Showing posts with label pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan. Show all posts

Tuesday, 21 July 2015

BIARLAH AKU DAN ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Biarlah aku dan Allah saja tahu

Dalam dunia ini
Ada perkara yang hanya perlu kita dan Allah saja tahu
Lumrah manusia, kalau boleh, dia ingin ada manusia yang tahu dan memahami isi hatinya
Hal ini membuatkan dia rasa lega
Kerana, rasanya dikongsi
Walaupun tidak semua rasa itu dapat dipindahkan kepada orang lain
Namun, ia tetap dipindahkan
Ia tetap dikongsi
Itulah manusia

Namun,
Aku perlu ingat, ada perkara yang tak akan dapat dikongsi
Kerana, manusia itu terbatas sifatnya
Manusia hanya makhluk, ciptaan
Manusia itu sifatnya lemah

Lalu kepada siapa aku ingin beritahu berita ini? Jiwaku memberontak
Ramai manusia tidak memahamiku
Aku ingin mereka faham aku
Mereka perlu faham aku

Wahai jiwa, susahlah hidup jika seperti itu
Kau tahu, kau sedang lupa bahawa kau ada tuhan yang maha tahu
Biarlah hanya kau dan tuhan yang tahu

Kau perlu tahu, perasaan itu sengaja dicipta Tuhan
Kerana Dia ingin melihat, sejauh mana kau tahan dengan ujian tuhan
Sejauh mana kebergantungan kau kepada tuhan
Sejauh mana tetap pendiriannya kau untuk terus meminta kepada tuhan
Sejauh mana, kau sedar,
Diri kau itu hanyalah manusia
Makhluk yang tidak seharusnya rasa kau sentiasa betul
Pemikiranmu ada yang salah, kau perlu aku dan kembali kepada tuhan
Ada waktunya kau perlu ubah pemikiran itu walaupun kau tersiksa

Biarlah kau dan Tuhan saja yang tahu

Kembalilah kepada tuhan
Kau tak akan kuat berseorangan

Kembalilah kepada sunnah junjungan
Kerana denganya, tuhan akan bawa kau kembali kepadaNya

Disaat datang rasa yang pelik-pelik dalam diri kau, itu tanda, kau sedang jauh dengan sunnah dan kefaham rasulullah

Kau sedang jauh dengan Allah.
Dan kau yang menjauh!

Jadi, kau perlu kembali
Biarlah, kau dan tuhan saja yang tahu

Disaat kau diuji bertimpa-timpa, kau perlu tahu
Tuhan sedang memanggil kau kembali
Dekat denganya
Tuhan sedang menyucikan kau dari dosa yang kau lakukan
Tuhan ingin kau rasakan azabnya kau melanggar perintah Allah
Sungguh, ujian tuhan itu menyakitkan
Namun, ia disebabkan dosa-dosa kau juga
Lalainya engkau dari penyakit 'ain
Maha memaksanya tuhan kepada hambanya
Tuhan ingin kau rasakan, teganya engkau menodai kesucian dirimu dengan dosa
Sanggupnya engkau kotorkan jiwamu dengan melanggar perintah Allah

Dalam masa yang sama,
Ujian itu tanda cintanya Allah kepada dirimu
Kasihnya Allah kepada dirimu
Namun, adakah kau tetap sombong dan keras kepala?
Terserah kau
Kau yang memilih
Dekat dengan Allah syurgalah ganjaran kau
Jauh dengan Allah nerakalah tempat paling layak bagi kau

Oleh itu,
Kembalilah kepada tuhan
Jangan terlalu sombong
Biarlah, hanya tuhan dan engkau saja yang tahu

Tidak akan ada manusia yang akan tahu
Cerita penuh perjalanan hidup kau
Hal ini membuatkan semua manusia tidak akan memahami kau
Dan kau perlu terima hakikat itu
Dan tiba masanya untuk kau pula memberi
Kaulah yang perlu faham manusia dahulu
Barulah ketenangan akan mula menyusup kedalam jiwa kau

Hanya tuhan sahaja yang tahu
Biarlah tuhan dan kau sahaja yang tahu
Hakikatnya, hanya Tuhanlah yang paling tahu, maha tahu selok belok hambanya
Sedang hamba itu sendiri masih bodoh dengan dirinya pendirian


Biarlah
Hanya Allah saja yang tahu tahap kegundahanmu
Hanya Allah saja yang tahu tahap kerisauanmu
Hanya Allah yang tahu cara berfikir dan pemikiranmu
Hanya Allah yang tahu sikap dan personaliti sebenar dirimu
Haruslah kau berdamping dengannya agar kau peroleh redhonya
Kau jauh dari nerakaNya
Kau jauh dari murkaNya
Kau dekat dengan syurganya

IPDA, 220715 RABU 957 pagi

posted from Bloggeroid

Friday, 26 October 2012

Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi



Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak.
Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah.





Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan (KHALIL)Nya. [Al-Nisaa' 4:125]


Khalil bukan kekasih biasa. Khalil adalah kekasih yang berkasih dengan kasih yang sangat istimewa. Ia bukan HUBB atau MAHABBAH, ia adalah KHULLAH. Cinta eksklusif yang tidak dikongsi.

Seperti junjungan mulia kita Nabi Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam. Baginda juga adalah KHALIL Allah.
ولو كنت متخذا من أهل الأرض خليلا لاتخذت أبا بكر خليلا ، ولكن صاحبكم خليل الرحمن

“Seandainya aku ingin mengambil penduduk bumi ini sebagai kekasihku, nescaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku (khalil), akan tetamu sahabatmu ini (yakni diriku) adalah kekasih Allah yang Rahman (Khalil al-Rahman)” [Hadith riwayat Muslim]


Seorang Khalil tidak berkongsi KHULLAH (cinta tertinggi) dengan sesiapa. Justeru kehadiran Ismail alayhi al-Salaam sebagai anak yang diminta dan dihajat, kasih Ibrahim kepada anak ini mengundang ujian. Apakah kasih Ibrahim kepada Ismail, telah menjejaskan kasihnya kepada Allah?

Justeru datang perintah menyembelih.

Perintah yang menguji sistem nilai, keutamaan dan pengorbanan.






“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [Al-Saffat 37: 102]


IBRAH

  Kisah Ibrahim sinonim dengan pengorbanan.

Namun sebelum pengorbanan, ujiannya adalah pada keutamaan.

Melafazkan kesaksian Laa Ilaaha Illallaah bererti meletakkan Allah sebagai keutamaan tertinggi kehidupan. Di dalam bahasa cinta, ia disebut sebagai KHALIL dan KHULLAH. Kedudukan istimewa berkaitan hubungan Ibrahim dengan Allah, demikian juga Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Ibrahim sangat mencintai Ismail. Cinta yang tinggi, cinta yang mendalam.

Tetapi tekad Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk cintanya dikorban, membuktikan Ibrahim telah dan terus mencintai Allah, mengatasi segala-galanya, hatta Ismail, si anak, buah hati pengarang jiwa. Dan kejernihan serta ketulenan cinta Ibrahim kepada ALLAH itulah, yang menjadikan kasih Ibrahim kepada Ismail agung sebagai kasih seorang bapa kepada anak yang diabadikan dalam ibadah korban.

KISAH CINTA TERTINGGI

Cinta tertinggi adalah cinta seorang bapa kepada anak, kerana cintanya berhubung dengan tanggungjawab, amanah, keutamaan, pengorbanan, jauh daripada sekadar naluri emosi dan keinginan.

Dan segalanya, selepas cinta kepada Allah kekal tertinggi, tiada kompromi.
Kisah Ibrahim dan Ibadah Korban menginsafkan kita tentang keutamaan hidup ini. Mengungkapkan kesaksian bahawa “AKU BERIMAN DENGAN ALLAH” malah “AKU MENCINTAI ALLAH” bukan kesaksian sebarangan.

Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya?
Iman membuahkan cinta.

Cinta membentuk nilai dan keutamaan.

Keutamaan menentukan pengorbanan.

Dalam sebuah hidup bernama PERJUANGAN.

Salam Aidiladha!

copy paste and edited from:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...