Sunday, 23 August 2015

Dakwah nabi, dimana kita sekarang?

Dakwah nabi, bermula dengan secara smbunyi. Dakwah itu dilakukan kepada saudara dan kawan-kawan terdekat, yang sudah kelihatan berpotensi menerima mesej yang ingin disampaikan.

Tak kira, apa darjatnya. Bahkan, banyak daripada mereka ialah hamba, orang miskin, golongan-golongan yang rendah darjatnya dalam masyarakat. Memang, ada yang kaya, seperti Siti Khadijah. Ada yang berpengaruh dan hartawan seperti Abu Bakar. Namun, mesejnya ialah, dakwah itu tetap berjalan bagi siapa yang hatinya lunak.

Masalah kita, kita selalu memilih-milih dalam berdakwah. Nak pilih orang yang hensem. Nak pilih orang yang kaya, orang yang berpengaruh. Ya, benar. Dakwah itu memerlukan orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi, ingatlah. Nabi pernah ditegur oleh Allah dalam surah A'basa. Kerana baginda mengendahkan orang buta, yang dahagakan mesej dari baginda.

Bergeraklah dalam jalan dakwah. Mula dengan kecil-kecilan. Ikhlaskan diri. Sabar. Istiqamah. Berani. Sebarkan mesej dakwah. Terima kritikan. Ambil pujian sebagai semangat, bukan perkara untuk dibangga-banggakan. Hakikatnya, kita tidak layak terima pujian, walaupun pujian mampu membuatkan kita semangat. Kita harus sampai tahap, hati kita menjadi tenang apabila menerima kritikan.

Ya, sekarang, terimalah pujian sebagai pembangkit semangat dalam berdakwah. Semua pujian kembali kepada Allah. Berdoalah semoga dakwah kita diterima sebagai amal soleh.

Bersambung...

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Friday, 7 August 2015

PENYESALAN SEORANG TUA

AKU CEMBURU DENGAN MEREKA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah. Aku cemburu. Aku rasa ingin kembali ke zaman itu. Bukan kerana aku tidak terima taqdir. Tetapi kerana, aku sangat pasti aku telah mensia-siakan masa mudaku. Namun, sekarang aku masih muda. Namun, tidak semuda dulu.

Umurku telah mencecah kepala dua. Apalah yang aku telah lakukan sewaktu masa mudaku hingga jati diriku tidak teguh sekarang ini. Ilmuku sangat cetek. Bukanlah aku bercita-cita ingin berbangga-bangga dengan ilmu yang banyak. Namun, ilmulah yang mampu mengangkat kedudukan kita disisi Allah.

Apabila aku lihat pemuda, aku jadi menyesal dan bermuhasabah. Menyesal kerana masa mudaku telah banyak disia-siakan. Muhasabah kerana aku harap aku tidak sia-siakan masa mudaku yang berbaki ini. Aku teringat, diwaktu aku setahun jagung, aku pernah berkata kepada diriku.

"Tunggu besarlah baru boleh hafal quran, faham ilmu yang berat-berat. Sekarang ni tak payah lagi."

Namun apabila aku besar, ramai orang dewan berpesan kepadaku

"Waktu muda, hafalah Al Quran, hafalah hadis. Banyakkan membaca. Walaupun kalian tidak faham kandungan apa yang kalian hafal dan baca. Kalian akan memahaminya apabila kalian sudah besar. Itupun kalau kalian istiqamah masih belajar dan terus menuntut ilmu"

Aku sangat menyesal. Wahai pemuda, masa muda bukan masa bersenang-senang. Masa mudalah masa bersusah payah memerah otak dan menghafal. Supaya masa tua kita tidak akan kebosanan. Kita tidak akan menjadi orang tua yang jumud. Kita akan menjadi orang tua yang berilmu dan mampu berhujah. Bukan cakap ikut perasaan dan emosi.

ADA SESUATU YANG TAK KENA

Apabila aku lihat pelajar sekolah menengah, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku tak tahu apakah ia. Tapi ada yang tak kena. Banyak persoalan yang timbul dalam diriku. Aku rasa, banyak pelajar sekolah menengah yang tidak mendapat pendedahan dunia luar. Sebahagian mereka diatur cara berfikir dengan aturan yang salah.

Ramai mereka yang tidak didedahkan dengan realiti dunia luar. Akibatnya, ada sebahagian mereka yang mengalami krisis identiti apabila menjejak kaki ke alam universiti atau alam selepas persekolahan.

Ramai orang kata

" lepas alam sekolah, bersiap sedialah, kamu akan menghadapi kejutan budaya. Kamu akan menghadapi cabaran yang sebenar..."

Banyak pertanyaan yang bermain-main dimindaku. Mungkinkah kejutan budaya ini dihilangkan agar semua remaja menjadi remaja yang sentiasa siap sedia dalam mengahadapi cabaran alam selepas persekolahan? Apakah langkah yang harus dimaksudkan? Bukankah hal ini membuktikan masih ada kelompongan kita dalam mencorak cara berfikir remaja? Mampukah perubahan ini dilakukan?

Aku mula berfikir tentang bagaimana cara remaja zaman rasulullah di didik. Rasulullah ada berpesan

"Sebaik-baik kurun ialah kurunku, kemudian kurun selepas itu, kemudia selepas itu..."

Rasulullah diutus untuk dicontohi. Ya, kita tak akan mampu untuk mencontohi segala yang Rasulullah lakukan. Namun, kita boleh mencontohi sebahagian cara hidup dizaman Rasulullah agar kehidupan kita akan berganjak lebih baik daripada sekarang.

Setakat pemerhatianku, apa yang berlaku sekarang ialah, kita sangka mereka ikut Rasulullah, sedangkan kita sedang mengikuti orang lain. Oleh kerana itulah,  kehidupan kita tidak berganjak maju. Kita sering laungkan kehidupan Zaman Rasulullah ialah kehidupan yang sangat hebat. Kerana mereka mendapat didikan langsung dari Rasulullah dan wahyu dari Allah. Jadi, tahap kemajuan kehidupan ini tidak akan berganjak selagi didikan Rasulullah tidak kita contohi.

- Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar -

Thursday, 30 July 2015

Aku Cemburu

Aku cenburu melihat orang-orang
Yang dirinya sangat dekat dengan kerja dakwah
Kata-katanya, penulisannya, perbuatannya
Semuanya adalah dakwah
Dia sentiasa fikir tentang orang lain
Mengajak orang lain turut serta dalam kebajikan dan amal soleh
Yang dia lakukan mahupun dia tidak lakukan
Dakwahnya penuh hikmah
Meresap dan telah membangkitkan ramai jiwa
Untuk turut serta dengannya dalam kebaikan

Itu membuatkanku cemburu dengannya
Entah, berapa ramai manusia yang dekat kepada Allah kerananya
Entah, berapa ramai manusia yang berubah kejalan Allah melaluinya
Entah, berapa banyak pahala yang dia dapat kerana orang lain melakukan amalan disebabkan olehnya
Sungguh aku cemburu

Aku disini
Ibadahku masih hanya untuk diriku
Beratnya lidah dan mulutku untuk mengatakan kebenaran
Pengecutnya aku kerana takut dipulau kerana mengatakan kebenaran
Sudahlah dosa yang bertimbun
Amal hanya untuk diri sendiri
Insaflah wahai diri
Tidakkah kau fikir, sudah berapa banyak jariah yang dia perolehi?
Sudah berapa tinggi pahalanya andai dia ikhlas?
Sudah berapa mulianya dia disisi Allah kerana melakukan kerja dakwah?

Aku pula masih ketakutan
Masih ragu dengan janji Allah
Iman senipis apakah yang aku miliki?
Istighfarlah, mohon ampun dan bertaubatlah

Wahai diri
Engkau masih ada peluang
Ubah sikapmu
Ubah perangaimu
Ubah 'mindset' mu
Jangan pernah takut berkata benar
Yang benar tetap benar
Jiwamu perlu jiwa dakwah
Kau mengaku jariah itu tidak akan terputus walaupun kau mati, tapi kenapa jiwamu tidak jiwa jariah?

Pengecutnya kau, sudah-sudahlah beramal hanya untuk diri sendiri
Buatlah kerja dakwah kerana dakwah itu sifatnya berkembang, ia lebih menguntungkan

Cemburunya aku dengan dia
Semoga dia ikhlas dalam kerja dakwahnya
Agar dia memperoleh redho Allah dan dijauhkan dari neraka serta memperoleh ganjaran syurgaNya.

- Muawiyah Al Murtadho Fajar -

Entri ini masih dalam proses kemaskini, kritikan dan komen amat dialu-alukan.

Tuesday, 28 July 2015

Tuhanlah pemilih diriku dan dirimu

Tuhanlah pemilik diriku dan dirimu
Jadi wajarlah sekiranya aku sangat ingin taat dengan perintah tuhanku
Wajarlah sekiranya sanggup mengadai harta dan jiwa demi mempertahankan agama tuhanku
Wajarlah sekiranya aku sanggup dipulau keluarga demi memlihara kesucian tauhidku
Wajarlah sekiranya sanggup aku sanggup kehilangan sahabat dan rakan demi memlihara ketulenan agamaku

Wajarlah sekiranya aku lebih mementingkan solat lima waktu berbanding urusanku denganmu
Wajarlah sekiranya aku mementingkan urusan solat farduku berbanding urusan keduniaanku

Wajarlah aku menjaga kehormatanku berbanding aku membuang sifat maluku
Wajarlah aku menjaga maruahku apabila berkomunikasi dengan manusia yang berlain jantina denganku
Wajarlah aku mengawal nafsuku daripada tengelam dalam keindahan wanita

Namun,
Wajarkah sekiranya kita tak kisah dengan larangan tuhan?
Wajarkah kita malas memperdalam ilmu mengenal tuhan?
Wajarkah kita main-main dalam beragama?
Wajarkah kita tidak berusaha mempelajari perintah ilmu yang mampu mendekatkan diri kepada tuhan?
Wajarkah kita menganggap dunia ini seperti tiada batasanya?
Apa saja kita boleh lakukan disini?
Wajarkah?

Wajarkah kita mengikut hawa nafsu dalam bertindak?
Wajarkah kita mengikut telunjuk syaitan disaat kita dibuai dengan indah dunia dan wanita?

Wajarkah, saat ada manusia yang mengingatkan kita jangan mengikut telunjuk syaitan, namun, pada saat itulah kita bangga dalam dalam kebatilan?

Ingatlah diri, dunia ini milik tuhan.
Dialah Allah, tuhan nabi Musa, Mariam dan Nabi Isa.
Dialah Allah, tuhan kepada batu-batu yang disembah kaum-kaum terdahulu, kaum 'ad, kaum samud, penyembah-penyembah patung berhala dari zaman nabi nuh hingga zaman nabi muhammah, dan penganut hindu.

Oleh itu, sembahlah Allah, beribadahlah kepadaNya dengan mengerjakan solat dan mentaati segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah. Fahamilah kandungan Al Quran, belajarlah apa yang terkandung didalamnya. Al Quranlah kitab yang saban hari dibaca oleh manusia namun diantara mereka sangat sedikit yang memahaminya.

Monday, 27 July 2015

Jangan hidup dengan sangka-sangka


Kau sangka orang menyanjung kau, hakikatnya, yang menyanjung kau itu hanyalah segelintir. Mungkin 1 dalam 1000. Kalau mereka sanjung pun, sanjungan itu hanyalah beberapa detik. Kerana, mereka ada banyak lagi hal penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia yang harus diselesaikan. Dan kau tidak layak menerima sanjungan. Kerana kau hanya manusia hina. Sanjungan hanya layak untuk Allah. Kau hanya hamba. Kau perlu sedar itu.

Kau sangka, ramai yang mengangkatkan kau. Namun, faktanya,
Ramai yang mula tahu sikap kau
Ramai yang mula pening dengan pemikiran kau
Ramai yang keliru dengan ideologi kau
Ramai yang mula tahu perangi kau
Ramai yang mula lihat aib kau

Kau sangka kedatanganmu disyukuri. Namun, hakikatnya, ia berlaku mungkin 1 dalam 1000,  Malah mungkin kurang dari itu.
Ramai yang tidak endah pun dengan kisah kau
Ramai yang tak kisah dengan misteri kau
Ramai yang buat tak tahu dengan perjalanan hidup pelik kau
Ramai yang buat tak kisah pun dengan cerita aneh kau.
Ramai yang tak ambil peduli dengan jalan cerita hidup kau

Wahai jiwa yang ingin hidup dengan inginkan kemasyhuran, sudahlah menyiksa diri kau dengan kehidupan yang penuh dengan sangka-sangka.
Ia membunuh minda maju kau
Ia merobek wawasan kau
Ia mengakibatkan kau tenggelam dengan dunia khayalan, imaginasi dan angan-angan, yang akhirnya menyekat engkàu dari terus maju.
Ia telah membunuh masa-masa muda kau yang terlalu banyak sekali. Apa yang bakal kau jawab dihadapan tuhan kelak? Ayuh, bertaubatlah, kembali kepada tuhañ dan hidupkan semula masa muda kau yang berbaki.

Berhenti hidup dengam angan-angan dan sangka-sangka
Hiduplah dengan dunia nyata. Bertindak selagi kau mampu, berani selagi kau inginkan pengajaran, melangkah sehingga tuhan bertitah "berhentilah!"

Tiada yang salah didunia ini sehingga kau tahu itu adalah salah. Jangan kau katakan sesuatu itu salah selagi ia hanyalah datang dari sangka-sangka, andaian dan teka-teka. Berlapang dadalah dengan jiwa yang inginkan kebenaran, apabila kesalahan sesuatu perkara terbukti dengan hujjah dalil dan petunjuk tuhan.

Kahwin semasa belajar?

Kahwin semasa belajar bawa masalah

Ada orang kata, kahwin semasa belajar mampu menganggu tumpuan kita. Ia mampu mengundah bencana dalam kehidupan mahasiswa. Orang yang kahwin semasa belajar, tumpuannya akan lebih banyak. Dia akan ada tanggungjawab besar lain yang perlu difikirkan dan dilangsaikan.

Dia perlu fikir tentang isteri, anak kalau ada anak, dan bermacam-macam tanggungjawab lagi perlu dilaksanakan. Jadi, hal ini mampu mengganggu fokus belajarnya. Perlu cari menafkah untuk isteri. Dia perlu tinggal bersama satu bumbung dengan isterinya membuatkan pergerakannya terbatas dan penglibatannya dengan aktiviti-aktiviti mahasiwa sangat sedikit.

Hidupnya tidak seperti mahasiswa lain. Dia tidak lagi bebas beraktiviti dan berpersatuan. Jadi, zaman mahasiwanya tidak dapat dinikmati.

Kahwin semasa belajar menjemput kebaikan

Namun, ada juga orang kata, kahwin masa belajarlah mampu membuatkan kita lebih fokus dalam pelajaran. Katanya  kahwin ini membuka pintu rezeki, meluaskan rezeki. Jadi, pelajar lebih fokus dan bersemangat.

Fikiran akan lebih matang kerana perlu memikirkan banyak benda. Jiwa lebih tenang. Soal nafkah, dan tempat tinggal mungkin masih boleh dibincang dengan walinya. Yang penting sudah mempunyai hubungan yang sah dengan wanita yang dicintai dan si lelaki sedar apa tanggungjawab-tanggungjawabnya terhadap isterinya yang perlu dia laksanakan dan langsaikan. Si lelaki juga melaksanakan semua tanggungjawabnya dan janji-janjinya.

Jadi, apa penyesaiannya?

Jadi, apa penyelesaiannya? Yang mana lebih utama? Sebenarnya, semunya bergantung kepada diri kita. Sebab itu sebahagian ulama mengatakan hukum kahwin itu ada empat, mengikut situasi.

Kahwin itu memang sunnah. Tapi, atas dasar apa kita berkahwin? Perkahwinan merupakan satu perkara yang besar dan akan mempengaruhi banyak bahagian-bahagian kehidupan kita.

Dengan perkahwinan, ada orang yang kehidupannya berubah 100%, 360 darjah. Sebab itu, saya pernah mendengar pesan daripada seorang motivator, ada orang bertanya kepadanya tentang apakah persiapan utama sebelum kita memilih untuk berkahwin atau berumah tangga?

Jawapan beliau ialah 'niat'.

Jadi, saya mula fikir. mungkin, perkahwinan kesannya besar. Jadi, apa niat kita ingin berkahwin sangatlah penting. Ada pepatah ada menyatakan, apabila permulaan sesuatu perkara baik, maka, selalunya penghujungnya dan pertengahannya juga baik. Begitulah sebaliknya.

Namun, Permulaanya yang buruk tetap mampu bertukar menjadi pengakhiran yang baik sekiranya ada tenaga perubahan yang sangat besar dikenakan dalam perjalanan tersebut.

Tuesday, 21 July 2015

BIARLAH AKU DAN ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Biarlah aku dan Allah saja tahu

Dalam dunia ini
Ada perkara yang hanya perlu kita dan Allah saja tahu
Lumrah manusia, kalau boleh, dia ingin ada manusia yang tahu dan memahami isi hatinya
Hal ini membuatkan dia rasa lega
Kerana, rasanya dikongsi
Walaupun tidak semua rasa itu dapat dipindahkan kepada orang lain
Namun, ia tetap dipindahkan
Ia tetap dikongsi
Itulah manusia

Namun,
Aku perlu ingat, ada perkara yang tak akan dapat dikongsi
Kerana, manusia itu terbatas sifatnya
Manusia hanya makhluk, ciptaan
Manusia itu sifatnya lemah

Lalu kepada siapa aku ingin beritahu berita ini? Jiwaku memberontak
Ramai manusia tidak memahamiku
Aku ingin mereka faham aku
Mereka perlu faham aku

Wahai jiwa, susahlah hidup jika seperti itu
Kau tahu, kau sedang lupa bahawa kau ada tuhan yang maha tahu
Biarlah hanya kau dan tuhan yang tahu

Kau perlu tahu, perasaan itu sengaja dicipta Tuhan
Kerana Dia ingin melihat, sejauh mana kau tahan dengan ujian tuhan
Sejauh mana kebergantungan kau kepada tuhan
Sejauh mana tetap pendiriannya kau untuk terus meminta kepada tuhan
Sejauh mana, kau sedar,
Diri kau itu hanyalah manusia
Makhluk yang tidak seharusnya rasa kau sentiasa betul
Pemikiranmu ada yang salah, kau perlu aku dan kembali kepada tuhan
Ada waktunya kau perlu ubah pemikiran itu walaupun kau tersiksa

Biarlah kau dan Tuhan saja yang tahu

Kembalilah kepada tuhan
Kau tak akan kuat berseorangan

Kembalilah kepada sunnah junjungan
Kerana denganya, tuhan akan bawa kau kembali kepadaNya

Disaat datang rasa yang pelik-pelik dalam diri kau, itu tanda, kau sedang jauh dengan sunnah dan kefaham rasulullah

Kau sedang jauh dengan Allah.
Dan kau yang menjauh!

Jadi, kau perlu kembali
Biarlah, kau dan tuhan saja yang tahu

Disaat kau diuji bertimpa-timpa, kau perlu tahu
Tuhan sedang memanggil kau kembali
Dekat denganya
Tuhan sedang menyucikan kau dari dosa yang kau lakukan
Tuhan ingin kau rasakan azabnya kau melanggar perintah Allah
Sungguh, ujian tuhan itu menyakitkan
Namun, ia disebabkan dosa-dosa kau juga
Lalainya engkau dari penyakit 'ain
Maha memaksanya tuhan kepada hambanya
Tuhan ingin kau rasakan, teganya engkau menodai kesucian dirimu dengan dosa
Sanggupnya engkau kotorkan jiwamu dengan melanggar perintah Allah

Dalam masa yang sama,
Ujian itu tanda cintanya Allah kepada dirimu
Kasihnya Allah kepada dirimu
Namun, adakah kau tetap sombong dan keras kepala?
Terserah kau
Kau yang memilih
Dekat dengan Allah syurgalah ganjaran kau
Jauh dengan Allah nerakalah tempat paling layak bagi kau

Oleh itu,
Kembalilah kepada tuhan
Jangan terlalu sombong
Biarlah, hanya tuhan dan engkau saja yang tahu

Tidak akan ada manusia yang akan tahu
Cerita penuh perjalanan hidup kau
Hal ini membuatkan semua manusia tidak akan memahami kau
Dan kau perlu terima hakikat itu
Dan tiba masanya untuk kau pula memberi
Kaulah yang perlu faham manusia dahulu
Barulah ketenangan akan mula menyusup kedalam jiwa kau

Hanya tuhan sahaja yang tahu
Biarlah tuhan dan kau sahaja yang tahu
Hakikatnya, hanya Tuhanlah yang paling tahu, maha tahu selok belok hambanya
Sedang hamba itu sendiri masih bodoh dengan dirinya pendirian


Biarlah
Hanya Allah saja yang tahu tahap kegundahanmu
Hanya Allah saja yang tahu tahap kerisauanmu
Hanya Allah yang tahu cara berfikir dan pemikiranmu
Hanya Allah yang tahu sikap dan personaliti sebenar dirimu
Haruslah kau berdamping dengannya agar kau peroleh redhonya
Kau jauh dari nerakaNya
Kau jauh dari murkaNya
Kau dekat dengan syurganya

IPDA, 220715 RABU 957 pagi

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 April 2015

Proaktif dalam Mendidik

Kalau dulu, belasan tahun dulu, internet dianggap sebagai medan untuk mengeratkan hubungan sesame manusia yang berjauhan. Banyak kes-kes ‘jejak kasih’yang berlaku disiarkan di dada-dada akhbar tentang pertemuan semula dua sahabat atau saudara yang telah berpisan hampir puluhan tahun selepas beberapa tahun daripada tarikh facebook dilancarkan. Hal ini turut berlaku kepada saya. Beberapa orang kawan tadika saya dan kawan sekolah rendah saya telah menegur saya di facebook. Itulah media sosial dan internet. Ia mampu menghubungkan yang jauh menjadi dekat.
Namun, situasi telah berubah sekarang. Ramai berbicara pula tentang keburukan laman sosial. Sehinggakan, pelbagai penyakit baru yang mula diperkatakan yang disebabkan oleh fenomena ini. Saya amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan pada jumaat minggu ini. Banyak isi-isi penting yang saya peroleh. Kalau dulu, ibu ayah harus memastikan anak mereka tidak keluar lumah tanpa izin disebabkan, dengan keluar rumah, anak-anak mampu bertemu dengan rakan-rakan mereka tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan anak-anak mampu terlibat dengan gejala negatif dan rakan-rakan semengnya mampu mempengaruhi sikap dan pemikiran anak-anak.

Namun sekarang, ibu bapa perlu sedar. Media sosial dan dasar langit terbuka telah membolehkan anak-anak menjelajah kedunia luar tanpa keluar rumah. Jadi, ini bermaksud, ibju bapa juga perlu mengawal pergerakan anak-anak dimedia sosial dan alam maya. Cara mengawalnya terserah kepada ibu bapa kerana ibu bapa lebih tahu apakah cara yang paling sesuai untuk anak-anak.

Jadi, apa yang ingin saya cuba sampaikan ialah, cabaran mendidik anak dan diri sendiri pada masa kini perlu diberi perhatian penting. Kalau sekarang, kebanyakan ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam akedemik, mereka juga harus mula sedar, anak mereka juga perlu mempunyai akhlak yang baik kerana hal ini melibatkan emosi dan sikologi manusia. Manusia mampu berjaya dengan akedemik walaupun tidak mempunyai akhlak yang baik. Ketahuilah, itu menunjukkan manusia itu terlalu sombong seakan-akan dia tahun segalanya. Mungkin juga dia kurang pengetahuan tentang sejarah terdahulu, bagaimana peranan akhlak manusia terhadap pembangunan dunia dan ketamadunan sesebuah empayar. 

Sunday, 8 March 2015

Sambunglah rantai perjuangan Rasulullah

How about you mua? Do you worship Allah only?

"Yes, actually, we only have one god"

"Oo, you not worship Nabi Muhammad meh?"

"Huh? Eerm, who to say aa. If you want to know, muslim only worship one god. Nabi Muhammad is a human only, he is a prophet of Allah, he..."

" Yong Chau!"

Kedengaran suara sumbang seseorang memanggil namanya. Ah, melepas lagi peluangku untuk bersembang sembang dengannya.

Ingin saja aku kata padanya,

"if you want to know, for me, islam is the most misunderstanding religion in the world."

Banyak perkara yang dia perlu tahu tentang islam, tetapi tak mungkin aku boleh menceritakannya dalam masa sesingkat itu. Aku tak tahu, macammana lagi atau bila lagi aku atau dia boleh timbulkan isu supaya kami mampu bersembang macam-macam tentang agama masing-masing.

Itulah, aku rasa salah aku juga. Aku memang sangat lemah dalam mengatur kata. Dah la waktu aku terangkan kepadanya pun aku tergagap-gagap, maklumlah, bahasa inggeris SPM hanya A-. Rasa hinanya diri ini. Ceteknya ilmuku dalam berdakwah. Dalam masa yang sama, agama islam terus diperkotak katikkan oleh media dan pihak yang dengki terhadap agama islam. Penganut islam pula semakin jauh dengan pengamalan islam. Mereka semakin lemah, malas dan pengecut.

Remaja-remaja,apabila sebut sahaja dakwah, sebahagiannya jadi gastrik dan alergik. Allahuakhbar, apa yang harus aku jawab apabila berdiri dihadapan Allah kelak?

Aku tak dapat 'kick' dia dengan kata-kata aku. Kalau betul dia serius sembang dengan aku tentang agama, sudah tentu dia akan kembali kepada perbualan asal kami walaupun setelah dia selesaikan urusannya dengan orang telah memanggilnya tadi.

Remaja harus mula belajar dakwah non-muslim. Ini adalah perniagaan yang paling menguntungkan. Bonusnya sangat tinggi. Kadang ada setengah orang mengukur dakwahnya dengan ada atau tidak orang yang masuk islam ditangannya. 

Kita salah, tugas kita hanya melakukan dakwah. Yang memberi hidayahnya bukan kerja kita, kerja Allah. Kita perlu ada niat untuk berdakwah kepada orang lain walaupun perkara yang kita lakukan hanyalah kecil. 

Mungkin seperti kita lebih memilih untuk meninggalkan perkataan yang tidak elok, bersopan ketika makan, bergaul dengan baik dan sentiasa senyum. Namun, kita juga harus mula menerang, bukan hanya menunjuk, kalau hanya menunjuk, orang mungkin tidak rasa apa-apa bahawa kita ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. 

Jadi, menerang inilah yang memerlukan ilmu, hikmah dan pengalaman. Hikmah dan pengalaman akan hadir sekiranya kita laksanakan dakwah selalu. Namun ilmu, kita harus meluangkan sedikit masa kita untuk menelusuri pengalaman-pengalaman para ulama.

posted from Bloggeroid

Thursday, 19 February 2015

Hakikat Syurga dan Neraka, Kemana Kita Pergi?

kurangnya majlis ilmu yang mengingatkan kita tentang Azabnya neraka membuatkan kita lupa tentang tempat pembalasan tersebut.

Tak Kisah Masuk sekejap di Neraka?

ada sebahagian kita selalu kata "kita ini orang muslim, maksiat banyak manapun, akan masuk syurga juga, tak apalah, masuk neraka sekejap, nanti masuk syurga juga", sungguh, kita sebenarnya telah ditipu oleh syaitan, atau mungkin kita kurang pendedahan tentang berapa dasyatnya syaitan. ada orang kata, diakhirat kelak, kita hanya ada dua pilihan sahaja. bagiku, kita sebenarnya tidak ada dua pilihan. kita hanya ada satu pilihan, iaitu memilih syurga sebagai tempat kita hidup. kerana, neraka itu luar biasa azabnya. ia mampu melupakan kita terhadap kenikmatan dunia yang kita rasai bertahun-tahun lamanya,

sebuah hadis rasul yang harus kita renungi: dari Anas bin Malik, dia berkata;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Pada hari kiamat nanti akan didatangkan penduduk neraka yang ketika di dunia adalah orang yang paling merasakan kesenangan di sana.

Kemudian dia dicelupkan di dalam neraka sekali celupan, lantas ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan sebelum ini? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan sebelum ini?’.

Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku!’.

 Dan didatangkan pula seorang penduduk surga yang ketika di dunia merupakan orang yang paling merasakan kesusahan di sana kemudian dia dicelupkan ke dalam surga satu kali celupan. Lalu ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan sebelum ini?

Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sebelum ini?’.

Maka dia menjawab, ‘Demi Allah, belum pernah wahai Rabbku, aku belum pernah merasakan kesusahan barang sedikit pun. Dan aku juga tidak pernah melihat kesulitan sama sekali.’.”

(HR. Muslim dalam Kitab Shifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Naar)

Azab dan Ngerinya Neraka


kalau didunia, kita geli melihat nanah, meskipun nanah itu nanah kita sendiri, kerana ia sangat busuk dan menjijikkan. namun di neraka kelak, nanah seperti itu, malah lebih busuk daripada itu yang bakal diminum oleh ahli neraka! nauzubillahi min zalik.

kalau kita terasa panas dengan api yang menjulang membakar daun-daun dan ranting-ranting kering halaman rumah kita, kita tak akan sama sekali memasukkan tangan kita kedalam api itu kerana orang tidak waras pun tidak melakukan demikian, maka, api neraka itu jauh lebih panas berganda-ganda. nauzubillahi min zalik. oleh itu, kita tiada pilihan sebenarnya. kita kena memilih syurga, tiada pilihan lain. neraka itu sangat menakutkan. sangat mengerikan. sangat menjijikkan. masuk kedalam neraka merupakan satu kegagalan dalam kehidupan seorang manusia sebenarnya.

oleh itu, apa yang harus kita lakukan? bagaimana kita ingin masuk ke syurga? adakah kita jamin akan masuk kesyurga selepas kita mati kelak? mengapa kita seperti sudah yakin bahawa kita tidak akan masuk ke neraka? adakah kita akan membiarkan orang yang kita sayang menjadi penghuni neraka? persoalan-persoalan itu perlu mula ditanya kepada diri kita seandainya kita belum bertanya.

Harus Mula Sedar

kita harus sedar satu perkara, kehidupan didunia ini bukanlah kehidupan kita yang boleh buat menurut apa yang kita suka. setiap apa yang kita lakukan ada batasnya. dan batas-batas tersebut telah diberikan oleh tuhan, pencipta kita. ia telah diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. ia perlu dipelajari. kerana ia akan menjamin kehidupan kita yang mendamaikan, didunia, mahupun dalam kehidupan selepas mati.

banyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah atas segala maksiat, keaiban, dan kesalahan yang telah kita lakukan. orang yang mulia disisi Allah ialah orang yang apabila dia melalukan dosa, dia memohon keampunan kepada Allah, walaupun dia tidak sengaja berulangkali melakukan dosa yang sama.

wallahu alam.

Saturday, 13 December 2014

PLKN: beginilah tenatnya ummat...






sedar tak sedar, sudah genap satu tahun daripada tarikh aku tercalon sebagai pelatih PLKN, di laman sosial, ramai dah yang mula update tentang PLKN. tahun ini pelatih PLKN kumpulan 1 masuk ke kem awal. bulan 12 mereka sudah mula masuk kem dan mula latihan. aku dulu bula jsatu baru masuk kem. aku mohon maaf kepada semua adik-adik pelatih PLKN kumpulan 1 tahun ini kerana lambat 'share' tentang pengalaman aku di PLKN tahun lepas. rasa serba salah pun ada. tak apa, aku rasa masih belum terlambat untuk aku 'share' pengalaman aku hari ini.

entry kali ini sebenarnya bukanlah aku nak share sangat tentang kehidupan di PLKN. bagi aku, kalau aku nak share semua pengalamanku sepanjang aku berada di PLKN, aku boleh jadikan ia sebagai satu trevelog atau novel. aku cuma nak share lebih kurang macam panduan kehidupan di PLKN. buat pengetahuan semua, kehidupan di PLKN banyak ranjau dan tribulasinya.




jadi, persiapan rohani dan mental yang kuat perlu dipasak dalam diri supaya kita tetap menjadi diri kita yang asal sebelum dan selepas keluar daripada PLKN, yang beruba cuma ilmu, ilmu menjadi semakin bertambah. orang yang tak ada ilmu jati diri yang kuat dalam dirinya akan terpengaruh dengan suasana di PLKN.

buat pengetahuan semua, PLKN beri banyak pengalaman baru kepada aku. macam-macam perkara aku jumpa di sini. di sinilah aku jumpa pesara-pesara tentera yang sangat cekap dan berpengalaman dalam ilmu kehidupan, di sinilah aku mula memahami dunia ketenteraan dengan lebih mendalam, disinilah aku jumpa dengan tentera-tentera yang berpengalaman, di sinilah aku bertemu dengang orang-orang yang berjasa kepada negara tanpa nama mereka dikenang, namun jasa mereka memberi kesan.



namun, disini jugalah aku baru mula menyedari tentang kehidupan kebanyakan remaja Malaysia. kalau dahulu, aku cuma membaca dan mendengar berita-berita yang terpampang di media massa tentang gejala-gejala negatif yang dilakukan oleh remaja, kini aku berjumpa dan bergaul sediri dengan mereka. di sinilah aku bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia, pelbagai latar belakang dan bermacam-macam ragam. ada diantara mereka yang pernah mengambil dadah, kaki langgan perempaun, kaki keluar malam, peminum arak, kaki lepak tegar, mat rempit tegar, playboy tegar, dan bermacam ragam lagi. ini baru lelaki, tbagaimana pula dengan perempuan? aku ceritakan semua ini sebab aku nak sedarkan golongan intelek diluar sana, inilah remaja kita. ramai lagi manusia diluar sana masih tidak tahu banyak benda dan banyak perkara, mereka mudah terpengaruh dengan media. ada yang tidak ada jati diri dan mudah terpengaruh. ada juga yang hidup sekadar hidup.



kawan-kawan dipersekitaran kita akan mempengaruhi kita. di PLKN, semua pelatih harus tinggal di kem selama lebih kurang tiga bulan. jadi, bagi aku persekitaran yang sebegini boleh dikatakan persekitaran yang negatif dan tidak bagus untuk membentuk akhlak. aku telah lihat segalanya. berapa ramai yang dahulunya sebelum masuk PLKN seorang yang pendiam, hanya seorang budak kampung biasa, jarang bersosial, jarang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, tidak keluar malam, namun apabila keluar PLKN terjebak dengan perzinaan dan hubungan yang terlarang antara lelaki dan perempuan. sangat bahaya! tiga bula bukan satu tempoh yang sekejap! ada pakar motivasi menyatakan:

"cukuplah 40 hari untuk membuatkan seseorang itu terpegaruh dengan persekitarannya dan merasa selesa"

jadi, aku nasihatkan kepada pelatih PLKN diluar sana, walaupun nasihat aku ini melanggar peaturan kebanyakan kem PLKN, tetapi, demi memjaga akhlak, aku nasihatkan supaya 'simpan' hand phone untuk membolehkan anda berhubung dengan ibu bapa anda dan sahabat anda untuk memperoleh nasihat disaat diri terasa lemah dan hanyut.

 bagi yang minat membaca, bawalah buku-buku yang mampu menguatkan kembali jato diri kalian disaat diri terasa ingin dihanyutkan oleh 'biah' yang kurang bagus itu.

 pastikan catat semua apa yang anda lakukan sepanjang anda berada di alam PLKN, supaya anda mampu muhasabah diri anda.

 tulis kata-kata yang mampu menguatakan semangat anda untu terus memperolejh sebanyak mungkin pengalaman di PLKN dan tidak terpengaruh denga budaya negatif di PLKN.

 banyakkan menulis dan masa untuk diri sendiri berbanding bersosial dengan oramg lain atau mendekati kawan-kawan yang mempunyai akhlak yang tidak bagus.

 dampingi dan dekati kawan-kwan yang mempunya tahap intelek yang tinggi dan mentaliti kelas satu, aku yakin anda mampu menilainya. dampingi 'cikgu', ramahlah dengan mereka kerana mereka mempunyai banyak ilmu dan pengalaman.

 berdamping dengan orang dewasa membuatkan kita memjadi matang. malah, berdampinglah dengan pesara-pesara tetera atau jurulatih fizikal anda kerana pengalaman mereka luar  biasa luasnya.

 kalau diikutkan hati, banyak perkara lagi yang ingin aku share di sini, namun, cukup ini sahaja untuk kali ini, insyaAllah aku akan sambung lagi menulis pesanan-pesanan yang berguna untuk anda sepanjang anda berada di PLKN. jangan lupa komen dan follow blog ini.

bersambung...


Tuesday, 9 December 2014

RISAULAH AMALAN TIDAK DITERIMA

risaunya amalan tidak diterma
siapa sangka, ada manusia yng berjihad dijalan Allah, namun dihumban, diheret kakinya keatas mukanya kebawah, lalu dilempar kedlam neraka kerana niatnya yang tidak ikhlas.
siapa sangka orang yang menuntut ilmu meskipun ilmu agama, menjadi celaka kerana niatnya yang tidak ikhlas
begitu juga dermawan, yang selalu mendermakan hartanya, celaka dan rugi kerana niatnya bukan kerana Allah.

ayuh sama-sama kita renung kata-kata kekasih buah hati tercinta kita, Rasulullah. kata-kata ini seharusnya menyedarkan dan menggerunkan kita lalu mampu menjadikan kita lebih berwaspada dalam beramal dan berhati-hati daripada tipu daya iblis dan syaitan untuk memesongkan niat kita dalam beramal.mafhumnya:


Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


soal niat ikhlas atau tidak ikhlas adalah soalan aqidah dan tauhid
ia bukan perkara main-main
membuat amal bukan kerana Allah ibarat kita menanam sayuran diladang encik A, namun kita meminta upah kepada encik B, tidakkah kelihatan sangat celaka?

risaulah amalan kita tidak diterima,
atas dasar apa kita memunaikan solat lima waktu sehari semalam? atas dasar apa kita berhijab dan menuntup aurat? adakah kita melakukan suruhan Allah dan syariat islam setelah sains dan kajian membuktikan bahawa ajaran islam ini membawa kesihatan dan keselamatan kepada manusia, meraih publisiti atau kita menunaikan semua itu kerana berimannya kita kepada Allah? takutnya kita akan kemurkaan Allah? kemaruknya kita akan kasih sayang Allah?

niat ialah soal aqidah, ia bukan perkara main-main. silap niat kita dalam beramal, ibarat silap kita meletakkan alamat ketika menghantar surat atau kita tersilap menekan nombor telefon ketika hantar mesej, whatssapp, wechat atau facebook messeger. ia merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang manusia atau makhluk yang bergelar manusia...

posted from Bloggeroid

Sunday, 7 December 2014

KESUSAHAN DALAM HIDUP PENGHAPUS DOSA MANUSIA

seringkali manusia ditimpa kesulitan dalam hidupnya. tak sikit diantara manusia yang menyalahkan tuhan. manusia mengatakan tuhan tidak adil kerana disaat dia diuji dengan ujian dan kesusahan yang sangat berat, dia melihat manusia-manusia lain hidup bahagia. dia melihat kawan-kawannya hidup tanpa kesusahan. dia rasa tuhan sangat tidak adil terhadapnya.

apabila manusia kurang menyemak, memahami , dan mempelajari 'surat cinta' daripada tuhan, manusia akan menjadi jauh daripada tuhan, manusia telah terpedaya dengan hasutan syaitan dan nafsu. sebab itu, apabila manusia diuji, sebahagian besar daripada manusia sentiasa menyalahkan tuhan dan berputus asa untuk hidup. dia merasa kehidupan ini sangat tawar dan pahit untuk ditelan dan dijalani. dia menjadi tertekan dan terbeban dengan sikapnya sendiri, sedangkan ada manusia yang malah bahagia saat diuji.

inilah untungnya mempelajari agama, mengenal sifat-sifat dan nama-nama Allah yang maha sempurna. saat diuji dengan ujian yang berat, manusia yang kenal Allah tahu bahawa Allah itu maha adil, Allah itu maha pemurah, dia tahu apa yang ditaqdirkan keatasnya oleh tuhannya adalah atas dasar sifat maha mengetahui yang ada pada tuhan.

bersambung...

posted from Bloggeroid

Saturday, 29 November 2014

benarkah kawan mampu mempengaruhi akhlak dan sikap seseorang?







sedih memikirkan keadaan ummah masa kini.
bagiku sekarang, sangat susah untuk mencari 'biah solehah' atau suasana yang penuh ketaatan kepada Allah, khususnya pelajar-pelajar sekolah, berdasarkan pengalamanku, ramai remaja-remaja yang pada asalnya mendapat didikan yang bagus dari ibu bapa ketika berada dirumah sewaktu dialam sekolah rendah, namun, disebabkan orang yang tidak mentaati perintah Allah lebih ramai dan dominan di sekolahnya ketika dia memasuki alam sekolah menengah, dia terpengaruh dengan kawan-kawannya.

terutamanya apabila remaja tersebut tinggal di asrama, sekolah berasrama penuh lebih dasyat. bukan apa, bayangkan seorang remaja yang dulunya mendapat didikan sepenuhnya daripada ibu bapanya dengan didikan yang baik, mindanya tidak terdedah langsung dengan gejala-gejala negatif yang diamalkan kebanyakan remaja, tiba-tiba, dia melihat gejala-gejala tersebut dihadapan matanya, hal ini akan membawa kepada kejutan budaya yang menyebabkan pelbagai perkara boleh belaku kepada remaja ini. dua kemungkinan besar yang mampu berlaku.

1. remaja ini akan mengalami kemurungan atau bertindak agresif seperti cepat menghukum.

2. remaja ini akan terikut-ikut dengan rakan-rakannya yang seringin mempengaruhinya.

kuasai ilmu mendidik anak

oleh itu, pendidikan anak yang tepat perlu dikuasai oleh ibu bapa supaya situasi-situasi di atas tidak berlaku.
kebanyakan ulama terdahulu yang mencipta nama dan jasaya masih mengalir sehingga sekrang disebabkan mereka mendapat pendidikan secara terus daripada ibu bapa mereka.namun, tak dinafikan, ada juga ulama yang berguru dengan orang asing dan bukan ibu bapanya, namun, guru yang mereka pelajari ilmunya itu guru yang benar-benar faqih dan A'lim.hal ini menunjukkan betapa pentingnya suasana yang baik dalam melahirkan seorang anak yang tinggi cita-cita dan besar jiwanya.

situasi masa kini


aku merupakan pelajar asrama yang tegar, sewaktu aku dialam sekolah rendah, aku belum lagi tinggal diasrama, darjah satu hingga darjah enam. aku mula memasuki asrama sewaktu aku tingkatan satu dan aku memasuki asrama penuh sewaktu aku tingkatan empat hingga tingkatan lima. boleh dikatankan 5 daripada 11 tahun alam persekolahanku aku dihabiskan di 'dunia asrama'.

jadi, berdasarkan pengalaman aku, aku dapat rasakan bahawa betapa besarnya pengaruh kawan dalam membentuk sikapku sekarang. aku rasa, begitu juga orang lain. malahan, kalau pelajar asrama penuh yang waris atau ibu bapanya jarang melawatnya dan pengetua sekolah tersebut kurang dan jarang membenarkan pelajarnya 'balik kampung',dan pengetua sekolah tersebut hanya membenarkan pelajar balik kampung sebulan sekali atau dua bulan sekali, pelajar yang menghadapi situasi ini, sikap dan akhlaknya lebih cenderung untuk terpengaruh oleh rakan-rakannya di asrama. remaja kurang berhubung dengan keluarga hingga membuatkan remaja tersebut lebi selesa dengan kawan-kawannya. apabila anak remaja sampai ketahap ini. keadaan akan menjadi lebih parah.

bersambung...

Wednesday, 26 November 2014

'berdakwah' di laman sosial?

satu pesanan daripada ibuku yang aku tidak boleh lupa ialah:

"orang yang hebat bukan orang yang banyak ilmunya, tetapi orang yang hebat ialah orang yang banyak mengamalakn ilmunya."

kadang-kadang, ada setengah orang yang hebat dalam dakwahnya. kalau kita lihat sekarang, di era globalisasi ini, zaman media sosial ini, ramai yang kelihatan sangat baik di media sosial. status-statusnya di facebook sangat menyentuh hati orang yang membacanya, namun belum tentu orang tersebut hebat dalam amalnya. ramai remaja-remaja yang menghabiskan berjam-jam di media sosial, menyebarkan ceramah-ceramah agama, menulis status-status 'islamik', mengarang artikel-artikel 'islamik' berjam-jam di blog-blog atas alasanj dakwah sehingga terlupa untuk menjaga akhlaknya dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya, sedangkan mereka inilah golongan yang lebih utama untuk disantuni dan didakwahi.

ramai yang sibuk 'berdakwah' di alam maya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya. ibunya dibiarkan memasak dan melakukan kerja rumah berseorangnya sedang dia sibuk 'berdakwah' di media sosial. alangkah jijiknya sikap begini.

sebab itulah apa sahaja ilmu yang kita ketahui perlu diamalkan dan orang yang terdekat untuk kita mengamalkan ilmu kita ialah ibu bapa kita, keluarga kita, adik-adik kita.mereka jugalah orang yang paling utama untuk ditunaikan hak.kadang kita tidak sedar, kita mampu menghabiskan berjam-jam di internet,3 4 jam, tapi kita tidak boleh tahan walaupun satu jam membantu ibu kita memasak didapur, mengemas rumah dan membantu adik-beradik kita.

apakah maksud hadis wanita ramai di neraka?

kebelakangan ini, banyak manusia yang sewenang-wenangnya mentafsir hadis dan ayat Al Quran mengikur akal dan sesedap nafsu mereka. sebenarnya, golongan yang paling berhak dan paling tepat tafsiran terhadap Al Quran dan Hadis telah ditetapkan sendiri oleh Rasulullah dalam sebuah hadis. mereka ialah para sababat baginda.oleh itu,setiap dalil agama perlulah merujuk kepada tafsiran para sahabat, bukan tafsiran akal kita atau guru kita sendiri. diakhir zaman ini, manusia perlu lebih berilmu dalam menilai sesuatu dalil agama kerana fitnah-fitnah terhadap agama sangan berluasa.penyebaran hadis palsu di laman sosial, wechat, whassapp, facebook dan sebagainya sangat berleluasa dan sukar dibendung.

hadis yang menyatakan wanita ramai di neraka.

ada sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas dalil agama. sebagai contoh, hadis yang mengatakan wanita ramai di nereka. aku suka untuk memetik tulisan ustaz Hasrizal menjawab kenyataan Farouk A Peru tentang isu ini di dalam blognya:

Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis. Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri? Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman seperti dalam hadis Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.

3. Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik gelaran Quranism daripada anda.

- See more at: http://saifulislam.com/2014/03/quranist-antara-isu-fakta-dan-isu-metode/#sthash.ece6Crqf.dpuf

boleh juga lihat ulasan dalam video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=wx-0jEZp8Gs


kesimpulanya, kita harus berwaspada dengan banyak fitnah-fitnah yang berleluasa di akhir zaman ini, kita harus menilai setiap perbezaan mendapat yang berlaku dengan akal yang rasional.. kita juga harus mula kritis dan sentiasa berfikir serta tidak telan terus atau telan bulat-bulat SETIAP apa yang kita baca walaupun siapa sahaja penulisnya. sikap ta'asub, dan berat sebelah perlu dibuang supaya kita mampu untuk membuat penilaian dan tidak menelan bulat-bulat apa yang kita baca.

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal" adalah batil?

ungkapan "wanita 9 nafsu 1 akal dan lelaki 9 akal 1 nafsu" amat popular dikalangan masyarakat islam Malaysia. ungkapan ini sebenarnya tidak ada asalnya. jangan sesekali kita mengatakan ungkapan ini ialah hadis nabi kerana telah dikaji tiada sanad yang sahih. ungkapan ini juga tiada asalnya. adalah lebih baik keatas kita jika kita berhenti menyebarkan perkara yang masih ragu-ragu seperti ini. amat mengecewakan apabila ungkapan ini sehingga ketahap menjadi hujjah kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dalam ceramah-ceramah agama. ayuh bersama-sama memurnikan semula agama.

boleh rujuk perbahasan tentang ungkapan ini di blog Dr Abu Anas Madani.

http://www.abuanasmadani.com/wanita-1-akal-9-nafsu/

Sunday, 23 November 2014

gadis-gadis muslim mungkin akan mula tersedar selepas membaca artikel ini



kadang-kadang kita lupa bahawa musuh kita adalah syaitan, maka, mulai sekrang, berwaspadalah terhadap kejahatannya.


























Apakah tujuan wanita memakai hijab?kadang-kadang ada sesetengah wanita terlupa tentang apa sebenarnya tujuan mereka memakai hijab.berdasarkan pengalamanku baru-baru ini,ada segelintir wanita yang telah tersilap konsep tentang tujuannya memakai hijab.apabila wanita tersalah konsep dalam tujuannya memakai hijab , hal ini mampu membawa imej buruk keada islam.aku akan terangkan tentang kenyataanku di atas.


eksperimen remaja barat


Baru-baru ini, ada segolongan remaja barat yang membuat sedikit eksperimen tentang wanita yang memakai hijab dan tidak memakai hijab. Mereka dapati , wanita yang memakai hijab kurang diganggu berbanding wanita yang memakai baju ketat, seluar jeans ketat dan tidak berhijab.video tentang eksperimen ini tidak silap aku telah menjadi viral di facebook.aku cuba membaca komen-komen yang tertulis dibawa video itu. Aku terkesan dengan satu komen yang maksudnya lebih kurang begini:


“Video ini membawa mesej yang baik tetapi telah membawa konsep yang salah tentang islam. Wanita islam memakai hijab bukan tujuannya untuk tidak diganggu,kelihatan cantik,atau lebih perbagai fesyennya,tetapi wanita islam memakai hijab kerana ia adalah suruhan Allah kepada hamba-hambanya…”


Aku tersentap dan mula berfikir,aku rasa,disebabkan inilah ramai gadis-gadis diluar sana memakai hijab dengan cara yang salah dan sangat-sangat bertentangan.


1.ada yang memakai tudung tapi tudungnya nipis hingga menampakkan rambut, dan lehernya, yang berada di dalam tudung.

2.Ada yang memakai tudung tetapi tidak menutup dada, dan sangat singkat.

3.Ada yang memakai tudung tapi pakaiannya sangat ketat sehingga seakan-akan bertelanjang!

4.Ada yang memakai tudung tetapi tabarruj.


Dan banyak lagi jenis-jenis pemakaian tudung yang sangat salah dan tidak pernah diajar oleh islam.



orang yang sedar dirinya hanyalah hamba kepada tuhan, akan berusaha semampu mungkin untuk melakukan semua perintah tuhan





























Sekiranya ramai wanita dan gadis diluar sana yang memakai hijab dengan cara yang salah, maka apa kata orang yang bukan islam? hijab yang salah selalunya membuatkan seseorang itu kelihatan selekeh. Hal ini mampu membawa gambaran yang salah terhadap ajaran islam dan mampu menjauhkan orang yang bukan islam daripada agama yang benar lagi suci ini.

Oleh itu, kita harus sedar, tujuan wanita memakai hijab ialah kerana suruhan Allah. Bukan kerana ikut-ikutan, orang lain pakai, kita pun pakai, bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bukan kerana mendapat perhatian orang lain dan lelaki, disamping kita tidak menafiakan bahawa ada kebaikan-kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia yang menuruti perintah Allah.

Allah Ta’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(QS. Al Ahzab: 59)



Para wanita dan gadis-gadis islam harus menyemak semua, adakah cara pemakaian hijab mereka bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki, supaya kita tidak membawa imej yang salah tentang islam kepada orang-orang bukan islam. Sekiranya kita tidak mampu membawa orang-orang yang belum islam untuk mendekati islam, jangan pula kita menjadi penghalang mereka untuk memahami islam.
Waallahu a’lam.



Monday, 13 October 2014

Duhai Remaja

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada memyatakan

Tidak akan berganjak kaki anak adam di hari qiamat sehingga dia ditanya tentang empat soalan dan antara salah satunya ialah tentang masa mudanyanya,kemana dia menggunakannya

Kenyataan rasulullah ini seharusnya menyentap dan menggetarkan setiap jiwa manusia yang mendengarnya.pernahkan kita bertanya kepada diri kita,tentang masa muda kita kemana kita gunakannya.bagaimana kita menghabiskannya?adakah kita menghabiskannya dengan berseronok,bersuka ria,berjimba-jimba?sebuk memmuaskan nafsu?melajyan kehendak nafsu?

Adakah kita bersetuju dengan kenyataan “waktu muda hanya sekali,soo,kita enjoy”?atau bagaimana?
Alangkah ruginya manusia yang mensia-siakan waktu mudanyanya.aku terkesan dengan berita baru-baru ini yang menceritakan tentang seorang anak muda yang sudah menghafal 29 juz Al Quran yang usianya baru 5 tahun.baru-baru ini juga ada berita tentang seorang remaja yang menguasai 20 bahasa yang usianya sekarang baru 20-an.aku tepegun dan tersentap.

aku bertanya kepada diriku,apa yang aku lakukan sewaktu umurku seperti mereka?apa yang aku ingin jawab kepada Allah disaat Allah bertanya kepadaku,kemana masa mudamu dihabiskan.
Sudah tentu saat itu aku terdiam

Bersambung…. 

Wednesday, 8 October 2014

bermulanya sebuah pengalaman baru 1

Kriiiing!!!!.loceng sekolah berbunyi,menandakan waktu rehat bagi pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu telah bermula,seperti biasa,sebilangan besar pelajar memilih untuk keluar daripada kelas dan menuju ke kantin untuk makan pagi.namun sebenarnya,bagi pelajar SBP Integrasi kubang Pasu,kami telah disediakan oleh pihak sekolah makan pagi pada waktu rehat tersebut di Dewan Makan,namun,entah kenapa,boleh dikatakan hampir separuh daripada pelajar sekolah memilih untuk makan di kantin dan beli makanan di koperasi,ada yang beralasan mengatakan mereka sudah jemu dengan hidangan atau menu yang yang disediakan oleh pihak di DM yang berulang-ulang menunya.Namun,hakikatnya,menu yang mereka beli juga bagiku turut berulang-ulang.ah,biarkan mereka!itu pilihan mereka,yang penting,makanan yang pihak DM hidang di DM itu dibayar oleh orang tuaku,ada bahagian aku disana.aku turut bergegas ke DM untuk makan pagi.

Selepas selesai makan di DM,segelintir daripada para pelajar akan bergerak ke surau untuk menunaikan solat sunat duha,terutamanya pelajar SPM,maklumlah tahu itu merupakan tahun peperiksaan penting,pakat-pakat solat duhalah,moga-moga murah rezeki untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi.hmm,itulah manusia,apabila ada hajat baru ingat Allah lebih.apabila dalam nikmat,ingat Allahnya kurang.teringat aku dengan satu kata-kata yang berbunyi
“kadang-kadang,ada ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya memang bukan untuk diselesaikan oleh hamba tersebut dan tidak ada jalan keluar,kerana Allah ingin hambanya terus meminta,memohon,merayu dan ingat padaNya,sehinggalah Allah keluarkan hamba itu dari kesulitan tersebut”

Kita manusia,makhluk yang sering lupa dan lalai kepada Allah,sering lalai apabila diberi nikmat.sedikit daripada manusia yang selalu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.Dan sedikit diantara kita yang menggunakan nikmatNya sebaiknya,dan melakukan ketaatan kepadanya.malah,lebih teruk lagi,apabila kita beroleh nikmat,kita gunakan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.kita memiliki lidah,kita gunakan untuk mencela orang lain,kita memiliki kesihatan,kita gunakan untuk derhaka kepada ibu bapa kita.ibu kita menyuruh kita membantunya,kita kata “jap ibu,ada kerja ni”
Kita ada nikmat kesihatan, kita sakiti hati adik kita,kita ganggu dia.kita ada nikmat kesihatan,kita habiskan dengan melepak,berfb berjam-jam,berwhatssup,bersembang perkara yang tidak berfaedah,mengumpat tetang orang lain,memburuk-burukkan orang,berbohong,bersembang luca,dan pelbagai lagi perkara yang tidak berfaedah yang lain yang mampu mendatangkan dosa dan kita anggap ringan.waktu sakit,demam,barulah tercungap-cungap,mohon ampun kepada  Allah,barulah kalut nak solat awal waktu.jijiknya perangai kebanyakan manusia.

Allah itu sukakan hambaNya yang ingat kepadaNya sewaktu hamba itu sakit,namun sungguh,Allah lebih sayang dan cinta hambaNya yang ingat padaNya sewaktu hamba itu sihat

Allah sayang akan hambaNya yang ingat kepadaNya pada waktu hamba itu miskin,namun Allah lebih cinta,kasih serta sayang kepada hambaNya yang ingat kepadanya pada waktu hamba itu kaya.

  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...