Duhai diri
kadang kau lupa kau adalah hamba
kau tidak boleh melakukan sesuka hatimu
di atas muka bumi ini
kerana
kau hanyalah hamba
kau perlu melakukan apa yang 'Tuan' kau mahu
bukan sesuka hatimu!
namun diri
kau selalu alpa
kau mempertuankan nafsumu
kau biarkan fitrah itu bertukar finah
kerana kau lemah
kerana kurangnya imanmu terhadap TUANmu
kerana kau lebih mengikut bisikan syaitan
musuhmu dan musuh TUANmu
kau menjauhi araha TUANmu dan kau lakukan tegahan TUANmu
duhai diri
kadang-kadang kau lupa
hidup ini ada peraturannya
hidup ini ada disiplinnya
hidup ini perlu dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan
dan yang telah diatur
sekiranya kau melanggar aturan tersebut kau akan mendapat balasan
kau akan dibalas atas segala yang engkau kerjakan
duhai diri
kau sedar tentang hakikat itu
namun kau tetap berada ditapuk lama
kerana kau lebih rela
dirimu berada dalam kejahilan terhadap agama
ayuhlah wahai diri
dekatkan dirimu dengan ilmu agama
kerana ia akan mendatangkan ketenangan dalam dirimu
kau akan merasakan agama dan kehidupan ini sebenarnya
sesuatu yang mudah dan fitrah
sekiranya kau masih merasa kehiduan ini satu kesulitan
dan agama ini satu bebanan
walaupun engkau telah melibatkan dirimu dalam ilmu agama
ketahuilah,
kau silap dalam mempelajari agama
atau kau sendiri yang telah menghalang dirimu dari memahami
dan mendekatkan diri kau kepada tuhan da agamaNya
cetusan minda...insyaAllah satu muhasabah
ya Allah!matikan kami dalam beriman kepadamu!