Thursday, 5 May 2016

Mungkin manusia telah lupa

Mungkin, manusia ramai telah lupa bahawa Al Quran kita kata-kata tuhan. Al Quran itu diturunkan untuk membimbing manusia memperoleh kehidupan yang sejahtera. Membentuk Akhlak manusia supaya berhati lembut dan bertamadun.

Mungkin manusia sudah lupa. Kenapa begitu? Kerana, mana tidaknya. Al Quran semakin ditinggalkan anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak. Apabila ada orang membawa peringatan-peringatan daripada Al Quran, ada orang yang akan rasa orang tersebut terlalu 'islamic'.

Anak-anak dilatih untuk pandai menyanyi dan menari. Anak-anak dilatih untuk pandai bermain drum, piano, gitar, biola, dan trompet. Anak-anak dilatih untuk pandai okestra. Anak-anak yang menghafal Al Quran dan cuba mempelajarinya di anggap anak-anak yang terlalu tumpukan 'akhirat'.

Mungkin manusia sudah lupa, membaca Al Quran itu 1 huruf sepuluh pahala. Membaca Al Quran akan membuatkan kita tentang. Siapa yang membaca Al Quran tetapi dia tidak memperoleh ketenangan, maka, dia bermasalah. Mungkin manusia sudah lupa, Al Quran itu merupakan panduan yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai tanda cinta Allah kepada makhluknya.

Mungkin manusia sudah lupa semua itu. Namun, ada juga yang tidak tahu. Yang lebih teruk lagi, tahu tetapi takut untuk menyampaikannya kepada orang yang kelihatan seperti tidak tahu. Aduhai, berdosanya manusia seperti ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...