Tuesday 4 October 2016

AL QURAN DAN HIBURAN

SLOT PENAWAR HATI

Edisi 1: (Al-Quran dan Hiburan)

Sebahagian kita telah tenggelam dan larut dalam hiburan serta budaya hidonisme. Kerana itulah kita menjadi bosan dengan al Quran.

Sedangkan, Al Quran merupakan risalah cinta daripada Allah kepada umat manusia.
Cukuplah membacanya menjadi mukjizat kepada kehidupan manusia.

Cukuplah membacanya merupakan pahala dan membacanya mendatangkan ketenangan.

Cukuplah membaca al-Quran menyedarkan kita tentang lalainya hiburan. Bahkan ia akan membuat minda kita keras dan tidak santun.

Sungguh, akhlak para alim terhadap al quran perlu dicontohi dan dijadikan prinsip kepada manusia.

Kata Abu Ubaid R.A:

"Janganlah seseorang hamba bertanya kepada dirinya kecuali tentang Al Quran. Apabila mereka mencintai al-Quran, bererti mereka mencintai Allah dan Rasulnya.

Kata ibnu Taymiyyah R.A pula:

"Aku menyesal kerana telah banyak menghabiskan masaku pada perkara selain daripada memahami Al-Quran."

Demikian,
Inilah akhlak dan prinsip para alim terhadap Al Quran.

Sebaliknya yang berlaku kepada umat masa kita daripada kebanyakkan kita. Hinggalah kini, Al Quran menjadi perkara yang ditinggalkan.

Remaja boleh menghabiskan masa berhibur, menyanyi, melakukan latihan persembahan, berjam-jam, menonton movie, menonton tayangan  Korea seharian suntuk namun, tidak untuk Al Quran.

Sungguh, Al Quran benar-benar semakin ditinggalkan. Gementar hati kita ketika mendengar firman Allah:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Lalu, tugas kita sebenarnya untuk membudayakan kembali Al Quran, dalam kehidupan yang ianya memerlukan mujahadah dan pengorbanan yang luar biasa.

*Tazkiyatunnafs Edisi 1,*
*9 Sept 2016,*
*Unit Tarbiyah GBIQ.*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...