Alhamdulillah,sewaktu
saya menulis entri ini,ramai kawan-kawan saya yang sudah masuk ke IPTA dan
MATRIK KPM untuk sambung pengajian lepasan SPM.Ada juga yang masuk IPTS seperti
UniKL,UTP dan sebagainya…ada juga yang sambung STPM,pendek kata,hampir semua
yang sudah sambung pengajian untuk lepasan SPM.
![]() |
tuluskan niat sambung belajar hanya kerana Allah,supaya perjalanan letih dan lelah kita dalam menuntut ilmu tidak sia-sia,serta memperoleh redho Allah |
Tak kurang
hebatnya ada yang mendapat tawaran biasiswa,MARA,JPA dan sebagainya,dan yang
dapat sambung pengajian ke luar Negara,tahniah saya ucapkan kepada kalian,bersyukurlah
diatas apa saja menimpa kita dan yang kita terima meskipun apa yang kita terima
adalah ujian,Allah itu tuhan yang maha mengatur,Dia tahu apa yang terbaik untuk
hambaNya.
Tak lupa
juga kepada sahabat-sahabat saya,terutamanya COSISIAN,kalian telah banyak
mengajar diri ini tentang nilai-nilai kehidupan dan membuatkan diri ingin lebih
berfikir tentang kehidupan,banyak pengalaman dan kenangan yang saya dapat daripada
kalian,sangat banyak.banyak kenangan yang tercipta diantara kita terutamanya
dizaman persekolahan dahulu,ada yang sempat direkod ada yang tidak…
![]() |
semoga segala yang telah kita usahakan tidak sia-sia dan dinilai sebagai pahala di sisi Allah |
dan semua
yang mengenali diri ini,saya harap masih tidak lupa kepada saya,walaupun kita
sudah lama berpisah.sungguh,hubungan yang tercipta lillahi taa’la,kerana Allah
itu,akan berkekalan hingga ke hari perhitungan malah menjadi nilai tambah
kepada diri kita untuk memperoleh naungan Allah di hari kiamat kelak,dan sudah
tentu meraih redho dan syurgaNya.apa-apa pun,semoga Allah menerima segala amal
baik kita dimasa lampau dan menghapuskan segala dosa-dosa kita yang telah
lalu,yang sedang dilakukan,dan yang akan dilakukan,,,sungguh,Allah maha kaya,jangan
pernah ragu kepadanya…
semoga
segala yang baik dan buruk yang telah kita lakukan menjadi pengajaran dalam
kehidupan kita dalam mengejar syurga dan redho Allah..Amin.
sedikit
peringatan buat diri dan yang sudi
saya harap
apa yang cuba saya sampaikan ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada
pembaca walaupun saya rasa entri kali ini agak formal,walaupun sebenarnya saya
bukan minat entri formal-formal ni…saya harap perkongsian saya sampai ke hati
anda dan boleh dijadikan pengajaran.. ^__^
kadang-kadang
kita terlupa apa erti kejayaan,sedangkan dalam Al Quran ada menyatakan siapakan
sebenarnya orang yang Berjaya?say lupa ayatnya,tapi Allah ada senaraikan
ciri-ciri orang yang Berjaya yang mewarisi syurga firdaus,dalam surah Al
Mukminun,bermula ayat satu…
Al Quran
juga,ada memberitahu kepada kita siapa orang yang gagal,yang sebenar-benar
gagal.inilah uniknya Al Quran,kalau kitab lain saya tak pasti ada atau
tidak,tapi yang pastinya,dalam Al Quran memang ada memberitahu,siapakah orang
yang gagal dan siapakan orang yang Berjaya.
Kadang-kadang
kita terlalai dengan kejayaan yang sementara.contohnya,lihatlah orang
kafir,mereka rasa Berjaya apabila mereka dapat mengumpul harta
berbilion-bilion,mereka rasa mereka sangat Berjaya apabila mereka dapat
memiliki rumah yang besar dan mewah.mereka rasa Berjaya apabila mereka dapat
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,mereka rasa mereka Berjaya apabila
mereka memperoleh penemuan baru dalam kajian yang mereka jalankan,mereka rasa Berjaya
apabila mereka menerima anugerah noble.
![]() |
kejayaan bermula daripada diri sendiri |
dan begitu
juga kegagalan,ada sebahagian manusia yang sanggup bunuh diri apabila mereka
menerima kegagalan,ada manusia yang bunuh diri apabila kekasihnya tidak lagi
cinta kepadanya dan curang,ada manusia yang jadi gila apabila perniagaannya
muflis,dan pelbagai lagi situasi…manusia-manusia seperti ini sebenarnya terlupa
tentang kegagalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang
sekiranya mereka mengetahui tentang hakikat ini,merekan akan merasakan
kegagalan yang menimpa mereka itu bukanlah kegagalan yang nyata dan patut
disesali…
jadi apakah
kegagalan dan kejayaan yang paling besar dalam kehidup makhluk yang bergelar
manusia?...saya tahu,kalian tahu jawapannya…jadi saya harap,kita dapat
meluruskan niat kita lillahi taa’la dalam apa jua yang kita lakuan,lillahi taa’la,semuanya
kerana Allah dan rasulNya…selamat berjuang rakan-rakan…
BERSAMBUNG…