Showing posts with label aqidah. Show all posts
Showing posts with label aqidah. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

RISAULAH AMALAN TIDAK DITERIMA

risaunya amalan tidak diterma
siapa sangka, ada manusia yng berjihad dijalan Allah, namun dihumban, diheret kakinya keatas mukanya kebawah, lalu dilempar kedlam neraka kerana niatnya yang tidak ikhlas.
siapa sangka orang yang menuntut ilmu meskipun ilmu agama, menjadi celaka kerana niatnya yang tidak ikhlas
begitu juga dermawan, yang selalu mendermakan hartanya, celaka dan rugi kerana niatnya bukan kerana Allah.

ayuh sama-sama kita renung kata-kata kekasih buah hati tercinta kita, Rasulullah. kata-kata ini seharusnya menyedarkan dan menggerunkan kita lalu mampu menjadikan kita lebih berwaspada dalam beramal dan berhati-hati daripada tipu daya iblis dan syaitan untuk memesongkan niat kita dalam beramal.mafhumnya:


Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


soal niat ikhlas atau tidak ikhlas adalah soalan aqidah dan tauhid
ia bukan perkara main-main
membuat amal bukan kerana Allah ibarat kita menanam sayuran diladang encik A, namun kita meminta upah kepada encik B, tidakkah kelihatan sangat celaka?

risaulah amalan kita tidak diterima,
atas dasar apa kita memunaikan solat lima waktu sehari semalam? atas dasar apa kita berhijab dan menuntup aurat? adakah kita melakukan suruhan Allah dan syariat islam setelah sains dan kajian membuktikan bahawa ajaran islam ini membawa kesihatan dan keselamatan kepada manusia, meraih publisiti atau kita menunaikan semua itu kerana berimannya kita kepada Allah? takutnya kita akan kemurkaan Allah? kemaruknya kita akan kasih sayang Allah?

niat ialah soal aqidah, ia bukan perkara main-main. silap niat kita dalam beramal, ibarat silap kita meletakkan alamat ketika menghantar surat atau kita tersilap menekan nombor telefon ketika hantar mesej, whatssapp, wechat atau facebook messeger. ia merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang manusia atau makhluk yang bergelar manusia...

posted from Bloggeroid

Sunday, 7 December 2014

KESUSAHAN DALAM HIDUP PENGHAPUS DOSA MANUSIA

seringkali manusia ditimpa kesulitan dalam hidupnya. tak sikit diantara manusia yang menyalahkan tuhan. manusia mengatakan tuhan tidak adil kerana disaat dia diuji dengan ujian dan kesusahan yang sangat berat, dia melihat manusia-manusia lain hidup bahagia. dia melihat kawan-kawannya hidup tanpa kesusahan. dia rasa tuhan sangat tidak adil terhadapnya.

apabila manusia kurang menyemak, memahami , dan mempelajari 'surat cinta' daripada tuhan, manusia akan menjadi jauh daripada tuhan, manusia telah terpedaya dengan hasutan syaitan dan nafsu. sebab itu, apabila manusia diuji, sebahagian besar daripada manusia sentiasa menyalahkan tuhan dan berputus asa untuk hidup. dia merasa kehidupan ini sangat tawar dan pahit untuk ditelan dan dijalani. dia menjadi tertekan dan terbeban dengan sikapnya sendiri, sedangkan ada manusia yang malah bahagia saat diuji.

inilah untungnya mempelajari agama, mengenal sifat-sifat dan nama-nama Allah yang maha sempurna. saat diuji dengan ujian yang berat, manusia yang kenal Allah tahu bahawa Allah itu maha adil, Allah itu maha pemurah, dia tahu apa yang ditaqdirkan keatasnya oleh tuhannya adalah atas dasar sifat maha mengetahui yang ada pada tuhan.

bersambung...

posted from Bloggeroid

Friday, 30 December 2011

Ilmu Yang Paling Penting di Dunia

SYARAH AQIDAH AHLI SUNNAH WAL  JAMAAH
KARANGAN:YAZID BIN ABDUL QADIR JAWAS
Bismillah,,Assalamualaikum.

alhamdulillah,hari 2 saya diberi peluang oleh Allah untuk mengikuti daurah Keilmuan Sebelum berdakwah di INstitut Al Qayyim berdekatan dengan rumah saya,banyak ilmu yang saya dapat dri daurah 2,antara ilmu yang saya dapat ialah ilmu tentang Aqidah ahli Sunnah Wal JAmaah,,,

setelah beberapa hari selepas daurah 2,saya telah menhadiri kuliah di rumah saya,ustaz dalam kuliah 2 (ustaz sabri hanif)telah memberi kuliah tentang kepentingan ilmu,dia ada menyentuh tentang ilmu yang paling penting,yang sangat2 wajib kita pelajari,semua umat islam KENA, MESTI DAN WAJIB belajar ilmu n,,,umat islam juga perlu laah mendalami ilmu ni,,,,almklumlah,ilmu paling penting ,,

apakah ilmu itu?itulah ilmu AQIDAH!!,,apabila saya mendengar ustaz 2 cakap ilmu yang paling penting ialah ilmu aqidah,,saya sangat bersyukur kepada allah kerana allah telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari ILMU YANG PALING PENTING ITU!,,,sungguh hebat percaturan allah!!!!allah telah beri peluang kepada saya untuk belajar ilmu aqidah,,,lepas 2,,selang beberapa hari,dia telah hantar orang untuk menerangkan kepentingan ilmu tersebut,,,,SUBHANALLAH!!

tp,,satu kehairanan timbul difikiran saya,,kena pa x ramai ustaz2 yang memperdalam dan membuat perkongsian tentang ilmu n?klu buka YouTube,,banyaknya sembang pasal Feqah,,,klu tengok kat masjid2 pn,cam2 gak,ilmu feqah memang penting,tp klu aqidah rosak,adakah solat dan semua ibadah akan diterima?,klu tengok sekarang pn,dah ramai umat islam yang rosak aqidah,contohnya,ramai umat islam yang masih MENYAMBUT KRISMAS!disebabkan ketandusan ilmu aqidah,,mereka x tau yang menyambut krismas 2 boleh merosakkan aqidah,,

ermm,,,makna nya ,,lepas n,,para asatiz dan ulama',,perlu la bincang pulak pasal ilmu aqidah,,,kita pn,,lepas n perlula memperdalam ilmu aqidah,,AQIDAH ROSAK SEMUA AMALAN X DITERIMA,,

sebenaqnya,,banyak lagi saya nk tulis,,,tp,,klu tulis bnyak2,,korang x mau baca pula,,,

jadi kesimpulannya,,,perdalamlah ilmu Aqidah,,kerna ia sangatlah penting,,dan ia adalah ILMU YANG PALING PENTING DI DUNIA!!..

bagi sesiapa yang ingin memperdalam ilmu aqidah
gambar kAt atas 2 ialah antara contoh buku aqidah yang adA Kat pasaran,,

",sesiapa yang hendakkan hidayah allah,,allah akan datangkan hidayah kepadanya,,sesiapa yang jauh dari hidayah allah,maka,,sudah tentu hidayah allah jauh darinya"

Wallahu aa'lam

SALAH DAN SILAP,,HARAP DIMAAFKAN,,DAN,MOHON TEGURAN,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...