Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

Jadilah pencegah kemungkaran

Pencegah kemungkaran itu, kadang, mereka dilihat sebagai orang dingin. Pemecah belah masyarakat. Tidak hormat ulama. Larang orang melakukan kebaikan. Tidak meraikan orang lain. Kasar dan keras. Sedangkan, merekalah manusia yang berhati lembut, dalam fikiranya, halus jiwanya, tinggi belas kasihannya. Luar biasa empati dan simpatinya.

Benar, ada yang melakukan cegah mungkar tidak berhikmah. Tetapi, kita juga jangan jadi orang yang cepat menghukum. Harus sentiasa rasional dan bergantung harap kepada Allah. Pencegah kemungkaran juga, mereka dibentuk berdasarkan latar belakang yang mereka terima. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu ikutkan perasaan dan terlalu tenggelam dalam 'zouq'.

Kadang kala, hal-hal seperti ini membuatkan kita hilang rasional. Kerana, kita telah tengelam dengan 'zouq' dan perasaan yang dalam dan maha indah. Kita rasakan, itulah kelembutan dan kebenaran yang hakiki. Sekali sekala, harus juga kita mempunyai elemen literal dalam menilai sesuatu. Harus melibatkan teks dan konteks. Jangan hanya pentingkan perasaan dan latar belakang kita sahaja. Fikirkan juga latar belakang, sudut pandang dan 'rasa' orang lain.

Dan, jangan kita jadi orang yang menyembunyikan kebenaran, dan ego dengan hujjah yang datang. Jadilah kita daripada golongan 'mereka', pencegah kemungkaran walaupun ia pahit. Walaupun, sekitar kita semuanya sedang tenggelam dengan keindahan kemingkaran itu. Jangan kita sembunyikan kebenaran kerana ia satu kezaliman yang besar.

Teringan saya dengan sebuat status Dr MAZA di fb:

Dosa ulama yang menyembunyikan kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan menerangkan semula hakikat yang sebenar.

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ (159) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

(maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Apa yang beliau kongsikan ialah ayat Al Quran dan secebis tentang pandangannya. Kita seharusnya mengambil ibrah atau pengajaran daripada firman TUHAN KITA ini. Ini ialah ancaman Allah kepada kita andai kita menyelewengkan kebenaran dan menyembunyikan kebenaran dari Allah.

Entri ini sedang mengalami penambah baikan. Cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.

Sunday, 23 August 2015

Dakwah nabi, dimana kita sekarang?

Dakwah nabi, bermula dengan secara smbunyi. Dakwah itu dilakukan kepada saudara dan kawan-kawan terdekat, yang sudah kelihatan berpotensi menerima mesej yang ingin disampaikan.

Tak kira, apa darjatnya. Bahkan, banyak daripada mereka ialah hamba, orang miskin, golongan-golongan yang rendah darjatnya dalam masyarakat. Memang, ada yang kaya, seperti Siti Khadijah. Ada yang berpengaruh dan hartawan seperti Abu Bakar. Namun, mesejnya ialah, dakwah itu tetap berjalan bagi siapa yang hatinya lunak.

Masalah kita, kita selalu memilih-milih dalam berdakwah. Nak pilih orang yang hensem. Nak pilih orang yang kaya, orang yang berpengaruh. Ya, benar. Dakwah itu memerlukan orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi, ingatlah. Nabi pernah ditegur oleh Allah dalam surah A'basa. Kerana baginda mengendahkan orang buta, yang dahagakan mesej dari baginda.

Bergeraklah dalam jalan dakwah. Mula dengan kecil-kecilan. Ikhlaskan diri. Sabar. Istiqamah. Berani. Sebarkan mesej dakwah. Terima kritikan. Ambil pujian sebagai semangat, bukan perkara untuk dibangga-banggakan. Hakikatnya, kita tidak layak terima pujian, walaupun pujian mampu membuatkan kita semangat. Kita harus sampai tahap, hati kita menjadi tenang apabila menerima kritikan.

Ya, sekarang, terimalah pujian sebagai pembangkit semangat dalam berdakwah. Semua pujian kembali kepada Allah. Berdoalah semoga dakwah kita diterima sebagai amal soleh.

Bersambung...

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Sunday, 8 March 2015

Sambunglah rantai perjuangan Rasulullah

How about you mua? Do you worship Allah only?

"Yes, actually, we only have one god"

"Oo, you not worship Nabi Muhammad meh?"

"Huh? Eerm, who to say aa. If you want to know, muslim only worship one god. Nabi Muhammad is a human only, he is a prophet of Allah, he..."

" Yong Chau!"

Kedengaran suara sumbang seseorang memanggil namanya. Ah, melepas lagi peluangku untuk bersembang sembang dengannya.

Ingin saja aku kata padanya,

"if you want to know, for me, islam is the most misunderstanding religion in the world."

Banyak perkara yang dia perlu tahu tentang islam, tetapi tak mungkin aku boleh menceritakannya dalam masa sesingkat itu. Aku tak tahu, macammana lagi atau bila lagi aku atau dia boleh timbulkan isu supaya kami mampu bersembang macam-macam tentang agama masing-masing.

Itulah, aku rasa salah aku juga. Aku memang sangat lemah dalam mengatur kata. Dah la waktu aku terangkan kepadanya pun aku tergagap-gagap, maklumlah, bahasa inggeris SPM hanya A-. Rasa hinanya diri ini. Ceteknya ilmuku dalam berdakwah. Dalam masa yang sama, agama islam terus diperkotak katikkan oleh media dan pihak yang dengki terhadap agama islam. Penganut islam pula semakin jauh dengan pengamalan islam. Mereka semakin lemah, malas dan pengecut.

Remaja-remaja,apabila sebut sahaja dakwah, sebahagiannya jadi gastrik dan alergik. Allahuakhbar, apa yang harus aku jawab apabila berdiri dihadapan Allah kelak?

Aku tak dapat 'kick' dia dengan kata-kata aku. Kalau betul dia serius sembang dengan aku tentang agama, sudah tentu dia akan kembali kepada perbualan asal kami walaupun setelah dia selesaikan urusannya dengan orang telah memanggilnya tadi.

Remaja harus mula belajar dakwah non-muslim. Ini adalah perniagaan yang paling menguntungkan. Bonusnya sangat tinggi. Kadang ada setengah orang mengukur dakwahnya dengan ada atau tidak orang yang masuk islam ditangannya. 

Kita salah, tugas kita hanya melakukan dakwah. Yang memberi hidayahnya bukan kerja kita, kerja Allah. Kita perlu ada niat untuk berdakwah kepada orang lain walaupun perkara yang kita lakukan hanyalah kecil. 

Mungkin seperti kita lebih memilih untuk meninggalkan perkataan yang tidak elok, bersopan ketika makan, bergaul dengan baik dan sentiasa senyum. Namun, kita juga harus mula menerang, bukan hanya menunjuk, kalau hanya menunjuk, orang mungkin tidak rasa apa-apa bahawa kita ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. 

Jadi, menerang inilah yang memerlukan ilmu, hikmah dan pengalaman. Hikmah dan pengalaman akan hadir sekiranya kita laksanakan dakwah selalu. Namun ilmu, kita harus meluangkan sedikit masa kita untuk menelusuri pengalaman-pengalaman para ulama.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 26 November 2014

'berdakwah' di laman sosial?

satu pesanan daripada ibuku yang aku tidak boleh lupa ialah:

"orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang banyak mengamalakn ilmunya."

kadang-kadang, ada setengah orang yang hebat dalam dakwahnya. kalau kita lihat sekarang, di era globalisasi ini, zaman media sosial ini, ramai yang kelihatan sangat baik di media sosial. status-statusnya di facebook sangat menyentuh hati orang yang membacanya, namun belum tentu orang tersebut hebat dalam amalnya. ramai remaja-remaja yang menghabiskan berjam-jam di media sosial, menyebarkan ceramah-ceramah agama, menulis status-status 'islamik', mengarang artikel-artikel 'islamik' berjam-jam di blog-blog atas alasanj dakwah sehingga terlupa untuk menjaga akhlaknya dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya, sedangkan mereka inilah golongan yang lebih utama untuk disantuni dan didakwahi.

ramai yang sibuk 'berdakwah' di alam maya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya. ibunya dibiarkan memasak dan melakukan kerja rumah berseorangnya sedang dia sibuk 'berdakwah' di media sosial. alangkah jijiknya sikap begini.

sebab itulah apa sahaja ilmu yang kita ketahui perlu diamalkan dan orang yang terdekat untuk kita mengamalkan ilmu kita ialah ibu bapa kita, keluarga kita, adik-adik kita.mereka jugalah orang yang paling utama untuk ditunaikan hak.kadang kita tidak sedar, kita mampu menghabiskan berjam-jam di internet,3 4 jam, tapi kita tidak boleh tahan walaupun satu jam membantu ibu kita memasak didapur, mengemas rumah dan membantu adik-beradik kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...