Monday, 27 July 2015

Jangan hidup dengan sangka-sangka


Kau sangka orang menyanjung kau, hakikatnya, yang menyanjung kau itu hanyalah segelintir. Mungkin 1 dalam 1000. Kalau mereka sanjung pun, sanjungan itu hanyalah beberapa detik. Kerana, mereka ada banyak lagi hal penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia yang harus diselesaikan. Dan kau tidak layak menerima sanjungan. Kerana kau hanya manusia hina. Sanjungan hanya layak untuk Allah. Kau hanya hamba. Kau perlu sedar itu.

Kau sangka, ramai yang mengangkatkan kau. Namun, faktanya,
Ramai yang mula tahu sikap kau
Ramai yang mula pening dengan pemikiran kau
Ramai yang keliru dengan ideologi kau
Ramai yang mula tahu perangi kau
Ramai yang mula lihat aib kau

Kau sangka kedatanganmu disyukuri. Namun, hakikatnya, ia berlaku mungkin 1 dalam 1000,  Malah mungkin kurang dari itu.
Ramai yang tidak endah pun dengan kisah kau
Ramai yang tak kisah dengan misteri kau
Ramai yang buat tak tahu dengan perjalanan hidup pelik kau
Ramai yang buat tak kisah pun dengan cerita aneh kau.
Ramai yang tak ambil peduli dengan jalan cerita hidup kau

Wahai jiwa yang ingin hidup dengan inginkan kemasyhuran, sudahlah menyiksa diri kau dengan kehidupan yang penuh dengan sangka-sangka.
Ia membunuh minda maju kau
Ia merobek wawasan kau
Ia mengakibatkan kau tenggelam dengan dunia khayalan, imaginasi dan angan-angan, yang akhirnya menyekat engkàu dari terus maju.
Ia telah membunuh masa-masa muda kau yang terlalu banyak sekali. Apa yang bakal kau jawab dihadapan tuhan kelak? Ayuh, bertaubatlah, kembali kepada tuhañ dan hidupkan semula masa muda kau yang berbaki.

Berhenti hidup dengam angan-angan dan sangka-sangka
Hiduplah dengan dunia nyata. Bertindak selagi kau mampu, berani selagi kau inginkan pengajaran, melangkah sehingga tuhan bertitah "berhentilah!"

Tiada yang salah didunia ini sehingga kau tahu itu adalah salah. Jangan kau katakan sesuatu itu salah selagi ia hanyalah datang dari sangka-sangka, andaian dan teka-teka. Berlapang dadalah dengan jiwa yang inginkan kebenaran, apabila kesalahan sesuatu perkara terbukti dengan hujjah dalil dan petunjuk tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...