![]() |
kadang-kadang kita lupa bahawa musuh kita adalah syaitan, maka, mulai sekrang, berwaspadalah terhadap kejahatannya. |
Apakah tujuan wanita memakai hijab?kadang-kadang ada sesetengah wanita terlupa tentang apa sebenarnya tujuan mereka memakai hijab.berdasarkan pengalamanku baru-baru ini,ada segelintir wanita yang telah tersilap konsep tentang tujuannya memakai hijab.apabila wanita tersalah konsep dalam tujuannya memakai hijab , hal ini mampu membawa imej buruk keada islam.aku akan terangkan tentang kenyataanku di atas.
eksperimen remaja barat
Baru-baru ini, ada segolongan remaja barat yang
membuat sedikit eksperimen tentang wanita yang memakai hijab dan tidak memakai
hijab. Mereka dapati , wanita yang memakai hijab kurang diganggu berbanding
wanita yang memakai baju ketat, seluar jeans ketat dan tidak berhijab.video
tentang eksperimen ini tidak silap aku telah menjadi viral di facebook.aku cuba
membaca komen-komen yang tertulis dibawa video itu. Aku terkesan dengan satu
komen yang maksudnya lebih kurang begini:
“Video ini membawa mesej yang baik tetapi telah
membawa konsep yang salah tentang islam. Wanita islam memakai hijab bukan
tujuannya untuk tidak diganggu,kelihatan cantik,atau lebih perbagai
fesyennya,tetapi wanita islam memakai hijab kerana ia adalah suruhan Allah
kepada hamba-hambanya…”
Aku tersentap dan mula berfikir,aku rasa,disebabkan
inilah ramai gadis-gadis diluar sana memakai hijab dengan cara yang salah dan
sangat-sangat bertentangan.
1.ada yang memakai tudung tapi tudungnya nipis hingga
menampakkan rambut, dan lehernya, yang berada di dalam tudung.
2.Ada yang memakai tudung tetapi tidak menutup dada, dan sangat singkat.
3.Ada yang memakai tudung tapi pakaiannya sangat ketat
sehingga seakan-akan bertelanjang!
4.Ada yang memakai tudung tetapi tabarruj.
Dan banyak lagi jenis-jenis pemakaian tudung yang sangat salah dan tidak pernah diajar oleh islam.
![]() |
orang yang sedar dirinya hanyalah hamba kepada tuhan, akan berusaha semampu mungkin untuk melakukan semua perintah tuhan |
Sekiranya ramai wanita dan gadis diluar sana yang memakai hijab dengan cara yang salah, maka apa kata orang yang bukan islam? hijab yang salah selalunya membuatkan seseorang itu kelihatan selekeh. Hal ini mampu membawa gambaran yang salah terhadap ajaran islam dan mampu menjauhkan orang yang bukan islam daripada agama yang benar lagi suci ini.
Oleh itu, kita harus sedar, tujuan wanita memakai
hijab ialah kerana suruhan Allah. Bukan kerana ikut-ikutan, orang lain pakai,
kita pun pakai, bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bukan kerana mendapat perhatian
orang lain dan lelaki, disamping kita tidak menafiakan bahawa ada
kebaikan-kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia yang menuruti perintah
Allah.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ
الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ
يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(QS.
Al Ahzab: 59)
Para
wanita dan gadis-gadis islam harus menyemak semua, adakah cara pemakaian hijab
mereka bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki, supaya kita tidak membawa
imej yang salah tentang islam kepada orang-orang bukan islam. Sekiranya kita
tidak mampu membawa orang-orang yang belum islam untuk mendekati islam, jangan
pula kita menjadi penghalang mereka untuk memahami islam.
Waallahu
a’lam.