Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, 30 July 2015

Aku Cemburu

Aku cenburu melihat orang-orang
Yang dirinya sangat dekat dengan kerja dakwah
Kata-katanya, penulisannya, perbuatannya
Semuanya adalah dakwah
Dia sentiasa fikir tentang orang lain
Mengajak orang lain turut serta dalam kebajikan dan amal soleh
Yang dia lakukan mahupun dia tidak lakukan
Dakwahnya penuh hikmah
Meresap dan telah membangkitkan ramai jiwa
Untuk turut serta dengannya dalam kebaikan

Itu membuatkanku cemburu dengannya
Entah, berapa ramai manusia yang dekat kepada Allah kerananya
Entah, berapa ramai manusia yang berubah kejalan Allah melaluinya
Entah, berapa banyak pahala yang dia dapat kerana orang lain melakukan amalan disebabkan olehnya
Sungguh aku cemburu

Aku disini
Ibadahku masih hanya untuk diriku
Beratnya lidah dan mulutku untuk mengatakan kebenaran
Pengecutnya aku kerana takut dipulau kerana mengatakan kebenaran
Sudahlah dosa yang bertimbun
Amal hanya untuk diri sendiri
Insaflah wahai diri
Tidakkah kau fikir, sudah berapa banyak jariah yang dia perolehi?
Sudah berapa tinggi pahalanya andai dia ikhlas?
Sudah berapa mulianya dia disisi Allah kerana melakukan kerja dakwah?

Aku pula masih ketakutan
Masih ragu dengan janji Allah
Iman senipis apakah yang aku miliki?
Istighfarlah, mohon ampun dan bertaubatlah

Wahai diri
Engkau masih ada peluang
Ubah sikapmu
Ubah perangaimu
Ubah 'mindset' mu
Jangan pernah takut berkata benar
Yang benar tetap benar
Jiwamu perlu jiwa dakwah
Kau mengaku jariah itu tidak akan terputus walaupun kau mati, tapi kenapa jiwamu tidak jiwa jariah?

Pengecutnya kau, sudah-sudahlah beramal hanya untuk diri sendiri
Buatlah kerja dakwah kerana dakwah itu sifatnya berkembang, ia lebih menguntungkan

Cemburunya aku dengan dia
Semoga dia ikhlas dalam kerja dakwahnya
Agar dia memperoleh redho Allah dan dijauhkan dari neraka serta memperoleh ganjaran syurgaNya.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Entri ini masih dalam proses kemaskini, kritikan dan komen amat dialu-alukan.

Tuesday, 21 July 2015

BIARLAH AKU DAN ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Biarlah aku dan Allah saja tahu

Dalam dunia ini
Ada perkara yang hanya perlu kita dan Allah saja tahu
Lumrah manusia, kalau boleh, dia ingin ada manusia yang tahu dan memahami isi hatinya
Hal ini membuatkan dia rasa lega
Kerana, rasanya dikongsi
Walaupun tidak semua rasa itu dapat dipindahkan kepada orang lain
Namun, ia tetap dipindahkan
Ia tetap dikongsi
Itulah manusia

Namun,
Aku perlu ingat, ada perkara yang tak akan dapat dikongsi
Kerana, manusia itu terbatas sifatnya
Manusia hanya makhluk, ciptaan
Manusia itu sifatnya lemah

Lalu kepada siapa aku ingin beritahu berita ini? Jiwaku memberontak
Ramai manusia tidak memahamiku
Aku ingin mereka faham aku
Mereka perlu faham aku

Wahai jiwa, susahlah hidup jika seperti itu
Kau tahu, kau sedang lupa bahawa kau ada tuhan yang maha tahu
Biarlah hanya kau dan tuhan yang tahu

Kau perlu tahu, perasaan itu sengaja dicipta Tuhan
Kerana Dia ingin melihat, sejauh mana kau tahan dengan ujian tuhan
Sejauh mana kebergantungan kau kepada tuhan
Sejauh mana tetap pendiriannya kau untuk terus meminta kepada tuhan
Sejauh mana, kau sedar,
Diri kau itu hanyalah manusia
Makhluk yang tidak seharusnya rasa kau sentiasa betul
Pemikiranmu ada yang salah, kau perlu aku dan kembali kepada tuhan
Ada waktunya kau perlu ubah pemikiran itu walaupun kau tersiksa

Biarlah kau dan Tuhan saja yang tahu

Kembalilah kepada tuhan
Kau tak akan kuat berseorangan

Kembalilah kepada sunnah junjungan
Kerana denganya, tuhan akan bawa kau kembali kepadaNya

Disaat datang rasa yang pelik-pelik dalam diri kau, itu tanda, kau sedang jauh dengan sunnah dan kefaham rasulullah

Kau sedang jauh dengan Allah.
Dan kau yang menjauh!

Jadi, kau perlu kembali
Biarlah, kau dan tuhan saja yang tahu

Disaat kau diuji bertimpa-timpa, kau perlu tahu
Tuhan sedang memanggil kau kembali
Dekat denganya
Tuhan sedang menyucikan kau dari dosa yang kau lakukan
Tuhan ingin kau rasakan azabnya kau melanggar perintah Allah
Sungguh, ujian tuhan itu menyakitkan
Namun, ia disebabkan dosa-dosa kau juga
Lalainya engkau dari penyakit 'ain
Maha memaksanya tuhan kepada hambanya
Tuhan ingin kau rasakan, teganya engkau menodai kesucian dirimu dengan dosa
Sanggupnya engkau kotorkan jiwamu dengan melanggar perintah Allah

Dalam masa yang sama,
Ujian itu tanda cintanya Allah kepada dirimu
Kasihnya Allah kepada dirimu
Namun, adakah kau tetap sombong dan keras kepala?
Terserah kau
Kau yang memilih
Dekat dengan Allah syurgalah ganjaran kau
Jauh dengan Allah nerakalah tempat paling layak bagi kau

Oleh itu,
Kembalilah kepada tuhan
Jangan terlalu sombong
Biarlah, hanya tuhan dan engkau saja yang tahu

Tidak akan ada manusia yang akan tahu
Cerita penuh perjalanan hidup kau
Hal ini membuatkan semua manusia tidak akan memahami kau
Dan kau perlu terima hakikat itu
Dan tiba masanya untuk kau pula memberi
Kaulah yang perlu faham manusia dahulu
Barulah ketenangan akan mula menyusup kedalam jiwa kau

Hanya tuhan sahaja yang tahu
Biarlah tuhan dan kau sahaja yang tahu
Hakikatnya, hanya Tuhanlah yang paling tahu, maha tahu selok belok hambanya
Sedang hamba itu sendiri masih bodoh dengan dirinya pendirian


Biarlah
Hanya Allah saja yang tahu tahap kegundahanmu
Hanya Allah saja yang tahu tahap kerisauanmu
Hanya Allah yang tahu cara berfikir dan pemikiranmu
Hanya Allah yang tahu sikap dan personaliti sebenar dirimu
Haruslah kau berdamping dengannya agar kau peroleh redhonya
Kau jauh dari nerakaNya
Kau jauh dari murkaNya
Kau dekat dengan syurganya

IPDA, 220715 RABU 957 pagi

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 March 2015

Sambunglah rantai perjuangan Rasulullah

How about you mua? Do you worship Allah only?

"Yes, actually, we only have one god"

"Oo, you not worship Nabi Muhammad meh?"

"Huh? Eerm, who to say aa. If you want to know, muslim only worship one god. Nabi Muhammad is a human only, he is a prophet of Allah, he..."

" Yong Chau!"

Kedengaran suara sumbang seseorang memanggil namanya. Ah, melepas lagi peluangku untuk bersembang sembang dengannya.

Ingin saja aku kata padanya,

"if you want to know, for me, islam is the most misunderstanding religion in the world."

Banyak perkara yang dia perlu tahu tentang islam, tetapi tak mungkin aku boleh menceritakannya dalam masa sesingkat itu. Aku tak tahu, macammana lagi atau bila lagi aku atau dia boleh timbulkan isu supaya kami mampu bersembang macam-macam tentang agama masing-masing.

Itulah, aku rasa salah aku juga. Aku memang sangat lemah dalam mengatur kata. Dah la waktu aku terangkan kepadanya pun aku tergagap-gagap, maklumlah, bahasa inggeris SPM hanya A-. Rasa hinanya diri ini. Ceteknya ilmuku dalam berdakwah. Dalam masa yang sama, agama islam terus diperkotak katikkan oleh media dan pihak yang dengki terhadap agama islam. Penganut islam pula semakin jauh dengan pengamalan islam. Mereka semakin lemah, malas dan pengecut.

Remaja-remaja,apabila sebut sahaja dakwah, sebahagiannya jadi gastrik dan alergik. Allahuakhbar, apa yang harus aku jawab apabila berdiri dihadapan Allah kelak?

Aku tak dapat 'kick' dia dengan kata-kata aku. Kalau betul dia serius sembang dengan aku tentang agama, sudah tentu dia akan kembali kepada perbualan asal kami walaupun setelah dia selesaikan urusannya dengan orang telah memanggilnya tadi.

Remaja harus mula belajar dakwah non-muslim. Ini adalah perniagaan yang paling menguntungkan. Bonusnya sangat tinggi. Kadang ada setengah orang mengukur dakwahnya dengan ada atau tidak orang yang masuk islam ditangannya. 

Kita salah, tugas kita hanya melakukan dakwah. Yang memberi hidayahnya bukan kerja kita, kerja Allah. Kita perlu ada niat untuk berdakwah kepada orang lain walaupun perkara yang kita lakukan hanyalah kecil. 

Mungkin seperti kita lebih memilih untuk meninggalkan perkataan yang tidak elok, bersopan ketika makan, bergaul dengan baik dan sentiasa senyum. Namun, kita juga harus mula menerang, bukan hanya menunjuk, kalau hanya menunjuk, orang mungkin tidak rasa apa-apa bahawa kita ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. 

Jadi, menerang inilah yang memerlukan ilmu, hikmah dan pengalaman. Hikmah dan pengalaman akan hadir sekiranya kita laksanakan dakwah selalu. Namun ilmu, kita harus meluangkan sedikit masa kita untuk menelusuri pengalaman-pengalaman para ulama.

posted from Bloggeroid

Saturday, 13 December 2014

PLKN: beginilah tenatnya ummat...






sedar tak sedar, sudah genap satu tahun daripada tarikh aku tercalon sebagai pelatih PLKN, di laman sosial, ramai dah yang mula update tentang PLKN. tahun ini pelatih PLKN kumpulan 1 masuk ke kem awal. bulan 12 mereka sudah mula masuk kem dan mula latihan. aku dulu bula jsatu baru masuk kem. aku mohon maaf kepada semua adik-adik pelatih PLKN kumpulan 1 tahun ini kerana lambat 'share' tentang pengalaman aku di PLKN tahun lepas. rasa serba salah pun ada. tak apa, aku rasa masih belum terlambat untuk aku 'share' pengalaman aku hari ini.

entry kali ini sebenarnya bukanlah aku nak share sangat tentang kehidupan di PLKN. bagi aku, kalau aku nak share semua pengalamanku sepanjang aku berada di PLKN, aku boleh jadikan ia sebagai satu trevelog atau novel. aku cuma nak share lebih kurang macam panduan kehidupan di PLKN. buat pengetahuan semua, kehidupan di PLKN banyak ranjau dan tribulasinya.




jadi, persiapan rohani dan mental yang kuat perlu dipasak dalam diri supaya kita tetap menjadi diri kita yang asal sebelum dan selepas keluar daripada PLKN, yang beruba cuma ilmu, ilmu menjadi semakin bertambah. orang yang tak ada ilmu jati diri yang kuat dalam dirinya akan terpengaruh dengan suasana di PLKN.

buat pengetahuan semua, PLKN beri banyak pengalaman baru kepada aku. macam-macam perkara aku jumpa di sini. di sinilah aku jumpa pesara-pesara tentera yang sangat cekap dan berpengalaman dalam ilmu kehidupan, di sinilah aku mula memahami dunia ketenteraan dengan lebih mendalam, disinilah aku jumpa dengan tentera-tentera yang berpengalaman, di sinilah aku bertemu dengang orang-orang yang berjasa kepada negara tanpa nama mereka dikenang, namun jasa mereka memberi kesan.



namun, disini jugalah aku baru mula menyedari tentang kehidupan kebanyakan remaja Malaysia. kalau dahulu, aku cuma membaca dan mendengar berita-berita yang terpampang di media massa tentang gejala-gejala negatif yang dilakukan oleh remaja, kini aku berjumpa dan bergaul sediri dengan mereka. di sinilah aku bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia, pelbagai latar belakang dan bermacam-macam ragam. ada diantara mereka yang pernah mengambil dadah, kaki langgan perempaun, kaki keluar malam, peminum arak, kaki lepak tegar, mat rempit tegar, playboy tegar, dan bermacam ragam lagi. ini baru lelaki, tbagaimana pula dengan perempuan? aku ceritakan semua ini sebab aku nak sedarkan golongan intelek diluar sana, inilah remaja kita. ramai lagi manusia diluar sana masih tidak tahu banyak benda dan banyak perkara, mereka mudah terpengaruh dengan media. ada yang tidak ada jati diri dan mudah terpengaruh. ada juga yang hidup sekadar hidup.



kawan-kawan dipersekitaran kita akan mempengaruhi kita. di PLKN, semua pelatih harus tinggal di kem selama lebih kurang tiga bulan. jadi, bagi aku persekitaran yang sebegini boleh dikatakan persekitaran yang negatif dan tidak bagus untuk membentuk akhlak. aku telah lihat segalanya. berapa ramai yang dahulunya sebelum masuk PLKN seorang yang pendiam, hanya seorang budak kampung biasa, jarang bersosial, jarang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, tidak keluar malam, namun apabila keluar PLKN terjebak dengan perzinaan dan hubungan yang terlarang antara lelaki dan perempuan. sangat bahaya! tiga bula bukan satu tempoh yang sekejap! ada pakar motivasi menyatakan:

"cukuplah 40 hari untuk membuatkan seseorang itu terpegaruh dengan persekitarannya dan merasa selesa"

jadi, aku nasihatkan kepada pelatih PLKN diluar sana, walaupun nasihat aku ini melanggar peaturan kebanyakan kem PLKN, tetapi, demi memjaga akhlak, aku nasihatkan supaya 'simpan' hand phone untuk membolehkan anda berhubung dengan ibu bapa anda dan sahabat anda untuk memperoleh nasihat disaat diri terasa lemah dan hanyut.

 bagi yang minat membaca, bawalah buku-buku yang mampu menguatkan kembali jato diri kalian disaat diri terasa ingin dihanyutkan oleh 'biah' yang kurang bagus itu.

 pastikan catat semua apa yang anda lakukan sepanjang anda berada di alam PLKN, supaya anda mampu muhasabah diri anda.

 tulis kata-kata yang mampu menguatakan semangat anda untu terus memperolejh sebanyak mungkin pengalaman di PLKN dan tidak terpengaruh denga budaya negatif di PLKN.

 banyakkan menulis dan masa untuk diri sendiri berbanding bersosial dengan oramg lain atau mendekati kawan-kawan yang mempunyai akhlak yang tidak bagus.

 dampingi dan dekati kawan-kwan yang mempunya tahap intelek yang tinggi dan mentaliti kelas satu, aku yakin anda mampu menilainya. dampingi 'cikgu', ramahlah dengan mereka kerana mereka mempunyai banyak ilmu dan pengalaman.

 berdamping dengan orang dewasa membuatkan kita memjadi matang. malah, berdampinglah dengan pesara-pesara tetera atau jurulatih fizikal anda kerana pengalaman mereka luar  biasa luasnya.

 kalau diikutkan hati, banyak perkara lagi yang ingin aku share di sini, namun, cukup ini sahaja untuk kali ini, insyaAllah aku akan sambung lagi menulis pesanan-pesanan yang berguna untuk anda sepanjang anda berada di PLKN. jangan lupa komen dan follow blog ini.

bersambung...


Thursday, 29 May 2014

Pengalaman harus di kongsi

Pengalaman harus dikongsi,ruginya kalau kita ada pengalaman tapi kita tak kongsi pengalaman yang yang kita dapat dan input serta ibrah yang kita perolehi daripada pengalaman tersebut.

Aku ni,sebenarnya banyak saja pengalaman yang aku nak share kepada semua,terutamanya pengalaman pasca SPM 2013 dan 2014 sehinggalah kesaat ini,aku tengah cuba untuk bahagikan masa untuk sentiasa update blog ni,dalam usaha.semoga Allah permudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...