Showing posts with label perjuangan. Show all posts
Showing posts with label perjuangan. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu

Walau kesedihan apa pun yang melanda perasaanmu, walau derita apa pun yang melanda jiwamu, cekallah diatas jalan perjuangan menuntut ilmu. Capailah buku-buku yang mampu mengangkat tahap akalmu itu, walau pun, tanganmu berat untuk mencapainya, dek tenggelam dengan perasaan sedih, duka, dan sengsara.

Bertahanlah walaupun payah. Kuatlah walaupun kau seringkali tenggelam dalam kesedihan itu, teruskan doa dalam 'pembacaanmu'. Biarkan air matamu mengalir meskipun kau perasaanmu sedang berbelah bagi, antara tenggelam dalam keasyikan 'pembacaan' atau kesedihan yang mendatang. Bertahanlah.

Tersenyumlah selagi kau mampu. Kerana tersenyum itu lebih menguntungkanmu. Biarlah perasaanmu berbicara sedirian. Kawallah selagi kau mampu. Tetap riang walaupun kau kesedihan. Kerana sekarang, itu ialah 'persekitaran'mu. Dalam riang, jangan lupa untuk tidak putus berdoa, agar Allah memberi kesembuhan kepada ibumu. Allah memudahkan segala urusan yang merunsingkan, yang merumitkan, untuk kesembuhan ibumu. Yakinlah, Allah itu tuhan yang maha memberi keajaiban.

 يَا حيُّ يا قيُّوم بِرَحْمَتِك أسْتغيث أَصْلِحْ لي شأني كلَّه ولا تكلني إلى نفسي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Tuhan yang Maha hidup!
Wahai Tuhan yang Maha kuat!

Dengan bantuan-Mu aku memohon bantuan dengan segera, perbaikilah seluruh urusan hamba-Mu ini, dan jangan sekali-kali KAU biarkan aku menguruskan urusanku ini walau pada kadar sekelip mata pun.

Kadang, kau lalai. Kau rasa urusan itu semuanya kau yang urus. Ya, ia berlaku tanpa sedar. Jadi, jangan putus berdoa. Kembalilah kepada Allah, Tuhan yang menguruskan segalanya. Tuhan yang mengerakkan segalanya. Tuhan yang mengatur segalanya. Jangan terlalu sombong dan angkuh kepada Allah.

Sesungguhnya, kau hanya manusia hina, hamba yang mengharapkan redhanya diakhir kehidupan. Kau milik Allah, maka, kembalilah kepada Allah. Terus berdoa dan mengharap, supaya Allah memberikan jalan keluar. Terimalah taqdir Allah, terimalah dengan redha, sambil percaya, Allah itu tuhan yang mampu menunaikan segala hajat hambanya dalam sekelip mata dan tuhan yang maha menurunkan keajaiban dalam kehidupan hamba-hambanya.

- catatan seorang lelaki yang ibunya sedangan menderita sakit, semoga keluarganya dimudahkan urusan untuk kesembuhan ibunya. -

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -
270915, Ahad, 542 petang.
Bilik 21 aras tanah IPDA

Saturday, 5 September 2015

Manusia, semak semula, apa yang sedang kau perjuangkan

Manusia, semak semula apa yang kita perjuangkan. Perpatah inggeris ada berkata, " practice make perfect". Namun, ramai tertinggal perkara yang lebih penting, "be careful what you are practising". Berjuang perkara yang mulia. Namum, salah dalam memperjuangkan sesuatu mengakibatkan perjuangan kita ialah satu kerugian.

Sebab itu, islam mengajar kita untuk sentiasa bermunajat kepada Allah, agar, kita berada dilandasan yang benar. Sebagaimana Allah telah mengajar nabi doa dalam surah Al Isra : 80. Banyak lagi ayat-ayat lain yang mampu membuatkan hati kita lunak dan berlapang dada dalam menerima kritikan dan bersabar menerima celaan dan cacian.

Rasulullah, apabila Allah memberinya tugasan yang maha berat, iaitu menyampaikan dakwah, Allah berikan arahan susulan.

" wahai orang yang berselimut, bangun malam walaupun sedikit..."

Bangun malam, bukan bangun malam biasa.

"...tambahkan padanya bacaan Al Quran yang tartil (penghayatan dan keikhlasan)..."

Namun, untuk apa bangun malam dan sebagainya?

"...sesungguhnya, akan kami campakkan kepada kau kata-kata yang berat (mesej dakwah)..."

Itulah panduan Allah kepada Rasulullah untuk menjadikan, matlamat, misi dan visi perjuangannya jelas dan benar. Tidak terpesong.

Namun, amat menhairankan. Apabila kita, perjuangan kita tidak disusuli dengan munajat kepada Allah disepertiga malam dan berlapang dada. Yakinnya kita, prinsip yang kita perjuangkan adalah yang paling benar. Sehingga hampir menutu semua pintu-pintu hujjah orang lain tanpa kita sedar.

Lebih teruk lagi, Apabila Allah bangunkan kita disepertiga malam, kita mencampak jauh-jauh seruan itu. Jahatnya jiwa kita.

Risaukah kita prinsip yang kita perjuangkan ialah prinsip yang salah dan menyalahi teks-teks agama dan sunnah nabi? Sedarkah kita, ramainya orang munafiq di zaman Rasulullah, sedangkan Rasulullah hidup bersama mereka? Bagaimanakah kita, Rasulullah tidak bersama dengan kita?

Sebab itu, apa saja pemikiran yang kita perjuangkan, apa sahaja prinsip yang kita perjuangkan, perlu disusuli dengan munajat kepada Allah. Berbisik denganNya. Berlapang dada dengan hujjah dan kritikan orang lain. Memang, ia kadangkala memedihkan. Tapi, hal inilah yang membuatkan kita membuka sudut pandang kita dan membuatkan kita dapat melihat prinsip yang kita perjuangkan dari sudut dan dimensi yang berbeza. Ia membuka luas medan penglihatan kita.

Ia juga perlu dengan penyucian jiwa dan munajad kepada Allah.

Sunday, 23 August 2015

Dakwah nabi, dimana kita sekarang?

Dakwah nabi, bermula dengan secara smbunyi. Dakwah itu dilakukan kepada saudara dan kawan-kawan terdekat, yang sudah kelihatan berpotensi menerima mesej yang ingin disampaikan.

Tak kira, apa darjatnya. Bahkan, banyak daripada mereka ialah hamba, orang miskin, golongan-golongan yang rendah darjatnya dalam masyarakat. Memang, ada yang kaya, seperti Siti Khadijah. Ada yang berpengaruh dan hartawan seperti Abu Bakar. Namun, mesejnya ialah, dakwah itu tetap berjalan bagi siapa yang hatinya lunak.

Masalah kita, kita selalu memilih-milih dalam berdakwah. Nak pilih orang yang hensem. Nak pilih orang yang kaya, orang yang berpengaruh. Ya, benar. Dakwah itu memerlukan orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi, ingatlah. Nabi pernah ditegur oleh Allah dalam surah A'basa. Kerana baginda mengendahkan orang buta, yang dahagakan mesej dari baginda.

Bergeraklah dalam jalan dakwah. Mula dengan kecil-kecilan. Ikhlaskan diri. Sabar. Istiqamah. Berani. Sebarkan mesej dakwah. Terima kritikan. Ambil pujian sebagai semangat, bukan perkara untuk dibangga-banggakan. Hakikatnya, kita tidak layak terima pujian, walaupun pujian mampu membuatkan kita semangat. Kita harus sampai tahap, hati kita menjadi tenang apabila menerima kritikan.

Ya, sekarang, terimalah pujian sebagai pembangkit semangat dalam berdakwah. Semua pujian kembali kepada Allah. Berdoalah semoga dakwah kita diterima sebagai amal soleh.

Bersambung...

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...