keperitan yang ditanggung dalam perjalanannya, percayalah pada firman tuhan:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“ Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhoan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.

Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

(QS. al-‘Ankabut [29] : 69)
.
.

*Tazkiyatunnafs edisi 2,*
*17 Sept 2016,*
*Unit Tarbiyah GBIQ.*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...