hadis yang menyatakan wanita ramai di neraka.
ada sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas dalil agama. sebagai contoh, hadis yang mengatakan wanita ramai di nereka. aku suka untuk memetik tulisan ustaz Hasrizal menjawab kenyataan Farouk A Peru tentang isu ini di dalam blognya:
Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis. Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri? Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman seperti dalam hadis Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.
3. Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik gelaran Quranism daripada anda.
- See more at: http://saifulislam.com/2014/03/quranist-antara-isu-fakta-dan-isu-metode/#sthash.ece6Crqf.dpuf
boleh juga lihat ulasan dalam video dibawah:
https://www.youtube.com/watch?v=wx-0jEZp8Gs
kesimpulanya, kita harus berwaspada dengan banyak fitnah-fitnah yang berleluasa di akhir zaman ini, kita harus menilai setiap perbezaan mendapat yang berlaku dengan akal yang rasional.. kita juga harus mula kritis dan sentiasa berfikir serta tidak telan terus atau telan bulat-bulat SETIAP apa yang kita baca walaupun siapa sahaja penulisnya. sikap ta'asub, dan berat sebelah perlu dibuang supaya kita mampu untuk membuat penilaian dan tidak menelan bulat-bulat apa yang kita baca.