AW bersabda:
“Pada zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli
sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja;
“Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang budak lelaki untuk aku
ajarkan kepadanya ilmu sihir.”
فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلَامًا
يُعَلِّمُهُ ، فَكَانَ فِي طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ ، فَقَعَدَ
إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلَامَهُ ، فَأَعْجَبَهُ ،
Lalu diberikan
kepadanya seorang budak lelaki untuk dia mengajar ilmu sihir kepadanya.
Dalam perjalanan budak lelaki itu ke tempat ahli sihir, budak lelaki itu
bertemu seorang rahib Lalu dia pun duduk untuk mendengar kata-kata
rahib tersebut. Budak lelaki itu merasa takjub dengan rahib itu.
فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بِالرَّاهِبِ ، وَقَعَدَ إِلَيْهِ ،
فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ ،
Apabila budak lelaki itu mahu pergi ke tempat ahli sihir, dia akan
melalui tempat rahib tersebut, dan dia akan duduk di situ. Tatkala budak
lelaki itu sampai sahaja ke tempat ahli sihir, ahli sihir akan
memukulnya (kerana dia sering terlewat tiba) . Budak lelaki itu pun
mengadukan hal tersebut kepada rahib itu.
فَقَالَ : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ ،
Rahib itu menjawab: Apabila engkau takut kepada ahli sihir, katalah
kepadanya: Keluarga aku yang menyebabkan aku terlewat, dan apabila
engkau takut kepada keluarga engkau, maka katalah: Ahli sihir
menyebabkan aku terlewat.
فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى
عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ ، فَقَالَ : الْيَوْمَ
أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمْ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ ، فَأَخَذَ حَجَرًا
،
Keadaan itu berterusan, hinggalah suatu hari dia bertembung
dengan seekor haiwan yang besar yang menghalang laluan orang ramai.
Budak lelaki itu berkata: Pada hari ini, aku akan ketahui, siapakah yang
lebih utama, ahli sihir atau rahib. Budak lelaki itu pun mengambil
seketul batu.
فَقَالَ : اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ
الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ ، فَاقْتُلْ هَذِهِ
الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِيَ النَّاسُ ، فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا ، وَمَضَى
النَّاسُ ،
Budak lelaki itu menyebut: Ya Allah! Seandainya
urusan rahib itu lebih Engkau cintai daripada urusan ahli sihir,
bunuhlah haiwan ini supaya orang ramai dapat lalu di sini. Dia terus
melontar batu itu, dan berjaya membunuh haiwan tersebut. Maka manusia
pun dapat melalui jalan itu.
فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ ،
فَقَالَ لَهُ الرَّاهِبُ : أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّي
قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى ، وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ
ابْتُلِيتَ فَلَا تَدُلَّ عَلَيَّ ،
Budak lelaki itu pergi
menemui rahib dan menceritakan hal yang terjadi. Rahib itu berkata
kepada budak lelaki tersebut: Wahai anakku, engkau pada hari telah
menjadi lebih utama daripada aku. Aku melihat urusan mu telah tiba.
Sesungguhnya engkau akan diuji. Jika engkau diuji, jangan sesekali engkau memberitahu orang lain tentang diri ku.
وَكَانَ الْغُلَامُ يُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَيُدَاوِي
النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الْأَدْوَاءِ ، فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ
قَدْ عَمِيَ ، فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ ،
Budak lelaki
itu mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan penyakit buta dan sopak serta
berkebolehan merawat manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Seorang
pembesar diraja yang buta mendengar berita tentang budak lelaki ini.
Dia pun pergi menemui budak lelaki tersebut dan memberinya pelbagai hadiah yang banyak.
فَقَالَ : مَا هَاهُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ شَفَيْتَنِي ، فَقَالَ :
إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَإِنْ أَنْتَ
آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ ،
Pembesar itu
berkata: Semua yang ada di sini adalah milik mu seandainya engkau
berjaya menyembuhkan aku. Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku
tidak mampu menyembuhkan sesiapa pun. Sesunguhnnya yang menyembuhkan
adalah Allah. Jika engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada
Allah untuk menyembuhkan mu.
فَآمَنَ بِاللَّهِ فَشَفَاهُ
اللَّهُ ، فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ ،
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ ؟ ، قَالَ : رَبِّي
، قَالَ : وَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي ؟ ، قَالَ : رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ ،
Pembesar itu pun beriman kepada Allah, lalu Allah menyembuhkannya. Dia
kembali kepada raja, dan duduk di samping raja seperti biasa. Raja
bertanya kepada pembesar itu: Siapa yang mengembalikan penglihatan mu?
Pembesar itu menjawab: Tuhan ku! Raja bertanya lagi: Adakah engkau
memiliki Tuhan selain aku? Pembesar itu menjawab: Tuhan aku dan Tuhan mu
adalah Allah!
فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى
دَلَّ عَلَى الْغُلَامِ ، فَجِيءَ بِالْغُلَامِ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ :
أَيْ بُنَيَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الْأَكْمَهَ
وَالْأَبْرَصَ ، وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ ،
Raja terus menghukum
dan menyeksanya sehinggalah dia memberitahu raja tentang budak lelaki
tersebut. Raja itu pun pergi menemui budak lelaki itu dan berkata: Wahai
anakku, sesungguhnya sihir mu sudah sampai ke tahap mampu menyembuhkan
penyakit buta dan sopak, dan pelbagai lagi yang telah engkau buktikan.
فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ،
فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ ،
فَجِيءَ بِالرَّاهِبِ ،
Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya
aku tidak menyembuhkan sesiapa, yang menyembuhkan adalah Allah. Dia pun
ditangkap dan diseksa sehinggalah dia memberitahu tentang rahib
tersebut. Lalu raja pun pergi menemui rahib itu.
فَقِيلَ لَهُ :
ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ ، فَوَضَعَ
الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ
ثُمَّ جِيءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ ،
Dikatakan kepada rahib itu:
Pulanglah daripada agama mu sekarang (kembali kepada kepercayaan nenek
moyang). Rahib itu enggan, maka raja meminta dibawakan sebuah gergaji.
Gergaji itu diletakkan di tengah-tengah kepala rahib, lalu kepala rahib
digergaji sehingga terbelah dua. Kemudian raja itu mendatangi
pembesarnya,
فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى
فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى
وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بِالْغُلَامِ ،
Dikatakan kepada
pembesar diraja itu: Kembalilah kepada agama mu. Dia enggan, lalu raja
meletakkan gergaji di atas kepalanya, lalu menggergajinya sehingga dia
terbelah dua. Kemudian raja itu pergi kepada budak lelaki tersebut pula,
فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَفَعَهُ
إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ
كَذَا وَكَذَا ، فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَإِذَا بَلَغْتُمْ
ذُرْوَتَهُ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَاطْرَحُوهُ ،
Dikatakan kepada budak lelaki itu: Kembali lah kepada agama mu. Budak
lelaki itu enggan, lalu dia diserahkan kepada tentera-tentera diraja
yang lain. Raja berkata: Pergilah kalian, dan bawa budak lelaki ini ke
sebuah bukit. Dakilah bukit itu dan bawa dia bersama-sama. Apabila
kalian telah tiba di puncaknya, seandainya dia kembali kepada agama asal
(maka jangan apa-apakan dia, tetapi jika dia enggan),maka campakkanlah
dia ke bawah.
فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ ،
فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَرَجَفَ بِهِمُ
الْجَبَلُ ، فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،
Pengikut-pengikut raja itu pun membawanya mendaki bukit tersebut. Budak
lelaki itu berkata: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka
dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki. Lalu gunung itu pun
bergegar, dan semua pengikut raja jatuh ke bawah. Budak lelaki itu pun
datang dengan berjalan kaki menemui raja.
فَقَالَ لَهُ
الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ،
فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ ،
فَاحْمِلُوهُ فِي قُرْقُورٍ ، فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ ، فَإِنْ
رَجَعَ عَنْ دِينِهِ ، وَإِلَّا فَاقْذِفُوهُ ،
Raja berkata
kepada nya: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Budak
lelaki itu menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu
raja menyerahkan budak lelaki itu kepada pengikutnya. Raja itu berkata:
Pergilah! Bawalah dia menaiki sampan sehingga sampai ke tengah lautan.
Seandainya dia kembali kepada agamanya (maka jangan diapa-apakan dia),
jika tidak, campakkan sahaja dia ke laut.
فَذَهَبُوا بِهِ ،
فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ
السَّفِينَةُ ، فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،
Mereka pun pergi bersamanya. Budak lelaki itu pun berdoa: Ya Allah,
engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa cara yang engkau
mahu. Lalu sampan mereka pun terbalik, dan pengikut-pengikut raja itu
kesemuanya lemas tenggelam di dalam lautan. Budak lelaki itu berjalan
pulang menemui raja.
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ
أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَقَالَ لِلْمَلِكِ :
إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ ، قَالَ :
وَمَا هُوَ ؟ ،
Raja bertanya kepada budak lelaki itu: Apa yang
telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Jawab budak lelaki itu: Allah
telah menyelamatkan aku daripada mereka. Dia berkata lagi kepada raja
tersebut: Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehinggalah
engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja pun bertanya: Apa yang perlu aku
lakukan?
قَالَ : تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ ،
وَتَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ، ثُمَّ
ضَعِ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قُلْ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ
الْغُلَامِ ، ثُمَّ ارْمِنِي ، فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ
قَتَلْتَنِي ،
Budak lelaki itu berkata: Orang ramai hendaklah
dikumpulkan di suatu tempat. Engkau hendaklah menyalib aku pada sebatang
pokok. Seterusnya engkau ambillah anak panah ku daripada bekasnya, dan
engkau letakkan anak panah itu pada busurnya, seterusnya engkau
menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, seterusnya engkau
terus memanah aku. Seandainya engkau melakukan sedemikian rupa, engkau
akan berjaya membunuh aku.
فَجَمَعَ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ
وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ،
ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبْدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قَالَ : بِاسْمِ
اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ثُمَّ رَمَاهُ ، فَوَقَعَ السَّهْمُ فِي صُدْغِهِ
، فَوَضَعَ يَدَهُ فِي صُدْغِهِ فِي مَوْضِعِ السَّهْمِ ، فَمَاتَ
Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu tempat, dan menyalib
budak lelaki itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil anak panah
budak lelaki itu daripada bekasnya, kemudian meletakkannya pada
busurnya, kemudian menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini,
kemudian dia terus melepaskan panahannya, lalu anak panah itu pun
mengenai bahagian antara mata dan telinga budak lelaki tersebut. Budak
lelaki itu meletakkan tangannya pada bahagian yang terkena panahan
tersebut, lalu dia pun meninggal dunia.
، فَقَالَ النَّاسُ :
آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا
بِرَبِّ الْغُلَامِ ، فَأُتِيَ الْمَلِكُ ، فَقِيلَ لَهُ : أَرَأَيْتَ مَا
كُنْتَ تَحْذَرُ ، قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ
النَّاسُ ،
Orang ramai pun berkata: Kami beriman dengan Tuhan
budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami
beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Raja pun didatangi dan dikatakan
kepadanya: Tidak tuanku melihat apa yang tuanku takuti selama ini? Demi
Allah, sesungguhnya ia telah menimpa tuanku. Manusia telah beriman!
فَأَمَرَ بِالْأُخْدُودِ فِي أَفْوَاهِ السِّكَكِ ، فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ
النِّيرَانَ ، وَقَالَ : مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ ، فَأَحْمُوهُ
فِيهَا أَوْ قِيلَ لَهُ اقْتَحِمْ ، فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ
وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا ، فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا ، فَقَالَ
لَهَا الْغُلَامُ : يَا أُمَّهْ اصْبِرِي ، فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ " .
Lalu raja itu menyuruh untuk digali parit dan dinyalakan api. Lalu dia
bertitah: Sesiapa yang tidak kembali kepada agamanya, terjunlah ke dalam
api tersebut. Mereka semua melakukannya hinggalah sampai kepada seorang
wanita yang sedang bersama-sama anak kecilnya. Wanita itu enggan untuk
terjun ke dalam api, lalu tiba-tiba bayinya berkata: Wahai ibu ku,
bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.
[Sahih Muslim : 5332]
https://www.facebook.com/AlKahfiServices/posts/518884621469102