Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Perasaan itu datang lagi II

Ibu.
Perasaan itu datang kembali. Apabila aku dapat tahu, akhirnya kimoterapi menjadi pilihan, aku terasa sebak. Terkelu. Perasaan itu kembali lagi.

"Esok umi kimoterapi"

Aku tersentak. Aku terdiam. Sebak. Jiwaku meraung. Tanganku menjadi lemah. Smartfone yang aku pegang yang darinya keluar ungkapan itu, seakan-akan menjadi sangat berat dan licin. Hampir sahaja aku melepaskannya.

Aku tahu, perasaan-perasaan yang melampau tak seharusnya lahir dalam diri seorang mukmin. Tapi, ia berlaku juga. Tanpa kawalan. Aku cuba sedarkan daripada dikawal perasaan sendiri. Aku mohon supaya Allah ampunkan aku.

Ingin saja aku beritahu kepada ibu, "tabahlah". Namun, perkataan itu tidak terpacul. Rasa tidak layak aku mengucapkannya. Lidahku kelu.

Aku cuma mampu berdoa kepada ibu agar kau tabah. Setakat yang aku tahu, semangat untuk lawan itulah yang sebenarnya mampu mengurangkan pembiakan sel kanser tersebut. Ingin sahaja aku beritahu perkara itu kepada ibu. Namun, aku rasa aku tidak layak ibu.

Aku serah urusan ini kepadaMu Ya Allah.

Wahai tuhan yang maha hidup dan yang maha kuat, rahmatMu aku menagih. Kau baikilah urusanku seluruhnya, jangan Kau serahkan urusan kami kepada diri kami walaupun sekelip mata.

Namun, aku masih seperti dulu. Walaupun saban hari, kesulitan menimpa, badanku tetap berat untuk bangun disepertiga malam. Sedangkan, itulah waktu terbaik untuk memohon dan mengadu nasib kepada tuhan, dia tempat mengadu. Dia juga zat yang paling layak untuk mendengar aduan hamba-hambanya.

Dialah tempat selayaknya untuk manusia mengadu. Dia tuhan yang maha memakabulkan doa dan mendengar rintihan dan aduan hambanya. Dia tuhan yang maha menunaikan hajat hambaNya.

................…...................

" Mua, bangun!"

Suasana bilik yang gelap dan sunyi dipecahkan sedikit keheningannya dengan suara besar dengan nada yang rendah. Ia memanggil namaku.

"Ahh, pergilah dulu!"

Aku melawan. Aku betul-betul rasa terganggu. Aku menarik keras semula kain yang diangkat oleh abangku dari tubuhku.

Suasana menjadi sunyi kembali. Namun, kelibat orang yang cuba mengejutkan aku tadi masih duduk dikatil, bahagian kakiku. Dia seperti memikirkan sesuatu. Setelah seperti lama berfikir, wajahnya kembali menoleh kearahku.

"Kekuatan seorang pejuang bukanlah pada tajamnya pedangnya.

Bukanlah pada bijaknya perancangannya

Bukanlah pada canggihnya peralatan perangnya.

Tetapi, kekuatan pejuang itu terletak pada tahajutnya."

Tiba-tiba, puisi yang bernada separa lawak kedengaran, keluar dari mulut orang tadi. Sekali lagi aku tersentak. Kena tepat pada batang hidung.

Aduh, apa yang sedang aku lakukkan ini? Mindaku seakan-akan menjadi celik seketika. Mesej itu ditangkap kejap. Namun, keegoan tetap mengikat diriku untuk bangun dari tidur yang mengasyikkan itu.

...............

Kisah ini kisah rekaan yang ditulis untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Namun, ia juga dicoretkan berdasarkan mengalaman individu tertentu dan menggunakan nama penulis supaya penulisannya terasa lebih dekat.

Wednesday, 30 May 2012

Majlis ilmu

Bismillah
Assalamualaikum

alhamdulillah,setelah sekian lama aku tidak dapat mendengar ceramah atau kuliah dari orang alim,akhirnya aku dapat juga merasa nikmat tersebut dengan mendengar kuliah mahgrib yang disampaikan oleh ust sabri hanif,,maklumlah,duduk asrama,jadi,peluang cuti ini aku gunakan sebaiknya.

"Majlis ilmu itu hidayah dari allah,sesiapa yang dekat dengan majlis ilmu,dia dekat dengan hidayah allah,sesiapa yang jauh dari majlis ilmu dia menjauhkan dirinya dari hidayah allah,"

aku ada terdengar kata-kata ini keluar dari mulut seorang ustaz,,aku sangat terkesan dengan kata-kata ini,,aku juga dapat merasakannya setiap kali kedengaran dari masjid atau surau yang berhampiran suara penceramah sedang mencurahkan ilmu,,,aku merasakan dri ini jauh dari hidayah allah,,dan apa bila aku berjalan menuju kearah suara itu,,aku terasa hatiku semakin tenang dan aku merasakan aku sedang menghampiri sebuah taman yang damai suasananya,,,

subhanallah,,indahnya hidayah allah,

Jadi nasihat saya kepada antum,dekatilah majlis ilmu,kerana ia mendekatkan diri antum dengan hidayah allah.ini juga termasuklah mendekatkan diri kita dengan sahabat yang baik,yang berilmu,dan perkara ini memang dianjurkan oleh rasulullah..

akhir kalam selamat mendekatkan diri antum dengan majlis ilmu,,dan gunakan ilmu antum untuk menjadikan agama sebagai agama yang tertinggi,dan berlapang dadalah dalam menuntut ilmu,

waallahu a'lam



Monday, 23 January 2012

Kita Akan Mati,Tapi Kita Sering Lupa Tentang Itu,



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

"Orang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya"

saya tak pasti kata-kata di atas ialah hadis atau kata-kata ulama, atau apa,,,tapi yang pasti,walau dari mana rangkai kata n,,,saya rasa ia amat berguna untuk kita,,kata-kata ini juga ada betulnya,,

orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati kematian,,apabila kita ingat akan kematian,ini bermakna,kita ingat akan kehidupan yang hakiki,,iaitu alam akhirat,,,kita juga akan ingat akan azab allah,,azab kubur,,,kita akan merasakan seperti kita sedang dibakar,,kita sedang berada ditempat yang sempit,,kita sedang menerima azab dari allah,,,,sambil mengenang dosa-dosa kita yang telah kita lakukan,,dosa yang bertimbun2 banyaknya,,

jadi,,apabila kita sentiasa mengingat perkara2 seperti itu,,adakah kita akan tetap melakukan perkara mungkar??sudah tentu tidak!kita tidak lagi menayang gambar2 kita yang boleh merangsang nafsu lelaki di fb (bagi permpuan),,kita akan menjaga pandangan kita dari melihat perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat kita(bagi lelaki).,,dan banyak lagi dosa yang akan kita tinggalkan,,itulah keadan orang yang ingat akan kematian,,bukan saja itu,,kita juga akan melakukan banyak amal kebaikan,,supaya kita beroleh syurga allah yang di dalamnya dipenuhi dengan nikmat,,

Ya,,betul,,itulah orang yang bijak!orang yang berusaha menjadikan dirinya jauh dari azab allah,,dan dekat dengan syurga allah,,orang yang memelihara dirinya dari menjadi BAHAN BAKAR api neraka,,,,

orang yang sangat sangat bijak,,

Tapi,,apabila saya lihat keadaan fb sekarang,,saya rasa ramai diantara kita yang lupa akan kematian,,ramai lagi wanita2 muslimah yang menayang gambar2 yang x senonoh dalam fb,ramai yang maki hamun orang lain,mencarut dan sebagainya,,padahal,, kematian itu boleh datang bila -bila masa saja,dan kita tidak tahu bila ia akan MENJEMPUT!,mungkin selepas kita membaca perkongsian ini,atau,,mungkin esok atau mungkin selepas kita bangun dari tidur,kita dapati kita berada di alam barzakhh,,,,ALLAHUAKHBAR!!

YA ALLAH! AMPUNILAH DOSA KAMI YA ALLAH! KAU JAUHKANLAH AZAB ENGKAU DARI KAMI YA ALLAH,,,

KAU JADIKANLAH KAMI ANTARA PENGHUNI2 SYURGAMU YA ALLAH,,,JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SUKA BERTAUBAT KEPADAMU!!!JADIKANLAH KAMI HAMBA2 MU YANG BERTAQWA,,,,,

semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita antara hamba2 allah yang bertaqwa dan yang suka beramal soleh kepada allah,,,amin ya allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...