Saturday, 2 July 2016

Sandar Kepada nabi


Nasihat ini, atas dasar cinta dan sayang kepada Allah, dan kasih dan mahabbah kepada Rasulullah. Amma ba'.

Jenayah yang besar dalam agama ialah apabila kita dengan mudah menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah. contohnya, kenyataan dibawah ini:


Malam pertama Ramadhan dinamakan oleh baginda Rasulullah ﷺ “Malam Allah memandang hamba-Nya”. Maka sesiapa yang dipandang oleh Allah ﷻ, maka tiadalah dia akan celaka. Dan perkara ini berulang setiap kali datang Ramadhan. Dan oleh itu perlu bersedia sebelum datang malam pertama bulan Ramadhan. Bagaimana nak bersedia untuk mendapatkan pandangan Allah ﷻ dengan zahir dan batin. Secara zahir adalah dengan mandi dan pakai pakaian yang baik. Secara batin ialah dengan hati yang bersih, tanpa rasa marah, atau penyakit hati yang lain. Kita akan menyambut Ramadhan dengan pakaian yang baik, dan hati yang bersih demi mendapatkan pandangan Allah ﷻ. -Habib Kadzim As Saqqaf


Apabila kita menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah, ini bermakna, Rasulullah yang mengungkapkan dan melakukan perkara tersebut. Oleh itu, ungkapan tersebu dikira sebagai hadis nabi.

Tak kiralah siapa pun yang mengungkapkannya, hatta para habaib, setiap apa yang disandarkan kepada Rasul perlu ada sahabat yang meriwayatkannya dan dinilai oleh ulama hadis. Saya mohon jasa baik

sesiapa yang membaca entri ini, datangkan siapa sahabat yang meriwayatkan hadis ini, dan ulama hadis hadis mana yang menilai hadis ini? adakah muslim, atau bukhari? atau nasai? atas senbagainya.

sekiranya tiada, maka, hadis ini ialah hadis palsu, maka, orang yang menyebarkannya telah lah berdusta atas nama nabi. Andai tidak sengaja, kita dimaafkan. Andai sengaja, hanya Allah yang menilainya. saya berlepas diri daripada indakan menyebarkan hadis palsu.

saya ingin pesan kepada semua, perlu berhati-hati dengan apa yang disandarkan kepada nabi. Jangan asa habib saja, kita sebarkan. saya bukan ingin mmpertikai habib atau para ulama, tetapi, kalau kita sembarangan menyandarkan sesuatu kepada nabi, itu merupakan satu jenayah dalam agama. mungkin juga bukan salah habib, tetatpi, salah orang yang berdusta atas nama habib.

Apa yang penting, jangan asal ungkapa para sufi saja, kita ingin sebar, asal ungkapan para habib saja, kita sebar, nak sebar tidak ada masalah, tapi pastikan ia benar daripada ulama itu, kalau tntang nabi, pastikan ia benar dari nabi. kadang, imam Ghazali tidak pernah kata apa yang diungkapkan ramai orang. Habib Kadzim As Segaf tidakkan pun menyandarkan kepada nabi seperti yang demikian.

jangan sembarang sebar apa saya yang kelihatan baik. pastikan kesahihannya. apatah lagi, perkara yang disandarkan kepada nabi, kenapa? bacalah sendiri muqaddimah sahih bukhari dan muslim. saya sayang kalian, saya cinta kalian kerana Allah.

Thursday, 5 May 2016

Mungkin manusia telah lupa

Mungkin, manusia ramai telah lupa bahawa Al Quran kita kata-kata tuhan. Al Quran itu diturunkan untuk membimbing manusia memperoleh kehidupan yang sejahtera. Membentuk Akhlak manusia supaya berhati lembut dan bertamadun.

Mungkin manusia sudah lupa. Kenapa begitu? Kerana, mana tidaknya. Al Quran semakin ditinggalkan anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak. Apabila ada orang membawa peringatan-peringatan daripada Al Quran, ada orang yang akan rasa orang tersebut terlalu 'islamic'.

Anak-anak dilatih untuk pandai menyanyi dan menari. Anak-anak dilatih untuk pandai bermain drum, piano, gitar, biola, dan trompet. Anak-anak dilatih untuk pandai okestra. Anak-anak yang menghafal Al Quran dan cuba mempelajarinya di anggap anak-anak yang terlalu tumpukan 'akhirat'.

Mungkin manusia sudah lupa, membaca Al Quran itu 1 huruf sepuluh pahala. Membaca Al Quran akan membuatkan kita tentang. Siapa yang membaca Al Quran tetapi dia tidak memperoleh ketenangan, maka, dia bermasalah. Mungkin manusia sudah lupa, Al Quran itu merupakan panduan yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai tanda cinta Allah kepada makhluknya.

Mungkin manusia sudah lupa semua itu. Namun, ada juga yang tidak tahu. Yang lebih teruk lagi, tahu tetapi takut untuk menyampaikannya kepada orang yang kelihatan seperti tidak tahu. Aduhai, berdosanya manusia seperti ini.

Ibrah khutbah jumaat: Masa dan kehidupan

Ibrah Khutbah jumaat
Masjid Integrasi Gombak
27112015

Masa ialah umur manusia. Dalam surah Al Asr, Allah menyebut tentang masa dan keuntungan. Kadang, kita harus tadabbur semula surah tersebut sekali sekala walaupun kita sudah kerap kali mendengarnya. Sungguh, ia adalah motivasi terbaik untuk kita terus menuruti perintah Allah Rabbul Jalil.

Yusuf Al Qardawi ada berbincang dan menulis tentang masa. Sebagai contoh, kitabnya Fiqh Awlawiyyat, dan pelbagai kitab lain yang membincangkan tentang masa dan kehidupan. Begitu juga dalam al waqtu fi hayatil muslim.

Kitab-kitab ini sudah tentu membincangkan tentang apa yang sepatutnya kita utamakan dan kita isi dalam masa dan kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah yang simgkat dan berbaki ini. Agar, setiap detik masa kita yang berlalu tidak sia-sia. Hal ini kerana ia akan dipersoalkan hari akhirat.

Ingatlah ketika Allah bertanya kepada sebahagia golongan diakhirat kelak, mafhumnya:

Surah Al-Mu'minūn:112 - 113

... "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; ...

Sungguh, Alangkah singkatnya masa didunia ini! Inilah hakikat masa. Ia teramat singkat sebenarnya.

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya:

Surah As-Sajdah:12

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):

"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Golongan diatas ialah golongan yang telah mengsia-siakan masa mereka ketika di dunia. Golongan ini telah mengisi kehidupan dunia dengan aktiviti dan perbuatan yang sia-sia dan larangan Allah.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang menggunakan sebaiknya masa dan hidupan kita didunia yang berbaki.

Tuesday, 3 May 2016

SUNNAH: DOA RASUL YANG HARUS DIPELAJARI

Ya Allah, izinkan kami melihat wajah mu!

عَنْ قَيْسِ بْنِ عَبَّادٍ ، قَالَ : صَلَّى عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ بِالْقَوْمِ صَلاةً أَخَفَّهَا ، فَكَأَنَّهُمْ أَنْكَرُوهَا ،

Qais bin ‘Ibad berkata: ‘Ammar bin Yasir radiallahu ‘anhu solat bersama kaum Muslimin, dan beliau meringankan solat itu. Kelihatan seolah-olah para jemaah tidak bersetuju dengan tindakan beliau.

قَالَ : أَلَمْ أُتِمَّ الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ ؟ قَالُوا : بَلَى ،

‘Ammar bertanya kepada mereka: Bukankah aku telah menyempurnakan ruku’ dan sujud? Mereka jawab: Ya, benar.

قَالَ : أَمَّا إِنِّي دَعَوْتُ فِيهَا بِدُعَاءٍ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهِ :

‘Ammar berkata: Sesungguhnya aku berdoa padanya satu doa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sering membacanya iaitu:

” اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ ،

Ya Allah, dengan Ilmu Mu berkaitan hal yang ghaib dan keKuasaan Mu ke atas ciptaan Mu.

أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي ،

Hidupkanlah aku seandainya Engkau Tahu kehidupan itu baik buat ku.

وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي ،

Matikanlah aku seandainya Engkau Tahu kematian itu baik buat ku.

وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتِكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ،

Aku memohon kepada mu perasaan takut kepada Mu tidak kira dalam keadaan tersembunyi ataupun terbuka,

وَكَلِمَةَ الإِخْلاصِ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ ،

dan (agar aku berkata-kata dengan) kalimah yang benar di saat aku redha mahu pun marah.

وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لا يَنْفَدُ ،

Aku memohon kepada Mu nikmat yang tidak habis,

وَقُرَّةَ عَيْنٍ لا تَنْقَطِعُ ،

dan penyejuk mata yang tidak terputus-putus.

وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بِالْقَضَاءِ ،

Aku memohon kepada Mu agar aku redha dengan takdir Mu.

وَبَرَدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ ،

dan kehidupan yang bahagia selepas kematian,

وَلَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ ،

dan kelazatan melihat wajah Mu,

وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ ،

dan perasaan rindu untuk bertemu dengan Mu.

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ ضَرَّاءٍ مُضِرَّةٍ ،

Aku berlindung dengan Mu daripada kesengsaraan yang memusnahkan,

وَفِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ ،

daripada fitnah yang menyesatkan.

اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الإِيمَانِ ” .

Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan keimanan.

وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ

Jadikan kami penunjuk jalan ke arah kebenaran yang mendapat petunjuk.

[Sunan an-Nasaie, Kitab as-Sahw, no: 1305]

عَنْ صُهَيْبٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :

Suhaib radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

” إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ،

Apabila penghuni syurga telah memasuki syurga,

قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ ؟

Allah Tabaraka wa Ta’ala bertanya kepada mereka: Adakah kalian mahu Aku Tambahkan apa-apa lagi?

فَيَقُولُونَ : أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا ، أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ ، وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ ؟

Penghuni syurga menjawab: Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga? Bukankah Engkau telah selamatkan kami daripada neraka?

قَالَ : فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ ، فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ ” ،

Maka Allah pun menyingkapkan hijab. Tiada kurniaan yang lebih mereka cintai daripada melihat Allah Azza wa Jalla.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ بِهَذَا الإِسْنَادِ ، وَزَادَ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الآيَةَ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ سورة يونس آية 26 .

Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam membacakan ayat ini: Bagi orang-orang yang melakukan kebaikan, ada ganjaran yang baik (iaitu syurga) dan tambahannya (iaitu melihat Allah) ‘ [Yunus: 26]

[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no: 181]

www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my

Al Kahfi
Channel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan majlis-majlis ilmu.

www.alkahfi.com.my
https://telegram.me/alkahfiservices

SUNNAH: LANGKAH-LANGKAH APABILA MIMPI BURUK

Apa yang perlu dilakukan apabila mengalami mimpi buruk?

1. Meludah kekiri 3 kali.

2. Memohon perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan 3 kali, dengan membaca

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

“A’udzu billahi minas-syaithanir-rajiim” atau bacaan ta’awudz lainnya).

3. Memohon perlindungan kepada Allah daripada keburukan mimpi tersebut.

4. Atau sebaiknya dia bangun kemudian melaksanakan Solat.

5. Mengubah posisi tidurnya daripada posisi asal.

6. Tidak boleh menafsir mimpi tersebut baik menafsir sendiri atau dengan meminta bantuan orang lain.

Penjelasan detil dan dalil, baca di sini --> https://konsultasisyariah.com/13594-tiga-catatan-tentang-mimpi-buruk.html

Copy from: telegram
Al-Kahfi

Al Kahfi
Channel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan majlis-majlis ilmu.

www.alkahfi.com.my
https://telegram.me/alkahfiservices

Sunnah: DOA PENGASIH YANG SUNNAH

Anda rasa tidak dicintai? Amalkan doa pengasih ini.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu ad-Darda' radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

" كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ
Antara doa Nabi Daud ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu cinta Mu,

وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
dan cinta sesiapa yang mencintai Mu,

وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
dan amal yang akan membawa ku kepada cinta Mu.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
Ya Allah, jadikan cinta Mu lebih aku cintai daripada diri ku, keluarga ku, dan air yang sejuk.

[Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no: 3490, hasan gharib].

Copy from: telegram Al-Kahfi.com

Al Kahfi
Channel ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu, nasihat, dan majlis-majlis ilmu.

www.alkahfi.com.my
https://telegram.me/alkahfiservices

Sunday, 1 May 2016

SUNNAH: Doa sebelum dan selepas makan yang jarang kita amal

1. Doa Makan 1

Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang diberi rezeki oleh Allah berupa makanan, hendaklah membaca:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Allaahumma baarik lanaa fiihi wa ath'imnaa khoiron minhu.

Ya Allah, berilah kami berkah dengan makanan itu dan berilah makanan yang lebih baik.

Apabila diberi rezeki berupa minuman susu, hendaklah membaca:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Allaahumma baarik lanaa fiihi wa zidnaa minhu.

Ya Allah, berilah kami berkah padanya dan tambahkanlah kepada kami (berkah) darinya.

HR. At-Tirmidzi 5/506, dan lihat Shahih Tirmidzi 3/158.

Sumber: Hisnul Muslim.

Semuga bermanafaat untuk diamalkan.

2. Doa Makan 2

Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca:

بِسْمِ اللَّهِ

Bismillaah.

Dengan nama Allah (aku makan).

Apabila lupa pada permulaannya, hendaklah membaca:

بِسْمِ اللَّهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi.

Dengan nama Allah di awal dan di akhirnya.

Atau membaca:

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu.

Dengan nama Allah, awal dan akhirnya.

HR. Abu Dawud 3/347, At-Tirmidzi 4/288, dan lihat kitab Shahih At-Tirmidzi 2/167.

Sumber: Hisnul Muslim.

3. Doa Setelah Makan 1

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنِيْ هَاذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ

Alhamdulillaahi-lladzi ath'amanii haadzaa wa rozaqoniihi min ghoiri haulin minnii wa laa quwwah.

Segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan yang memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.

HR. Penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/159.

Sumber: Hisnul Muslim.

Semuga Allah memberikan hidayah dan kefahaman buat kita semua. Barakallahu fikum.

MUSIBAH DAN UJIAN

Sedang ditimpa cubaan dan ujian? Mungkin firman Allah dan hadis Nabi ini mampu memberi ketabahan kepada kita

Cubaan & Ujian

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ، وَإِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ،
فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السُّخْطُ

"sesungguhnya pahala yang besar didapatkan melalui cubaan yang besar pula. Apabila Allah mencintai seseorang, maka Allah akan memberikan cubaan kepadanya, barangsiapa yang redha (menerimanya) maka Allah akan meredhainya dan barangsiapa yang murka (menerimanya) maka Allah murka kepadanya." [HR. At-Tirmidzi no. 2396, dihasankan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi]

Dan beliau sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوْبَةَ فِي الدُّنْيَا
وَإِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah menyegerakan seksaan  baginya di dunia" [HR. At-Tirmidzi no.2396 dari Anas bin Malik, lihat Ash-Shahiihah no.1220]

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَْ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ
قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَْ أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ
مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [Al-Baqarah:155-157]

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

مَا يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ
حَتَّى يَلْقَى اللهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ

"Cubaan akan selalu menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya mahupun pada hartanya, sehingga dia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun." [HR. Ahmad, At-Tirmidzi, dan lainnya, dan dinyatakan hasan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi, 2/565 no. 2399]

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَّ جُلُودَهُمْ قُرِضَتْ بِالْمَقَارِيضِ
مِمَّا يَرَوْنَ مِنْ ثَوَابِ أَهْلِ الْبَلاَءِ.

"Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia, kerana mereka melihat betapa besarnya pahala orang-orang yang ditimpa cubaan di dunia." [HR. Baihaqi: 6791, lihat ash-Shohihah: 2206]

Sesudah Kesulitan Pasti Datang Kemudahan

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراْْْ, إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً ً

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [Alam Nasyrah: 5-6]

Bersabarlah Dan Bersabarlah

Allah Taala berfirman:

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [At Thaghabun: 11]

Allah Taala berfirman,

"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar diberikan pahala bagi mereka TANPA BATAS." [Az-Zumar:10]

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia, sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hamba-Nya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari kiamat." [HR. Tirmidzi no.2396 dalam kitabuz zuhd, Bab "Tentang Sabar Terhadap Ujian", dan dia berkata, "Ini hadis hasan gharib", Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak (I/349), IV/376, 377)]

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

"Tidaklah Allah menganugerahkan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." [HR. Bukhari no. 1469 dalam kitabuz Zakat, Bab "menghindari diri untuk tidak meminta-minta", dan Muslim no.2471 dalam Kitabuz Zakat, Bab "Keutamaan Menjaga Kehormatan dan Sabar"]

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" [QS. 29:2]

"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [QS. 29:3]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [QS. 2:216]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [QS. 2:286]

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [QS. 3:139]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka," [QS. 9:111]

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada IIlah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Rabb yang memiliki 'Arsy yang agung". [QS. 9:129]

"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". [QS. 12:87]

Dipetik dari group whatsapp info Jabatan Mufti Perlis.

Monday, 25 April 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG GAGAL I

CIRI-CIRI ORANG YANG GAGAL I

Banyak ciri-ciri orqng gagal telah melanda kita. Ia telah menjadi darah daging kita. Sebab itu, kita perlu tahu apa itu ciri-ciri orang gagal. Mungkin apabila saya senaraikan ini, maka, sedarlah kita, ciri-ciri tersebut telah menjadi tabiat buruk kita, sebab itu kita susah untuk berjaya.

Selain itu, kita perlu tahu, gagal dalam hidup bukanlah hanya bermaksud kita tidak mempunyai pencapaian dalam hidup. Kadang, orang yang mempunyai pencapaian dalam hidup pun gagal mengurus kehidupannya. Oleh itu, hakikat berjaya dalam hidup seorang manusia apabila kita mampu mengurus kehidupan kita dengan baik, kemas, tersusun dan teratur.

Oleh itu, kita perlu tahu bahawa, antara ciri orang gagal ialah malas, banyak tidur, tidak teratur jadual harian, tidak ada pendirian, mudah terpengaruh, ego, pengecut, lambat melakukan keputusan, lambat dalam melakukan kerja, teragak-agak dalam bertindak, tidak mempunyai pendirian, takut dalam bersuara.

Sebagai contoh, saya ingin bawakan sedikit pengalaman saya. Saya pernah mencipta kejayaan, walaupun kejayaan itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan kejayaan orang lain. Saya pernah mencipta sejarah disekolah saya. Disaat Maktab Mahmud Kulim (MMKL) telah terputus dari memperoleh calon yang mendapat 9A dalam PMR, maka, tidak ada lagi pelajar yang berkekuatan untuk memperolehinya. Kali terakhir pelajar MMKL memperoleh 9A dalam PMR ialah tahun 2007. Selepas itu, tidak ada lagi pelajar yang memperolehinya. Namun, pada tahun 2011, MMKL dikejutkan dengan 2 orang pelajar yang memperolehi PMR 9A ia itu, saya, Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar Nina Purnama Alam dan seorang lagi Muhammad Syihan Hamzah. Inilah dua pelajar yang telah mencipta rekod MMKL. walaupun, kejayaan ini tidak ditulis didalam mana-mana buku sejarag atau diari, namun, ia tetap menjadi sejarah dalam hidup saya. Walaupun ia hanyalah sebuah kejayaan yang tidak ada apa-apa bagi kebanyakan orang.

Kejayaan ini menjadi bukti kepada banyak perkara. Ia mengajar banyak benda dalam hidup saya, mahupun hidup kita semua. Antaranya, saya baru sedar, bahawa, orang yang berjaya dahulu belum tentu dia akan berjaya sekarang. Contohnya, saya bukanlah pelajar cemerlang UPSR. Saya hanya memperoleh 3A 2B dalam UPSR. Saya bukan budak pandai. Saya masih ingat kesedihan yang saya alami apabila ada kawan-kawan memperoleh 5A dan 4A 1B, sedang, saya hanyalah memperoleh 3A 2B. Sedih itu masih dirasa sampai sekarang. Pedih rasanya, namun, saya masih memperoleh kejayaan-kejayaan tertentu dalam kehidupan saya disekolah rendah yang saya boleh banggakan dan dijadikan contoh oleh orang lain.

Kejayaan itu, bukanlah sesuatu perkara untuk dibangga-banggakan, namun, kejayaan itu merupakan satu notivasi untuk orang lain supaya menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Andai anda memiliki kejayaan, kongsilah kepada orang lain, jangan risau untuk merasa bahawa, karya kita tidak akan dibaca oleh orang. Kejayaan itu satu perkara yang positif. kita memilik dua pilihan, sama kita diamkan apa sahaja pencapaian kita dan kejayaan kita dan merasa ia hanyalah satu perkara remeh, atau, kita sebarkan segala pencapaian kita walaupun ia sesuatu yang remeh dan tidak mendapat sambutan ramai orang. Kita yang pilih yang mana lebih bermanfaat.

Bersambung...

Entri ini masih banyak kelemahan dan tidak mempunyai struktur yang baik, ambillah yang mana yang baik dalam kehidupan kita dan mohonlah keampunan Allah atas segala kesilapan, mohon cadangan dan penambahbaikan...

Wednesday, 27 January 2016

Hakikat masa dan pemuda

Dia (Allah) berfirman: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kapada mereka yang menghitung."

Allah berfirman: "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui."

(Surah Al-Mukminun, 23: 112-114)

Inilah hakikat kehidupan dunia. Ia hanya sementara. Memang, manusia akan terlalai beberapa waktu. Kadang, masanya berlalu tanpa terisi apa-apa. Hanya diisi dengan 'berangan' dan 'duduk saja'. Malah, sedarkah kita, banyak kali kita ditanya kawan-kawan,

"Kamu sedang buat apa?"

Jawapan kita

"Tak buat apa-apa, Tengah 'duduk saja'"

Sedangkan, kehidupan inilah penentu kepada dimana kedudukan kita diakhirat kelak, dan bukankah Allah berfirman yang mafhumnya:

Az-Zalzalah:7 - Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Az-Zalzalah:8 - Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Oleh itu, seharusnya kehidupan ini perlu diisi amal soleh. Antaranya ialah isi kehidupan ini dengan melakukan sebanyak-banyaknya amal ibadat mengikut bidang masing-masing.

Ada yang jaguh dalam berkomunikasi bersama manusia dengan akhlak yang baik. Ada yang jaguh dalam menunaikan hajat orang lain. Ada yang jaguh memberi makan kepada orang lain. Ada yang jaguh dalam bersedekah. Ada yang jaguh dalam melakukan puasa sunnat. Ada yang jaguh dalam melakukan amalan sunnah seperti solat sunnat dan berzikir. Ada pula yang jaguh dalam berfatwa dan menyampaikan ilmu.

Namun, hakikatnya, semua itu perlu sampai ketahap berjuang dan berkorban, Kita beraksi dalam keadaan bersusah payah. Buka bersenang lenang. Bukan bermaksud agama itu menyusahkan manusia, malah agama itu mudah.

Tetapi, maksud sebenar ialah, ada cabaran yang kita tempuh dalam perjalanan kita memperoleh redho Allah.

Al-`Ankabūt:2 - Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Kalau kita masih belum merasakan pengorbanan, perjuangan dan kesabaran dalam amal kita, maka, jiwa kita masih belum menerima didikan dari Allah. Jiwa kita masih belum terduga. Iman kita masih belum teruji.

'Āli `Imrān:92 - "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi."

"Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

berjuang menegakkan agama Allah, Menyambung perjuangan salafussholeh memelihara sunnah Rasulullah. Kerana ganjarannya bersifat berterusan. Menegakkan agama dan memelihara sunnah itu bukan hanya menyebarkannya supaya kita dapat lihat manusia jagat raya mengimarahkannya, malah, perjuangan itu termasuklah kita berusaha mengamalkannya dalam kehidupan hingga ia sebati dalam jiwa dan perasaan.

Namun, lumrah perjuangan, ia memerlukan mujahadah. Perjuangan memerlukan kekuatan diri untuk melawan nafsu 'malas' dan nafsu 'tidur'. Banyak perkara yang perlu dikorbankan.  Bukan hanya menjadi slogan, laungan, dan coretan diatas kertas.

Sebagai contoh, adalah perkara yang mudah kita menyeru manusia dengan kata-kata untuk bangun tahajjud dan solat subuh diawal waktu, namun, berapa ramai yang mampu istiqamah melakukannya? Inilah perjuangan menegakkan agama Allah! Menegakkannya dalam masyarakat dan dalam jiwa dan diri kita sendiri.

Itulah perjuangan hakiki sebenarnya.

Hanya yang benar-benar bermatlamat besar, ingin menginfakkan diri kejalan perjuangan akan kekal istiqamah. Hanya yang benar-benar ikhlas kerana Allah yang akan mendapat ganjaran. Hanya yang mencapai darjat 'ahsanu amala' yang akan beruntung.

"Maka sesiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang yang BERJAYA."

(Al Mukminun, 23: 102)

Sungguh, perjalanan ini perjalanan yang penuh rintangan. Penuh cabaran. Mental yang kuat harus dipersiapkan. Semoga kita istiqamah dan mujahadah. Syukur dan sabar.

Thursday, 24 December 2015

Riak selalu datang

Dalam beramal dan berjuang, iblis tidak pernah putus asa untuk membuatkan amalan kita itu tidak diterima Allah. Iblis sudah berjanji, janji itu dirakam oleh Allah di dalam Al-Quran,

(قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ * إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ)
[Surat Al-Hijr 39 - 40]

Al-Ĥijr:39 - Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mempercantikan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Al-Ĥijr:40 - "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (yang dibersihkan dari sebarang syirik)".

Iblis, dia akan menyesatkan seluruh anak adam. Penipuan iblis mampu menyebabkan segala amalan manusia tidak diterima. Hanya hamba Allah yang ikhlas dalam amalnya sahaja akan diterima amalan tersebut oleh Allah. Antara tipu daya iblis untuk memastikan amalan seseorang tidak diterima ialah perasaan riak.

Kerisauan sang utusan

Para salafussoleh sangat risau diri mereka terjebak dengan riak dalam beramal. Sedangkan, mereka ialah manusia yang tinggi darjatnya disisi Allah. Rasulullah menyatakan kebimbangannya terhadap kita dalam hadisnya:

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ،
Mahmud bin Labid radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kalian ialah syirik kecil.

قَالَ : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ؟
Sahabat bertanya: Apakah itu syirik kecil?

قَالَ : الرِّيَاءُ ، إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ يُجَازِي الْعِبَادَ بِأَعْمَالِهِمُ :
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Riak. Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari Dia membalas hamba-hambaNya di atas amalan mereka:

اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا ، فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً أَوْ خَيْرًا "

Pergilah kalian kepada sesiapa yang kalian menunjuk-nunjuk (amalan kalian di dunia). Lihatlah! Adakah kalian akan menemui sebarang balasan atau kebaikan daripada mereka

[Syu’ab al-Iman, Al-Khamis wa Al-Arba’un Min Syu’ab al-Iman, hadis no: 6412, Shaikh al-Albani berkata dalam al-Silsilah al-Sahihah: Isnadnya baik]

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ ,

Selain itu, kita tahu bahawa, fitnah dajjal merupakam fitnah yang sangat besar buat umat Rasulullah, namun, cuba kita amati dan lihat dengan teliti pesanan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ini:

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata:

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui kami, dan ketika itu kami sedang berbincang tentang dajjal.

فَقَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ " ,

Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Mahukah kalian aku beritahu tentang apa yang aku lebih takut menimpa kalian berbanding dajjal?

قَالَ : قُلْنَا : بَلَى , فَقَالَ :

Para sahabat menjawab: Sudah pasti!

" الشِّرْكُ الْخَفِيُّ , أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Syirik yang tersembunyi. Iaitu seseorang mendirikan solat lalu mencantikkan solatnya kerana dia melihat ada orang sedang melihatnya.

[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344. Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]

Riak dalam berbakti

Riak itu, kita melakukan amal dan kebajikan bukan kerana Allah. Perasan riak akan selalu mengganggu jiwa kita apabila kita beramal. Sedang kita berbakti dan berbuat kebajikan kepada ibu dan adik-beradik, timbul rasa terpaksa dan terganggu. Hal ini membuatkan bakti kita tidak berkualiti. Mana tidaknya, ada timbul sekelumit rasa terpaksa dalam jiwa kita.

Lawan perasaan riak ialah ikhlas. Ikhlas dalam berbakti itu perlu dididik dan dilatih. Memang, gangguan-gangguan jiwa seperti ini akan datang kepada kita. Kadang, ada juga yang merasakan apa yang dilakukan hanyalah membuang masa dan sia-sia. Hal Ini semua merupakan bisikan syaitan yang harus dijauhi dan dihilangkan.

Kita harus sentiasa melazimi perkara-perkara berikut ketika sedang beramal:

1. memperbaharui niat kita sambil melakukan kebajikan tersebut

2. beristghfar dan memohon perlindingan Allah.

3. Kita juga dianjurkan untuk mengucapkan

.لا حول ولا قوت إلا بالله

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.

Hal ini kerana, hanya Allah tuhan yang mampu membantu hamba-hambanya daripada segala gangguan dan kesulitan.

Kita juga perlu ingat dan pesan pada diri, berbakti kepada ibu bapa merupakan satu amalan yang besar ganjarannya. Rasulullah pernah menyarankan sahabat untuk terus berbakti kepada ibu bapa sekiranya mereka masih ada.

Jadi, peluang yang masih berbaki, sementara ibu bapa kita masih ada, kita pula sedang bercuti, harus kita gunakan peluang itu untuk berbakti sepenuhnya untuk ibu bapa kita. Itulah antara cara fikir yang harus diterapkan untuk melawan perasaan riak yang selalu menyinggah dalam diri.

Boring dan Bosan

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai remaja sekarang, mereka selalu mengungkapkan 'boring' dan bosan apabila berada dirumah bersama keluarga. Hal ini berlaku kerana, mereka tidak membantu ibu mereka melakukan kerja rumah. Masa mereka banyak dihabis dialam maya, bersembang dalam group whatsapp, 'scolling' wall facebook yang entah bila penamatnya, dan berseronok berlebih-lebihan bersama rakan.

Membaca buku yang bermanfaat pun mereka tidak lagi berminat. Jadi, apabila sudah bosan dengan alam maya, maka, mereka menjadi sangat bosan secara keseluruhan.

Maka, apabila diajak melakukan kebajikan seperti membantu ibu dan keluarga, para remaja merasa ia bukan jiwa mereka. Maka, hal inilah yang menyebabkan perasaan terpaksa dalam beramal itu datang, perasan melakukan kebajikan kerana manusia itu menyinggah, kerana kerja membantu ibu bapa bukanlah satu kerja yang mampu mengaut publisiti. Ia satu kerja yang memerlukan hati yang tulus ingin membantu dan jiwa yang yakin dengan janji Rasul.

Begitu juga dalam kerja agama

Begitu juga dalam melakukan kerja agama. Kadang kala, timbul riya dalam jiwa kita. Timbul perasaan ingin berjuang untuk memperoleh kemasyhuran, Inginkan perhatian daripada manusia. Kita rasa cemburu dengan orang lain yang 'famous' apabila dia bercakap tentang agama dan 'update' status berunsur agama.

Sedangkan, kerja agama bukanlah memerlukan kemasyhuran. Ramai sebenarnya manusia yang tidak dikenali hingga sekarang, namun, jasa mereka terhadap agama Allah sangat besar dan luar biasa. Hinggakan, mungkin mereka sendiri tidak sedar mereka telah berjasa terhadap agama Allah.

Malahan, ada yang namanya tidak disebut pun hingga sekarang, namun, hasil usahanya telah membuatkan ramai manusia yang kembali kepada Allah dan mengimarahkan dunia dengan islam, nama Allah dijadikan sanjungan dan diagung-agungkan.

Lihatlah tukang pasang paip, tukang pasang litar elektrik, cameraman, dan ramai lagi manusia belakang tabir. Mereka ini, sebahagian besarnya tidak dikenali manusia ramai. Namun, jasa mereka sangat luar biasa. Dengan jasa mereka, ramai manusia telah mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah menerima amalan mereka dan menempatkan mereka bersama orang-orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Bahaya riyak

Ambillah perhatian daripada pesanan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam yang satu ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

" قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى :
Allah Tabaraka wa Ta'ala berkata:

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ ،
Aku tidak memerlukan kepada sekutu daripada segala perbuatan syirik.

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي
Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku bersama yang lain.

تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Nescaya Aku tinggalkan dia kepada apa yang dia sekutukan itu.

[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaiq, hadis no: 2985]

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim:

ومعناه أنا غني عن المشاركة وغيرها ،
Maksudnya: Aku tidak perlu kepada apa-apa sekutu dan selainnya.

فمن عمل شيئا لي ولغيري لم أقبله ،
Sesiapa yang melakukan sesuatu amal untuk Ku dan untuk selain Ku, nescaya Aku tidak akan menerima amalnya.

بل أتركه لذلك الغير .
Bahkan aku meninggalkannya kepada apa yang dia sekutukan.

والمراد أن عمل المرائي باطل لا ثواب فيه ، ويأثم به .
Ini bermaksud amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas adalah terbatal. Tiada pahala padanya, bahkan yang ada ialah dosa.

Sungguh, riak itu satu kesalahan yang sangat besar, namun, ia sangat mudah menyinggah dalam jiwa kita. Lebih mengerikan, ia menyinggah tanpa sedar! Oleh sebab itu, kita harus selalu bermunajat kepada Allah dan memohon bantuanNya dalam setiap amal kita.

Tuesday, 22 December 2015

Cinta Rasul, Satu Perjuangan dan Mujahadah

cinta Rasul, Satu Perjuangan dan Mujahadah. Cinta rasul tidak cukup dengan berselawat. Ya, benar. Selawat juga tanda cinta Rasul. Dengan selawat yang diucapkan penuh penghayatan akan membolehkan kita memperoleh syafaat nabi, insyaAllah.

Namun, hakikatnya, tanda cinta Rasul yang tertinggi ialah kita berjuang. Bermujahadah. Berjuang demi agama yang dibawa oleh Rasulullah. Berjuang mengamalkan sunnnah rasul. Apabila kita sebut tentang sunnah, ramai yang akan berkempen, kita harus memakai pakaian sunnah, pakaian putih. Memakai serban. Makan makanan sunnah. Memakai rida'.

Itu semua sebenarnya sunnah, tetapi, sunnah sebenarnya mempunyai skop yang lebih luas dan realistik. Mempunyai mempunyai konsep tawakal betul dan mempunyai pegangan iman yang kuat juga merupakan sunnah Rasul. Malah, perkara ini yang menjadi perjuangan utama Rasulullah.

Seorang anak, menghormati dan berbakti bersungguh-sungguh kepada ibu bapanya juga merupakan sunnah yang besar. Kerana, Rasulullah menyuruh kita semua untuk menghormati mereka. Melakukan solat awal waktu juga merupakan sunnah yang luarbiasa. Mengamalkan zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah, meringankan beban dan menunaikan hajat saudara kita yang memerlukan, bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan membaca Al Quran serta melakukan pelbagai amalan sunnah yang lain, itu juga merupakan tanda kita cinta kita kepada Allah. Skopnya sangat besar sebenarnya.

Memang benar. Andai kita cinta rasul, kita akan memuji baginda. Menjulang baginda dengan syair dan kata-kata. Menulis puisi tentang baginda. Ingat baginda sehingga menitis air mata kita. Menangis kita. Bagi kita, inilah bukti tertinggi kecintaan kita kepada Rasulullah. Hati kita menjadi sedih. Hiba. Pilu. Terkenang-kenang baginda hingga mungkin kita 'angau' dan teringat-ingat akan baginda.

Ada yang berkumpul beramai-ramai mengingati baginda. Adakan majlis qasidah untuk memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah.

Tak cukup dengan itu, kita panggil orang yang mengaku dirinya keturunan nabi, para habaib, kita bertemu syeikh-syeikh untuk mengetuai majlis qasidah kita. Para alim u'lama juga kita datangi tempat pengajian mereka untuk berkumpul dan beliau memimpin majlis qasidah tersebut. Sejuk hati kita melihat wajah u'lama. Apatah lagi melihat wajah rasulullah.

Semuanya tak lain tak bukan supaya kita rasa kita dekat dengan Rasulullah. Supaya kita rasa kita sangat hampir dengan baginda. Kita berdamping dengan guru-guru yang kita anggap mereka u'lama. Ulamakan pewaris nabi.

Nak bagi rasa dekat lagi, kita tambahkan lagi apabila menghadiri majlis qasidah dan majlis cinta nabi dengan pakaian serba putih. Jubah. Semua seragam. Hampir seragam. Hati kita rasa tenang. Pakai serban. Letak rida' dibahu. Kenapa? Kerana, kita kata, ini sunnah Rasulullah. Sunnah rasul dalam berpakaian.

Hinggakan, Ustaz Don pernah kata dalam tanyalah ustaz di TV 9 hari khamis 24/12/2015, antara cara ingin memupuk cinta nabi, perlu gantung gambar-gambar peninggalan nabi, gambar masjid nabawi, mahupun capal nabi.

Hakikatnya, cinta Rasul harus lebih daripada itu. Lebih yang bagaimana? Tujuan agama ini diturunkan ialah menjadi petunjuk kepada manusia. Tujuan Rasulullah diutus untuk menjadi contoh teladan yang baik seperti yang terdapat dalam banyak Ayat Al Quran dan hadis.

"Tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Itulah maksud tujuan utama agama diturunkan tuhan. Agama inilah yang diperjuangkan dan dibawa dengan bersusah payah oleh Rasulullah. Yang paling peting. Rasulullah membawa agama ini bukan satu perkara yang mudah. Korban perasaan. Korban jiwa. Pedih hati dicaci. Korban tenaga. Letih. Penat. Rasulullah tetap berjuang. Kerana apa? Kerana, itulah tujuan paling utama baginda diutus menjadi rasul. Oleh itu, kita harus menumpukan lebih perhatian untuk memperjuangkan tujuan utama Rasulullah andai kita cinta nabi.

Malah, antara cabaran yang Rasulullah terima ialah membawa wajah agama yang sebenar kepada manusia. Wajah agama yang Rasulullah harus bawa bukan sekadar menjadikan agama itu satu silibus atau subjek untuk menjadi perbincangan manusia.

Sebagai contoh, tauhid, syariah dan akhlak yang Rasulullah bawa bukan sekadar tauhid yang menjadi perbualan dan perbahasa ilmu dalam majlis-majlis. Bukan hanya menjadi bahan kajian dan diskusi. Tetapi, ia lebih rumit daripada itu.

Aspek-aspek agama tersebut yang dibawa hingga menjadi darah daging para sahabat. Tauhid yang Rasulullah bawa mampu membuatkan mereka akur dengan apa sahaja perintah Allah. Mereka menjadi manusia yang sanggup bekorban harta, nyawa, jiwa, perasaan, maruah, dan keluarga demi tuhan dan agama tuhan.

Inilah perjuangan Rasulullah. Jadi, sebagai tanda cinta kita kepada Rasulullah, kita harus sambung perjuangannya. Namun, perjuangan ini tidak boleh disambung dengan 'duduk saja'. Ia perlukan kesungguhan. Pengorbanan. Kita harus keluar dari zon selesa. Semua itu harus dilakukan dengan cara kita bermujahadah. Kita berperang dengan diri sendiri. Lawan, lawan, lawan. Hingga kita melangkah setapak demi setapak.

Jadi, berjuang itulah tanda kita cinta Rasulullah. Kita berjuang meninggalkan hiburan yang berlebihan diganti dengan amalan Rasulullah seharian. Kita berjuang menghafal zikir-zikir Rasulullah yang sahih yang telah dikumpul oleh para u'lama, kita berjuangan bermujahadah memperbaiki solat kita dan ibadah kita sesuai dengan hadis-hadis sahih.

kita berjuang menghafal firman-firman Allah, kita berjuang menuntut ilmu, kita berjuang dengan berdakwah kepada masyarakat. Kita berjuang dan berusaha dengan penuh ikhlas ingin mengeluarkan remaja dan anak muda daripada hiburan berlebihan, kita bangkit membela apabila u'lama besar dihina. Kita berjuang menyebarkan hadis-hadis sahih dan memerangi hadis-hadis yang direka dialam nyatavdan alam maya. Kita berbakti sehabis baik kepada kedua ibu bapa kita.

Sungguh, inilah perjalanan kita kearah cinta Rasulullah yang paling tinggi.

Sunday, 20 December 2015

Kagum kepada seseorang

Seorang lelaki  boleh angaukan secara luarbiasa seorang wanita, walaupun dia belum tahu wanita itu cintakan dia atau tidak. Begitu juga sebaliknya. Hal ini boleh jadi disebabkan oleh 'ain.

Kalau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai 'evil eye'. Pengaruh pandangan. Perkara Penyakit ain ini boleh menyerah siapa sahaja, dari siapa sahaja. Seorang lelaki yang kagum dengan kecantikan wanita, boleh berlaku 'ain. Seorang wanita memandang seorang lelaki juga boleh belaku 'ain.

Sebab itu, kita perlu hati-hati apabila ada orang mengungkapkan kekaguman kepada kita. Ia boleh belaku tanpa sedar. Boleh jadi akan beraku 'ain.

Keluarga awak hebat-hebat

Saya sangat kagum dengan awak

Kau hebatlah

Kenapa keluarga kau hebat-hebat sangat

Geramnya aku tengok kau

Dan pelbagai lagi ungkapan. Kita juga harus berhati-hati apabila mengagumkan melahirkam rasa kagum kepada seseorang. Atau menyimpan rasa kagum. Kerana, kesan 'ain mampu menimpa kita dan mampu juga menimpa orang yang kita kagumi. Kadang kita anggap biasa.

Ain juga boleh datang disebabkan dengki atau kebencian. Tetapi, perkara ini memang kita sedia maklum. Yang kita selalu terlepas pandang ialah 'ain yang disebabkan kekaguman. Saya ada sedikit pengalaman mengenai 'ain. Saya akan kongsikan dientri akan datang.

Sebab itu, andai kita tidak bisa melupakan seseorang, hingga ia sentiasa diingat oleh kita setiap detik dan setiap masa, dalam tandas, dalam bilik, ketika berseorangan dan ketika ibadah, hal ini mungkin disebabkan oleh 'ain. Sebab itu Al Quran menganjurkan dan menyuruh kita untuk menjaga pandangan. Memang, melihat perkara yang indah dan jelita itu mengasyikkan. Tetapi, ia akan mendatangkan kesan kepada kehidupan seharian, mental, malah emosi kita.

Merenung mata ajnabi, ia ialah sesuatu yang indah bagi sebahagia besar kita. Dari padangan, turun ke hati. Kemudian, berputiklah perasaan yang indah dalam hati. Ia mengalir keseluruh tubuh. Perasaan itu bermain-main dalam minda, perasaan dan jiwa. Sangat lama. Walaupun, kita hanya bertentang mata seketika. Namun, kesannya amatlah parah sebenarnya. Ditambah pula, kita tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang amalan yang diajar Rasulullah tentang doa dan zikir untuk mengatasi penyakit 'ain. Yang tahu tapi tak amal pun satu masalah.

Ada sebuah penulisan yang menarik yang ingin saya kongsikan yang harus kita hadam. Kerana, penyakit 'ain ini dinyatakan oleh Rasulullah. Kesanya kepada kehidupan sangat luarbiasa. Hingga mampu melibatkan taqdir. Cuba hadam baik-baik penulisan ini:

https://muslimah.or.id/42-menjaga-anak-dari-bahaya-ain.html

Penulis: Ummu Ziyad
Muroja’ah: Ust. Subhan Khadafi, Lc.

Kenikmatan adalah hal yang didambakan setiap orang. Dan setiap kenikmatan juga dapat sekaligus menjadi ujian bagi seseorang. Salah satu kenikmatan yang dikaruniakan oleh Allah bagi sepasang insan adalah hadirnya sang buah hati dalam kehidupan. Ketika telah lahir, maka fisiknya yang lucu mengundang orang untuk memandang, memanjakan, menyentuhnya. Dan ketika tumbuh beranjak menjadi sosok kanak-kanak, tetap tingkah lakunya banyak mengundang perhatian orang.

Dengan sebab ini, maka perlulah kita ketahui sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam“Setiap yang memiliki kenikmatan pasti ada yang iri (dengki).” (Shahihul Jami’ 223. Lihat majalah Al Furqon). Perlu menjadi perhatian bagi orang tua bahwa dalam syari’at Islam telah dijelaskan adanya bahaya ‘ain (pandangan mata) terutama bagi anak-anak. Pandangan mata yang berbahaya ini dapat muncul dengan sebab kedengkian orang yang memandang atau karena kekaguman.

Bahaya ‘Ain

Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitabTafsir Surat Muawwadzatain berkata, “Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang terkadang bisa mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, hewan, tanaman, dan harta. Dan terkadang pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.” Pengaruh dari bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallamsebagaimana firman-Nya,

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan ‘Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam [68]: 51)

Terdapat pula hadits dari Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

العين حقُُّ ولو كان شيء سابق القدر لسبقته العين

“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)

Subhanallah, lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi ada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain bukan karena rasa dengki namun karena rasa takjub. Sebagaimana dalam hadits,

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahwa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamamh, “Maka terpelantinglah Sahl.” Kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi Amir. Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!” Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengobatan orang yang tertimpa ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut (*). Maka Amir mandi dengan menggunakan satu wadah air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, ujung-ujung kakinya dan bagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sadar dan berlalulah bersama manusia.” (HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cet tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).

(*) Kata mandi yang ada di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik dalam kitab Al MuwatthoWallahu a’lam.

Tanda-Tanda Terkena ‘Ain

Tanda-tanda anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar (bukan karena lapar, sakit atau mengompol), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mau menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau kondisi tubuh sang anak kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.

Sebagaimana dalam hadits dari Amrah dari ‘Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata, “Pada suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu Beliau berkata,

ما لِصبيِّكم هذا يبكي قهلاََ استرقيتم له من العين

“Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang bisa mengobati dia dari penyakit ‘ain?” (HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Begitu pula hadits Jabir radhiallahu’anhubahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Asma’ binti Umais,“Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Berlindung dari Bahaya ‘Ain

Sesungguhnya syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya bagi umatnya, maka Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam tentu telah menjelaskan tentang perkara tersebut dan cara-cara mengantisipasinya. Begitu pula dengan bahaya ‘ain ini.

1. Bagi Seseorang yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain

Berdasarkan hadits Abu Umamah di atas maka hendaknya seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:

مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ

Artinya:

“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”

2. Bagi yang Memungkinkan Terkena ‘Ain

Sesungguhnya ‘ain terjadi karena ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak berlebihan dalam membanggakan anaknya karena dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang sang anak. Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah nampak baik dari kepintaran sang anak, fisiknya yang masya Allah, maka hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang telah diajarkan Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, diantaranya adalah surat muawadzatain (surat Annas dan al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, yaitu:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِِ وَ هَامَّةِِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِِ لامَّةِِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan setan, binatang beracung dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Atau dengan doa,

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).

Kemudian, terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibrilalaihissalam ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat gangguan setan, yaitu:

بِسْمِ اللهِ أرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءِِ يُؤْذِيْكََ مِن شَرِّ كُلِّ نَفْسِِ وَ عَيْنِ حَاسِدِِ اللهُ يَشْفِيكَ

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Dan terdapat do’a-do’a lain yang dapat dibacakan kepada sang anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)

Kesalahan-Kesalahan Dalam Penjagaan dari Bahaya ‘Ain atau Sejenisnya

Memang bayi sangat rentan baik dari bahaya ‘ain ataupun gangguan setan lainnya. Terdapat beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan tersebut karena tidak berdasarkan pada nash syari’at. Diantara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

Menaruh gunting di bawah bantal sang bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini termasuk kesyirikan karena menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya.Mengalungkan anak dengan ajimat, mantra dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan hanya akan melemahkan sang anak dan orang tua karena berlindung pada sesuatu selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Perlulah kita selalu mengingat, bahwa sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh sangat besar dan berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu. Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadits-hadits shahih Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, yaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammadshallallahu ‘alaihi wa sallam. Wallahu a’lam.

Update per tanggal 22 Januari 2012, Penulis mendapatkan faedah baru tentang mendoakan keberkahan agar orang lain tidak terkena ‘ain. Silakan baca selengkapnya di sini.

Maraji’:

Majalah Al Furqon edisi 4 Tahun V/Dzulqo’dah 1426.

Doa-Doa dan Ruqyah dari Al Qur’an dan Sunnah. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani. Media Hidayah. 2004.

Tafsir Surah Muawwadzatain. Imam Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Akbar. 2002.

Tumbuh di Bawah Naungan Ilahi. Syaikh Jamal Abdul Rahman. Media Hidayah. 2002.

***

Artikel www.muslimah.or.id

Jadilah pencegah kemungkaran

Pencegah kemungkaran itu, kadang, mereka dilihat sebagai orang dingin. Pemecah belah masyarakat. Tidak hormat ulama. Larang orang melakukan kebaikan. Tidak meraikan orang lain. Kasar dan keras. Sedangkan, merekalah manusia yang berhati lembut, dalam fikiranya, halus jiwanya, tinggi belas kasihannya. Luar biasa empati dan simpatinya.

Benar, ada yang melakukan cegah mungkar tidak berhikmah. Tetapi, kita juga jangan jadi orang yang cepat menghukum. Harus sentiasa rasional dan bergantung harap kepada Allah. Pencegah kemungkaran juga, mereka dibentuk berdasarkan latar belakang yang mereka terima. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu ikutkan perasaan dan terlalu tenggelam dalam 'zouq'.

Kadang kala, hal-hal seperti ini membuatkan kita hilang rasional. Kerana, kita telah tengelam dengan 'zouq' dan perasaan yang dalam dan maha indah. Kita rasakan, itulah kelembutan dan kebenaran yang hakiki. Sekali sekala, harus juga kita mempunyai elemen literal dalam menilai sesuatu. Harus melibatkan teks dan konteks. Jangan hanya pentingkan perasaan dan latar belakang kita sahaja. Fikirkan juga latar belakang, sudut pandang dan 'rasa' orang lain.

Dan, jangan kita jadi orang yang menyembunyikan kebenaran, dan ego dengan hujjah yang datang. Jadilah kita daripada golongan 'mereka', pencegah kemungkaran walaupun ia pahit. Walaupun, sekitar kita semuanya sedang tenggelam dengan keindahan kemingkaran itu. Jangan kita sembunyikan kebenaran kerana ia satu kezaliman yang besar.

Teringan saya dengan sebuat status Dr MAZA di fb:

Dosa ulama yang menyembunyikan kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan menerangkan semula hakikat yang sebenar.

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ (159) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

(maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Apa yang beliau kongsikan ialah ayat Al Quran dan secebis tentang pandangannya. Kita seharusnya mengambil ibrah atau pengajaran daripada firman TUHAN KITA ini. Ini ialah ancaman Allah kepada kita andai kita menyelewengkan kebenaran dan menyembunyikan kebenaran dari Allah.

Entri ini sedang mengalami penambah baikan. Cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.

Saturday, 19 December 2015

Bahasa Arab, dimana kita?

Abang Atif, kalau Abang Atif ada terbaca entri ini, saya mohon izin untuk kongsikan mesej abang di group sebentar tadi... Harap tak ada masalah ya.

Mesej Abang Atif dalam group TG Ini benar-benar menyentak. Tadi, aku and my brother tetapkan 'rule' dalam group whatsapp adik-adik kem Tunas Geliga 3 untuk speaking dalam english kalau nak chat dalam group tu. Yalahkan, kita dah gunakan bahasa sendiri, bahasa melayu bertahun-tahun. Aku rasa, tiba saatnya untuk kita belajar dan mampu belajar bahasa arab dan bahasa inggeris. Banyak kebaikannya. Sama sekali tidak berniat untuk meninggalkan bahasa sendiri. Cuma, ingin memperkayakan ilmu pengetahuan dan keluar daripada zon selesa. Barulah kita akan berilmu dan berkemahiran.

Selepas sahaja aku tetapkan 'rule', alhamdulillah, semuanya ada usaha untuk 'speaking'. Setelah bersembang lama, mereka pun berhenti. Untuk lakukan kerja masing-masing mungkin.

Lega rasanya apabila mereka berhenti bersembang, kalau tidak, petul 'noti' aku. Pernah sehari hinggal mencecah 1.5+++ k conversation!

Apabila group itu sudah sunyi, tiba-tiba, masuk satu mesej. Mesejnya seperti dibawah:

"Rugi x faham bahasa inggeris sbb x fhm org ckp

Lagi rugi x fham bhasa arab sbb x fham tuhan manusia berfirman...

Huhu"

Tersentak beb!

Sama-sama kita usaha dan berubah. Sentak, sentak juga. Tapi kalau tak ada perubahan dalam kehidupan kita, tak guna juga.

Teringat pesan ustaz Zahazan Mohamed dalam perkampungan sunnah siri 2, hari pertama. dalam kuliah subuhnya. Tema perkampungan sunnah kali itu ialah Al Quran sebagai khazanah ilmu. Jadi, hadirin yang hadir memang didedahkan dengan bagaimana Al Quran itu mampu menjadi kesan kepada kehidupan manusia:

"Kita, 'speaking' melebihi orang putih, dirumah pun speaking. Tapi, apabila suruh cakap arab, merangkak-rangkak. Ada yang tak mampu. Malah, ada yang tak faham apabila membacanya"

Sekali lagi tersentak. Kita dah belajar bahasa arab bertahun-tahun. Tapi, kita masih tak mampu cakap arab. Kita baca Al Quran berkali-kali. Tapi, kita tak pernah faham apa mesej yang dibawa Al Quran. Sedangkan, Al Quram itu datang untuk menjadi petunjuk kepada manusia. Mana mungkin Al Quran akan menjadi petunjuk kepada manusia sekiranya ia tidak mampu difahami kita.

Al Quran, harus menjadi sampai ketahap sebuah novel. Bukan saya nak samakan Al Quran dengan novel. Tapi, cara kita tersentuk apabila membaca novel. ramai orang yang mampu menangis apabila membaca novel. Tapi, tak ramai dikalangan kita yang mampu menangis apabila membaca Al Quran disebabkan peringatan-peringatan dan amaran keras dalam Al Quran. Kita mampu mengambil pengajaran daripada sebuah novel. Namun, kita agak sukar untuk menjadikan Al Quran itu mengajaran kepada hidup kita.

Kerana, kita masih tak mampu membacanya sebagai sebuah kitab petunjuk kepada manusia. Kitab yang mampu membezakan haq dan batil. Benar dan salah. Kita yang menjadi inpirasi kepada kita.

Bro Kamruddin berpesan:

"Al Quran dan agamalah yang membuatkan diri saya sangat bermotivasi. Dulu, waktu dizaman kristian, saya hanyalah seorang yang biasa-biasa. Namun, Al Quran mempunyai banyak motivasi di dalamnya."

Inilah manusia yang telah memandang Al Quran sebagai sebuah kitab petunjuk. Buka hanya sebuat kitab yang boleh dibuat taranum. Bukan hanya sebuah kita yang ayatnya digantung dirumah sebagai perhiasan. Kerana, dia membaca Al Quran dengan memahaminya.

Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan abi. Suatu hari, abi cuba mengubat orang yang sedang terkena gangguan jin. Dalam sesi dialog bersama jin. Abi berkata kepada khalayak ramai yang menyaksikan dialog itu.

"Gantungan itu untuk apa?"

Abi bertanya kepada khalayak ramai.

Jari telunjuk abi menunjuk kearah sebuah gantungan frim yang tertulis padanya ayat kursi. Gantungan itu digantung betul-betul berada diatas pintu masuk rumah.

Macam-macam, jawapan mereka.

Antara jawapannya ialah,

"Nak bagi jin tak masuk ustaz."

"Oh, nak bagi jin tak masuk, tapi sekarang saya tengah berdialog dengan jin di dalam rumah ini."

Jawap abi spotan.

"Adakah  gantungan itu mampu menghalang daripada jin masuk kedalam rumah ini? Sedangkan saya tengah berdialog dengan jin sekarang didalam rumah ini"

"Jadi, turunkan gantungan itu."

Bagi saya, ini sebenarnya soal aqidah. Kepada siapa kita begantung sebenarnya. Tak heran, kalau ada masyarakat kita menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal pelindung. Kenapa jadi begini? Kerana, ramai kita yang tidak memandang Al Quran sebagai sebuah mukjizat apabila mesej didalamnya difahami. Malah, ada sebahagian kita menganggap, cukup Al Quran itu akan menjadi hikmat apabila ia dibaca. Mesej tauhid dalam Al Quran harus dihayati, diamalkan dan disebarkan dalam kehidupan manusia. Barulah, Al Quran menjadi mukjizat dan petunjuk.

Banyak kisah-kisah yang abi cerita. Ada ustaz, 3 4 orang keletihan membaca ayat Al Quran kepada seorang yang kerasukan jin 'berpangkat tinggi'. Namun, bacaan Al Quran itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pesakit. Kerana mereka baca sekadar baca. Ia tidak menjadi doa dan tawakal yang tertinggi kepada Allah. Inilah sebenarnya tauhid.

Al Quran mampu mengubah manusia kerana ia menjadi sebuah kitab yang difahami. Datangnya Al Quran kepada kita untuk difahami mesejnya. Barulah Al Quran itu petunjuk kepada manusia. Barulah Al Quran itu mukjizat kepada manusia sehingga hari qiamat.

Belajarlah bahasa arab dengan cara yang paling tepat. Hingga, kita mampu memahaminya dengan cara mendengar percakapan, membaca tulisan tanpa baris, dan menulis secara lancar. Hingga sebati! Hingga, ia difahami seakan-akan kita memahami bahasa asal kita.

Entri ini sedang mengalami penambahbaikan. Komen dan cadangan amatlah dialu-alukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...