Monday, 27 July 2015

Kahwin semasa belajar?

Kahwin semasa belajar bawa masalah

Ada orang kata, kahwin semasa belajar mampu menganggu tumpuan kita. Ia mampu mengundah bencana dalam kehidupan mahasiswa. Orang yang kahwin semasa belajar, tumpuannya akan lebih banyak. Dia akan ada tanggungjawab besar lain yang perlu difikirkan dan dilangsaikan.

Dia perlu fikir tentang isteri, anak kalau ada anak, dan bermacam-macam tanggungjawab lagi perlu dilaksanakan. Jadi, hal ini mampu mengganggu fokus belajarnya. Perlu cari menafkah untuk isteri. Dia perlu tinggal bersama satu bumbung dengan isterinya membuatkan pergerakannya terbatas dan penglibatannya dengan aktiviti-aktiviti mahasiwa sangat sedikit.

Hidupnya tidak seperti mahasiswa lain. Dia tidak lagi bebas beraktiviti dan berpersatuan. Jadi, zaman mahasiwanya tidak dapat dinikmati.

Kahwin semasa belajar menjemput kebaikan

Namun, ada juga orang kata, kahwin masa belajarlah mampu membuatkan kita lebih fokus dalam pelajaran. Katanya  kahwin ini membuka pintu rezeki, meluaskan rezeki. Jadi, pelajar lebih fokus dan bersemangat.

Fikiran akan lebih matang kerana perlu memikirkan banyak benda. Jiwa lebih tenang. Soal nafkah, dan tempat tinggal mungkin masih boleh dibincang dengan walinya. Yang penting sudah mempunyai hubungan yang sah dengan wanita yang dicintai dan si lelaki sedar apa tanggungjawab-tanggungjawabnya terhadap isterinya yang perlu dia laksanakan dan langsaikan. Si lelaki juga melaksanakan semua tanggungjawabnya dan janji-janjinya.

Jadi, apa penyesaiannya?

Jadi, apa penyelesaiannya? Yang mana lebih utama? Sebenarnya, semunya bergantung kepada diri kita. Sebab itu sebahagian ulama mengatakan hukum kahwin itu ada empat, mengikut situasi.

Kahwin itu memang sunnah. Tapi, atas dasar apa kita berkahwin? Perkahwinan merupakan satu perkara yang besar dan akan mempengaruhi banyak bahagian-bahagian kehidupan kita.

Dengan perkahwinan, ada orang yang kehidupannya berubah 100%, 360 darjah. Sebab itu, saya pernah mendengar pesan daripada seorang motivator, ada orang bertanya kepadanya tentang apakah persiapan utama sebelum kita memilih untuk berkahwin atau berumah tangga?

Jawapan beliau ialah 'niat'.

Jadi, saya mula fikir. mungkin, perkahwinan kesannya besar. Jadi, apa niat kita ingin berkahwin sangatlah penting. Ada pepatah ada menyatakan, apabila permulaan sesuatu perkara baik, maka, selalunya penghujungnya dan pertengahannya juga baik. Begitulah sebaliknya.

Namun, Permulaanya yang buruk tetap mampu bertukar menjadi pengakhiran yang baik sekiranya ada tenaga perubahan yang sangat besar dikenakan dalam perjalanan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...